Post on 02-Mar-2018
7/26/2019 Bencana Alam Dapat Didefinisikan Sebagai Kejadian Yang Tidak Terduga
1/2
Bencana alam dapat didefnisikan sebagai kejadian yang tidak terduga,
yang berlaku sama ada disebabkan oleh manusia ataupun berlaku secara
semula jadi. Antara contoh bencana alam ialah letusan gunung berapi, banjir,
tanah runtuh, tsunami, gempa bumi, kemarau dan sebagainya. Belakangan
ini, bencana alam sering menjadi topik hangat yang dihebahkan melalui
dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Antara contoh bencana alamyang pernah dilaporkan di Malaysia ialah runtuhan di Taman Mewah, Bukit
Antarabangsa dan tsunami di ulau inang. ersoalannya, apakah kesan-
kesan bencana alam yang sering kali menjadi bualan masyarakat ini!
"esan perdana yang dihadapi oleh sesebuah negara yang dilanda
bencana alam ialah ekonomi sesebuah negara terjejas. Apabila bencana alam
berlaku, banyak kemusnahan yang dilaporkan, antaranya in#rastruktur,
pejabat, kawasan pertanian, pusat perindustrian dan sebagainya. $ebagai
contoh, tsunami yang berlaku di %epun baru-baru ini telah memaksa negara
Matahari terbit itu membelanjakan berbilion-bilion yen untuk membina
prasarana yang baru. Malahan, perbelanjaan yang besar juga perlu dilakukan
bagi menyelamatkan mangsa bencana alam dengan cara memberi bantuankecemasan dan menyediakan tempat tinggal yang selamat.
$elain itu, bencana alam juga meragut nyawa dan menyebabkan
kecederaan. "ata orang, malang tidak berbau. &alam kejadian bencana alam
seperti tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada '' (ovember
'))', empat nyawa yang dilaporkan terkorban. Barangkali itu angka yang
cukup kecil jika dibandingkan gempa bumi yang berukuran *.+ pada skala
itcher yang mengorbankan nyawa melebihi ,))) orang pada ' &isember
'))/. &alam kejadian ini, banyak mangsa mati kerana ditimpa runtuhan
bangunan dan dihempap pokok, tidak kurang juga dilemaskan oleh ombak
ganas yang menggila. "eadaan ini tentunya menyebabkan ahli keluargamangsa meratapi kematian mangsa bencana alam.
&i samping itu, bencana alam turut menyebabkan kemusnahan harta
benda dan hilang mata pencarian bagi penduduk setempat. 0aporan akhbar
sering kali menunjukkan #oto-#oto tempat tinggal mangsa yang musnah dek
kejadian bencana yang tidak disangka ini, sekali gus meranapkan barang
berharga di dalam rumah. $ebagai contoh lainnya, kejadian ombak besar
atau dalam bahasa %epun, tsunami, telah menyebabkan Banda Acheh dan
pantai huket menjadi sepi daripada kunjungan pelancong. Temu bual yang
dilakukan dengan penduduk setempat, mereka menyatakan bahawa tempat
itu tidak lagi menjadi destinasi pelancongan seperti sebelum petaka itu
berlaku. 0antaran itu, penduduk setempat yang majoritinya bergantungkepada pelancongan sebagai sumber pendapatan terjejas teruk seterusnya
menjatuhkan pendapatan negara 1ndonesia dan Thailand pada tahun
tersebut.
Akhir kalam, bencana alam sememangnya memberikan impak yang
buruk kepada semua orang. 2leh itu, semua pihak perlu bersinergi dalam
memastikan musibah ini dapat dihindari. &isarankan supaya kerajaan perlu
7/26/2019 Bencana Alam Dapat Didefinisikan Sebagai Kejadian Yang Tidak Terduga
2/2
memasang sistem pengesanan bencana alam seperti yang dilakukan di
beberapa buah negara maju, tamsilnya di %epun dan Amerika $yarikat. 2leh
sebab petaka ini sukar diramal, maka lebih baik kita 3sediakan payung
sebelum hujan4 kerana tidak guna 3sudah terhantuk baru hendak terngadah4.