Post on 29-Jun-2015
description
FAKULTI EKOLOGI DAN KEMANUSIAAN
SKP 2101
KENEGARAAN MALAYSIA
SEMESTER 1, 2012/13
PERANAN KEHAKIMAN DALAM KONTEKS PENGASINGAN
KUASA DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NOMBOR MATRIK
1)NUR ADIBAH BINTI ABDUL WAHIDI (KETUA KUMPULAN) 168802
2)RASHIDAH BT MURAT 168627
3)RAIHANAH SYAHIRAH BT MOHD ROSLEE 168937
4)EIZZATI BINTI REMLI 167591
5)INTAN NUR BALQIS MOHD KHALID WONG 170207
6)NUR SHAHIDAH SHAHIDAN 170084
7)ROHANA BT ZAKARIA@MAT JUSOH 169151
8)NOR AFIZA BT MOHD NASIR 168951
KUMPULAN 21
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN RAJA NOR ALAINI BINTI RAJA OMAR
1
ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka Surat
1. Pendahuluan 3
2. Pengasingan Kuasa 4 - 10
3 Sistem Kehakiman 11 – 16
4. Kehakiman Dalam Konteks Penguasaan Kuasa 17 – 19
5. Isu Semasa
Kes 1: Kes Liwat Anuar Dan Saiful
Kes 2: Kes Skandal Klip Video Vk Linggam
20 – 21
22 - 24
6. Penutup 25
2
PENDAHULUAN
Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of
Powers"merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan
dalamnegara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.Tujuannya adalah untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny),
di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujudkan dan
mengekalkan kepimpinan,kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma)
dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check
and balance) antara kuasa tersebut.
Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecahkan kepada tiga cabang, iaitu Badan
Legislatif atau penggubal undang-undang, Badan Eksekutif atau pentadbir kerajaan
berdasarkanundang-undang dan Badan Kehakiman atau pelaksana undang-undang. Cabang-
cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantungan antara satu cabang
dengan lain.
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap
badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta mengehadkan kuasa badan yang
lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan
hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai
kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen
ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat
nyatadi negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa
satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing.
Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Di samping itu, badan
legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua
dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk
memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.
3
BAB 1: PENGASINGAN KUASA.
1.1 Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia terbahagi kepada tiga (3) iaitu;
a) Badan Kehakiman
b) Badan Perundangan (Legislatif)
c) Badan Eksekutif
1.1.1Tujuan pengasingan kuasa;
a) Mengelakkan pertindihan kuasa iaitu berkuasa melebihi satu bidang
b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat daripada pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu.
c) Tiada gangguan daripada mana- mana badan yang lain.
1.2 BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA.
Merupakan badan yang mentadbir keadilan secara saksama di Malaysia
1.2.1 Fungsi badan kehakiman
a) Mentafsir Undang-undang
b) Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
c) Memelihara hak-hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan
d) -Menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan individu dengan kerajaan
4
1.2.2 Mahkamah di Malaysia:
Mahkamah Atas:
(a) Mahkamah Persekutuan,
(b) Mahkamah Rayuan
(c) Makhamah Tinggi
Makhamah rendah:
(a) Makhamah Sesyen
(b) Mahkamah Majistret Kelas I
(c) Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil)
(d) Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)
1.3 BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF) DI MALAYSIA
Merupakan amalan kerajaan demokrasi yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara.
Badan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang
5
1.3.1 Fungsi Badan Perundangan;
a) Membuat undang-undang
b) Ini adalah tugas utamanya. Tugas ini melibatkan proses yang rumit dan terdapat
perbezaan dari segi proses di negara-negara yang dikemukakan. Di Jerman, rang undang-
undang tidak boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif secara perseorangan,
tetapi mestilah bergabung dengan faction (kumpulan yang terdiri dari lima belas orang).
Dalam sistem demokratik pula, rang undang-undang boleh dikemukakan oleh mana-mana
ahli legislatif.
1.3.2 Pentadbiran.
Ia bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap
tindakan-tindakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati bersalah. Tugasnya juga
memecat ahli-ahlinya, meluluskan kelayakan untuk ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan
terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadili kes-kes tudahan terhadap negara.
1.3.3 Kewangan.
Badan ini menguasai dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan.
Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan
badan perundangan untuk meluluskan atau tidak. Tugas ini lebih berkesan dalam sistem kabinet
seperti di Britain, di mana belanjawaan diluluskan atau dibatalkan oleh badan perundangan.
1.3.4 Pengendalian ketidakpuasan.
Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya. Ini
adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum.
6
1.4 BADAN EKSEKUTIF
Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang
dibuat oleh Badan Perundangan. Pada hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak kepada
Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri untuk
menjalankannya.
1.4.1 Peranan Badan Eksekutif
Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana
Menteri dan jemaah Menteri. Badan Eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa-kuasa
pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang. Di Malaysia terdapat tiga
peringkat pentadbiran kerajaan iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat
kerajaan tempatan.
1.4.2 Pentadbiran Peringkat Persekutuan
Mengikut Perkara 39 Perlembagaan persekutuan, kuasa pentadbiran Kerajaan
Persekutuan terletak pada tangan Yang Dipertuan Agong tetapi kuasa mi dijalankan oleh Kabinet
atau Jemaah Menteri. Jemaah Menteri berperanan sebagai badan pengurusan tertinggi negara
yang membentuk segala dasar kerajaan. Dasar-dasar yang dibentuk itu kemudiannya diluluskan
oleh kabinet. Bagi tujuan melaksanakan arahan dasar kerajaan tersebut, Jabatan Perdana Menteri
akan menyelaras peranan mana-mana kementerian yang akan melaksanakannya.
Peranan utama Jemaah Menteri ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua
perkara di samping memberi arahan untuk melaksanakan dasar tersebut. Jemaah Menteri diketuai
oleh Perdana Menteri dengan menteri-menteri lain sebagai ahli. Perdana Menteri biasanya ahli
dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti daripada anggota Dewan Rakyat. Perdana
Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta menteri yang lain di kalangan ahli Dewan
Rakyat.
7
Perdana Menteri bertanggungjawab mengetuai barisan kabinet, memimpin dan
menjalankan tugas pentadbiran negara. Perdana Menteri juga bertanggungjawab kepada semua
kementerian serta dasar kerajaan. Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada parlimen dan
bertanggungjawab secara kolektif atas keputusan-keputusan yang dibuat di Parlimen.
Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Perksekutuan, beberapa buah
kementerian, jabatan dan badan berkanun telah diwujudkan. Bilangan kementerian, jabatan dan
badan berkanun ditambah dan sernasa ke semasa untuk melaksanakan rancangan kerajaan. Setiap
kementenian diketuai oleh seorang menteni yang dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen, Setiausaha Politik dan pegawai lain. Setiap kementerian bertanggungj awab mengubal
dasar-dasar, merancang dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi dan
sosial. Antara tugas Perdana Menteri ialah membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan serta
menyelaras dan mengawal semua kementerian, jabatan dan badan berkanun.
Terdapat juga menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementenian tetapi dibeni tugas
khas iaitu Menteri Tak Berfolio di Jabatan Perdana Menteni. Biasanya mereka menjalankan
tugas khas. Di bawah kementerian tertentu terdapatjuga beberapa badan berkanun dan agensi
kerajaan. Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen. Tujuannya ialah untuk membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosial-
ekonomi. Di samping itu terdapat juga beberapa jabatan kerajaan serta agensi berkanun lain yang
membantu melaksanakan dasar sesebuah kementerian contohnya FELDA.
8
1.4.3 Pentadbiran Peringkat Negeri
Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada Sultan atau raja atau Yang Dipertuan
Besar atau Yang Dipertuan Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing. Ketua
Pentadbiran negeri terletak pada Menteni Besar atau Ketua Menteni. Beliau dibantu oleh seorang
Timbalan dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dan
Ahli Majlis Mesyuarat bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan Negeri dan
tertakiuk kepada Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Pentadbiran peringkat negeni meliputi tanggungjawab tentang hal-ehwal tanah dan galian, air,
agama, pertanian, pendidikan, perhutanan dan sebagainya. Semua dasar kerajaan negeni
dibentuk di Dewan Undangan Negeri dan dipertanggungjawab kepada Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya. Pejabat ini akan menurunkan kuasa kepada Pejabat
Daerah yang akan menentukan pembangunan daerah.
Di Sarawak, pentadbiran diketuai oleh Ketua Menteri dan dibantu oleh Timbalan dan
beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi. Struktur pentadbirannya terbahagi kepada empat
Bahagian iaitu Bahagian ditadbir oleh Residen, daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah, daerah
kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri dan di peringkat kampung pula ditadbir oleh ketua
kampung. Di Sabah, terdapat dua peringkat pentadbinan iaitu daerah dan kampung sahaja.
Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri manakala di peringkat kampung oleh Ketua Kampung.
1.4.4 Pentadbiran Peringkat Daerah
Pentadbiran peringkat Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang
penolong. Pegawai Daerah dibantu oleh beberapa orang penghulu yang menjadi ketua mukim
dan ketua kampung mengetuai kampung masing-masing.
9
1.4.5 Pentadbiran Kerajaan Tempatan
Kerajaan Tempatan juga dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Ia mengandungi
Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Peranan utama pentadbiran
Kerajaan Tempatan ialah untuk menumpukan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan pekan
atau bandar. Pentadbiran kerajaan tempatan terdiri daripada dua majlis iaitu Majlis
Perbandaran dan Majlis Daerah. Pentadbiran Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang Yang
Dipertua dan sebuah majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Terdapat juga Dewan Bandaraya yang mempunyai peranan yang sama dengan Majlis
Perbandaran tetapi hanya tertumpu di kawasan bandaraya sahaja. Dewan Bandaraya diketuai
oleh Datuk Bandar. Pihak berkuasa tempatan mempunya kuasa autonomi sendiri. Antaranya
ialah berkuasa membentuk undang-undang kecil sendiri dan melantik kakitangan seperti
penguatkuasa. Pihak Berkuasa tempatan mengurus sumber kewangan sendiri. Majlis tempatan
berperanan untuk memajukan kawasan pekan atau bandar, mengutip cukai pintu,
meluluskan pembinaan, memberi permit perniagaan dan sebagainya.
10
BAB 2: SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA
2.1 BADAN KEHAKIMAN
Bagi memperlengkapkan pengetahuan kita berkenaan dengan perundangan di Malaysia, maka
adalah wajar untuk mengetahui hierarki mahkamah yang sedia ujud di Malaysia dalam
menjalankan serta memperlengkapkan sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia pada masa
sekarang ini.
2.2 HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
^
MAHKAMAH RAYUAN
^
MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA / SABAH & SARAWAK
^
MAHKAMAH SESYEN
^
MAHKAMAH MAJISTRET
^
MAHKAMAH PENGHULU / ANAK NEGERI / BUMIPUTERA
11
2.2.1 MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Menurut Perlembagaan Persekutuan[1], antara bidangkuasa Mahkamah Persekutuan di Malaysia
adalah :
a. untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tinggi atau seseorang hakimnya.
b. apa-apa bidangkuasa asal (original jurisdiction) atau bidangkuasa menasihat (advisory
jurisdiction) sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan[2]; dan
c. apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang
Persekutuan.
Selain dari itu, dengan terdapatnya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan[3],
kebenaran daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan mesti diperolehi terlebih dahulu
sebelum memulakan apa-apa prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan atau deklarasi
(declaration) bahawa mana-mana undang-undang yang berkaitan adalah tidak sah yang
berdasarkan kepada Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan.
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 juga telah dipinda oleh Seksyen 17 Akta Mahkamah
Kehakiman (Pindaan) 1995 yang memperuntukkan bahawa :
Apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah Agung pada 23 Jun 1994
hendaklah disambung atau diteruskan, megikut mana-mana yang berkenaan, di hadapan
Mahkamah Persekutuan dan bagi maksud ini, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai
dan menjalankan semua kuasa Mahkamah Agung sebelum 24 Jun 1994.
Dengan adanya pindaan tersebut menunjukkan bahawa bidang kuasa yang dipunyai oleh
Mahkamah Persekuan adalah menyamai bidang kuasa Mahkamah Agung sebagaimana sebelum
12
berkuatkuasanya pindaan tersebut. Dalam kes Tan Boon Kean v PP[4], Mohd Azmi FCJ dengan
merujuk kepada ratio dalam kes Khoo Hi Chiang v PP[5] telah menyatakan bahawa :
Bagi tujuan melenyapkan sebarang keraguan (doubts), kami perlu menekankan juga bahawa
kami adalah terikat dengan ratio dalam kes Khoo Hi Chiang di mana tanggungjawab mahkamah
pada penutup kes pendakwa adalah untuk membuat satu penilaian maksima keterangan-
keterangan yang ada.
Dalam kes Dalip Bhagwan Singh v PP, mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah agung yang lama sebelumnya boleh menyimpang (to part) daripada
keputusan-keputusannya sendiri yang terdahulu (its own previous decisions). Tetapi
walaubagaimanapun, kuasa tersebut hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Sekiranya terdapat
dua keputusan Mahkamah Persekutuan yang bercanggah, maka keputusannya yang terkemudian
(terkini) akan mengatasi keputusannya yang terdahulu.
2.2.2 MAHKAMAH RAYUAN
Mahkamah Rayuan mula diperkenalkan dalam struktur hierarki mahkamah di Malaysia pada
tahun 1994. penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar kes-
kes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan beban
Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes0kes rayuan yang dibawa di hadapannya.
Menurut Perlembagaan Persekutuan[6], bidangkuasanya adalah untuk memutuskan kes-kes
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang
diberikan atau di bawah undang-undang Persekutuan. Dalam kes Dalip Bhagwan Singh (supra),
mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan di Malaysia secara umumnya terikat
dengan semua keputusannya sendiri melainkan jika terdapat pengecualian tertentu seperti yang
diperuntukan dalam kes Young v Bristol Aeroplane (1994) yang membenarkan Mahkamah
Rayuan di malaysia untuk menyimpang daripada keputusan sendiri yang terdahulu.
13
2.2.3 MAHKAMAH TINGGI
Mahkamah Tinggi di malaysia adalah terikat kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Walaubagaimanapun, keputusan-keputusan
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi akan mengikat mahkamah bawahan (subordinate
courts). Namun begitu, hakim Mahkamah Tinggi tidak terikat dengan keputusan yang dibuat
oleh hakmi Mahkmah Tinggi yang lain tetapi ia berhak mengikutinya.
Dalam kes Sundralingam v Ramanathan Chettiar[7], Azmi CJ telah menyatakan bahawa :
Dalam situasi ini kami patut mencontohi amalan di England, di mana hakim Mahkamah Tinggi
tidak akan membalikkan keputusan hakim yang lain tetapi hanya boleh tidak bersetuju dengan
keputusan itu dan memberi keputusannya sendiri. Ini merupakan amalan di negara ini...
2.2.4 MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH
Secara amnya, mahkamah-mahkamah bawahan di Malaysia adalah tidak terikat dengan
keputusan mereka sendiri, tetapi walaubagaimanapun, ianya masih terikat dengan keputusan
yang dibuat oleh mahkamah atasan (superior courts).
Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu :
a. Mahkamah Sesyen
Akta Mahkamah Rendah 1948[1] memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen yang inter
alia adalah :
1) membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord
and tenant), distress; dan
2) bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00.
14
3) bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan kesalahan-kesalahan yang lain
daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati[2].
4) meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Penghulu[3].
b.Mahkamah Majistret
Akta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada
Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya. Terdapat dua bahagian yang utama iaitu :
1) Bidangkuasa Majistret Kelas Pertama
Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama
adalah :
a) segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi
RM25,000-00.
b) membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang
penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara / denda sebanyak RM10,000-00 /
sebat sehingga 12 kali[5] / gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut / kesalahan
yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] /
kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan[7].
15
2)Bidangkuasa Majistret Kelas Kedua
Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya :
a) guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau
sebaliknya[9],
b) kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara
maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10],
c) tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan / denda tidak melebihi RM1,000-00 / gabungan kedua-
dua hukuman tersebut[11].
c. Mahkamah Penghulu (bagi Malaysia Barat sahaja)
Seksyen 94[12] memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan
adalah tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa Asia yang
bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan hukuman
denda tidak melebihi RM25-00[13]. Manakala bagi bidangkuasa jenayah[14] pula, ia hanya
boleh mendengar serta membicarakan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan-
kesalahan kecil sahaja yang mana awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.
16
BAB 3: KEHAKIMAN DALAM KONTEKS PENGUASAAN KUASA
Di Malaysia, terdapat tiga badan utama yang menjalankan urusan pentadbiran negara.
Badan-badan tersebut adalah Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-
tiga badan ini menjalankan peranan masing-masing di dalam urusan pentadbiran negara. Doktrin
Pengasingan Kuasa merupakan perkara yang menentukan peranan yang perlu dijalankan oleh
ketiga-tiga badan tersebut agar tidak berlakunya pertindihan kuasa ataupun pemusatan kuasa
oleh ketiga-tiga badan tersebut.
Secara umum, peranan Badan Kehakiman di dalam doktrin pengasingan kuasa ialah
menjadi pengadil di dalam pertikaian baik antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama
rakyat. Badan Kehakiman juga mempunyai peranan memastikan bahawa badan pemerintah atau
eksekutif dan badan perundangan kekal di dalam batasan masing-masing. Hal ini bermaksud,
setiap badan hanya boleh menjalankan urusan pentadbiran yang telah ditetapkan sahaja. Doktrin
Pengasingan Kuasa menegaskan bahawa tidak ada suatu institusi atau badan yang boleh yang
boleh memegang kuasa mutlak di dalam pentadbiran Malaysia. Peranan kehakiman adalah untuk
menjadi penyemak dan pengimbang kuasa eksekutif dan perundangan. Badan ini boleh bertindak
sebagai sebuah institusi bebas dan berkecuali.
Dalam konteks pentadbiran di Malaysia, Badan Legislatif berfungsi untuk menggubal
undang-undang bagi membolehkan Badan Eksekutif mentadbir negara. Sekiranya terdapat
sebarang pertikaian dari segi pentadbiran negara, maka pertikaian tersebut akan diputuskan oleh
Badan Kehakiman. Badan Kehakiman boleh mengisytiharkan sesuatu Akta Parlimen bercanggah
dengan Perlembagaan. Hal ini dapat dilihat dalam Perlembagaan Perkara 4, fasal 1. Namun
demikian, Perlembagaan Persekutuan, Perkara 122B, memperuntukkan bahawa perlantikan
hakim di mahkamah-mahkamah tinggi hendaklah dilakukan oleh Badan Eksekutif. Hal ini secara
umumnya menunjukkan Badan Eksekutif berhak memilih hakim mengikut kehendak mereka dan
hal ini juga menunjukkaan bahawa Badan Eksekutif mempunyai kawalan secara tidak langsung
ke atas Badan Kehakiman.
17
Dalam menjalankan tugas kehakiman, Badan Kehakiman perlu bebas dan tidak
dipengaruhi atau dikawal oleh badan perundangan mahupun eksekutif. Kebebasan kehakiman
penting bagi menjamin institusi kehakiman untuk menjalankan tugas dengan adil. Kuasa
kehakiman hendaklah diletak hak kepada badan kehakiman sahaja. Sebelum Jun 1988, terdapat
peruntukan khusus yang meletakkan had kuasa kehakiman kepada mahkamah yang mana badan
kehakiman mempunyai kuasa untuk menyemak perintah tahanan yang dikeluarkan oleh eksekutif
dari segi substantif dan prosedur. Namun selepas pindaan dibuat pada tahun 1988 dan 1989,
bidang kuasa Badan Kehakiman telah dihadkan di mana mahkamah hanya boleh menyemak
perintah tahanan hanya dari segi prosedur sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa bidang kuasa
Badan Kehakiman telah terhakis sekaligus menunjukkan penghakisan Doktrin Pengasingan
Kuasa oleh Badan Eksekutif melalui proses penggubalan undang-undang oleh parlimen.
Di Malaysia, boleh dikatakan semua anggota Eksekutif iaitu kabinet adalah juga anggota
Legislatif sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Jelas tiada pengasingan kuasa di
sini. Pihak yang membuat undang-undang dan pihak yang melaksanakan adalah golongan yang
sama. Dari sudut ini mudah bagi pemerintah yang menguasai badan Legislatif untuk mengubal
undang-undang yang ada kalanya memberi kepentingan peribadi mahupun kolektif kepada
Eksekutif lebih lagi bila mempunyai sokongan lebih dari dua pertiga (2/3) ahli di kedua-dua
Dewan. Misalnya kes Rang Undang-undang kenaikan gaji Perdana Menteri yang
peningkatannya ada dipersoalkan oleh sesetengah golongan sedikit masa lalu.
Di bawah artikel 39 perlembagaan, kuasa kedudukan Eksekutif di dalam Persekutuan
diberikan kepada Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan boleh digunakan olehnya atau oleh
Kabinet atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet. Di dalam menggunakan
kuasanya YDPA boleh bertindak sejajar dengan "nasihat" Kabinet atau seorang Menteri yang
bertindak di bawah kuasa Kabinet, kecuali jika sebaliknya yang diperuntukkan oleh
perlembagaan. Sungguh pun demikian, telah pun diputuskan bahawa YDPA tidak boleh
bertindak sewenang-wenangnya mengikut mana-mana nasihat. Nasihat yang diberikan mestilah
berlandaskan undang-undang, mematuhi perlembagaan dan mesti dibuat demi kepentingan
rakyat. Sebagai contohnya, YDPA sepatutnya tidak menerima "nasihat" Perdana Menteri untuk
melantik bekas Peguam Negara sebagai Hakim Persekutuan, berdasarkan banyak dakwaan-
dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
18
Nasihat sedemikian yang bertentangan dengan undang-undang tidak boleh dianggap satu nasihat
sebagai mana yang dimaksudkan di dalam artikel berkenaan.
Kuasa kedudukan Legislatif (Perundangan) di dalam persekutuan pula diberikan
berdasarkan Artikel 44 di Parlimen yang terdiri dari YDPA dan dua dewan Parlimen. Dan akhir
sekali Artikel 121 menyatakan bahawa kuasa Kehakiman di dalam Persekutuan perlu diberikan
kepada dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa dan status yang diselaraskan dan
mahkamah-mahkamah yang lebih rendah sebagaimana yang mungkin diperuntukkan oleh
undang-undang Persekutuan.
19
BAB 4 : ISU SEMASA
4.1 KES 1
KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL BUKHARI
Ringkasan keputusan kes liwat anwar ibrahim :
Datuk Seri Anwar Ibrahim (defenden)
Mohd Saiful Bukhari (plaintif)
Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26,
di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30
petang pada 26 Jun, 2008. Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Diah (akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan
mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan
membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah .Jika Sabit Kesalahan :
Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan
tuduhan liwat dan rayuan supaya menggugurkan penyertaan Mohamad Zabidin daripada
mendengar kes liwatnya. selepas rayuan ditolak, Anuar membuat rayuan tetapi Mahkamah
Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan penolakan Hakim Mahkamah
Tinggi,Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes liwat
dan rayuannya untuk mendapatkan semua kenyataan Siful,termasuk kenyataan diberikannya
kepada polis ketika siasatan kes liwat. Pihak pendakwaan menutup kes liwat Anwar selepas
memanggil 27 saksi memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung 57 hari yang
mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar
membela diri atas pertuduhan liwat.Mohamad Zabidin dalam penghakimannya yang dibacakan
hampir dua jam berkata,Mohd Saiful adalah saksi yang benar,berwibawa dan diyakini serta
keteranganya disokong dengan penemuan pakar. Pihak pembelaan menutup kes selapas lapan
saksi mereka tampil memberi keterangan,termasuk Anwar. Pada 9 Januari 2012 Mahkamah
Tinggi memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dilepaskan dari tuduhan.
20
Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar
Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh
Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden
4.1.1 KESIMPULAN KES
pembebasan dan pelepasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas
pembantunya membuktikan bahawa badan kehakiman Malaysia adalah sebuah badan
bebas .Keputusan itu membuktikan kerajaan atau Badan Eksekutif tidak campur tangan dalam
urusan campur tangan.
21
4.2 KES 2
KES SKANDAL KLIP VIDEO V.K LINGAM
1. Isu klip video V.K Lingam muncul pada tahun 2002 tetapi menjadi kontroversi pada
sekitar tahun 2002 tetapi menjadi kontroversi sekitar tahun 2007 di Malaysia.
2. Klip video tersebut mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka ,
V.K Lingam dan Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul halim, seorang hakim kanan bagi
mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002.
3. Kes ini menjadi isu yang serius kerana ia merupakan cubaan untuk mengatur perlantikan
hakim-hakim termasuk perlantikan Ketua Hakim Negara.
4. Perbuatan cubaan mengatur perlantikan hakim telah melanggar kod etika kehakiman dan
sekaligus mencalarkan kredibiliti badan kehakiman Malaysia.
5. Menurut kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3(d), perbuatan melobi oleh seseorang
hakim boleh mencemarkan nama baik badan kehakiman.
6. Lantaran isu ini juga, pada 27 September 2007, satu perarakan yang disertai 1500
peguam yang menjadi ahli Majlis peguam Malaysia telah diadakan di Putrajaya.
7. Antara tuntutan mereka ialah menggesa agar suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan
bagi melantik para hakim. Selain itu, mereka menggesa agar Suruhanjaya Diraja
ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip ini yang dikatakan mengatur perlantikan
hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002 semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih
menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
8. Pada 27 September 2007, sebuah panel khas ditubuhkan yang terdiri daripada bekas
Hakim Besar Malaya, Tan Sri haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam
Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar.
9. Kabinet Malaysia telah melantik 3 orang menteri untuk meneliti dari segi perundangan
laporan panel khas yang dibentuk ini dan mereka dipilih kerana mempunyai latar
belakakng undang-undang.
10. Pada 16 November 2007, sebuah Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan bagi mengkaji
pengesahan dan implikasi klip video ini terhadap kehakiman di Malaysia.
22
11. Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan mahu perlantikan hakim sebelum dan
selepas 2002 disiasat kerana mungkin ada kaitan dengan klip video tersebut agar semua
pihak terutama peguam mendapat keadilan.
12. Ahli Suruhanjaya Diraja yang telah diperkenankan oleh YDPA telah dipertikaikan
kehlian mereka kerana dikhuatiri tindakan badan ini dikawal dan dicampuri serta
dipengaruhi oleh badan lain.
13. Namun pertikaian ini ditolak kerana telah pun diperkenankan oleh YDPA.
14. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa seolah-olah terdapat penggunaan kuasa badan
eksekutif dalam menentukan sebarang keputusan berkaitan kes ini.
15. Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir dalam perbicaraan kes ini merupakan antara saksi
dalam kes tersebut di mana beliau dipanggil kerana terdapat kesangsian terhadap
pengaruh badan eksekutif dalam system kehakiman.
16. Selaku Perdana Menteri, beliau berhak melantik sesiapa yang difikirkan sesuai dan layak
tanpa mengambil kira pandangan sesiapa dan diajukan kepada YDPA.
17. Sebab musabab seseorang itu dilantik ke jawatan tertinggi tidaklah perlu dinyatakan dan
beliau berhak berbuat demikian.
18. Oleh sebab inilah, Majlis Peguam Malaysia menuntut agar ditubuhkan satu suruhanjaya
kehakiman yang bebas untuk tujuan khas melantik para hakim negara.
19. Kes klip video Lingam ini membuktikan bahawa kemahiran undang-undang mudah
dimanipulasikan untuk kepentingan sendiri.
4.2.1 Implikasi Besar Daripada Kes Ini:
1. Kes ini antara punca kekalahan besar parti Barisan Nasional dalam pilihan Raya Umum
Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008.
2. Perubahan tarikh penyerahan laporan ditunda dari 11 Mac kepada dua bulan kemudian
dan sepatutnya berakhir pada 10 Mei 2008.
3. Perakam klip video ini yang bekerja di Hong Kong telah menjadi ahli politik bidan terjun
kerana menjadi calon parti Keadilan Rakyat tanpa perlu kempen yang hebat-hebat.
Beliau, loh Gwo Burne menang besar di parlimen kelana Jaya.
23
4. Perdana Menteri Malaysia ke-4, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menngubah
tatacara perlantiakn ketua hakim negara.
5. Tun Salleh Abas telah diberi exgratia atas jasa-jasa lampau beliau.
4.2.2 KESIMPULAN KES
Berdasarkan isu klip video ini, kita dapat lihat bahawa terdapat satu pendekatan terhadap
kebebasan dalam perlantikan para hakim di Malaysia dan peristiwa ini berlaku ketika
pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikhuatiri terdapat unsur-unsur campur tangan
kuasa eksekutif dalam perlantikan para hakim tersebut. Berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh
ahli Majlis Peguam Malaysia, kita dapat lihat dengan jelas berlakunya kesangsian dalam
perlantikan para hakimdi negara ini. Oleh itu, perlu ada satu suruhanjaya kehakiman yang bebas
dalam melakukan proses perlantikan hakim-hakim di Malaysia agar masalah seperti isu klip
video lingam ini tidak timbul lagi.
24
PENDAHULUAN
Apa yang dapat kami simpulkan ialah corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan
menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam
pemerintahan negara, iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan
badan kehakiman (judiciary).Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara
disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang
ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18. Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea
terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab
bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang
melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan
yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang
pertindihan.
.Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan
membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh
mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan
negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu
jugadengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak
boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Matlamat doktrin
pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan mana-
mana pihak. Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia
mengandungi ketiga-tiga badan di dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan
pentadbiran dan badan kehakiman. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah
sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan,
baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39
Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44
Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa perundangan Persekutuan.
25