Amalan terbaik 1

Post on 23-Dec-2015

337 views 16 download

description

BAHASA MELAYU UPSR

Transcript of Amalan terbaik 1

PERKONGSIAN ILMU

BAHASA MELAYU PENULISAN ( UPSR )

OLEHENCIK JEAFREE BIN MORNI

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMIPUTERA LUNDU

KEPUTUSAN BAHASA MELAYU PENULISAN

UPSR ( 2009 )JUMLAH CALON : 73 ORANG

A - 57 ORANGB - 6 ORANGC - 3 ORANGD - 1 ORANGE - 6 ORANG% - 66 ORANG ( 90.41 % )

KEPUTUSAN B.MELAYU PENULISAN ( UPSR )

KELAS 6 SUKSES 2009JUMLAH CALON : 35 ORANG

A - 29 ORANGB - 1 ORANGC - 1 ORANGD - 1 ORANGE - 3 ORANG% - 31 ORANG ( 88.57 % )

PEMBAHAGIAN MASA BM ( 10 WAKTU )

ISNIN - Bahagian B ( 3 waktu )

SELASA - Bahagian C ( 3 waktu )

RABU - Bahagian A ( 2 waktu )

KHAMIS - Tatabahasa ( 2 waktu )- Kefahaman

BAHAGIAN A - MAS BBD

BAHAGIAN B - ABA & MAS BBD

BAHAGIAN C - MEBA

BAHAGIAN A(MEMBINA LIMA AYAT)

TEKNIK M A S B B D

TEKNIK MAS BBD BAHAGIAN A

LANGKAH-LANGKAH

1.Memahami arahan

Contoh arahan ( UPSR )1. Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

( kata kerja / kata adjektif )

2. Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.

( kata kerja / kata adjektif )

3. Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang aktiviti- aktiviti dalam gambar di bawah.

( kata kerja )

KATA KERJA

KATA KERJA TRANSITIF ( KKT )memotong , mencuci , mengelap

KATA KERJA TAK TRANSITIF ( KKTT )tersepak , bergotong-royong , makan

KATA KERJA PASIF ( KKP )dipukul , ditolak

KATA ADJEKTIF1. Sifat keadaan - indah , kaya2. Sifat warna - biru , kuning3. Sifat ukuran - ketat , luas4. Sifat bentuk - lurus , bujur5. Sifat jarak - hampir , jauh6. Sifat waktu - lama , awal7. Sifat perasaan - sedih , seronok8. Sifat cara - pantas , lambat9. Sifat pancaindera - manis , merdu

2. Menyenaraikan lima

kata kerja / kata adjektif untuk dijadikan sebagai klu.

3. Menggunakan Teknik MAS BBD- mencari maklumat sekurang-

kurangnya 3 klu.

MAS BBDKLU :S -A -

4. Memindahkan jawapan.

Jawapan1.2.3.4.5.

JAWAPAN1.Pada 6 April 2010,Sekolah Kebangsaan

Bumiputera menganjurkan Hari Sukan Sekolah di Stadium Mini Lundu untuk mencungkil bakat para pelajar.

2. Ramai ibu bapa datang menyaksikan Hari Sukan tersebut untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

3. Puan Saripah menyerahkan medal-medal kepada Guru Besar untuk dikalungkan kepada atlet-atlet yang menang.

4. Guru Besar Sekolah mengalungkan medal emas kepada Ali kerana memenangi acara larian 100 meter lelaki akhir.

5. Para ibu bapa bertepuk tangan apabila melihat atlet-atlet menerima medal masing-masing.

BAHAGIAN B – TEKNIK ABA

1.Fakta2.Perbincangan3.Perbahasan4.Syarahan5.Peribahasa

( menghuraikan maksud )

KARANGAN JENIS FAKTA

TAJUK

Cara-cara menjaga kesihatan

LANGKAH-LANGKAH

1.Menggunakan Teknik ABA

Apakah ……… ? ( IU )

Bagaimana cara kita ………. ? ( IC )

Apa akibat apabila kita ……………… ? ( IH )

2. Menyediakan peta minda

KOD

ISI UTAMA

ISI UTAMA

ISI UTAMA

ISI UTAMA

ISI CONTOH

ISI HURAIAN

C-CMK

Bersenam dan

bersukan

Makan makanan

berkhasiat

Menjauhi diri daripada gejala

sosial

Menjaga kebersihan

diri

Berjoging dan bermain bola jaring

Mengeluarkan peluh daripada tubuh badan

Makanan yang mengandungi karbohidrat,protein dan vitamin

Tubuh badan menjadi sihat

Tidak merokok ,menghisap dadah dan minum minuman keras

Mengelakkan pelbagai jenis penyakit

Mandi setiap hari dan menggosok gigi

Menjauhi diri daripada jangkitan kuman

PANDUAN MEMBINA AYAT ( ISI )

ISI UTAMAISI UTAMA CONTOH /CONTOH /

BUKTIBUKTI

HURAIANHURAIAN

AntaraAntara

((J + K + IUJ + K + IU))

ContohnyaContohnya Oleh ituOleh itu

Di samping ituDi samping itu

( ( J+IU+juga merupakan +KJ+IU+juga merupakan +K))

MisalannyaMisalannya Lantaran ituLantaran itu

Selain ituSelain itu

( ( J + kita boleh + IU J + kita boleh + IU ))

AntaranyaAntaranya Justeru ituJusteru itu

Sehubungan itu jugaSehubungan itu juga

( ( J + K + IU J + K + IU ))

ContohnyaContohnya Oleh yang demikianOleh yang demikian

BAHAGIAN B – TEKNIK MAS BBD1. Surat Rasmi 9. Biografi2. Surat Tidak Rasmi 10. Peribahasa 3. Ucapan ( cerita

)4. Laporan5. Dialog6. Berita7. Autobiografi8. Catatan

TEKNIK MAS BBD

KARANGAN JENIS KEPERIHALANTAJUK

Semasa mengikut aktiviti kokurikulum,tiba-tiba

salah seorang rakan kamu jatuh lalu pengsan.

Apakah tindakan kamu dan rakan-rakan kamu

untuk membantunya ?

LANGKAH-LANGKAH

1.Mencari isi-isi utama menggunakan Teknik MAS BBD

2.Menyusun isi-isi utama

M - Mengapa rakan kamu pengsan? - pening kepala dan cuaca terlalu panas

( 6 ) A - Apa tindakan kamu dan rakan-rakan ? - cemas dan panik (4 ) - berlari ke arahnya - membawanya ke tepi padang - menyuruh rakan mengambil air - merenjis air ke muka rakan yang

pengsan - memberitahu guru - menemani guru menghantar rakan ke klinik

S - Siapa nama rakan kamu yang pengsan itu ?

- Amin ( 2 ) B - Bila kejadian itu berlaku ? - Semasa bermain bola sepak ( 1 ) B - Bagaimana keadaan rakan kamu yang

pengsan itu ? - mukanya pucat dan tidak bermaya ( 3 ) D - Di mana kamu membawa rakan kamu

yang pengsan itu ? - ke klinik yang berhampiran ( 5 ) 

BAHAGIAN C

TEKNIK MEBA

ME – Mengapa

BA – Bagaimana

LANGKAH-LANGKAH

1. Membaca keseluruhan petikan sambil mengarisi nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.

2. Menyenaraikan nilai-nilai murni atau pengajaran.

3. Menggunakan Teknik MEBA4. Membina ulasan berdasarkan jadual

yang diberikan.

Pagi ini Zul bangun lewat dari tidurnya. Malam tadi dia tidur lewat kerana menyiapkan kerja sekolahnya. Dia bimbang akan dimarahi oleh gurunya jika tidak menyiapkan kerja sekolah. Zul tergesa-gesa mandi dan mengambil sarapan. Kemudian , dia segera mengambil basikalnya dan terus mengayuh basikalnya dengan laju untuk sampai ke sekolah.

 Dia sampai di sekolah pada pukul 7.45 pagi. Dia

segera masuk ke dalam kelasnya. Gurunya ,iaitu Puan Hayati menegurnya kerana lewat sampai di sekolah. Zul tidak mengendahkan teguran gurunya dan terus duduk di tempat duduknya. Oleh sebab tidak berpuas hati , gurunya telah membawa Zul berjumpa dengan guru disiplin.

 Semasa di dalam bilik disiplin , guru disiplin telah

menasihatinya supaya menghormati guru-guru yang telah menegurnya kerana dia melakukan kesalahan. Zul kemudiannya telah memohon maaf daripada guru disiplin dan Puan Hayati. Dia mengaku kesalahan yang telah dilakukannya. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukannya itu lagi.

 

NILAI MURNI/PENGAJARAN 1. Bertanggungjawab ( Bagaimana )  - menyiapkan kerja rumah2.berhati-hati di jalan raya ( Mengapa )

- mengelakkan kemalangan 3. menghormati guru( Bagaimana )  - memberi salam4. Megakui kesalahan diri ( Mengapa )  - melakukan kesilapan5.Mendengar nasihat ( Bagaimana )

- mengikut nasihat yang diberi 

Nilai murni / Pengajaran

1. Bertanggungjawab - B- menyiapkan kerja sekolah

2. Mematuhi peraturan jalan raya- M

- mengelakkan kemalangan3. Menghormati guru - B

- memberi salam4. Meminta maaf - M

- melakukan kesalahan5. Mengakui kesalahan - B

- memohon maaf

PANDUAN MEMBINA AYAT ( BAHAGIAN C )

AYAT Antara nilai murni / pengajaran yang didapati dalam petikan ialah …….. ( dengan )Kita mesti … (supaya / untuk / kerana )Di samping itu , kita harus …..( dengan /supaya / untuk / kerana )Selain itu , kita perlu ……(supaya / untuk / kerana )Akhir sekali kita hendaklah …. ( dengan )

JAWAPAN

Antara nilai murni dan pengajaran yang didapati dalam petikan ialah bertanggungjawab dengan menyiapkan kerja sekolah. Kita mesti mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan. Selain itu , kita perlu menghormati guru dengan memberi salam.Selain itu , kita perlu meminta maaf kerana melakukan kesalahan. Akhir sekali kita hendaklah mengakui kesalahan dengan memohon maaf .

SEKIAN TERIMA KASIH