Post on 01-Jun-2018
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
1/23
Ammonia, asid sulfurik,
Ammonia bersifat alkali manakala asid sulfurik berasid,Berguna dalam pembuatan baja dan plastik,Bahan buatan untuk membina dan membangunkan negara,Kita harus menggunakannya dengan bijaksana danpenuh kesyukuran, Bumi, langit, sungai, dan lautan,Kita berhasrat untuk mengekalkannya dalam keadaan asaltanpa tercemar.
Mengapakah plastik digunakan secara meluas untuk menggantikan kayu
dan logam sebagai bahan binaan pada masa kini?
Mengapakah sesetengah bahan binaan amat nipis dan ringan tetapi sangat
teguh?
Banyak bahan buatan industri dihasilkan untuk keselesaan hidupkita. Bahan buatan ini diperbuat daripada asid sulfurik, ammonia,aloi, polimer sintetik, kaca, seramik, atau bahan komposit. Dapatkah
anda kenal pasti bahan-bahan tersebut daripada gambar fotodi atas?
151
Setelah mempelajari bab
ini, anda harus dapat:
memahami pembuatan
asid sulfurik
mensintesiskan
pembuatan ammonia
dan garamnya
memahami aloi
menilai kegunaan
polimer sintetik
mengaplikasikan
kegunaan kaca dan
seramik
menilai kegunaan
bahan komposit
menghargai pelbagai
bahan buatan dalam
industri
Proses Sentuh
Hujan asid
Mulur
Boleh ditempa
Aloi
Polimer sintetik
Kaca
Seramik
Bahan komposit
BAB 9 indd 151BAB 9.indd 151 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
2/23
152
A Asid Sulfurik
Asid sulfurik, H2SO4 ialah bahan kimia yang biasa digunakan di dalam makmalsekolah. Selain itu, asid sulfurik jugamempunyai kegunaan yang banyakdalam industri. Sebagai contoh,industri batik negara kita memerlukanasid sulfurik, H2SO4 dalam pembuatanpewarnanya. Mari kita kaji kegunaanasid ini.
Anda harus dapat:
• menyenaraikan
kegunaan asid sulfurik
• menerangkan prosespembuatan asid
sulfurik secara industri
• menerangkan bahawa
sulfur dioksida
menyebabkan
pencemaran alam
sekitar
Penghasilan
baja
Gambar foto 9.2 Kegunaan asid sulfurik, H 2SO4
Pembuatan
detergen
Pembuatan
gentian sintetik
Pembuatan
cat
Sebagai elektrolit
dalam bateri
kereta
Menggelapkan
warna pada
bahan kulit
Mari kita jalankan Aktiviti 9.1 untuk menghubungkaitkan
kegunaan asid sulfurik, H2SO4 dengan salah satu daripadasifatnya.
• Aktiviti 9.1, muka surat 144
Asid sulfurik, H2SO4
digunakan untukmenyingkirkan oksida
logam daripada
permukaan logam.
9.1 Main peranan
Andaikan anda seorang pengurus pasaran di sebuah kilang pembuatan asid sulfurik, H2SO4.Untuk mempromosikan produk keluaran kilang anda, anda harus mengetahui kegunaan asidsulfurik, H2SO4. Sekumpulan pelajar tingkatan empat akan melawat ke kilang anda dalamtempoh yang singkat. Anda dimaklumkan bahawa mereka sangat berminat untuk mengetahuidan mempelajari kegunaan asid sulfurik, H2SO4.
Dengan menggunakan perisian persembahan grafik atau bantuan audiovisual yangsesuai, sediakan persembahan untuk menerangkan kegunaan asid sulfurik, H2SO4 dalamkehidupan harian. Anda boleh mendapatkan bahan rujukan daripada buku, majalah, ataumelayari Internet dengan kata kunci “kegunaan asid sulfurik”. Bentangkan hasil carian anda di dalam kelas dengan mengandaikan rakan-rakan andasebagai pelajar tingkatan empat tersebut.
Gambar foto 9.1Batik Malaysia
Kegunaan asid sulfurik
Asid sulfurik, H2SO4 digunakan untuk menghasilkan kebanyakan barang dalam kehidupan kita.
Contoh kegunaannya ditunjukkan dalam Gambar foto 9.2.
BAB 9 indd 152BAB 9.indd 152 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
3/23
153
Mangkin diperbuat
daripada unsur peralihan
atau sebatiannya untuk
mengubah kadar sesuatu
tindak balas.
Pembuatan asid sulfurik
Asid sulfurik, H2SO4 tidak wujud secara semula jadi. Banyak asidsulfurik, H2SO4 perlu dihasilkan setiap tahun berbanding denganbahan kimia yang lain. Asid sulfurik, H2SO4 terhasil melalui Proses
Sentuh dalam industri. Proses ini melibatkan empat peringkat.Bahan mentah yang digunakan ialah sulfur, udara, dan air.
Sulfur trioksida, SO3
yang dihasilkan pada
peringkat kedua Proses
Sentuh dicemari oleh
gas sulfur dioksida, SO2.
Gas ini dapat diserap
dengan menggunakan
kalsium hidroksida,
Ca(OH)2 sebelumterbebas ke atmosfera.
Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan pencemaran
alam sekitar.
Sulfur
Udarakering
Vanadium(V)oksida, 450°C
SO2 + O2
Pembakar Bekas mangkin
SO2
SO3
Gas buangan
Air
Oleum, H2S2O7
Bekas penyerap
Pencair
Asid sulfurik pekat
Asid sulfurik,H2SO4
Rajah 9.1 Pembuatan asid sulfurik, H 2SO4 melalui Proses Sentuh
Peringkat 1 : Pembentukan sulfur dioksida
Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfurdioksida, SO2. Gas yang terbentuk ditulenkan dan disejukkan.
S(ce) + O2(g) ⎯→ SO2(g)
Peringkat 2 : Pembentukan sulfur trioksida
Sulfur dioksida, SO2 dan gas oksigen, O2 yang berlebihan disalurkanmelalui mangkin vanadium(V) oksida, V 2O5 pada suhu 450°C dantekanan 1 atm untuk menghasilkan sulfur trioksida, SO3.
2SO2(g) + O2(g) 2SO3(g)
Kira-kira 99.5% sulfur dioksida, SO2 ditukarkan kepada sulfurtrioksida, SO3 melalui tindak balas berbalik itu.
Peringkat 3 : Pembentukan oleum
Mula-mula, sulfur trioksida, SO3 dilarutkan di dalam asid sulfurik,H2SO4 pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7.
SO3(g) + H2SO4(ce) ⎯→
H2S2O7(ce)
Peringkat 4 : Pencairan oleum
Kemudian, oleum, H2S2O7 dicairkan dengan air untuk menghasilkanasid sulfurik, H2SO4 pekat dalam kuantiti yang banyak.
H2S2O7(ce) + H2O(ce) ⎯→ 2H2SO4(ce)
Asid sulfurik, H2SO4
ditemukan oleh seorang ahli
fizik Islam yang bernama
Ibn Zakaria Al-Razi pada
abad kesembilan.
BAB 9 indd 153BAB 9.indd 153 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
4/23
154
Kedua-dua tindak balas dalam peringkat ketiga dan keempat adalah setara dengan mencampurkansulfur trioksida, SO3 secara langsung ke dalam air.
SO3(g) + H2O(ce) ⎯→ H2SO4(ce)
Walau bagaimanapun, tindak balas ini tidak dilakukan dalam industri kerana sulfur trioksida,
SO3 bertindak balas terlalu cergas dengan air. Tindak balas ini akan menghasilkan haba dan wasap asid sulfurik, H2SO4 yang banyak. Wasap ini mengakis, tidak mudah dikondensasikan,dan mencemarkan udara.
9.2 Membina carta alir
Kaji Rajah 9.1. Kemudian, bina carta alir yang menunjukkan proses pembuatan asid sulfurik,H2SO4. Mulakan carta alir anda dengan bahan mentah yang digunakan sehingga penghasilanasid sulfurik, H2SO4. Sertakan semua persamaan kimia yang terlibat. Anda juga bolehmendapatkan maklumat tambahan dengan melayari Internet. Pamerkan carta alir anda padapapan kenyataan di dalam kelas anda.
Sulfur dioksida dan pencemaran alam sekitar
Sulfur dioksida, SO2 ialah salah satu hasil sampingan ProsesSentuh. Gas ini mencemarkan alam sekitar. Hampir semua gas ituterhasil daripada pembakaran bahan api fosil yang mengandungisulfur. Kita akan menghidapi batuk, sakit dada, sesak nafas, danpenyakit paru-paru jika terhidu gas ini.
Gas ini juga larut di dalam air hujan lalu menyebabkanhujan asid. Air hujan biasanya mempunyai nilai pH 5.4. Hujanasid berlaku apabila nilai pH air hujan berada antara 2.4 dengan
5.0. Hal ini disebabkan oleh tindak balas sulfur dioksida, SO2 dengan air hujan.
2SO2(g) + O2(g) + 2H2O(ce) ⎯→ 2H2SO4(ak)
Adakah hujan asid berlaku di kawasan anda? Mari kita jalankan Aktiviti 9.2 untuk mengkajinya.
• Aktiviti 9.2, muka surat 144
Pembakaran bahan api
fosil menghasilkan sulfur
dioksida, SO2 yang akan
menyebabkan hujan asid.
Sehingga hari ini, ahli
sains masih berusaha
mencari alternatif untuk
menggantikan bahan api
fosil. Pada masa akandatang, apakah jenis
tenaga yang anda jangka
akan menjadi kuasa
untuk menggerakkan
kereta kita? Tenaga
solar? Biodiesel daripada
kelapa sawit?
9.3 Menulis esei
Kaji Rajah 9.2 pada muka surat 155. Kemudian, kumpulkan maklumat untuk menulis sebuahesei tentang pencemaran alam sekitar oleh sulfur dioksida, SO2. Anda boleh menggunakanbahan rujukan seperti buku, majalah, atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumattambahan. Hantarkanlah esei anda ke laman sesawang sekolah anda.
• Proses Sentuh • Hujan asid
BAB 9 indd 154BAB 9.indd 154 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
5/23
155
P e n c e m a r a n u d a r a
P e n c e m a r a n a i r
P e n c e m a r a n t a n a
h
A n g i n m e m b a w a b a h a n
p e n c e m a r k e m e r a t a - r a t a t e m p a t .
H u j a n a s i d m e n g a l i r
k e d
a l a m s u n g a i
d a n
t a s i k .
H u j a n a s i d
m e r o s a k k a n
p o k o k d i h u t a n .
S O 2 t e r b e b a s
m e l a l u i c e r o b o n g
k i l a n g .
S O 2
m e n y e b a b k a n
m a s a l a h
p e r n a f a s a n
k e p a d a m a n u s i a .
• T a s i k d a n s u n g a i m e n j a d i
b e r a s i d .
• I k a n d a n h i d u p a n a k u a t i k
y a n g l a i n a k a n m a t i .
• p H t a n a h b e r k u r a n g .
• G a r a m m
i n e r a l l a r u t r e s a p d i d
a l a m t a n a h .
• A k a r p o k o k a k a n r o s a k .
• T u m b u h a n a k a n m a t i a k i b a t m
a l n u t r i s i
d a n p e n y a k i t .
S O 2 b e r t i n d a k b a l a s d e n g a n a i r
d a n o k s i g e n u n t u k m e m b e n t u k
h u j a n a s i d . H u j a n a s i d
m e n g a k i s b a n g u n a n d a n a r c a
y a n g d i b u a t d a r i p a d a l o g a m .
P e m b a k a r a n p e t r o l o
l e h k e n d e r a a n
m e m b e b a s k a n S O 2 .
R a j a h 9 . 2
H u
j a n a s i d m e n y e b a b k a n p e n c e m a r a n a l a m
s e k i t a r
BAB 9 indd 155BAB 9.indd 155 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
6/23
156
B Ammonia dan Garamnya
Dalam Bab 8, anda telah mempelajari bahawa larutan ammonia,NH3 digunakan untuk mengenal pasti kehadiran beberapa kation
bagi larutan akueus di dalam makmal. Selain itu, ammonia, NH3 ialah bahan mentah penting dalam beberapa proses kimia danpembuatan pelbagai barangan.
Kegunaan ammonia
Setiap tahun, lebih daripada 140 juta tan ammonia, NH3 dihasilkandi seluruh dunia. Kebanyakan daripadanya digunakan untukmenyediakan baja. Baja membekalkan unsur nitrogen untukmenyuburkan tumbuhan.
Selain itu, kuantiti ammonia, NH3 yang besar ditukarkanmenjadi asid nitrik, HNO3. Asid ini digunakan untuk membuat
gentian sintetik, bahan letupan, pulpa kertas, cat, varnis, bahanpengilat, dan bahan api roket.
Gambar foto 9.3 Beberapa kegunaan ammonia, NH 3
Anda harus dapat:
• menyenaraikan
kegunaan ammonia
• menyatakan sifat-sifat
ammonia
• menerangkan proses
pembuatan ammonia
secara industri
• mereka bentuk
suatu aktiviti untuk
menyediakan baja
ammonium
Pembuatan baja Pembuatan gentian
sintetik
Pembuatan bahan
letupan
Gas ammonia mempunyai
bau yang sengit. Garam
ammonium digunakan
untuk menyedarkan orang
yang pengsan.
9.4 Membuat poster
Kegunaan utama ammonia, NH3 adalah untuk membuat baja dan asid nitrik, HNO3.Kumpulkan maklumat tentang kegunaan ammonia, NH3 yang lain daripada bahan-bahanrujukan seperti cakera padat, buku, dan majalah. Anda juga boleh menggunakan enjin gelintardengan kata kunci “kegunaan ammonia”. Kemudian, persembahkan hasil carian anda dalambentuk poster dan pamerkan hasil tersebut pada papan buletin sains sekolah anda.
A
1. Senaraikan lapan kegunaan asid sulfurik, H2SO4.
2. Bermula daripada sulfur, bina empat persamaan kimia bagi menunjukkan pembuatan
asid sulfurik, H2SO4. 3. Apakah hujan asid?
4. Namakan tiga jenis pencemaran yang disebabkan oleh sulfur dioksida, SO2. Senaraikankesannya.
BAB 9 indd 156BAB 9.indd 156 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
7/23
157
Sifat ammonia
Anda telah mempelajari bahawa ammonia, NH3 digunakan untukmembuat bahan kimia industri yang penting. Untuk memahamipembuatan bahan-bahan kimia ini, kita harus mengetahui sifat-sifat
ammonia, NH3. Mari kita jalankan Aktiviti 9.3 untuk mengkajisifat-sifat ammonia, NH3.
• Aktiviti 9.3, muka surat 145
Pembuatan ammonia
Ammonia, NH3 disediakan dalam industri melalui Proses Haber.Dalam proses ini, gas nitrogen, N2 daripada udara dipadukandengan gas hidrogen, H2 daripada gas asli untuk membentukammonia, NH3.
Gas N2
CampuranN2 dan H2,
200 atm
N2 dan H2 yang tidak bertindak
balas
Gas NH3disejukkanmenjadi cecair
Gas H2
Pemampat
Mangkin besi,
450°C
Cecairammonia
Bekas mangkin(reaktor)
Kondenser
Rajah 9.3 Pembuatan ammonia, NH 3 melalui Proses Haber
Campuran gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dalamnisbah 1 : 3 mengikut isi padu dialirkan ke dalam pemampat.Campuran ini dimampatkan sehingga tekanan menjadi 200 atmpada suhu 450°C. Campuran ini dialirkan melalui mangkin besiuntuk meningkatkan kadar tindak balasnya.
N2(g) + 3H2(g) 2NH3(g)
Gas ammonia, NH3 yang terbentuk disejukkan menjadi cecair dandiasingkan bagi meningkatkan peratusan penghasilan ammonia.Penghasilan ammonia, NH3 ini membebaskan haba.
Berdasarkan persamaan kimia yang ditunjukkan di atas, adakahanda sedar bahawa tindak balas ini adalah berbalik? Gas nitrogen,N2 dan gas hidrogen, H2 yang tidak bertindak balas dikitar semuladengan mengalirkannya ke dalam reaktor bersama dengan sumbergas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 yang baharu. Kira-kira 98%gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dapat ditukarkan menjadiammonia, NH3.
Ammonia, NH3:
• bersifat alkali
• gas yang tidak berwarnadan berbau sengit
• kurang tumpat daripada
udara
• terbakar dalam gas
oksigen, O2 tetapi tidak
dalam udara
• sangat larut di dalam
air
Fritz Haber (1868 – 1934)
telah dianugerahkan
Hadiah Nobel pada
tahun 1918 kerana telah
mencipta Proses Haber.
Gambar foto 9.4 FritzHaber
BAB 9 indd 157BAB 9.indd 157 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
8/23
158
Baja ammonium dapat
dihasilkan secara semula
jadi oleh bakteria.
Bagaimanakah pembiakan
bakteria dapat digunakan
untuk menggantikan baja
kimia?
Penyediaan baja ammonium
Baja ammonium merupakan salah satu baja kimia yang ditambahkanke dalam tanah untuk menggantikan unsur yang telah diserap olehtumbuhan. Makronutrien yang diperlukan oleh tumbuhan ialahnitrogen, fosforus, kalium, dan kalsium. Baja ammonium dapatdisediakan melalui tindak balas antara ammonia, NH3 dengan asid.Mari kita jalankan Aktiviti 9.4 untuk menyediakan ammoniumsulfat, (NH4)2SO4 di dalam makmal.
• Aktiviti 9.4, muka surat 147
B
1. Nyatakan kegunaan ammonia, NH3 dalam kehidupan harian kita.
2. Senaraikan lima sifat ammonia, NH3.
3. Nyatakan tiga keadaan yang sesuai digunakan untuk pembuatan ammonia, NH3 dalamProses Haber. Tulis persamaan kimia untuk tindak balas ini.
C Aloi
Logam aluminium tulen tidak cukup kuat untuk membuat badan
kapal terbang kerana tidak dapat menahan tekanan udara semasapenerbangan. Bagaimanakah sifat aluminium dapat diperbaikuntuk mengatasi masalah ini? Caranya adalah dengan mengaloikanaluminium menjadi duralumin. Mari kita bandingkan sifat logamtulen dengan sifat aloinya dalam Aktiviti 9.5.
• Aktiviti 9.5, muka surat 148
Gambar foto 9.5 Badan kapal terbang dibuat daripada aloi aluminium
9.5 Membina carta alir
Kaji Rajah 9.3 pada muka surat 157. Bina suatu carta alir untuk menunjukkan peringkat dalampembuatan ammonia, NH3 bermula dengan bahan mentahnya berserta dengan persamaan
kimia yang terlibat. Dapatkan maklumat tambahan daripada buku, majalah, atau Internet.Pamerkan carta alir anda pada papan kenyataan di dalam kelas anda.
Anda harus dapat:
• menghubungkaitkan
susunan atom di
dalam logam dengan
sifat kemuluran dan
kebolehtempaan logam
• menyatakan maksud aloi
dan tujuan pengaloian
• menyenaraikan
contoh-contoh aloi,
komposisi, dan sifatnya
• menghubungkaitkan
sifat aloi dengan
kegunaannya
• menghubungkaitkan
susunan atom di dalam
aloi dengan sifat kekuatan
dan kekerasannya
BAB 9 indd 158BAB 9.indd 158 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
9/23
159
Daya Bentuk logamberubah
Daya
Daya
Lapisan atommenggelongsorakibat daya yang dikenakan
• Mulur • Boleh ditempa • Aloi
Rajah 9.4 Logam bersifat mulur
Dalam susunan atom yang teratur itu, terdapat juga ketidaksempurnaan yang membenarkankehadiran ruang kosong di antara atom-atom. Apabila logam itu diketuk, atom-atomnyamenggelongsor. Dengan itu, logam boleh ditempa atau bentuknya dapat diubah.
Emas yang mempunyai
ketulenan yang berbeza
ialah aloi emas dengan
campuran argentum atau
kuprum. Emas 24 karat
ialah emas tulen. Emas 18
karat ialah emas murni 18
bahagian dan logam-logam
yang lain 6 bahagian.
Penjelasan tentang aloiKebanyakan logam tulen adalah lembut dan tidak kuat. Sifat logamtulen ini dapat diperbaik dengan menjadikannya aloi. Aloi ialahsuatu campuran dua unsur atau lebih mengikut peratusan yangtertentu dengan unsur utamanya ialah logam. Tujuan pengaloianadalah untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen,mencegah kakisan logam, dan membaiki rupa bentuk logamsupaya menjadi menarik dan berkilat.
Aloi seperti gangsa, loyang, keluli, keluli nirkarat, duralumin,dan piuter biasa digunakan dalam kehidupan harian kita.Kegunaannya bergantung pada sifat-sifatnya. Sebagai contoh,
pisau, sudu, dan garpu diperbuat daripada keluli nirkarat keranamempunyai permukaan yang berkilat dan tidak berkarat. Jadual9.1 menunjukkan komposisi, sifat, dan kegunaan beberapa aloi.
Susunan atom di dalam logam
Kebanyakan logam wujud dalam keadaan pepejal. Logam tulen terdiri daripada atom yangsama jenis dan saiz. Susunan atom di dalam logam menyebabkannya bersifat mulur dan bolehditempa. Susunan atom yang teratur di dalam logam menyebabkan lapisan atom-atomnya
mudah menggelongsor antara satu sama lain apabila daya dikenakan ke atasnya. Dengan itu,logam bersifat mulur dan boleh diregang.
Rajah 9.5 Logam boleh ditempa
BAB 9 indd 159BAB 9.indd 159 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
10/23
160
Jadual 9.1 Komposisi, sifat, dan kegunaan beberapa aloi
Aloi Komposisi Sifat Kegunaan
Gangsa • 90% kuprum• 10% stanum
• Kuat dan keras• Tidak mudah mengakis
• Mempunyai permukaan yang berkilat
• Membuat patung atau tugu• Membuat pingat, pedang,
dan barangan hiasan
Loyang • 70% kuprum• 30% zink
• Lebih keras daripadakuprum
• Membuat alat muzik danperkakas dapur
Keluli • 99% ferum• 1% karbon
• Keras dan kuat • Membina bangunan dan jambatan
• Membuat badan kereta danlandasan kereta api
Kelulinirkarat
• 74% ferum• 8% karbon• 18% kromium
• Berkilat• Kuat• Tidak berkarat
• Membuat alatan sepertipisau, garpu, dan sudu
• Membuat alatan pembedahan
Duralumin • 93% aluminium• 3% kuprum• 3% magnesium• 1% mangan
• Ringan• Kuat
• Membuat badan kapalterbang dan kereta api laju
Piuter • 96% stanum• 3% kuprum• 1% antimoni
• Berkilau• Berkilat• Kuat
• Membuat cenderamata
9.6 Mengadakan perbincangan
Gambar foto 9.6
Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, kaji Gambar foto 9.6 untukmenjawab soalan yang berikut:(a) Apakah maksud aloi?(b) Apakah yang ditunjukkan dalam gambar foto itu? Namakan setiap objek.
(c) Apakah nama aloi yang digunakan untuk membuat setiap objek itu?(d) Apakah sifat-sifat yang ada pada setiap aloi yang menjadikannya sesuai untuk kegunaansetiap objek di atas?
Anda digalakkan supaya mendapatkan maklumat tambahan daripada Internet danmemberikan contoh aloi dan kegunaannya selain yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.6.Bincangkan dan bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.
BAB 9 indd 160BAB 9.indd 160 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
11/23
161
Mari kita jalankan eksperimen yang berikut untuk membandingkan kekerasan dan kadarkakisan logam tulen dengan aloinya.
• Eksperimen 9.1, muka surat 148
• Eksperimen 9.2, muka surat 150
Susunan atom di dalam aloi
Mengapakah aloi lebih kuat daripada logam tulennya? Untuk memahami perkara ini, kita harusmengetahui cara atom disusun di dalam aloi. Bagaimanakah kehadiran unsur yang lain dalamsesuatu logam dapat mengubah sifat logam itu?
Tonton simulasi komputer
yang menunjukkan
susunan atom di dalam
logam tulen dan aloinya.
C
1. Apakah aloi?
2. Apakah hubung kait antara susunan atom dalam sesuatu logam dengan sifat kemuluran
dan kebolehtempaannya? 3. Mengapakah peralatan untuk makan seperti garpu, sudu, dan pisau diperbuat daripada
keluli nirkarat?
4. Mengapakah besi tulen tidak digunakan sebagai bahan binaan?
5. Berpandukan ilustrasi yang sesuai, terangkan sebab aloi lebih keras daripada logamtulennya.
Kaji Rajah 9.6 dengan teliti. Apakah yang dapat andaperhatikan tentang susunan atom di dalam aloi apabila dua logam
yang berlainan dicampurkan? Kehadiran atom logam asing yangberlainan saiz telah mengganggu susunan atom yang teraturdi dalam sesuatu logam. Hal ini menjadikan penggelongsoranlapisan atom lebih sukar berlaku jika daya dikenakan. Hal inimenyebabkan aloi menjadi lebih keras dan lebih kuat daripadalogam tulennya.
Rajah 9.6 Pembentukan aloi
Logam tulen A
Logam tulen B
Aloi
+
BAB 9 indd 161BAB 9.indd 161 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
12/23
162
Anda harus dapat:
• menyatakan maksud
polimer
• menyenaraikan polimersemula jadi
• menyenaraikan
polimer sintetik dan
kegunaannya
• mengenal pasti
monomer dalam
polimer sintetik
• mewajarkan
penggunaan polimer
sintetik dalam
kehidupan harian
D Polimer Sintetik
Perhatikan Gambar foto 9.7. Objek-objek yang ditunjukkan dalam
gambar foto itu diperbuat daripada plastik. Plastik ialah sejenispolimer.
Polimer
Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripadabanyak ulangan unit kecil yang dinamakan monomer. Monomerbersambung melalui ikatan kovalen menjadi satu rantai yangpanjang dan proses ini dinamakan pempolimeran.
Rajah 9.7 Pembentukan polimer
Mari kita jalankan Aktiviti 9.6 untuk mengetahui maksudpolimer.
• Aktiviti 9.6, muka surat 152
Satu polimer mungkin terdiri daripada beribu-ribumonomer. Sesetengah polimer wujud secara semula jadi. Contohpolimer semula jadi ialah kanji, selulosa, kapas, protein, sutera,dan getah asli. Sesetengah polimer pula merupakan hasil buatanmanusia yang disebut sebagai polimer sintetik . Monomernya
biasa diperoleh daripada hasil petroleum yang telah menjalaniproses penapisan, penyulingan berperingkat, dan peretakan.Contoh polimer sintetik ialah politena, polivinil klorida atauPVC, polipropena, perspeks, nilon, dan terilin.
• Polimer • Polimer sintetik
Pempolimeran
Polimer berasal daripada
perkataan Yunani,
polus yang bermaksud
“banyak” dan meris yang
bermaksud “bahagian”.
Polimer sintetik pertama
yang disebut sebagai
parkesine disintesiskan
oleh ahli kimia British,
Alexander Parkes pada
tahun 1850-an.
Gambar foto 9.7 Barangan rumah yang diperbuat daripada plastik
BAB 9 indd 162BAB 9.indd 162 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
13/23
163
Getah Polipropena
Monomer bagi polimer sintetik
Jadual 9.2 menunjukkan beberapa polimer sintetik, monomer, dan kegunaannya.
9.8 Menonton simulasi komputer
Tonton simulasi komputer yang menunjukkan pelbagai polimer sintetik. Kemudian, kenalpasti dan lukis formula struktur monomer bagi setiap polimer yang ditunjukkan.
Jadual 9.2 Polimer sintetik, monomer, dan kegunaannya
Polimer sintetik Monomer Kegunaan
Politena Etena Beg plastik, bekas plastik, penebatuntuk dawai elektrik
Polipropena Propena Paip, botol, karpet, bateri kereta,tali
Polivinil klorida,PVC
Kloroetena Kulit sintetik, paip air, bajuhujan
Perspeks Metil metakrilat Cermin keselamatan, cerminpesawat, tingkap kenderaan, kantaplastik
Terilin Heksana-1,6-diol Asid benzena-1,4-dikarboksilik
Kain baju, jala, payung terjun
Nilon Heksana-1,6-diamina Asid heksana-1,6-dioik
Tali, gentian sintetik, tali pancing
9.7 Membuat pengelasan
Gambar foto 9.8
Kelaskan bahan-bahan yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.8 kepada polimer semula jadidan polimer sintetik. Berikan jawapan anda dalam bentuk jadual.
KanjiNilon
Terilin
Perspeks
Selulosa
Politena
Polivinil klorida,
PVC
BAB 9 indd 163BAB 9.indd 163 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
14/23
164
Penggunaan polimer sintetik
Kini, kita menggunakan polimer sintetik secara meluas.Salah satu kebaikannya ialah sifatnya dapat diubah mengikutpenggunaannya. Polimer sintetik agak murah, senang dibentuk,
dan mudah diwarnakan. Namun begitu, polimer sintetik susahdilupuskan kerana tidak mudah terbiodegradasikan. Masalah iniakan menyebabkan pencemaran alam sekitar, sistem salur airtersumbat, dan banjir kilat. Apabila polimer sintetik dibakar, gas
yang beracun dan berbau sengit dibebaskan. Oleh itu, wajarkahkita terus menggunakan polimer ini? Sekarang, rakyat Malaysiadigalakkan menggunakan beg kitar semula untuk menggantikanbeg plastik yang biasa digunakan. Mari kita jalankan Aktiviti 9.7untuk membincangkan masalah pencemaran alam sekitar yangdisebabkan oleh pelupusan polimer sintetik.
• Aktiviti 9.7, muka surat 152
Polimer sintetik telah
digunakan dalam bidang
perubatan untuk arteri
sintetik, kulit sintetik,
kanta mata sintetik, dan
sebagai pengganti untuk
sendi pinggul.
Gunakan enjin gelintar
untuk mencari maklumat
tambahan tentang
pencemaran alam sekitar
yang disebabkan olehpelupusan polimer sintetik.
Kita patut mengurangkan penggunaan, mengguna semula,dan mengitar semula polimer sintetik. Penggunaan polimer yangterbiodegradasi harus digalakkan. Kita juga harus mencari bahanalternatif untuk menggantikan polimer sintetik. Sehingga hari ini,apakah yang telah anda lakukan untuk mencapai matlamat ini?
Gambar foto 9.9 Beg plastik yang mudah terbiodegradasi
D
1. Apakah polimer?
2. Senaraikan dua contoh polimer semula jadi.
3. Senaraikan empat contoh polimer sintetik dan nyatakan kegunaannya.
4. Mengapakah polimer sintetik tidak dilupuskan dengan cara pembakaran?
5. Nyatakan dua cara untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh polimersintetik.
9.9 Membahas
Jalankan aktiviti bahas untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kesan penggunaanpolimer sintetik dalam kehidupan harian sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Tajukperbahasan itu ialah “ Penggunaan polimer sintetik patut dihentikan bagi mengelakkanpencemaran alam sekitar”. Kemudian, tulis esei bagi mewajarkan penggunaan polimerdalam kehidupan kita.
BAB 9 indd 164BAB 9.indd 164 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
15/23
165
E Kaca dan Seramik
Kaca diperbuat daripada pasir. Kaca telah digunakan sejak 3000tahun yang lalu. Seramik pula diperbuat daripada tanah liat.Serpihan seramik yang berusia lebih daripada 6000 tahun telahdijumpai oleh ahli arkeologi.
Gambar foto 9.10 Kaca dan seramik dalam kehidupan harian kita
Kaca
Komponen utama kaca ialah silika, SiO2 atau pasir. Terdapatpelbagai jenis kaca yang digunakan dalam kehidupan harian kita.
Jadual 9.3 menunjukkan jenis kaca, sifat, dan kegunaannya.
Anda harus dapat:
• menyenaraikan jenis kaca
dan sifatnya
• menyenaraikan kegunaankaca
• menyatakan sifat seramik
• menyenaraikan kegunaan
seramik
Gambar foto 9.11 Baranganseramik dalam kehidupanharian kita
Jadual 9.3 Jenis kaca, sifat, dan kegunaannya
Kaca Sifat Kegunaan
Kaca silika terlakur terdiri daripada silika,SiO2
Gambar foto 9.12Alatan kaca makmal yangdiperbuat daripada kacasilika terlakur
• Tahan terhadap haba danbahan kimia
• Mempunyai ketulenan yangtinggi
• Lut sinar• Mempunyai rintangan yang
tinggi terhadap kejutanterma
Membuatalatan kaca
makmal,kanta optik,teleskop,cermin,gentianoptik
Kaca soda kapur terdiri daripada campuransilika, SiO2 dan kalsium karbonat, CaCO3 atau natrium karbonat, Na2CO3
Gambar foto 9.13 Barangan yang diperbuatdaripada kaca soda kapur
• Takat lebur yang rendah• Mudah dibentuk• Tahan terhadap bahan kimia• Tidak tahan terhadap haba
• Mempunyai pekalipengembangan terma yangtinggi (mengembang denganbanyak apabila dipanaskandan mengecut denganbanyak apabila disejukkan)
Membuatkaca tingkap,mentol,cermin,
bekas kaca
• Aktiviti 9.8,
muka surat
153
BAB 9 indd 165BAB 9.indd 165 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
16/23
166
Kaca Sifat Kegunaan
Kaca borosilikat terdiri daripada campuransilika, SiO2, boron oksida, B2O3, natriumoksida, Na2O, dan aluminium oksida, Al2O3
Gambar foto 9.14 Penutupalat memasak ini diperbuatdaripada kaca borosilikat
• Mempunyai pekalipengembangan terma yangrendah
• Sangat tahan terhadap habadan bahan kimia berbandingdengan kaca soda kapur
Membuatalatanmemasak,
alatan kacamakmal,lampu kereta,saluran paipkaca
Kaca plumbum (kaca kristal) terdiridaripada campuran silika, SiO2, plumbum(II)oksida, PbO, dan natrium oksida, Na2O
Gambar foto 9.15 Alatankaca yang diperbuatdaripada kaca plumbum
• Takat lebur yang rendah• Lut sinar• Mempunyai ketumpatan
yang tinggi• Mempunyai indeks biasan
yang tinggi
Membuatbaranganhiasan,barangankristal,prisma
• Kaca • Seramik
Gambar foto 9.16 Pasu bunga
seramik
Seramik
Seramik ialah bahan yang diperbuat daripada tanah liat dan prosespembuatannya memerlukan tindakan haba yang tinggi. Kaolinialah tanah liat yang terdiri daripada aluminosilikat terhidrat,
Al2O3.2SiO2.2H2O. Periuk tanah liat, bata, dan jubin ialah contohbahan seramik.
Seramik tahan haba dan tidak mudah melebur. Seramik juga
sangat keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia, dan tidak mudahterkakis. Selain itu, seramik merupakan penebat haba dan elektrik
yang baik. Sifat-sifat tersebut membolehkannya sesuai untuk dibuat pelelas, bahan binaan,penebat dalam alatan elektrik, dan alatan pembiasan.
9.10 Mengumpulkan dan mentafsirkan data
Kumpulkan dan tafsirkan data tentang jenis, komposisi, sifat, serta kegunaan kaca dan seramik. Anda boleh menggunakan sumber seperti buku, majalah, atau Internet. Paparkan data andadalam bentuk jadual dan sertakan gambar foto yang berkaitan.
Keperluan bahan binaan yang bermutu tinggi telah memajukan industri kaca dan seramik.
Kaca dan seramik yang telah ditingkatkan mutunya seperti kaca fotokromik, kaca konduksi, kacaseramik, bioseramik, dan superkonduktor seramik telah digunakan secara meluas. Mari kita jalankan Aktiviti 9.9 untuk mengkaji kegunaan kaca dan seramik yang telah ditingkatkan mutunya.
• Aktiviti 9.9, muka surat 153
BAB 9 indd 166BAB 9.indd 166 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
17/23
167
F Bahan Komposit
Sejak dahulu, manusia telah menggunakan tanah liat, kayu, batu,atau logam sebagai bahan binaan. Namun demikian, bahan-bahanini mudah terkakis atau terurai, terlalu berat, terlalu besar, ataususah dibentuk.
Gambar foto 9.17 Pembangunan teknologi dalam bidang pembinaan
Kebanyakan teknologi moden negara kita memerlukan bahan yang mempunyai gabungan sifat istimewa yang tidak terdapat padabahan konvensional seperti aloi, seramik, dan polimer. Oleh itu,penyelidikan dan pembangunan yang berterusan telah dijalankan
untuk menemukan bahan baharu ini. Untuk memenuhi kehendaktersebut, bahan binaan ini seharusnya bersifat seperti mempunyaiketumpatan yang rendah, kuat, dan tahan terhadap haba dankakisan.
Penjelasan tentang bahan komposit
Bahan komposit ialah bahan baharu yang dihasilkan daripadacampuran dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, kaca, seramik,dan polimer. Bahan yang terhasil ini mempunyai sifat gabunganbahan asalnya. Pada umumnya, bahan komposit mempunyai sifat
yang lebih baik daripada bahan asalnya. Mari kita jalankan Aktiviti9.10 untuk membina beberapa bahan komposit yang mudah.
• Aktiviti 9.10, muka surat 154
Jadual 9.4 menunjukkan jenis bahan komposit, penerangan,sifat, dan kegunaannya.
E
1. Apakah komponen utama kaca?
2. Namakan empat jenis kaca. Nyatakan sifat dan kegunaannya.
3. Nyatakan lima sifat seramik.
• Bahan komposit
Anda harus dapat:
• menghuraikan keperluan
penghasilan bahan
baharu untuk tujuan
yang tertentu
• menyatakan maksud
bahan komposit
• menyenaraikan contoh
bahan komposit dankomponennya
• membandingkan dan
membezakan sifat
bahan komposit dengan
komponen asalnya
• mewajarkan penggunaan
bahan komposit
• menjanakan idea
tentang penghasilan
bahan termaju untuk
memenuhi keperluan
yang tertentu• memerihalkan
kepentingan bahan
sintetik dalam kehidupan
harian
• mewajarkan kepentingan
menjalankan
penyelidikan dan
pembangunan secara
berterusan
• mengamalkan sikap
bertanggungjawab
semasa mengendalikan
bahan sintetik dansisanya
BAB 9 indd 167BAB 9.indd 167 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
18/23
168
Jadual 9.4 Jenis bahan komposit, penerangan, sifat, dan kegunaannya
Bahan komposit Penerangan Sifat Kegunaan
Konkrit yangdiperkukuh
Gambar foto 9.18 Batangkeluli digunakan untukmemperkukuh konkrit
Konkrit memang kerasdan kuat tetapi rapuh dan
mempunyai daya tegangan yang lemah. Apabilakonkrit diperkukuh dengankeluli atau gentian polimer,bahan yang terhasil inimenjadi sangat kuat danmempunyai kekuatanregangan yang lebih tinggi.
• Lebih kuat dankeras
• Tahan beban yangberat
• Mudah diacukankepada pelbagaibentuk
Digunakanuntuk membina
bangunan yangtinggi, jambatan,dan pelantarminyak
Superkonduktor
Gambar foto 9.19Superkonduktor terlibatdalam mesin imej resonansbermagnet, MRI yangdigunakan di hospital
Superkonduktor dapatmengalirkan arus elektrik
tanpa sebarang rintanganapabila disejukkanke suhu yang sangatrendah. Kebanyakansuperkonduktor ialahaloi sebatian logam atauseramik oksida logam.
• Tiada rintanganelektrik
Digunakandalam kereta
api laju, sistempenyimpantenagabermagnet,generator,transformer, dancip komputer
Gentian optik
Gambar foto 9.20Kabel yang diperbuatdaripada gentian optik
Gentian optik terdiridaripada gentian kaca yang
disaluti kaca dengan indeksbiasan yang berlainan.Gentian optik ialah bahankomposit yang dapatmenghantarkan data digitaldalam bentuk cahayasepanjang gentian kaca
yang panjang, lut sinar,dan halus.
• Dapat menghantardata dalam kapasiti
yang tinggi dancepat• Stabil secara
kimia dankurang gangguaninterferens
• Digunakandalam kabel
telekomunikasi• Digunakandalam endoskopuntukmemeriksaorgan di dalambadan manusia
Gentian kaca
Gambar foto 9.21Helmet yang diperbuatdaripada gentian kaca
Kaca agak keras, kuat, danmempunyai ketumpatan
yang agak tinggi tetapisangat rapuh. Apabila kacagentian digunakan untukmemperkukuh plastik,suatu bahan komposit yangdinamakan gentian kacaterhasil.
• Mempunyaikekuatan regangan
yang tinggi• Mempunyai
ketumpatan yangrendah
• Mudah diwarnakan• Mudah diacukan
dan dibentukkan
Digunakan untukmembuat tangkipenyimpan air,raket badminton,bot, dan papanpeluncur salji
BAB 9 indd 168BAB 9.indd 168 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
19/23
169
Penghasilan bahan termaju
Usaha penyelidikan untuk menghasilkan bahan komposit yang
baharu harus dijalankan demi memenuhi keperluan masyarakatterutamanya bagi meningkatkan status Malaysia sebagai negaramaju pada tahun 2020. Dengan adanya sumber semula jadi, tenagakerja yang dinamik, dan infrastruktur yang lengkap, Malaysia pastidapat menghasilkan bahan yang bertaraf dunia. Sebagai ahli sains
yang kreatif, apakah idea anda untuk mencipta bahan komposit yang baharu? Mari kita jalankan Aktiviti 9.11.
• Aktiviti 9.11, muka surat 155
Banyak bahan sintetik telah dihasilkan untuk kemudahankita. Namun, kemudahan itu mungkin mendatangkan kesan yang
negatif kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kita mestimenjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusanuntuk mengurangkan kesan negatifnya.
Profesor Madya Dr. Haji Wan Hamidon Haji Wan
Badaruzzaman telah
memenangi pingat
emas pada tahun 1998
kerana telah mencipta
satu sistem pembinaan
bahan komposit. Bahan
komposit ini menggunakan
satu kombinasi lapisan
BONDEK II kepingan
keluli profil dan
papan gentian yang
dikeraskan secara kimia(CHEMBOARD).
9.11 Mengadakan forum
Jalankan forum yang bertajuk “Penggunaan Bahan Sintetik”. Bekerjasamalah dalam kumpulansebagai pakar dalam bidang tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.5. Setiap kumpulandikehendaki membincangkan topik yang telah diagihkan. Kemudian, hantar seorang wakilkumpulan sebagai jurucakap untuk membincangkan topik tersebut.
Jadual 9.5
Pakar Topik yang dibincangkan
Jurutera Kepentingan bahan sintetik dalam kehidupan harian
Ahli sains Kepentingan menjalankan penyelidikan dan pembangunan yangberterusan untuk kesejahteraan manusia
Pakar alam sekitar Pencemaran yang disebabkan oleh pelupusan bahan sintetik
Tulis laporan yang ringkas tentang forum ini.
Bahan komposit Penerangan Sifat Kegunaan
Kaca fotokromik
Gambar foto 9.22 Kanta yang diperbuat daripada kaca fotokromik dapat melindungimata kita daripada sinaranultraungu yang berbahaya
Kaca fotokromik terhasilapabila hablur argentumklorida, AgCl digabungkan
dalam kaca. Apabila kacaini didedahkan kepadacahaya, argentum klorida,
AgCl bertukar kepadaargentum. Maka, kaca ituakan menjadi gelap.
• Peka terhadapcahaya
Digunakan untukmembuat kantaoptik, tingkap
kereta, tingkapbangunan,panel paparanmaklumat, kantakamera, suisoptik, dan meteruntuk mengukurkeamatan cahaya
BAB 9 indd 169BAB 9.indd 169 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
20/23
Asid sulfurik
✓ Asid sulfurik , H2SO4 digunakan untuk
membuat cat, detergen, baja dan lain-lain.✓ Asid sulfurik, H2SO4 terhasil melalui
Proses Sentuh.✓ Gas sulfur dioksida, SO2 yang terbebas akibat
kegiatan perindustrian boleh menyebabkanhujan asid yang mencemarkan alamsekitar.
Ammonia dan garamnya
✓ Kegunaan utama ammonia, NH3 adalahuntuk membuat baja dan asid nitrik,
HNO3.✓ Gas ammonia, NH3 mempunyai bau yang
sengit dan menghasilkan wasap putihapabila bertindak balas dengan gas hidrogenklorida, HCl.
✓ Ammonia, NH3 terhasil melaluiProses Haber.
Aloi
✓ Aloi ialah campuran yang terdiri daripadadua unsur atau lebih mengikut peratusan
yang tertentu dengan logam sebagai unsurutamanya.
✓ Contoh-contoh aloi ialah duralumin, loyang,keluli nirkarat, gangsa, dan piuter.
✓ Aloi lebih kuat, keras, tidak mudahterkakis, dan berkilau berbanding denganlogam tulennya.
Polimer sintetik
✓ Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada banyak ulangan unitkecil yang disebut sebagai monomer.
✓ Contoh polimer sintetik ialah PVC,politena, perspeks, dan nilon.
Kaca dan seramik
✓ Kaca terdiri daripada silikat logamdengan silika, SiO2 atau pasir sebagaikomponen utamanya.
✓ Secara amnya, kebanyakan kaca adalah lutsinar, lengai secara kimia, keras, rapuh, dantidak telap.
✓ Seramik pula sangat keras, rapuh,mempunyai takat lebur yang sangat tinggi,lengai secara kimia, dan tidak mudahterkakis. Kaca dan seramik merupakanpenebat haba dan elektrik yang baik.
Bahan komposit
✓ Bahan komposit ialah bahan baharu yangterhasil daripada campuran dua atau lebihbahan dan mempunyai sifat yang lebih baikdaripada bahan asalnya.
✓ Contoh bahan komposit ialah konkrit yang diperkukuh, superkonduktor, gentianoptik, gentian kaca, dan kaca fotokromik.
F
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan komposit?
2. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan kelebihan sifat sesuatu bahan
komposit berbanding dengan komponen asalnya. 3. Nyatakan dua kegunaan
(a) konkrit yang diperkukuh (b) kaca fotokromik
170
BAB 9 indd 170BAB 9.indd 170 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
21/23
Salin peta konsep di bawah. Kemudian, lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi.
(a) Nyatakan lima kegunaan asid sulfurik, H2SO4.(b) Namakan proses industri yang menghasilkan asid sulfurik, H2SO4.(c) Senaraikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan asid sulfurik, H2SO4.(d) Nyatakan mangkin, suhu, dan tekanan yang digunakan dalam proses pembuatan asid
sulfurik, H2SO4.(e) Nyatakan lima kegunaan ammonia, NH3.(f ) Namakan proses industri yang menghasilkan ammonia, NH3.(g) Senaraikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan ammonia, NH3.(h) Nyatakan mangkin, suhu, dan tekanan yang digunakan dalam proses pembuatan ammonia,
NH3.(i) Nyatakan lima contoh aloi.
( j) Namakan jenis polimer yang terdiri daripada selulosa, kanji, dan getah asli.(k) Berikan lima contoh polimer sintetik.(l) Nyatakan empat jenis kaca.(m) Nyatakan sifat-sifat seramik.(n) Nyatakan empat kegunaan seramik.(o) Nyatakan lima contoh bahan komposit.
171
(o)
(k)
Bahan buatandalam industri
Asid sulfurik
Ammonia
Aloi
Polimer
Kaca
Seramik
Polimersintetik
(m)
(d)
(i)
Bahankomposit
Kegunaan (f )
( j)
(a) (c)
(h)(g)(e)
(n)
(l)
Kegunaan (b)
BAB 9 indd 171BAB 9.indd 171 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
22/23
Apakah bahan yang ditunjukkan dalam
Rajah 2? A Gangsa C PiuterB Loyang D Duralumin
5. Yang berikut yang manakah bukan polimer semula jadi?
A Getah asli C WulB Sutera D Nilon
6. Yang berikut yang manakah diperbuatdaripada perspeks?
A TaliB Paip airC Beg membeli-belahD Cermin keselamatan
7. Apabila X dipanaskan pada suatu suhu yang sangat tinggi dan kemudiandicelupkan ke dalam air sejuk, didapati X tidak retak. Apakah X ? A Kaca silika terlakurB Kaca plumbumC Kaca borosilikatD Kaca soda kapur
8. Apakah kebaikan raket badminton yangdiperbuat daripada bahan kompositberbanding dengan kayu?I Lebih murah III Lebih ringanII Lebih kuat IV Lebih tahan lama
A I dan II C I, II dan IIIB III dan IV D II, III dan IV
9. Apakah punca pencemaran alam sekitarakibat penggunaan bahan sintetik?I Pembakaran polimer sintetik II Penggunaan baja ammonium yang
keterlaluanIII Penggunaan polimer yang tidak
terbiodegradasikanIV Pembakaran bahan komposit
A I dan II C II, III dan IV B I dan IV D I, II, III dan IV
Soalan Objektif
Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yangterbaik bagi setiap soalan.
1. Yang berikut yang manakah tidak menggunakan asid sulfurik dalampembuatannya?
A Sabun C BajaB Cat D Gentian sintetik
2. Rajah 1 menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam pembuatan asidsulfurik.
Sulfur P Sulfur
Q
dioksida
Sulfur
trioksida
AsidOleum
sulfurik
S
R
Rajah 1
Berdasarkan rajah di atas, langkah yangmanakah yang memerlukan penggunaanmangkin?
A P C RB Q D S
3. Gas G bersifat alkali, berbau sengit, dansangat larut di dalam air. Apakah gasitu?
A AmmoniaB Sulfur dioksidaC Sulfur trioksidaD Nitrogen dioksida
4. Rajah 2 menunjukkan susunan zarah
satu bahan.
Kuprum
Stanum
Rajah 2
9
172
BAB 9 indd 172BAB 9.indd 172 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM
8/9/2019 BAB 9 pg151-173
23/23
HendalRangka
Rim
Rajah 1
173
Soalan Subjektif
Arahan: Jawab semua soalan.
1. Rajah 1 menunjukkan beberapa bahagian pada sebuah basikal.(a) (i) Rangka basikal itu diperbuat daripada keluli. Apakah unsur-unsur yang terdapat pada keluli?(ii) Nyatakan perbezaan antara keluli dengan keluli
nirkarat dari segi rintangan terhadap kakisan.(b) Hendal disaluti oleh selapisan polimer sintetik.
(i) Namakan satu polimer sintetik yang bolehdigunakan.
(ii) Apakah sifat pada polimer sintetik ini yang menyebabkannya sesuaidigunakan?
(c) (i) Keluli adalah kuat tetapi tidak sesuai digunakan untuk membuat rim pada basikallumba. Terangkan sebabnya.
(ii) Namakan satu aloi yang sesuai digunakan untuk membuat rim basikal lumba.(iii) Selain aloi, namakan satu bahan yang sesuai digunakan untuk membuat rim
basikal lumba.
Soalan Esei
Arahan: Jawab semua soalan.
1. (a) Nyatakan dua kegunaan asid sulfurik dalam kehidupan harian kita.(b) Dengan bantuan persamaan kimia, terangkan pembuatan asid sulfurik dalam
industri.(c) Semasa pembuatan asid sulfurik, sulfur dioksida terhasil. Bagaimanakah sulfur dioksida
mendatangkan masalah kepada alam sekitar?
2. (a) Namakan satu contoh bahan komposit. Bagaimanakah bahan komposit ini lebih baikdaripada komponen asalnya?
(b) Rajah 1 menunjukkan susunan atom dalam dua jenis bahan yang berlainan.
Bahan P BahanQ
Rajah 1
Bandingkan dan bezakan sifat fizik bagi bahan P dan bahan Q. Terangkan satuperbezaan sifat bahan-bahan ini.
(c) Aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulennya. Dengan memberikansatu contoh yang sesuai, huraikan satu eksperimen yang boleh dijalankan di dalammakmal untuk membuktikan pernyataan tersebut.