Post on 06-Dec-2014
description
AGROPOLITAN TANJUNG GAHAI
Mohd Azlan Shah Bin Mokhtar.
College of Law, Government and International Studies (COLGIS)Universiti Utara Malaysia
Kepelbagaian corak kehidupan masyarakat Malaysia yang diwarnai dengan
pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan kepimpinan negara
menyediakan landasan yang tepat untuk setiap rancangan. Perancangan yang
menyeluruh dan mampan adalah titik tolak kerajaan yang sentiasa peka dengan
denyut nadi rakyat agar kemakmuran dan keadilan dapat diagih secara
saksama. Kerajaan sentiasa menyediakan perancangan yang tersusun,
menyeluruh dan adil untuk pembangunan negara dan rakyat yang berbilang
kaum.
Rancangan Malaysia ke-9 (RMK 9) adalah kesinambungan pelan rancangan
pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK 8
adalah bagi tempoh 2005 hingga 2010 dirangka amat kritikal bagi meneruskan
agenda pembangunan negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan
berpaksikan negara maju serta berpendapatan tinggi. Selaras dengan Gagasan
1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, kerajaan menggarap
1
rancangan ini untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum,
sempadan geografi dan politik.
Dalam usaha untuk membantu seluruh anggota masyarakat turut sama
dalam pembangunan negara, golongan miskin dan sederhana tidak dipinngirkan.
Kerajaan komited dalam usaha untuk mewujudkan masarakat yangseimbang
antara desa bandar dengan penubuhan salah satu kaedah melalui
agropolitan.Kewujudan agropolitan merupakan kerangka yang positif untuk
mewujudkan masyarakat luar bandar yang celik ilmu dan dan turut serta dalam
pembangunan negara. Kemajuan negara pasti tercalit sedikit lompang apabila
masih ada yang miskin. Oleh itu perlu ada kesepaduan untuk membangunkan
Negara dan semua penduduknya.
Kerajaan akan terus melaksanakan program meningkatkan pendapatan serta
menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah Skim Pembangunan
Kesejahteraan Rakyat. Selain itu, Program Lonjakan Mega Luar Bandar di Pulau
Banggi, Sabah dan Tanjung Gahai, di Kuala Lipis, Pahang sedang
dilaksanakan. Untuk tujuan ini, peruntukan 20 juta ringgit disediakan, yang akan
memanfaatkan 13,300 isi rumah (Tun Ahmad Badawi Abdullah, 2009).
2. KONSEP AGROPOLITAN
2
Agropolitan adalah kawasan yang teridiri dari satu atau lebih pusat kegiatan
dalam sesebuah kawasan. Agropolitan juga dikenali sebagai sistem produksi
pertanian dan pengelolaan sumber daya alam tertentu yang ditunjukkan oleh
adanya kaitan fungsional ruang sistem permukiman dan sistem pertanian..
Untuk itu agropolitan merupakan suatu pendekatan pembangunan melalui
gerakan masyarakat dalam membangun ekonomi berasaskan pertanian secara
padu dan terancang pada kawasan terpilih melalui pengembangan infrastruktur
perdesaan yang mampu melayani, mendorong, dan memacu pembangunan
pertanian di wilayah sekitarnya.
Konsep agropolitan yang dilaksanakan kementerian bagi membangunkan
kawasan mundur telah membuahkan hasil bagi peserta agropolitan Gahai. Ini
menunjukkan satu petanda baik kepada projek desa bagi melangkah lebih maju
ke hadapan khususnya dalam meneroka peluang perniagaan dalam dan luar
negara. Melalui pendekatan serampang dua mata yang bersepadu itu,
sosioekonomi peserta program dapat dipertingkat sekali gus merangsang
pertumbuhan kawasan sekitarnya melalui lonjakan pembangunan yang
dijanakan melalui pembangunan infrastruktur, kemudahan dan aktiviti ekonomi
yang disediakan. Pelaksanaan yang turut meningkatkan modal insan yang
memfokuskan kepada program pembangunan minda, kecemerlangan pendidikan
serta latihan kemahiran dan keusahawanan desa telah membuahkan hasil bagi
3
peserta. Pembangunan modal insan merupakan satu pendekatan yang sangat
penting dalam pembangunan pekebun kecil.
2.1 Prinsip dasar pengembangan kawasan agropolitan adalah
i. Agropolitan merupakan pendekatan pembangunan kawasan desa
dan mempunyai ruang untuk sistem pertanian dijalankan. (Kawasan
tanah kerajaan dan sebagainya.)
ii. Penetapan kawasan agropolitan dimulai dengan penataan latar
belakang kawasan dalam bentuk cetakan (blue print);
iii. Perencanaan disusun secara bersama antara kerajaan, masyarakat
tani, dan pemaju .Perancangan ini akan dimasukkan dalam
perancangan kerajaan untuk dikeluarkan bajet.
iv. Pengembangan kawasan agropolitan harus berdasarkan Master Plan
yang dipersetujui oleh semua pihak.
2.2 Pengembangan Kawasan Agropolitan bertujuan untuk :
i. Menumbuhkembangkan pusat pertumbuhan ekonomi baru
berasaskan pertanian
ii. Membuka lapangan kerja baru bagi masyarakat perdesaan melalui
kegiatan-kegiatan ekonomi.
iii. Menumbuhkembangkan lembaga-lembaga ekonomi di desa
4
iv. Meningkatkan pendapatan masyarakat;
v. Mewujudkan tata ruang ideal antara kota dengan desa yang saling
mendukung melengkapi dan memperkuat. Antara satu sama lain.
RISDA memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pembangunan kepada pekebun
kecil, pemilik dan pengusaha seperti:
i. Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan,
ii. Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif
iii. membangunkan ladang secara individu.
iv. Melaksanakan projek ekonomi on farm dan off farm berasaskan
kehendak pasaran untuk menambah pendapatan,
v. Menggunakan khidmat dan kepakaran anakanak syarikat bagi
melaksanakan projek ekonomi berskala besar yang boleh memberi
manfaat kepada pekebun kecil,
vi. Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang
berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya
maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang, dan;
vii. Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan
pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan kecil.
5
3. KAWASAN KAJIAN
3.1 Latar belakang Program Agropolitan ( Agropolitan Gahai, Kuala
Lipis)
Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) merupakan satu program
holistik yang mempunyai matlamat serampang 2 mata iaitu menghapuskan
kemiskinan luar bandar melalui peningkatan pendapatan di samping
membangunkan kawasan mundur, terpencil dan terbiar dengan
mengintegrasikan tiga komponen utama iaitu:
i. komponen ekonomi – ladang sejahtera (getah/sawit) dan Ladang
komersial (Tanaman Jangka Pendek);
ii. komponen fizikal – rumah, jalan raya, bekalan air dan elektrik; dan
iii. komponen modal insan – kursus keusahawanan, latihan dan
kemahiran dan kursus perubahan minda.
6
Rajah 1: Komponen Petempatan Projek Agropolitan Tanjung Gahai
Projek Agropolitan Gahai, Kuala Lipis, Pahang merupakan projek
pembangunan bersepadu di kawasan seluas 223 hektar yang merangkumi 203
hektar kawasan ladang sejahtera iaitu tanaman getah, 14 hektar untuk pertanian
komersial yang ditanami nanas dan 6 hektar kawasan petempatan melibatkan 50
petempatan serta termasuk pembinaan surau, dewan, pusat rekreasi, tabika,
ladang nanas komersial dan premis industri kecil dan sederhana (IKS) yang
dianggarkan kos bernilai hampir sebanyak 13 juta (Utusan Malaysia, 2009).
7
Rajah 2: Projek Agropolitan Gahai, Lipis Pahang
Projek ini melibatkan 50 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar. Setiap
peserta akan diberikan dividen/saham yang akan memberi pulangan pendapatan
bulanan melebihi RM1,000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM2,000
sebulan hasil daripada pertanian tersebut.
Sasaran utama penghasilan projek agropolitan ini antaranya adalah untuk
membantu mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan, meningkatkan
purata pendapatan peserta dari RM300.00 kepada RM1,800.00 sebulan
sekeluarga dengan penglibatan peserta secara aktif di ladang, mewujudkan
ekonomi mapan serta terancang dan meningkatkan liputan dan kualiti prasarana
asas, utiliti, ameniti dan kemudahan sosial.
8
4. SUMBANGAN AGROPOLITAN
i. Ekonomi
Rajah 3: Pembangunan Projek Agropolitan di Gahai ialah lambang kesungguhan
kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar.
(Sumber: Kosmo, 2010)
Kejayaan yang boleh dibanggakan di bawah Projek Agropolitan Gahai
ialah tanaman nanas yang mencatat jualan berjumlah RM40,000 setakat bulan
Oktober 2009. Malahan, produk nanas Hibrid N36 iaitu kacukan Gandul dan
Sarawak yang dihasilkan di kampung itu dijangka dieksport ke negara-negara
Arab pada tahun 2010.
9
Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) pula
dalam perbincangan dengan Iran untuk memasarkan nanas keluaran negara.
Sampel juga telah dihantar bagi pemasaran. Nanas yang ditanam ialah jenis
Hibrid N36 iaitu benih terbaik yang istimewa dan mempunyai nilai eksport yang
tinggi selain rasanya yang manis. Sebanyak RM265,494 diperuntukkan bagi
projek tanaman nanas agropolitan Gahai melibatkan 420,000 pokok nanas.
Kejayaan ini adalah kerana usaha gigih petani menerusi perubahan sikap
melaksanakan sesuatu projek pertanian kerana kerajaan telah menyediakan
bantuan baja, racun dan kepakaran.
Rajah 4: Kebun Dapur
Sumber: Utusan Malaysia, 2009
Peserta Projek Agropolitan itu, mengusahakan tanaman serai atau nama
saintifiknya 'cymbopogon citratus' di tanah terbiar seluas enam hektar
berdekatan rumahnya untuk menambah pendapatan keluarganya. Bermodalkan
sedikit wang simpanan, sekumpulan anggota agropolitan menyewa tanah milik
10
penduduk dengan sewa RM3,000 sebulan. Selepas berbelanja hampir RM3,000
untuk projek berkenaan, tanaman itu telah boleh dipasarkan dan berjaya
mengembalikan semula modalnya. Dalam tempoh lima bulan ini, sebanyak
21,600 rumpun serai telah dipasarkan pada 2010.
Menurut pengusaha, setiap rumpun mengandungi antara lima hingga
enam batang serai manakala setiap sehektar terdapat sebanyak 21,600 batang.
Mereka memberitahu, setiap sehektar terdapat 20,000 kilogram serai yang
boleh dipasarkan ke bandar berdekatan. Menerusi perjanjian ladang kontrak
dengan Lembaga Perusahaan Pertanian Persekutuan (FAMA), serai dijual
dengan harga antara 60 sen hingga 80 sen seikat. Pada pusingan pertama,
sebanyak 20,000 kilogram serai dijual dengan perolehan kasar dijangka
mencapai sehingga RM16,000. Perolehan itu telah digunakan untuk modal
pusingan kedua bagi projek tanaman tersebut. Peserta juga telah memulakan
tanaman cili merah dan nanas menerusi perolehan itu di tanah terbiar di
kawasan tersebut.
11
Rajah 5: Hasil tanaman cili di Agropolitan Gahai
Namun begitu, Projek Agropolitan ini bukan sahaja terhad kepada tanaman
getah, nanas, cili merah, malahan peserta agropolitan di sini turut menjalankan
pelbagai aktiviti tanaman komersial yang lain seperti timun, kacang panjang,
tembikai dan sebaginya. Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil daripada semangat
peserta agropolitan tersebut dalam mengubah corak pendapatan mereka di
samping bimbingan dan bantuan yang disediakan oleh pihak RISDA dan FAMA.
Segala hasil tersebut telah dipasarkan kepada pihak FAMA.
12
Rajah 6: Tanaman kacang panjang
Rajah 7: Tanaman tembikai
13
Rajah 8: Hasil tanaman timun.
ii. Sosial/Infrastruktur
Di samping pembangunan ladang, kompleks penempatan serba moden
turut disediakan meliputi 50 lot rumah, medan info desa, dewan serbaguna,
masjid, bangunan kedai, industri kecil dan sederhana, setor, padang permainan
dan tabika. Selain memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi,
pelaksanaan projek agropolitan turut disertai dengan penyediaan infrastruktur
asas, utiliti dan kemudahan sosial untuk dinikmati oleh penduduk luar bandar.
14
Rajah 9: Koperasi Aropolitan Gahai Berhad
Sumber: Kerja Lapangan, 2013
Beberapa penduduk yang ditemui menyatakan rasa selesa dengan
infrastruktur yang disediakan di samping berpeluang menambah pendapatan
daripada hasil ladang. Selain pertanian, penduduk turut menghasilkan pelbagai
kraftangan yang menarik daripada bahan terbuang seperti surat khabar untuk
dijadikan pasu dan bakul. Usaha untuk memajukan industri tempatan sentiasa
mendapat perhatian pihak kementerian yang mana ia mampu membuka peluang
pekerjaan dan perniagaan kepada anak kampung itu sendiri.
15
iii. Pendidikan
Rajah 10: Tabika Agropolitan Gahai, Lipis
Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi
mewujudkan suasana yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha
penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi,
iaitu semasa individu itu berada pada peringkat persekolahan, selain penerapan
nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah.
Penerapan nilai melalui pendidikan mendefinisikan nilai sebagai peraturan
perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh
masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan
penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu
yang berbentuk universal dan mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.
Oleh yang demikian Agropolitan ini turut menekan aspek pembentukan
nilai murni melalui pendidikan. Agropolitan menyediakan pendidikan bertaraf
16
permulaan seperti tadika. Tadika memberi peluang pendidikan awal kepada lebih
20 oang kanak-kanak agropolitan dan masyarakat setempat. Jika sebelum iin
kampung yang berhampiran dengan agropolitan ini menghadapi masalah kerana
kekurangan murid, namun masalah tersebut dapat diatasi apabila pelajar dari
kampung Tanjung Gahai berpeluang belajar bersama-sama dengan pelajar
tadika Agropolitan. Ternya Agropolitan memberi manfaat kepada masyarakat
terutamanya penduduk Tanjung Gahai.
Rajah 11: Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai
Kewujudan Agropolitan ini juga turut memberi manfaat yang besar kepada
sekolah yang berhampiran dengan Agropolitan ini. Sekolah Kebangsaan Tanjung
Gahai turut menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan murid. Sebelem
kewujudan Agropolitan ini bilangan pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai
berada pada tahap yang kritikal sekitar 50 orang sahaja. Apabila Agropolitan
diwujudkan bilangan pelajar telah bertambah sekitar 90 orang sekaligus
memastian sekolah ini melepasi tahap bilangan murid yang kritikal. Kewujudan
17
Agropolitan ternyata memberi impak yang positif kepada pembangunan institusi
pendidikan setempat.
iv. Kesihatan
Kesihatan amat penting dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
Kepentingan baik dari segi rohani mahupun jasmani. Setiap insan perlu menjaga
kesihatan diri agar kehidupanlebih sempurna dan terjamin. Harta yang
melimpah tidak bermakna jika badan sakit .Perkara yang perlu diutamakan ialah
memilihmakanan yang seimbang. Pilihlah makanan yang banyak mempunyai zat
yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karboidrat, protein dan lain-lain.
Dalam aspek kesihatan ini Agropolitan tidak ketinggalan mendapat
pengurusan dan nasihatkesihatan yang berguna, Klinik bergerak 1Malaysia
disedikan kepada penduduk setempat untuk memastikan kesihatan peserta
terjamin. Penduduk Agropolitan ini akan mendapat aksese klinik ini setiap
minggu. Sumbangan kilinik bergerak ini tidak terhad kepada keluarga peserta
Agropolitan sahaja malah penduduk sekitarnya tuurt menerima tempias
kewujudan Agropolitan ini. Mereka juga turut mendapat perkhidmatan
pemerisaan kesihatan di klinik bergerak ini.
18
Rajah 12: Klinik bergerak 1Malaysia.
v. Politik
Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk
memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan
suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi
jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan
kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan
pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil
"psefologi".
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada
perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem
19
pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut
pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi
tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses
penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan
sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya
dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya.
Dalam isu politik khususnya pilihanraya, Agropolitan sangat membantu
dalam mengubah keputusan pilihanraya bagi peti undi Jelai. Kewujudan
Agropolitan membantu kemenangan yang mutlak kepada calon bertanding pada
piliharaya umum ke 12 lepas. Kemenangan berpihak kepada calon Barisan
Nasional Dato Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Selain politik berkaitan pilihanraya pembangunan politik tempatan juga
turut berkembang. Bilangan penduduk yang bertambah mewujudkan suasana
pentadbiran beberapa badan seperti Persatuan Belia menjadi lebih aktif. Belia
Agropolitan membentuk satu gabungan ahli yang mantap dengan penganjuran
beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti perlawanan bolasepak, bacaan yasin
dan sebagainya. Penganjuran aktiviti yang banyak daripada golongan belia ini
membantu perkembangan minda penduduk dalam berpersatuan. Belia yang
berpersatuan akan berkembang dari aspek minda, daya fikir, semangat
berpasukan dan sebagainya. Persatuan belia ini juga sangat membantu dalam
20
usaha menjaga seluruh ahlinya dalam menjaga sahsiah dan perilaku agar tidak
terlibat dalam gejala nagetif seperti judi, arak , zina , dadah dan sebagainya.
5. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa Projek Agropolitan
Gahai sememangnya memberi satu impak yang positif kepada Masyarakat.
Kerajaan telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk mewujudkan agropolitan ini.
Matlamat kewujudan antaranya untuk membebaskan golongan berpendapatan
rendah untuk keluar daripada kemiskinan. Agropolitan bukan sahaja memberikan
peluang kedua kepada kehidupan pesertanya. Malah memberi peluang berdikari
untuk pesertanya menambah pendapatan. Projek ini sekaligus mengeluarkan
pesertanya daripada tahap kemiskinan tegar.
Perancangan kerajaan sangat teliti dalam membantu peserta selamat
keluar daripada kemiskinan. Bermula dengan pemberian rumah berharga RM
35000 peserta Agropolitan dibantu dengan sedikit ruang belakang rumah untuk
dibuat kebun dapur. Kebun dapur ini sesuai untuk tanaman sayur-sayuran bagi
membantu mengurangkan perbelanjaan dapur para peserta. Selain itu ladang
turut diberi dan tanah lapang yang ditinggalkan digunakan sepenuhnya untuk
menambah pendapatan seperti buah-buahan, sayur –sayuran dan tanaman
komersial.
21
Agropolitan ini juga sangat memberi impak positif kepada kampung
sekitarnya. Kampung Tanjung Gahai meghadapi masalah kekurangan penduduk
kerana rata-rata golongan muda lebih berminat untuk berhijrah ke bandar.
Hasilnya kampung tersebut menghadapi masalah kerana hanya didiami oleh
golongan tua. Kewujudan Agropolitan memberi nafas baru kepada kampung ini
kerana Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai bertambah hampir sekali ganda
bilangan pelajarnya. Selain itu aktiviti masjid menjadi lebih ramai pesertanya
hasil kewujudan Agropolitan ini. Sememangnya Agropolitan sangat membantu
perkembangan sosial kampung yang berdekatan iaitu Kampung Tanjung Gahai.
RUJUKAN
Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. 2008. Usaha Berterusan Kerajaan Negeri Ringankan Beban Hidup Rakyat. Bil 2/Feb/08 (16-29 Feb,08) (Jld 3. Atas Talian. http://www.pahang.gov.my/index.php/berita/arkib-berita/290-arkib/khabar-pahang?start=15 [18/1/2013]
Utusan Malaysia . 2009. Projek Agropolitan berjaya. Atas Talian. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0612&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm&arc=hive [19/1/2012]
2009. Ucapan bajet tahunan 2009. Atas Talian. http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Teks2009.pdf [19/1/2013]
RISDA. 2009. Atas Talian. http://www.risda.gov.my/html/download/suara/Suara_Risda_2009_03.pdf [19/1/2013]
KOSMO. 2010. Nanas N36 ke negara Arab: Nanas yang ditanam ialah jenis Hibrid N36 iaitu benih terbaik yang istimewa dan mempunyai nilai eksport yang tinggi selain rasanya yang manis. Atas Talian. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
22
y=2010&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2IV91qG5O [18/1/2013]
23