Post on 04-May-2019
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: MEMBANGUNKAN WEB PORTAL PENDIDIKAN MENGGUNAKAN
MULTIPLY BAGI TAJUK ‘FORCE AND PRESSURE’
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NURUL AIN BINTI IBRAHIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
_________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
___________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 86, JLN BIRU 6,
TMN BKT MOR BARU, PRT JAWA,
84150 MUAR, JOHOR
PM AZIZ BIN NORDIN
Nama Penyelia
Tarikh: 15 April 2010 Tarikh: 21 April 2010
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Fizik)”
Tandangan :
Nama Penyelia: PM Aziz Bin Nordin
Tarikh : 21 April 2010
i
MEMBANGUNKAN WEB PORTAL PENDIDIKAN MENGGUNAKAN
MULTIPLY
BAGI TAJUK ‘FORCE AND PRESSURE’
NURUL AIN BINTI IBRAHIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerhan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandangan :
Nama Penulis : Nurul Ain Binti Ibrahim
Tarikh : 21 April 2010
iii
DEDIKASI
Diabadikan untuk insan-insan tersayang
Abah dan emak tercinta
Ibrahim Bin Abdi
&
Hasimah Binti Darman
Serta adik-adikku yang dikasihi
Kasih sayang yang diberikan tidak akanku sia-siakan
PM Aziz Bin Nordin
egala tunjuk ajarmu akan ku ingati selalu
Tidak lupa juga buat teman seperjuangan
Rakan-rakan 4SPF
Semoga ALLAH sentiasa memberi rahmat-NYA
Kepada kalian semua
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W. Bersyukur kepada-NYA kerana memberi kesempatan untuk
menyiapkan laporan dan projek yang bertajuk “Membangunkan Web Portal
Pendidikan Menggunakan Multiply Bagi Tajuk „Force and Pressure‟.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada individu-individu yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa membangunkan Web Portal
Pendidikan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Aziz Bin Nordin
selaku penyelia kerana memberi galakan sehingga terhasilnya Web Portal Pendidikan
ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid kerana
membimbing dan tidak jemu memberi tunjuk ajar semasa pembangunan dijalankan.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya daripada
4SPF kerana membantu menjayakan projek ini hingga berjaya. Begitu juga dengan
rakan-rakan PSM yang banyak membantu dan memberi dorongan semasa projek
dibangunkan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Semoga ALLAH
membalas segala kebaikan kita semua.
v
ABSTRAK
Bahan bantu mengajar (BBM) adalah sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya BBM maka sesebuah pengajaran itu dapat
disampaikan dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan kefahaman pelajar.
Sehubungan dengan itu, Web portal pendidikan menggunakan Multiply ini di
harapkan dapat membantu para guru mempelbagaikan BBM mereka serta dapat
membantu pelajar di dalam memahami konsep di dalam Fizik. Web portal
pendidikan menggunakan Multiply ini dibangunkan untuk tajuk „Force and Pressure‟
bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 4. Segala bahan pengajaran dibangunkan dengan
menggunakan Microsoft Power Point. Selain daripada itu terdapat juga elemen-
elemen multimedia yang dimasukkan di dalam bahan pengajaran dan web portal
pengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead
GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal pendidikan yang
dibangunkan ini dilengkapi dengan beberapa modul pengajaran, penilaian, ujian,
glossary dan take5. Semua modul boleh dimuat turun di dalam Blog Entrie di dalam
Multiply. Diharapkan web portal pendidikan ini dapat membantu para guru dan
pelajar dalam mempertingkatkan lagi pengajaran serta kefahaman tentang konsep
„Force and Pressure‟.
vi
ABSTRACT
Teaching Aids are very important in teaching and learning process. They
make teaching easy and students can understand better. Therefore, this educational
web portal using Multiply can help teachers to vary their teaching and students to
understand more about the concepts that they have learned in Physics. This
educational web portal was developed for the topic of „Force and Pressure‟ for
Physics Form 4. All the resources or lessons were built up using Microsoft Power
Point. Besides that, the lessons integrated multimedia elements which are Adobe
Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator and Wonder Share Quiz
Creator. It also contains modules, which are lessons, assessment, test, glossary and
take5. The entire module can be downloaded from the blog entries in Multiply. It is
hoped the educational web portal will help the teachers and students to improve their
teaching and conceptional understanding in Force and Pressure.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
KANDUNGAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN DEDIKASI ii
HALAMAN PENGHARGAAN iii
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI CARTA ALIR xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah Projek 5
viii
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.6 Kepentingan Pembangunan 7
1.7 Skop Projek 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Internet 8
1.8.2 Multiply 8
1.8.3 MOODLE 8
1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 8
1.8.5 Pembestarian Sekolah 9
1.8.6 Sekolah Bestari 9
1.8.7 E-Pembelajaran 9
1.9 Penutup 9
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Masalah Pembelajaran Fizik 10
2.3 Komputer Dalam Pendidikan 13
2.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) 15
2.3.2 Implikasi Konsep Pembelajaran Terhadap PPBK 17
2.4 Internet Dalam Pendidikan 18
2.4.1 Portal Pendidikan 19
2.4.2 E-Learning 20
2.4.3 E-Book 21
2.5 Multiply 21
2.5.1 Ciri-ciri Multiply 22
2.5.1.1 Blog 22
2.5.1.2 Perkongsian Gambar Tanpa Had 23
2.5.1.3 Video 23
2.5.1.4 Chat 24
ix
2.5.1.5 Kalendar 24
2.5.1.6 Links 24
2.5.1.7 Catatan 24
2.5.2 Kelebihan Multiply 25
2.5.3 Perbandingan Blog Multiply, E-Learning dan
Blogspot 26
2.6 Model ADDIE 28
2.6.1 Analisis (Analysis) 29
2.6.2 Reka Bentuk (Design) 29
2.6.3 Pembangunan (Development) 29
2.6.4 Perlaksanaan (Implementation) 30
2.6.5 Penilaian (Evaluation) 30
2.7 Teori Pembelajaran 30
2.7.1 Teori Tingkahlaku 31
2.7.2 Teori Kognitif 33
2.7.3 Teori Konstruktivisme 33
2.8 Penutup 35
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Bersistem 36
3.3 Analisis (Analysis) 37
3.3.1 Analisis Terhadap Pengguna atau
Kumpulan Sasaran 38
3.3.2 Analisis Terhadap Tajuk dan Skop Isi Pelajaran 38
3.4 Reka Bentuk (Design) 39
3.4.1 Penentuan Objektif Pelajaran 39
3.4.2 Perkakasan Pembangunan 40
3.4.3 Spesifikasi Cadangan Kepada Pengguna 40
3.4.4 Pemilihan Perisian Pembangunan 41
3.4.4.1 Adobe Photoshop CS2 41
3.4.4.2 Ulead Cool 3D Production Studio 41
x
3.4.4.3 Ulead Gif Animator 42
3.4.4.4 Sony Sound Forge 7.0 42
3.4.4.5 Sony Vegas 7.0 42
3.4.4.6 Windows Movie Maker 42
3.5 Pembangunan (Development) 42
3.6 Perlaksanaan (Implementation) 43
3.7 Penilaian (Evaluation) 43
3.8 Penutup 44
4 PENGGUNAAN WEB PORTAL
4.1 Pengenalan 45
4.2 Cara Menggunakan Web Portal Pendidikan 45
4.3 Persembahan Web Portal 45
4.3.1 Sign in 46
4.3.2 Main page 47
4.3.2.1 Paparan Utama 47
4.3.3 Blog Entries 48
4.3.3.1 Modul Pengajaran 46
4.3.3.2 Assessment 50
4.3.3.3 Test 50
4.3.3.4 Take5 51
5.3.3.5 Glossary 52
4.3.4 Photos 52
4.3.5 Video 53
4.3.6 Notes 54
4.3.7 Favourite link 54
4.3.8 Chat 55
4.4 Penutup 55
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 56
xi
5.2 Perbincangan 56
5.3 Kelemahan semasa membangunkan web Portal 58
5.4 Masalah yang dihadapi 56
5.4.1 Talian internet yang terhad 59
5.4.2 Kekurangan Kepakaram 59
5.4.3 Kekangan masa 60
5.5 Cadangan 60
5.6 Kesimpulan 61
5.7 Penutup 62
RUJUKAN 63
LAMPIRAN 68
Lampiran 1: Borang Senarai Semak / Borang Penilaian 65
Lampiran 2: Jadual Perancangan Pelaksanaan 67
Tugasan Kajian 2009/2010/1
Lampiran 3: Jadual Perancangan Pelaksanaan 68
Tugasan Kajian 2009/2010/2
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbandingan antara Blog
Multiply, MOODLE dan
Blogspot 26
xiii
SENARAI CARTA ALIR
NO. CARTA ALIR TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran Kerja Model
ADDIE 31
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Kepentingan psikologi
pendidikan dalam PBBK 28
4.1 Sign up Multiply 40
4.2 Sign up Multiply 41
4.3 Paparan Utama 42
4.4 Modul Pengajaran 43
4.5 Lesson 43
4.6 Pop Quiz 43
4.7 Glossary 44
4.8 Assessment 44
4.9 Test 45
4.10 Crossword 45
4.11 Wordsearch 46
4.12 Glossary 46
4.13 Photo Gallery 47
4.14 Notes 48
4.15 Favourite Link 48
4.16 Chat 49
xv
SENARAI SINGKATAN
ICT Information Communication Technology
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
CAD Computer Aided Design
WWW World Wide Web
PPSMI Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
ABM Alat bantu mengajar
MOODLE Modular Object Dynamic Learning
Environment
IT Information Technology
NST News Street Times
CAI Computer Aided Instruction
CAL Computer Aided Learning
PPBK Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Komputer
XML Extended Mark-up Language
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pengajaran di Malaysia telah banyak berubah wajah seiring dengan
kemajuan dan perkembangan teknologi. Pelbagai kaedah baru yang didedahkan
kepada guru agar pengajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan dan pembelajaran
murid-murid menjadi lebih bermakna. Salah satu daripadanya adalah membawa
pembaharuan daripada pengajaran konvensional kepada pengajaran berasaskan
komputer. Pembaharuan ini adalah selaras dengan seruan yang pernah di ajukan oleh
Tun Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad di mana beliau ingin menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju pada tahun 2020 di mana Malaysia pesat
berkembang dengan menggunakan sains dan teknologi.
ICT (Information Communication Technology) adalah salah satu medium yang
telah banyak memajukan sistem pendidikan di negara ini. ICT adalah satu sistem
yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan
komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan boleh di ertikan
sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses
teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran
(P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan
aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan
sumber pendidikan dan meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat
proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
2
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga dasar utama
ICT dalam pendidikan. Dasar yang pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar
di mana ianya mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu kementerian mahu semua
pelajar di nagara ini memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT. Dasar
yang ke dua adalah mengutamakan peranan dan fungsi ICT di dalam pendidikan
sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar boleh
mempelajari ICT sebagai satu mata pelajaran contohnya mata pelajaran Teknologi
Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat
STPM. ICT dalam P&P pula boleh diertikan sebagai penggunaan perisian kursus,
internet, dan aplikasi generik yang lain contohnya, perisian CAD dalam mata
pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan. Dasar yang terakhir adalah
menekankan penggunaan ICT dalam meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan
perlaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambah baikkan
proses kerja.
Pembestarian Sekolah juga adalah salah satu proses berterusan ke arah
meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan
dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga
memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi
pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi
era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus
kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.
Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran
dalam bidang ICT. Justeru itu, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid
yang boleh mengamalkan pembelajaran pencarian kendiri (selfaccessed), terarah
kendiri (self-directed) dan terarah kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini
memanfaatkan kekuatannya (leverage) kepada semua inisiatif ICT yang sedia ada di
sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi
Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan
Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah adalah untuk memastikan semua
sekolah mempunyai capaian ICT yang sama dengan menyediakan kemudahan
3
infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi serta menyediakan perisian dan bahan-
bahan digital yang lengkap. Selain itu, memberi latihan yang secukupnya kepada
semua guru, pentadbir dan staf sokongan supaya mereka mempunyai kemahiran
menggunakan kemudahan ICT.
Internet juga banyak membantu di dalam memperkembangkan pendidikan di
Malaysia. World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet sebagai satu medium
yang mesra pengguna di mana penggunaannya penuh dengan unsur-unsur grafik,
animasi, teks, audio dan video yang di gabungkan di dalam laman web. Menurut Nur
Nadia (2009), keberkesanan pembelajaran berasaskan komputer yang dibangunkan
dalam bentuk web portal yang menggabungkan unsur-unsur multimedia telah
membuka mata masyarakat. Begitu juga dengan e-pembelajaran dimana ia
diperkenalkan selepas penggunaan aplikasi web portal digunakan secara meluas.
Ianya merupakan satu pembelajaran yang memudahkan pelajar mengakses bahan
serta mempelajari mengikut keperluan tanpa memerlukan keadaan yang formal.
Selepas e-pembelajaran, muncul pula satu software baru yang diperluaskan di
dalam dunia internet yang di namakan sebagai MOODLE. Ia telah dicipta oleh
Martin Dougiamas. MOODLE adalah singkatan dari Modular Object-Oriented
Dynamic Learning Environment. Ia merupakan salah satu web portal yang semakin
dikenali di mana ia merupakan satu medium pembelajaran yang dinamis dan
menggunakan model berorientasi objek. MOODLE ini semakin mendapat tempat di
merata dunia sebagai satu medium pembelajaran kerana ia lebih interaktif dan efektif.
Selain daripada web portal, e-pembelajaran dan MOODLE terdapat juga
individu-individu yang sukarela memperkembangkan pendidikan melalui blog.
Antara blog-blog yang digunakan adalah blogspot, blogger.com, yahoo blog dan
sebagainya. Blog yang dihasilkan selalunya berkaitan dengan satu bidang
pengkhususan seperti Fizik. Mereka berkongsi maklumat dengan pengguna dengan
memberi idea-idea yang boleh di guna pakai oleh pengguna di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Blog-blog ini banyak membantu di dalam meningkatkan mutu
pendidikan serta memberi kemudahan kepada pengguna mencari sumber pengajaran
dan pembelajaran.
4
Selain daripada blogspot, blogger.com, yahoo blog dan blog-blog yang lain,
muncul pula satu laman blog yang baru yang kini semakin popular di kalangan
pengguna internet iaitu Multiply di mana ianya diperkenalkan sekitar tahun 2004.
Multiply adalah mempunyai kelebihannya yang tersendiri di mana ianya tidak
terdapat di mana-mana blog. Multiply yang diperkenalkan ini sangat sesuai untuk
digunakan sebagai pembangunan blog pendidikan. Aplikasi-aplikasi yang terdapat di
dalam blog ini sangat sesuai digunakan di dalam bidang pendidikan. Aplikasi
Multiply ini akan dibincangkan di dalam Bab 2.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahupun
dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus yang dibangunkan ini kebanyakannya
adalah untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan
kerjasama pihak swasta. Selain daripada penghasilan perisian kursus ini juga adalah
untuk kegunaan guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Walaupun telah banyak perisian kursus dibangunkan tetapi masih terdapat
kekurangan yang dihadapi oleh para pelajar di dalam menguasai pembelajaran di
dalam kelas. Menurut Kong (2009), antara salah satu sebab kegagalan para pelajar
dalam menguasai pembelajaran adalah di sebabkan oleh bahan pengajaran yang
disediakan kurang menarik minat mereka. Para pelajar selalunya akan mengambil
sikap sambil lewa dalam proses P&P dan akan melakukan kesalahan disiplin seperti
ponteng kelas.
Ab. Rahman dan Baharudin (2003) menyatakan bahawa pereka bahan
pengajaran lebih memberi tumpuan kepada elemen pembentukan bahan pengajaran
dalam bentuk multimedia sehingga lupa akan susunan penyampaian dalam bahan
pengajaran. Susunan penyampaian bahan pengajaran yang kurang efektif akan
menyebabkan para pelajar yang menggunakan perisian pembelajaran sukar untuk
5
menggunakan bahan pembelajaran dengan baik malah mereka akan merasa sukar
untuk menguasai penggunaan antara muka perisian dan susunan penyampaian bahan
pembelajaran dengan baik.
Perkembangan ICT dalam bidang pendidikan dapat membantu di dalam
menyelesaikan permasalahan yang wujud di dalam sistem pendidikan di negara ini.
Penggunaan internet yang meluas boleh dijadikan satu alasan untuk
memperkembangkan lagi sistem pendidikan. Walaupun sudah ada web-web portal
yang dibangunkan untuk tujuan tersebut, tetapi ia masih tidak mencukupi dari segi
sumbernya. Web-web portal yang ada sekarang hanya memaparkan soalan-soalan
peperiksaan dan nota-nota ringkas. Sumber ini tidak mencukupi bagi para guru dan
pelajar untuk dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, pembangunan web portal menggunakan Multiply
dirasakan sesuai dijadikan satu medium pengajaran dan pembelajaran di negara ini.
Ciri-ciri yang terdapat di dalam Multiply ini bersesuaian untuk para guru dan pelajar
untuk mengaplikasikannya. Ia bukan sahaja menyalurkan sumber maklumat kepada
pengguna malah dapat berinteraksi sesama mereka.
1.3 Pernyataan Masalah Projek
Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menyelesaikan
kegagalan penguasaan pembelajaran di dalam kelas. Bahan bantu tersebut tidak
semestinya sarat dengan pelbagai unsur multimedia tetapi cukup dengan pelbagai info
dan penyusunan teks yang menarik. Walau bagaimanapun, unsur multimedia juga
dapat membantu memberi impak dalam pengajaran agar ianya nampak lebih menarik.
Sehubungan dengan itu, penggunaan web portal menggunakan Multiply
merupakan satu jalan penyelesaian bagi mewujudkan keseronokan di dalam
pengajaran guru dan pembelajaran para pelajar. Ia bukan sahaja memberi para pelajar
ilmu tentang apa yang ingin di pelajari malah dapat meningkatkan ilmu di dalam
menguasai kemahiran berkomputer. Selain itu, pelajar juga dapat menambah
pengalaman bukan sahaja di dalam kelas malah di luar waktu sesi persekolahan di
6
mana para pelajar dapat berinteraksi sesama sendiri menerusi ruang forum atau
perbualan (chatting).
1.4 Objektif Projek
Objektif utama pembangunan projek ialah:
(i) Membangunkan web portal pendidikan menggunakan Multiply bagi subjek
Fizik Tingkatan Empat bertajuk ‘Forces and Pressure’.
(ii) Mengisi web portal pendidikan yang disediakan dengan bahan pengajaran
untuk guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
‘Forces and Pressure’ atau Tekanan merupakan salah satu bab yang
dimuatkan di dalam silibus mata pelajaran Fizik Tingkatan 4. Bab ini menuntut para
pelajar tingkatan empat di dalam memahami konsep tekanan di mana ianya
melibatkan konsep tekanan di dalam cecair dan tekanan atmosfera. Selain daripada
itu, tajuk ini juga melibatkan 3 prinsip yang berkaitan dengan konsep tekanan iaitu
Prinsip Bernoulli, Prinsip Pascal dan Prinsip Archimedes di mana pelajar perlu
memahaminya dan boleh mengaplikasikan 3 prinsip tersebut di dalam kehidupan
seharian.
Berdasarkan daripada pengalaman pelajar-pelajar jurusan Fizik di Fakulti
Pendidikan UTM semasa sesi latihan mengajar mereka, topik ‘Forces and Pressure’
ini merupakan salah satu topik yang mudah difahami. Akan tetapi, tajuk ini
memerlukan ABM yang sesuai untuk menerangkan konsep-konsep yang terkandung
di dalamnya. ABM yang telah sedia ada di dalam makmal Fizik di sekolah adalah
tidak mencukupi bagi menerangkan konsep dan prinsip yang terdapat di dalam tajuk