Post on 25-Jun-2015
description
Pengenalan
Dalam meneliti tentang pensejarahan orang Yunani purba serta kaedah yang digunakan oleh
mereka dalam menghasilkan penulisan Sejarah, tidak dapat tidak kita harus membuat suatu
penelitian tentang peranan yang dimainkan oleh dua orang tokoh penting pada zaman itu iaitu
Herodutus dan Thucydides dalam bidang pensejarahan Yunani khususnya serta pensejarahan
dunia amnya. Disamping itu dalam usaha kita melihat kemampuan pensejarahan Yunani pada
zaman klasik terhadap pembentukan ilmu mengenai kaedah yang dibuat bagi menulis sejarah,
kita juga harus meneliti juga tentang sejauhmana mereka berjaya mewujudkan suatu idea
baru tentang sejarah yang boleh menjadi rujukan para sejarawan pada masa ini. Namun
begitu, secara umumnya para sejarawan beranggapan bahawa mereka iaitu Herodutus dan
Thucydides sememangnya telah berjaya membawa suatu asas penting kedalam penulisan
sejarah pada masa kini serta kita juga boleh menjadikan karya kedua-dua tokoh ini sebagai
rujukan bagi menilai evolusi penulisan sejarah sejagat. Sungguhpun begitu, terdapat
sesetengah sejarawan yang agak pesimis serta skeptikal dalam menghargai sumbangan
kedua-dua tokoh penting ini dalam mewujudkan asas-asas mengenai kaedah persejarahan
serta jasa mereka dalam memantapkan sejarah sehingga hari ini. Oleh itu, esei ini secara kritis
akan membuat suatu analisa tentang kaedah yang digunakan oleh Heroduts dan Thucydides
serta membuat suatu kajian yang lebih tepat tentang kemampuan kedua-dua tokoh ini
didalam memantapkan penjelasan sejarah secara lebih terperinci dan semua analisa tentang
isu sejarah ini akan dibincangkan pada halaman yang berikutnya.1
1 R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 1987 hlm 1
1
Kaedah yang digunakan Oleh Herodutus serta analisa yang boleh dibuat terhadap kaedah yang digunakan oleh Herodutus
Herodutus sememangnya boleh dianggap sebagai bapa sejarah dunia yang utama dan bagi
melihat sumbangannya kita wajar melihat kepada kaedah yang digunalkan dalam
memperelokkan lagi sejarah sejagat. Antara aspek yang boleh dilihat dalam soal kaedah yang
digunakan oleh Herodutus ialah melalui matlamat beliau dalam penulisan sejarah.Matlamat
dalam penulisan merupakan aspek utama yang menentukan sejauhmana karya sejarah itu
boleh dimanggap sebagai karya sejarah yang sebenarnya.Dalam meneliti aspek ini, Herodutus
telah menekankan tentang usaha-usaha untuk merakamkan kejadian silam agar tidak luput
daripada ingatan manusia. Dalam hal ini, sebenarnya Herodutus telah cuba untuk
merakamkan peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman silam serta memastikan bahawa
sejarah itu tidak akan luput dalam pemikiran umat manusia pada zaman selepasnya2. Hal ini
memang merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam membahaskan tentang
sejarah kerana perkataan sejarah itu sendiri adalah suatu rakaman tentang perkara yang telah
berlaku pada masa silam. Oleh itu, tidak hairanlah kita akan melihat karya-karya herodutus
ini mempunyai matlamat sedemikian. 3 Misalnya, karya beliau iaitu Perang Parsi atau
Persian War yang mengisahkan tentang perjuangan rakyat Yunani bagi menentang Parsi
yang telah menjajah rantau Yunani terutamanya Ionia yang dianggap menerima kesan buruk
akibat daripada penjajahan tersebut dan Herodutus telah cuba merakamkannya melalui
karyanya yang bertajuk Perang Parsi ini.hal ini juga turut mendedahkan kepada kita bahawa
Herodutus telah mempunyai suatu kesedaran tentang sejarah lebih lama berbanding dengan
kesedaran sejarah yang telah diutarakan oleh para sejarawan moden khususnya pada abad ke
19 dan ke 20 yang telah dipelopori oleh Ranke dan sejarawan selepas Ranke dan Herodutus
2 R. Suntaharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.,1987.hlm 83 E.H Carr, Apakah Sejarah, terjemahan oleh Abdul Rahman Haji Ismail, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988 hlm 8.
2
sedar bahawa sejarah seharusnya dirakamkan sebagai suatu panduan yang berguna untuk
manusia yang akan datang agar tidak lagi melakukan perkara tersebut.
Herodutus juga sebenarnya selain daripada penekanan kepada matlamat, beliau juga turut
memekankan soal sumber dalam karya sejarah yang dihasilkan. Tetapi sebelum berbincang
dengan lebih lanjut tentang kaedah sumber yang digunakan oleh herodutus ini adalah lebih
wajar untuk kita tahu akan pengertian sumber itu sendiri. Sumber mengikut pandangan R.
Suntharalinggam adalah keterangan atau bukti-bukti yang bersesuaian dengan sesuatu isu
yang ingin diketahui kebenarannya.4Namun begitu dari aspek sejarah keterangan atau bukti
yang dapat mengesahkan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau.5 Oleh itu, dari
segi ini, Herodotus telah menekankan kaedah sumber yang wajar bagi menjalankan
penyelidikannya tentang Perang Parsi.Antaranya beliau telah menggunakan sumber-sumber
lisan dalam menyelidik tentang Perang Parsi.dalam hal ini dan , beliau telah menemubual
saksi-saksi yang berkaitan seperti tentera, paderi-paderi dan sebagainya yang dapat
memeberikan beliau maklumat yang sesuai bagi melihat Perang Parsi itu secara kritis. Beliau
sebenarnya telah cuba menemubual saksi-saksi yang boleh dipercayai bagi menerangkan
tentang Perang Parsi itu secara lebih teliti lagi.Antara saksi yang ditemubual adalah Pericles
dan hal ini sememangnya agak mudah untuk dilakukan kerana beliau sebagai salah seorang
bangsawan Athens pada zaman tersebut semestinya mempunyai hubungan rapat dengan
pemerintah Athens seperti Pericles tetapi juga dengan para jeneral Athens disamping para
pegawai daripada Liga Delos yang terlibat bersama Athens bagi memerangi Parsi seperti
Sparta, Marathon, Ionia dan sebagainya yang mempunyai pengalaman dalam peperangan
tersebut iaitu Perang Parsi dan dari situ kita akan dapati beliau telah menggunakan sumber
lisan sebagai sumber utama,6 Tetapi sungguhpun begitu. Pada konteks pada zaman itu
4 R. Suntharalinggam, Pengenalan Kepada Sejarah.Kuala Lumpur: Marican and Sons (M) Sdn Bhd.1985 hlm 285 ibid6 A,D Mamigliano. Study In Historiography. London: Weidenfeld and Nicholson Compony Ltd.1966 hlm 129-130
3
sumber lisan adalah sumber paling tepat dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah kerana
Herodutus menulis peristiwa yang boleh dianggap hampir sezaman dengan beliau dan banyak
saksi yang masih hidup yang boleh dirujuk untuk mengetahui kisah sebenar disebalik perang
itu.7 Tambahan pula, pada zaman itu budaya menulis bukanlah sesuatu yang popular pada
masa itu dan beliau juga terpaksa menggunakan sumber ini kerana sumber lisanlah yang
paling rapat bagi membicarakan tentang sejarah Perang Parsi yang ingin ditulisnya. Namun
begitu, kita juga harus memahami bahawa sumber ini kadangkala mempunyai kelemahannya
juga dan dalam sistem penulisan sejarah moden sumber lisan adalah sumber yang paling
lemah bagi mendapatkan sesuatu peristiwa sejarah kerana ingatan seseorang manusia itu
tentang sesuatu perkara kadangkala sukar untuk individu yang ditemubual itu mengingati
sesuatu yang berada dalam ingatannya serta kadangkala kebenaran cerita itu boleh diragui
kesahihannya.Malah, mungkin juga dalam sesetengah kes masalah bahasa yang sukar
difahami telah menimbulkan masalah dari segi ketepatan maklumat yang
disampaikan.Namun begitu, dalam konteks Pensejarahan Herodutus yang telah dipeloporinya
beliau jugalah yang sebenarnya memberi asas dalam soal sumber ini dari segi aspek sumber
lisan itu sendiri.8
Selain itu, beliau juga telah memperlihatkan kaedah lawatan ketempat kejadian yang
dikatakan tempat berlakunya perang itu dan ini dimaksudkan dengan kawasan pertempuran
antara Athens dan Parsi.Dalam hal ini beliau telah mengembara ke beberapa buah negara
dikawasan Meditranean itu seperti Syria, Mesir, Aegean dan beberapa buah negara lain.Hal
ini beliau lakukan kerana bagi beliau dengan melakukan kunjungan ke kawasan pertempuran
antara orang Yunani dan Parsi itu beliau akan dapat suatu gambaran yang sebenar tentang
peperangan tersebut serta beliau dapat melihat dengan jelas tentang apa yang sebenarnya
7 ibid8 Muhamad Yusuf Ibrahim et.al. Sejarawan dan Pensejarahan,Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1988,hlm 38
4
berlaku semasa peperangan tersebut dan beliau juga dapat melihat akan suasana politik dan
kebudayaan orang yang dilawati dinegara-negara tersebut9.Hal ini apabila dikaji secara
mendalam sebenarnya mempunyai kaitan dengan sumber utama yang menjadi alat bagi
Herodutus melihat sejarah Perang Parsi.Hal ini beerti, semasa beliau melakukan
pengembaraan ke kawasan tersebut beliau pastinya telah melakukan temubual yang
merupakan aspek utama dalam sumber lisan itu dan dari situlah kita lihat bagaimana kaedah
sumber lisan dan kaedah kunjungan itu dimanfaatkan oleh beliau bagi memudahkan beliau
untuk menulis sejarah Perang Parsi yang penting bagi negaranya iaitu negara kota Athens10.
Kaedah yang digunakan oleh Thucydides dan analisis yang boleh dibuat tentangnya.
Thucydides yang merupakan sejarawan yunani purba yang dianggap telah mempamerkan
asas asas kepada pensejarahan moden pada hari ini merupakan sejarawan yang lahir diAthens
pada tahun sekitar 460-470sm dan beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jeneral dalam
kerajaan Athens pada kurun ke 424sm sewaktu umur beliau baru berusia 30tahun.Malangnya,
beliau telah dibuang negeri oleh pihak Athens kerana gagal mempertahankan kubunya
diAmphipolis dan beliau telah dibuang negeri selama 20tahun dan hanya kembali ke Athens
apabila Athens berjaya dikalahkan oleh pihak Sparta pada tahun 404sm dan beliau meninggal
dunia pada tahun 399sm di Thrace. Tetapi perbincangan kita bukanlah berkaitan dengan
riwayat hidup beliau semata-mata tetapi pada bahagian ini kita haruslah lebih fokus kepada
kaedah yang digunakan oleh beliau bagi menulis sejarah perang Peloponessia yang menjadi
matlamat utama didalam penulisannya dan beliau sebenarnya telah mengharapkan agar
sejarah peperangan ini tidak luput dan menjadi kenangan kepada generasi akan datang.11Hal
ini juga beerti bahawa beliau telah berhasrat untuk menulis tentang sejarah peperangan itu
9 R.Suntharalinggam.Pensejarahan Barat, Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm 1010 ibid11 Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al. Sejarah dan Sejarawan, Ketokohan dan Karya.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1988.hlm50-51.
5
sejak ianya bermula dan dalam masa sama kegagalannya dalam pertempuran Amphipolis
sebenarnya memudahkan lagi hasratnya untuk merakamkan peristiwa ini dan hasil daripada
perusahaannya diThrace iaitu perusahaan emas dan perak itu sudah cukup bagi kegunaannya
dalam menampung penyelidikannya12.Hal ini juga telah membuktikan bahawa beliau juga
sudah mempunyai kesedaran sejarah dan penulisan beliau iaitu Perang Peloponessia
merupakan salah satu bukti kesedaran Thucydides terhadap sejarah.13
Kaedah yang digunakan oleh Thucydides itu sebenarnya adalah hampir sama dengan yang
telah dilakukan oleh Herodutus tetapi perbezaan antara kedua-dua tokoh ini adalah
Thucydides sebenarnya telah menjadikan sejarah itu lebih kemas berbanding dengan
Herodutus.Oleh kaedah yang telah dilakukan oleh Thucydides bagi menjalankan penulisan
sejarah itu adalah dengan melakukan pemerhatian keatas tempat-tempat pertempuran dalam
perang Peloponessi itu dan beliau melakukannya semasa berada dalam buangan.Hal ini
sememangnya amat menarik kerana beliau bukan sahaja mengunjungi kawasan yang berada
dibawah kekuasaan Athens tetapi juga turut berada dalam pihak yang menganggotai Liga
peloponessia yang diketuai oleh Sparta.Disamping itu, beliau juga telah melihat akan
kepentingan mengikuti pertempuran itu bagi kedua-dua belah pihak dan ini adalah suatu bukti
bahawa beliau telah menilai kedua-dua pihak bukan daripada suatu analogi sempit tetapi
sebaliknya adil kepada kedua-dua pihak itu dan meninjau akan kedua-dua pihak adalah
penting14.Thucydides juga tidak melihat kepada sentimen patriotisme atau kebangsaan Athens
semata-mata tetapi adil kepada Athens dan juga anggota-anggota Liga
Peloponessiaa.Sesungguhnya kaedah yang telah digunakan ini adalah hampir sesuai dengan
saranan Ranke agar secara ditulis secara adil tanpa melihat kepada pandangan sempit mana-
mana pihak semata mata.15Secara tidak langsung menjadi asas kepada pensejarahan pada
12 R.Suntharalingam, Pensejarahan Barat,Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm 1413 Ibid.14 Ibid.hlm1615 J.B.Bury,The Ancient Greek Historians, New York:Dover Publications.1958.hlm 123
6
zaman seterusnya khususnya zaman abad ke 19 yang menjadi titik tolak antara pensejarahan
zaman tradisional dengan zaman moden.
Selain itu, beliau juga menggunakan kaedah penilaian sumber yang diperolehinya.Dalam
hal ini, Beliau dikatakan tidak mengambil semua sumber secara membabi buta samaada
pidato, temubual dan sebagainya tetapi beliau telah membuat suatu kajian yang mendalam
tentang sesuatu isu atau peristiwa yang diceritakan kepadanya. Hal ini beerti bahawa beliau
sebenarnya telah cuba untuk memastikan hanya sumber-sumber yang sesuai sahaja yang
boleh dimasukkan didalam karyanya16. Oleh sebab itu kita dapat lihat bahawa beliau telah
mengkritik Herodutus yang dianggap sebagai logrophoi atau bapa pembohong kerana
memasukkan perkara-perkara yang tidak penting didalam karya sejarah yang ditulisnya
khususnya yang berkaitan dengan unsur-unsur ajaib yang telah dimuatkan oleh Herodutus
dan sejarawan Yunani Purba sebelumnya.17Hal ini kerana, bagi beliau sesuatu peristiwa
sejarah itu haruslah sesuatu yang logik atau dalam bahasa mudahnya ialah dapat diakui
kesahihannya.Hal ini beerti, beliau telah cuba memisahkan dirinya daripada penulisan sejarah
dan kaedah penulisan sejarah Yunani purba yang lebih sesuai dianggap sebagai separa sejarah
ataupun dengan lebih cermat lagi kita juga boleh menilainya sebagai karya kesusasteraan
klasik Yunani.Kesannya, dari aspek ini adalah Thucydides telah melengkapkan dirinya
dengan membina gaya penulisannya sendiri tentang Perang Peloponessia yang menjadi tajuk
kajian sejarahnya.
Selain itu, kita juga akan menilai suatu lagi kaedah yang digunakan oleh Thucydides bagi
membuat suatu penulisan sejarah tentang perang peloponessia iaitu beliau mengkaji daripada
kacamata politik dan pemerintahan.Oleh itu kita lihat sebenarnya dapat lihat aspek ini dengan
melihat latar belakang beliau sebagai seorang bangsawan da juga seorang jeneral tentera
16 ibid17 R.Suntharalingam,Pensejarahan Barat, Petaling Jaya:Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm16
7
dalam negara kota Athens.18Dari segi ini,beliau telah memperlihatkan ketajaman
penulisannya dengan melihat bahawa sejarah itu diselusuri daripada aspek politik dan
pemerintahan.Antaranya beliau telah melihat bahawa perang peloponessia bukan sekadar
berlaku disebabkan oleh takdir semata-mata tetapi beliau juga menekankan faktor-faktor yang
membawa kearah peperangan antara negara kota Yunani yang pada mulanya bersatu hati
semasa memerangi Parsi.Beliau mengatakan bahawa sikap agresif Athens dibawah pimpinan
Pericles telah menyebabkan pergeseran antara negara kota, tetapi juga memberitahu bahawa
kebanyakan negara kota Yunani berasa bimbang terhadap tindak tanduk Athens yang boleh
menggancam kedaulatan negara-negara kota Yunani purba lantas mereka yang bersekutu
dengan Sparta yang merupakan kuasa terkuat dalam Liga Peloponessia supaya memerangi
Athens yang dianggap keterlaluan dan mengancam dari aspek kedaulatan dan perdagangan
negara kota Yunani purba yang sedang rancak pada masa itu.19Hal yang demikian telah
membolehkan beliau untuk keluar daripada kepompong pensejarahan Yunani purba ala
Herodutus dan membina suatu teknik pensejarahannya sendiri yang menitikberatkan sejarah
politik dan pemerintahan.Tambahan pula,sebagai seorang ahli politik dan jeneral tentera
pastinya beliau melihat peperangan ini daripada kaca mata seorang ahli politik dan juga
melhat peperangan ini daripada sudut pemikiran seorang tentera berbanding Herodutus yang
merupakan orang awam dan bangsawan Athens pada zaman tersebut.20Oleh sebab itulah
Thucydides telah melihat bahawa peperangan ini adalah tindakbalas yang dilakukan oleh
negara-negara kota Yunani apabila mereka menyedari akan ancaman yang boleh menggugat
kepentingan politik dan ekonomi mereka serta memanipulasikan Sparta sebagai antara negara
kota yang kuat dan mampu menyaingi Athens dalam peperangan tersebut agar berperang
dengan Athens.21
18 A.D.Mamigliano, Study in Historiography,London: Weidenfeld and Nicholson Compony Ltd.1966 hlm 13119 JB.Bury, The Ancient Greek Historians, New York:Dover Publications.1958 hlm 141-143 20 ibid21 Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al.Sejarah dan Sejarawan,Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1988.hlm55.
8
Sejauhmanakah kaedah yang digunakan oleh Herodutus dan Thucydides dapat memantapkan Sejarah.
Perbincangan kita pada bahagian esei ini adalah untuk memberikan tumpuan kepada
sejauhmanakah kaedah yang digunakan oleh Herodutus dan Thucydides itu berjaya
memantapkan sejarah secara keseluruhannya.Oleh itu, pada awal perbincangan, kita akan
lihat apa itu pemantapan sejarah.Pemantapan Sejarah itu bermaksud bahawa sejarah telah
diberikan suatu nafas baru dari berbagai aspek yang menjadi cakupan dalam ilmu sejarah
seperti sumber dan kritikan, pengadilan moral ,penjelasan sejarah dan sebagainya.Selanjutnya
perbincangan kita juga akan menilai juga pandangan sejarawan yang menyokong pandangan
tentang kedua-dua tokoh ini dalam memantapkan sejarah pada zaman ini dan kita akan
menjelaskannya dengan lebih lanjut pada bahagian lain esei ini.
Sememangnya kita harus bersetuju bahawa Herodutus dan Thucydides telah berjaya
memantapkaan sejarah.Antaranya ialah dengan membawa kepada penjelasan
sejarah.penjelasan sejarah bermaksud bahawa sebab musabab yang menyebabkan berlakunya
sesuatu peristiwa dan ini telah diterangkan oleh E.H Carr yang mengatakan bahawa
Kajian sejarah adalah kajian tentang sebab musabab dalam sejarah.22
Oleh itu,secara keseluruhannya, Herodutus dan Thucydides telah berjaya memantapkan
sejarah dengan menekankan peranan individu itu dalam menentukan sebab berlakunya
peperangan atau sesuatu peristiwa yang dianggap bersejarah.Sebagai contoh, Herodutus telah
memaparkan melalui karyanya Histories iaitu Perang antara Parsi dan Yunani bukan sahaja
perang antara dua peradaban yang berteraskan demokrasi dibawah Athens dengan Parsi yang
bersikap tirani atau kuku besi tetap beliau juga menekankan bahawa sikap raja Parsi yang
angkuh dan kejam telah menyebabkan perluasan kuasa oleh Parsi ke Yunani dan Athens dan
negara-negara kota Yunani berusaha untuk menghalang sikap kejam raja-raja Parsi yang
22 E.H.Carr,Apakah Sejarah, terjemahan oleh Abdul Rahman Haji Ismai,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1988.hlm 87
9
memberikan kesan buruk kepada orang Yunani nanti.Sambil itu, Thucydides pula telah
menekankan bahawa sikap Athens yang kejam dan campurtangan dalam hal ehwal Potidea
dan Cocyra telah menyebabkan Sparta dan Corinth bertindak dengan memujuk anggota-
anggota Liga Peloponessia agar memerangi Athens 23.Dalam hal ini, mereka telah
menekankan bahawa tindak tanduk manusia adalah penyebab kepada peperangan
tersebut.manusia sememangnya mempunyai perasaan untuk mendapatkan kuasa , kekayaan
dan sebagainya dan sifat-sifat tersebut adalah lumrah dalam diri manusia serta individu yang
terlibat telah bertindak atas cita-citanya. Seterusnya,membuat suatu tindakan yang selaras
dengan cita-cita besar tersebut.Lantas menyebabkan sesuatu peristiwa penting sejarah
berlaku.Sungguhpun kita wajar mengakui memang ada kelemahan kedua-dua tokoh ini dalam
memantapkan sejarah tetapi melalui kedua-dua tokoh ini jugalah yang telah memulakan
asasnya kerana sebelum ini telah wujud orang yang menulis tetapi ianya lebih berbentuk
separa sejarah serta mitos dan tidak menjelaskan akan sebab musabab sesuatu peristiwa
secara terperinci. melalui karya Herodutus dan Thucydides sahajalah yang memulakan soal
sebab musabab dalam sejarah,Hal ini secara tidak langsung telah memantapkan sejarah.24
Selain itu, sejarah juga dimantapkan melalui penekanan kepada pengadilan moral dan
Thucydides dan Herodutus telah memulakan asas penting kepada pengadilan moral dalam
sejarah.Mereka telah memuatkannya dalam karya-karya mereka iaitu Perang Parsi dan perang
Peloponessia.herodutus dalam karyanya telah mengecam raja-raja Parsi seperti Darius
i,Xerxes dan sebagainya sebagai kejam dan bersikap kuku besi serta mempunyai dasar
memperhambakan penduduk Yunani khususnya di Ionia.Namun begitu, Herodutus juga turut
mengktritik tindakan menghambakan penduduk yang dibebaskan oleh Athens itu sebagai
kejam malah lebih kejam daripada penjajah Parsi yang menjajah itu sendiri.Dalam soal ini,
23 R.Suntaralingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican and Sons (M) Sdn Bhd.1885.hlm 58-60.24ibid
10
Herodutus telah memperkenalkan satu bentuk pengadilan moral yang pertama bagi penulisan
sejarah dan corak pengadilan moral itu telah menjadi rujukan kepada pensejarahan
selepasnya khususnya pensejarahan Romawi yang cenderung mempengaruhi sejarawan Rom
bagi menulis sejarah seperti Cicero,Livy dan sebagainya.25Begitu juga dengan Thucydides
yang kelihatan juga membuat pengadilan moral dengan menyalahkan tindaktanduk Athens
dan para pegawai khususnya para panglima perang telah menyebabkan revolusi di Cocyra
yang telah membunuh ramai bangsawan sehingga beliau telah dituduh sebagai pengkhianat
negara.26Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa melalui kedua-dua tokoh ini, kita
khususnya para sarjana dalam bidang pensejarahan telah dapat merungkai dengan jelas
tentang apa dan mengapa serta bila pengadilan moral itu dijatuhkan terhadap sesuatu
peristiwa atau tindakan tokoh dalam sejarah.melalui mereka jugalah kita telah melihat tentang
cara cara pengadilan moral yang dialankan secara teratur lantas menyebabkan kita dapat
melanjutkan lagi kaedah-kaedah pengadilan moral yang lebih baik lagi melalui asas yang
dikemukakan oleh Herodutus dan Thucydides itu didalam karya-karya sejarah mereka.27
Selain itu, mereka iaitu Herodutus dan Thucydides juga sebenarnya telah memantapkan
sejarah dari aspek penilaian sumber yang diterima oleh mereka daripada sumber-sumber
yang digunakan seerti babad-babad, temubual para saksi,pidato-pidato dan sebagainya.Dalam
soal ini mereka telah membawa kita kepada suatu bentuk penulisan sejarah yang menjadi
panduan kepada para sarjana sejarah seterusnya.mereka telah membuat kritikan yang tidak
pernah dilakukan oleh para penulis sejarah sebelum mereka yang lebih suka meletakkan
dongeng atau mitos serta unsur-unsur ajaib28. Antaranya,Herodutus pula telah mengganggap
bahawa dongeng bahawa kaum Neurian pada malam bulan mengambang akan menjadi
Serigala telah ditolak oleh Herodutus kerana dianggap tidak logik sungguhpun saksi yang
25 R.Suntharalinggam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti, 1987.hlm 2726 ibid27 Ibid hlm2928 R.Suntharalinggam,Pensejarahan Barat,Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.1987.hlm 59
11
ditemui beliau di Scythia telah berkali-kali cuba meyakinkan beliau dengan bersumpah bagi
menunujukan bahawa dia adalah benar.Penolakan itu juga sebagai bukti bahawa Herodutus
cuba menolak dongeng serta sesuatu yang dianggap penipuan,tetapi juga cuba menjadikan
penulisan sejarah itu objektif.Beliau juga menganggap mungkin juga penduduk Scythia telah
bermusuhan dengan kaum Neurian dan cuba memenangkan diri mereka dengan mengatakan
perkara tersebut dan menjadi dakyah penduduk Scythia bagi merosakkan nama baik musuh
mereka iaitu kaum Neurian.29Namun begitu, ironinya Herodutus juga turut memasukkan
unsur ajaib dalam penulisannya bahawa Raja Darius dari Parsi tidak dapat mengenalpasti
petanda-petanda yang diberikan Tuhan yang memberikan alamat tentang kekalahan Parsi
dalam perang diSalamis itu.Tetapi, kita tidak boleh menyalahkan Herodutus seratus peratus
kerana ikatan penulisan separa sejarah serta berkonvesikan kesusasteraan masih lagi kuat
mempengaruhi pemikiran rakyat Yunani dan beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan
keadaan semasa yang menyebabkan penulisan beliau dianggap mempunyai kelemahan yang
ketara berbanding Thucydides.
Bagi Thucydides, beliau juga telah meletakkan pemantapan sejarah dan beliau juga telah
berjaya mengasingkan antara mitos dan fakta serta bejaya mengasingkan diri daripada unsur
ghaib yang gagal dilakukan oleh Herodutus.Dalam hal ini, Thucydides telah memasukkan
fakta-fakta yang dpercayai sahaja dan fakta yang dianggap tidak benar atau logrophoi itu
tidak dimasukkan didalam penulisannya kerana baginya sejarah itu ditulis untuk menjadi
panduan kepada orang lain agar tidak mengulangi kesilapan lalu dan beliau menulis sejarah
sezaman lebih mudah untuk menganalisis sumber kerana berlaku pada zamannya.dari segi
ini, beliau telah memberikan asas kepada penulisan sejarah serta memberikan kita suatu asas
bagi menganalisis sumber yang kita terima.Maksudnya ialah beliau telah sedaya upaya
menganalisis sumber yang diperolehi itu dan cara yang beliau lakukan serta Herodutus
29 Ibid
12
lalukan telah menjadi suatu rujukan sesuai bagi menganalisis sumber oleh sejarawan moden
pada zaman selepasnya khususnya pada zaman moden kini.30
Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbincangan kita tentang kaedah pensejarahan
yang digunakan oleh Herodutus dan Thucydides didalam penulisan sejarah ialah mereka telah
mengmukakan kepada kita beberapa kaedah yang sememangnya telah menjadi contoh kepada
para sejarawan pada masa ini seperti temubual,pemerhatian dan sebagainya.Selain itu,
mereka juga telah berjaya memantapkan sejarah kerana mereka berdua telah mengemukakan
suatu asas yang penting bagi penulisan sejarah sejagat seperti kritkan sumber, penjelasan
sejarah,pengadilan moral dan sebagainya yang tidak pernah dilakukan oleh penulisan sejarah
sebelumnya.Oleh itu, mereka telah mewujudkan pemantapan sejarah sehingga kini yang
menjadikan sejarah itu suatu bidang ilmu yang penting kepada manusia keseluruhannya.
Bibliografi
A.D.Mamigliano, Study in Historiography,London: Weidenfeld and Nicholson Compony Ltd.1966.
30 Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al.Sejarah dan Sejarawan,Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.hlm 61.
13
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Penerbitan Universiti Sains Malaysia.1988.
E.H.Carr,Apakah Sejarah, terjemahan oleh Abdul Rahman Haji Ismail,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1988
JB.Bury, The Ancient Greek Historians, New York:Dover Publications.1958
Muhamad Yusuf Ibrahim.et.al.Sejarah dan Sejarawan,ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1988
R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican and Sons (M) Sdn Bhd.1985
R.Suntharalinggam,Pensejarahan Barat,Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.1988
Stephen Usher, The Historians of Greece and Rome, Okhlohoma: Okhlohoma University Press, 1985.
14