Post on 07-May-2018
Lambakan bahan makanan dipasaran
membolehkan pengguna membuat pilihan
terhadap kualiti dan yang lebih utama sumber
makanan tersebut baik untuk kesihatan dan
mudah diperolehi.
Sumber bahan makanan seperti sayur-sayuran yang
banyak dan mudah diperolehi menjadi saingan
kepada pengeluar dalam memasarkannya. Saingan
yang wujud menjadikan pengeluar lebih peka
terhadap kualiti bagi menjamin pasaran.
Sayuran tanah tinggi seperti kobis, tomato dan
pelbagai jenis lagi amat mudah diperolehi kerana
permintaan yang tinggi daripada pengguna. Kobis
dikatakan berasal dari kawasan Selatan Eropah dan
Mediterranean, kini banyak ditanam di Malaysia
terutama di kawasan tanah tinggi Cameron
Highlands.
Terdapat pelbagai jenis varieti kobis dan pelbagai
bentuk seperti bulat atau bujur dipasaran dengan
warna warna putih, merah atau ungu. Kobis yang
biasa dilihat dan banyak terdapat dipasaran
berbentuk bulat dan berwarna hijau keputihan. Kobis
jenis ini mendapat tempat dipasaran kerana ia tinggi
dengan kandungan vitamin A.
Kobis mengikut kajian amat kaya dan tinggi dengan
kandungan galian, vitamin dan garam beralkali.
Selain digunakan sebagai penghias makanan atau
dimasak, kobis sebenarnya amat elok jika dimakan
mentah untuk mendapatkan khasiatnya. Di samping
itu kobis mentah lebih mudah dihadam daripada yang
dimasak. Semakin lama kobis dimasak semakin
sukar ia untuk dihadam.
Selain itu kobis juga kaya dengan pelbagai galian
dan vitamin lain seperti kalsium, fosforus, besi,
vitamin C dan sejumlah kecil vitamin B kompleks di
samping kandungan protein, lemak, serat dan
karbohidrat.
Kobis mempunyai kandungan bahan pembersih dan
pencuci. Sayur ini tinggi dengan kandungan sulfur,
klorin dan juga peratus iodin yang besar. Kombinasi
sulfur dan klorin membolehkan penyucian membran
mukus dalam perut dan sistem usus, tetapi ini hanya
berkesan apabila kubis diambil dalam bentuk jus atau
mentah tanpa tambahan garam.
Tetapi harus diingat pengambilan kobis dan jus kobis
berlebihan dikatakan mampu menyebabkan penyakit
tiroid yang dipanggil goiter. Pengambilannya dengan
2
kadar biasa berguna sebagai rawatan semula jadi
untuk jangkitan, ulser dan beberapa penyakit
berkaitan dengan sistem penghadaman.
Kobis dikatakan amat baik dalam membantu
proses penghadaman kerana dapat merangsang
usus untuk bertindak dengan baik di dalam perut.
Hidangan mentah dikatakan ramuan terpenting
untuk sembelit. la bertindak tanpa sebarang
kesan selepasnya. Hidangan ini dapat disediakan
dengan menambahkan sedikit garam, lada hitam
dan sedikit jus lemon ke dalam potongan kobis
sebelum dimakan.
Masalah ulser duodenal dikatakan mampu
dihilangkan jika pengambilan jus kobis dilakukan
kerana jus tersebut mengandungi faktor anti ulser
iaitu vitamin U, tetapi vitamin ini musnah jika kobis
dimasak. Jus ini dikatakan boleh diambil
sebanyak 90 hingga 180 gram sebanyak tiga kali
sehari dan diikuti dengan diet seharian dan bagi
individu yang tidak menggemari hidangan ini,
makanlah kobis mentah sebanyak empat atau
lima kali sehari.
Kajian telah menjumpai kandungan asid tartronik
dalam kobis yang dikatakan boleh menukar gula
dan bahan karbohidrat lain kepada lemak. Proses
ini amat berguna dalam mengurangkan berat badan.
Pengambilannya sebagai hidangan salad merupakan
cara terbaik untuk mengekalkan berat badan. 100 gram
kobis menghasilkan kira-kira 27 kalori untuk tenaga.
Malah dengan memakannya dikatakan dapat membuat
perut sentiasa berasa kenyang.
Daun kobis juga dikatakan amat berguna untuk
melegakan ulser, jangkitan luka dan masalah kulit
termasuklah psoriasis dengan kaedah tuaman. Daun luar
yang tebal dan berwarna hijau adalah yang paling sesuai
digunakan untuk proses tersebut tetapi perlu dibasuh dan
dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Kajian juga telah menunjukkan ia mengandungi beberapa
elemen dan faktor yang meningkatkan kekebalan dalam
tubuh manusia dan melambatkan proses penuaan.
Sesetengah daripada elemen itu turut membantu
menghalang pembentukan tampalan dalam dinding
saluran darah dan batu dalam pundi hempedu. Dikatakan
juga bahawa kombinasi vitamin P dan C dalam kobis
membawa kepada kekuatan saluran darah.
Apa yang diterangkan tentang kelebihan kobis akan menjadi
kenyataan jika seseorang itu menjadikan pengambilannya
sebagai amalan. Kesan daripada pengambilannya
memerlukan sedikit masa untuk menampakkan hasil dan
ia perlu dijadikan amalan yang berterusan.
3
Kegiatan mengusahakan kolam pancing yang
semakin berkembang masa kini bukan sahaja
memberi ruang pasaran kepada industri ternakan ikan
malah boleh dikaitkan dengan sektor pelancongan
kerana pengusaha kolam pancing boleh menjadikannya
sebagai kawasan agrotourism.
Melihat kepada potensi yang ada dan minat yang
mendalam, Encik Shahzuddin Haji Shaari, 44 tahun dari
Taman Seri Andika, Lenggong, Perak mengadapsikan
kolam ternakan udang galah yang sedia ada kepada
kolam pancing. Langkah tersebut diambil setelah melihat
kesesuaian yang ada di kawasan ternakan.
Kawasan yang berdekatan dengan sungai ini dahulunya
merupakan tanah sawah terbiar miliknya seluas 3.2
hektar. Pada tahun 2000 kawasan tersebut telah
diusahakan dengan ternakan udang galah di bawah
Program Pembangunan Usahawan Peladang, Lembaga
Pertubuhan Peladang melalui Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK), Lenggong dengan lima buah kolam.
Sebagai ahli PPK peruntukan yang diperolehi sebanyak
RM50,000 digunakan untuk mengusahakan ternakan
udang galah setelah mengambil kira kemudahan dan
pasaran yang ada.
Setelah beberapa pusingan menternak dijalankan
harga pasaran untuk udang menurun mungkin
disebabkan lambakan udang dari negara jiran,
Thailand dipasaran tempatan. Sementara itu kos
menternak yang semakin tinggi membuatkan
beliau telah memikirkan alternatif lain bagi
mengelakkan kerugian berterusan.
Memandangkan kolam ternakan telah ada, beliau
mengambil keputusan mengusahakan kolam
pancing pada tahun 2004 dan menjadikan beliau
satu-satunya pengusaha kolam pancing di
Lenggong . Daripada lima buah kolam yang sedia
ada, dua buah kolam diubahsuai menjadi kolam
pancing. Untuk permulaan, kolam pancing udang
menggunakan bekalan daripada kolam ternakan
yang ada manakala bekalan ikan untuk kolam air
tawar diperolehi daripada pengusaha di Kampar,
Perak.
Pelbagai jenis ikan bersaiz sekilo ke atas
dimasukkan ke dalam satu kolam dalam usaha
menarik minat pemancing. Di samping itu cara
ini membuatkan pemancing tidak berasa jemu
ketika berada di situ. Antara ikan yang terdapat
dalam kolam ialah:
♦ Rohu
♦ Patin
♦ Tongsan
♦ Likoh
♦ Jelawat
4
Bagi melengkapkan aktiviti dan membolehkan pengunjung
merasai suasana memancing di laut, sebuah kolam ikan air
masin disediakan. Usaha yang dimulakan pada tahun 2006
ini menyediakan sebuah kolam dengan ikan siakap putih
dan merah yang diperolehi daripada pengusaha di Pantai
Remis, Perak. Untuk membolehkan pengunjung melakukan
aktiviti memancing, bayaran sebanyak RM22 dikenakan bagi
kolam ikan air tawar dalam jangkamasa minimum empat
jam. Manakala untuk kolam ikan air masin bayaran sebanyak
RM10 sejam dikenakan kepada pengunjung.
Bagi menarik lebih ramai pengunjung, sebuah restoran
didirikan untuk menyediakan makanan segar. Pengunjung
juga boleh menjadikan ikan hasil daripada aktiviti
memancing hidangan segar dengan bayaran tertentu
sebagai upah menyediakan masakan. Pekerja akan
menyediakan menu masakan mengikut citarasa
pengunjung. Kolam pancing dan restoran ini menjadi
tumpuan ramai terutama pada hari kelepasan dan hujung
minggu yang mencecah 100 orang, manakala pada hari-
hari biasa dianggarkan seramai 60 orang.
Beliau yang berkelulusan Diploma Analisa Pelaburan dari
Universiti Teknologi MARA menguruskan sendiri aktiviti
kolam pancing dengan dibantu dua orang pekerja.
Pengurusan kolam mestilah dilakukan dengan sebaik
mungkin terutama bagi kolam ikan air masin kerana
penjagaan terutama tahap kemasinan air perlu dipantau
setiap masa. Kemasinan air antara 5 – 6 ppt sudah
mencukupi bagi membolehkan ikan hidup berbanding
dengan kemasinan air laut iaitu 27 ppt.
Kadar kemasinan air boleh dilihat melalui pergerakan ikan
dalam kolam. Pergerakkan ikan dalam kolam yang
tenggelam dan timbul menunjukkan kadar kemasinan air
yang kurang. Keadaan ini sering dilihat selepas hujan dan
tindakan pantas perlu diambil dengan menambah garam
ke dalam kolam agar kemasinan berada pada tahap yang
diperlukan.
Oleh kerana terdapat lagi tanah yang masih belum
diusahakan, beliau bercadang untuk membangunkannya
sebagai tempat pelancongan dan rumah rehat. Cadangan
ini memudahkan pengunjung beristirehat sambil melakukan
aktiviti memancing. Jika cadangan ini berjaya dilaksanakan
ia merupakan satu-satunya pusat rekreasi yang dilengkapi
dengan rumah rehat dan kolam memancing di Daerah Hulu
Perak.
5
Seperti mana umum ketahui ramai pengusaha bidang
pertanian lebih berhati-hati dalam pemilihan projek
agar memberi pulangan menguntungkan untuk
jangkamasa panjang seterusnya menjadi pemangkin
kepada perkembangan projek.
Kecenderungan pengusaha menjalankan projek tertentu
lebih mejurus kepada ruang pasaran produk yang
dihasilkan kerana ruang pasaran yang terhad akan
mengakibatkan kekangan kepada perkembangan projek
dan kerugian.
Berdasarkan kepada stuasi tersebut, Encik Mohamad
Zambri bin Yaakub, 47 tahun dari Kampung Bukit Jerai,
Pengkalan Hulu, Perak mendapati ternakan kambing
secara feedlot diusahakan setelah mengambil kira ruang
pasaran semasa. Beliau yang sebelum ini pernah
menternak kambing baka tempatan secara lepas bebas
mendapati pasaran untuk kambing hidup di Daerah Hulu
Perak memang menggalakkan.
Sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Pengkalan Hulu, beliau terlebih dahulu mendapatkan
pandangan dan khidmat nasihat daripada pihak
pengurusan PPK atas usaha yang ingin dijalankan.
Setelah perbincangan dan pandangan diperolehi
daripada PPK, Mohamad Zambri mula
mengusahakan ternakan kambing secara feedlot
pada Jun 2006 berhampiran rumahnya. Tanah
seluas 2.4 hektar milik keluarga dibangunkan
dengan kemudahan seperti:
♦ Tiga buah reban dengan kapasiti sehingga
150 ekor.
♦ Sumber air untuk keperluan ternakan.
♦ Stor untuk menyimpan makanan
ternakan.
♦ Pagar disekelil ing kawasan bagi
memastikan ternakan senang dipantau.
♦ Kawasan padang ragut untuk ternakan
meragut.
Kambing daripada jenis Jamnapari diternak
kerana ia dikenalpasti cepat membesar.
Sebanyak 3 ekor bibit jantan dan 47 ekor bibit
6
betina daripada jenis tersebut telah diperuntukan
kepada beliau oleh PPK melalui program
Pembangunan Manusia Asas Komoditi yang
bernilai RM41,723. Selain itu, sebanyak
RM10,000 wang sendiri dilaburkan bagi
membangunkan kemudahan infrastruktur. Selain
daripada itu PPK juga turut membekalkan input
pertanian seperti makanan dan peralatan
menternak.
Bagi memastikan projek yang diusahakan
berjalan lancar, beliau menguruskan sendiri kerja-
kerja penternakan dengan dibantu empat orang
pekerja. Pekerja yang terdiri daripada penduduk
setempat membantu beliau dalam kerja-kerja
harian pengurusan ternakan. Antara kerja-kerja
harian yang dilakukan ialah:
♦ Membersihkan persekitaran kandang
seperti bekas makanan dan minuman
agar tidak mengandungi sisa yang bercampur
najis ternakan.
♦ Memberi makan dan minum kepada ternakan
pada awal pagi.
♦ Memeriksa ternakan bagi memastikan tiada
tanda-tanda penyakit.
♦ Melepaskan ternakan di kawasan padang ragut
setiap petang dengan terkawal.
Sehingga kini bilangan ternakan telah membiak menjadi
77 ekor dan dijangka pada April 2007 ini sebahagian
kambing yang diternak sudah boleh dipasarkan. Jualan
terus kepada pembeli tempatan dan luar menjadi target
utama beliau dalam memasarkan kambing
peliharaannya.
Berdasarkan pengalaman menternak kambing dahulu
terdapat masalah yang dihadapi oleh beliau. Antara
masalah yang dihadapi pada masa itu ialah harga
pasaran yang tidak tetap dan kesukaran mendapat
pembekal baka kambing. Perbincangan dengan PPK
telah dilakukan bagi mengenal pasti langkah yang perlu
diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Mencari dan
melantik pembekal tetap adalah langkah yang akan
diambil untuk jangkamasa panjang.
Menurut beliau sebanyak 100 ekor kambing yang bernilai
RM60,000 mampu dipasarkan setahun berdasarkan
kepada perkembangan projek. Usaha akan dibuat untuk
memajukan projek ini ketahap komersial dengan
menambah bilangan kandang dan ternakan di kawasan
sedia ada.
“Sehingga kini bilanganternakan telah membiak menjadi 77 ekor
dan dijangka pada April 2007 inisebahagian kambing yang diternak
sudah boleh dipasarkan.”
7
Ternakan Lembu Feedlot
Boleh Dikomersialkan
Bagi mencapai transformasi dalam bidang pertanian
pelbagai teknologi baru diperkenalkan bertujuan
meningkatkan hasil. Bidang pertanian dalam kategori
tanaman, ternakan dan ternakair telah banyak
mengalami perubahan.
Ternakan lembu feedlot diperkenalkan sebagai teknologi
baru dan telah banyak diusahakan oleh penternak secara
komersial. Bagi penternak yang tidak mempunyai modal
besar pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kos
menternak.
Bagi Encik Nordin Che Teh, 63 tahun tidak mahu
ketinggalan mencuba teknologi ini yang difikirkan mampu
mengurangkan kos keseluruhan setelah mengambilkira
kemudahan yang ada. Kemudahan seperti berdekatan
sumber air yang menjadi keperluan utama dan kawasan
projek yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit
dilihat mampu mengurangkan kos menternak.
Sebagai ahli peladang Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Pengkalan Hulu, Perak, beliau telah
mendapat bantuan pinjaman melalui Skim
Pembangunan Usahawan Peladang bernilai
RM20,000. Selain itu, modal sendiri sebanyak
RM61,000 dan pinjaman daripada Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (RISDA) bernilai RM17,000 digunakan bagi
memulakan projek berdekatan rumahnya di Jalan
Tasek, Kg. Selarong, Pengkalan Hulu.
Projek dimulakan pada Julai 2006 di kawasan
ladang kelapa sawit miliknya seluas 2.8 hektar
dengan 40 ekor lembu. Buat permulaan PPK
menyalurkan bantuan sebanyak 14 ekor lembu
daripada baka Brahman dan selebihnya kacukan
KK diperolehi daripada pembekal tempatan.
Selain itu beliau juga turut membeli lembu-lembu
tempatan daripada orang kampung dan dipelihara
“Di samping itu, kandang
lembu yang didirikan dalam
kawasan ladang kelapa sawit
turut memberi sumber makanan
tambahan iaitu pelepah sawit
yang diproses.”
“Di samping itu, kandang
lembu yang didirikan dalam
kawasan ladang kelapa sawit
turut memberi sumber makanan
tambahan iaitu pelepah sawit
yang diproses.”
8
Ternakan Lembu Feedlot
Boleh Dikomersialkan
secara feedlot dalam jangkamasa tertentu
mengikut saiz sebelum dipasarkan.
Bagi memastikan usaha yang dijalankan
memberikan pulangan yang diharapkan, beliau
terlebih dahulu mengikuti kursus dan latihan yang
dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta.
Antara kursus dan latihan yang pernah dihadiri
beliau ialah:
♦ Bengkel Target Area Concentration
anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
♦ Kursus Pengurusan Ternakan Lembu
Feedlot oleh Jabatan Perkhidmatan
Haiwan.
♦ Kursus Kesedaran Pencetus Perkasa Diri
anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang.
Sementera itu pengurusan PPK yang mahukan
usaha tersebut berjaya dan menjadi contoh
kepada ahli lain turut menjadi pembekal kepada
input pertanian seperti makanan (PKC) dan
peralatan menternak. Bekalan makanan
diberikan secara kredit yang akan dibayar
mengikut pusingan. PKC perlu diberi kepada
lembu secara berjadual agar tumbesaran
ternakan tidak terbantut.
Di samping itu, kandang lembu yang didirikan
dalam kawasan ladang kelapa sawit turut
memberi sumber makanan tambahan iaitu
pelepah sawit yang diproses. Ternakan juga diberi
makan rumput yang diperolehi dari ladang sebagai
sampingan kepada makanan sedia ada.
Kerja-kerja pengurusan ternakan seperti membersih
kandang dan lembu, memberi makanan dan minuman
serta memeriksa tahap kesihatan lembu dilakukan
sendiri dengan dibantu oleh anak beliau.
Ketika diajukan persoalan tentang masalah yang
dihadapi, beliau menerangkan, oleh kerana projek
baru sahaja diusahakan hanya masalah harga pasaran
yang tidak tetap merupakan halangan masa kini. Selain
daripada itu harga makanan yang semakin meningkat
membuatkan beliau akan memikirkan alternatif lain
seperti memproses sendiri makanan dengan membeli
bahan-bahan keperluan asas makanan.
Beliau tidak menghadapi masalah dalam pasaran
lembu yang diternak. Kebanyakan lembu yang diternak
adalah untuk pasaran sekitar Daerah Hulu Perak.
Sehingga kini sebanyak 20 ekor lembu telah berjaya
dipasarkan sempena menyambut Aidil Adha lepas
untuk tujuan korban yang dijual dengan harga RM1,800
– RM2,000/ekor.
Kepuasan pelanggan diutamakan di mana pembeli
sendiri boleh melihat dan memilih lembu yang
dikehendaki dan beliau turut menyediakan perkhidmatan
penghantaran. Mengenai perancangan masa depan,
beliau akan menambah bilangan lembu yang diternak
dengan membesarkan kandang sedia ada untuk tujuan
komersial.
9
Dalam mengusahakan apa sahaja tanaman, faktor
pembajaan merupakan perkara penting yang perlu
diutamakan kerana ia boleh mempengaruhi pengeluaran
hasil seterusnya akan menjadikan projek yang dijalankan
memberi pulangan menguntungkan atau sebaliknya.
Tanaman sayuran jenis berdaun perlu diselangselikan
dengan tanaman jenis buah dan kekacang kerana
tanaman kekacang berupaya membekalkan nutrien
secara semulajadi kepada tanah. Berbanding dengan
tanaman padi yang memerlukan pembajaan berjadual
kerana ia dijalankan secara berterusan di kawasan sama.
Tanaman padi perlu di beri pembajaan yang secukupnya
bagi mendapatkan pulangan yang menguntungkan.
Pembajaan yang kurang mengakibatkan tumbesaran
pokok padi terbantut dan penghasilan biji padi yang tidak
berkualiti.
Pembajaan di sawah perlu dilakukan secara berjadual
sebanyak tiga kali untuk setiap musim. Pembajaan
pertama terdiri daripada baja campuran yang
mengandungi unsur Nitrogen, Posporus dan Kalium
(NPK) manakala baja kedua dan ketiga hanya unsur
Nitrogen sahaja. Masa pembajaan yang sesuai pula ialah
15-21 hari lepas tabur (HLT) bagi pembajaan pertama,
40-50 HLT untuk pembajaan kedua dan 65- 75
HLT bagi pembajaan ketiga.
Masa pembajaan adalah berkait rapat dengan
fasa pertumbuhan pokok padi. Pada peringkat
percambahan biji benih hingga berumur 14
hari, bekalan makanan yang sedia ada dalam
biji benih sudah cukup membekal nutrien
kepada anak padi. Untuk memastikan hasil
yang t inggi , b i langan anak benih pada
peringkat ini mestilah 150- 200 anak benih bagi
set iap meter persegi . Selepas pokok
mengeluarkan akar yang cukup barulah ia
dapat menyerap nutrien yang boleh didapati
di sekelilingnya.
Peringkat beranak aktif pokok padi bermula
pada hari ke 25 selepas benih ditabur. Oleh
itu pembajaan pertama pada umur 15-21 HLT
adalah masa yang amat sesuai dan penting
bagi membekalkan nutrien secukupnya untuk
tumbesaran pokok dan meningkatkan bilangan
anak sebanyak mungkin. Pada peringkat ini
baja campuran NPK (17.5:15.5:10) digunakan
dengan kadar 260 kg sehektar.
10
Baja ini akan membekal 45 kg N, 40 kg P205 dan 26
kg K20 yang akan digunakan sepenuhnya oleh pokok
bagi proses percambahan anak. Kekurangan baja
atau penggunaan baja yang mengandungi campuran
sebatian tidak sesuai dan masa pembajaan tidak
tepat akan membantutkan perkembangan anak
pokok padi.
Pokok padi akan berada pada peringkat beranak
maksimum pada umur 50 HLT yang dianggarkan
sebanyak 500-800 pokok permeter persegi. Pada
umur 40-50 HLT pembajaan kedua dilakukan bagi
mengekalkan bilangan kecergasan anak padi yang
produktif. Pembajaan ketika ini juga penting untuk
membantu pembentukan bulir.
Biasanya baja yang mengandungi unsur nitrogen
digunakan dengan kadar bergantung kepada
keadaan pokok. Kebiasaannya penggunaan baja
Urea dengan kadar 100 kg sehektar diperlukan dan
ditabur secara berperingkat di mana 60 kg digunakan
dan baki 40 kg lagi akan digunakan untuk pembajaan
ketiga pada umur pokok padi 65-75 HLT.
Pembajaan ketiga perlu dibuat pada umur 65- 75 HLT
iaitu semasa pokok padi mula bunting, pemanjangan
tangkai buah dan pembentukan spikelet berlaku.
Pembajaan pada peringkat ini juga membolehkan
pengekalan bilangan anak padi produktif sekurang-
kurangnya 425-475 pokok permeter persegi.
Pembetukan tangkai buah dan spikelet berlaku pada
peringkat ini, oleh itu pembajaan yang dilakukan
menyokong kepada proses tersebut.
Penggunaan baja tambahan lengkap yang tinggi
kandungan kalium dengan kadar 100-150 kg sehektar
adalah disyorkan. Pembajaan peringkat ini juga akan
membantu mengisi spikelet. Dengan demikian biji padi
lebih bernas, padat dengan peratus lebih tinggi. Di
samping program pembajaan yang dicadangkan,
pemerhatian di ladang perlu dibuat dari masa ke masa.
“Oleh itu pembajaanpertama pada umur 15-21 HLT adalahmasa yang amat sesuai dan penting
bagi membekalkan nutrien secukupnyauntuk tumbesaran pokok dan
meningkatkan bilangan anak sebanyakmungkin.”
11
Jika diperhatikan jarak masa pembajaan pertama
dan kedua agak lama. Semasa perantaraan tersebut
dicadangkan tambahan baja dibuat pada peringkat
umur 20-25 HLT dengan menggunakan baja
campuran NPK lengkap (15: 15: 15) bagi
mengelakkan pokok menunjukkan warna kekuningan
tanda kekurangan baja. Jika keadaan ini tidak diatasi
ia boleh mengakibatkan pertumbuhan pokok
terbantut dan memberi kesan ke atas pengeluaran
hasil.
Terdapat juga pesawah menambah baja pada
peringkat akhir iaitu peringkat pengeluaran biji padi
(90-95 HLT). Pembajaan pada peringkat ini
dilakukan untuk memenuhkan pengisian biji padi
agar peratus hampa menjadi rendah dan
menghasilkan padi yang bernas.
Masa pembajaan yang betul dan tepat mengikut
fasa pertumbuhan adalah penting untuk
pengambilan dan penggunaan nutrien yang
maksimum oleh pokok. Penggunaan baja
dengan kadar disyorkan perlu agar tumbesaran
pokok sekata dan baja tambahan boleh diberi
sebagai sokongan untuk pengeluaran hasil yang
tinggi dan berkualiti.
PenaungDato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad
PenasihatHaji Arpan Shah bin Satu
Ketua PengarangHaji Abd. Nasir bin Haji Ismail
PenyuntingAzizan bin Othman
Rohman bin Jasmani
Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman
Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50460 Kuala Lumpur.
Grafik/Illustrator
Rohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronik
boleh dilayari di
http://www.lpp.gov.my
12