Post on 14-Apr-2018
7/30/2019 Adakah Untung Dalam Unit Trust
1/3
7/30/2019 Adakah Untung Dalam Unit Trust
2/3
Jika anda lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana
menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat
pengisytiharan agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas.
Contoh IllustrasiPada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana XXX akan mengumumkan agihanbonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka
pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka anda membuat keputusan untuk melabur
sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 15 unit tersebut dalam masa yang singkat.
Apa yang berlaku sebenarnya?Harga unit Dana XXX pada 30 Disember 2003 = RM 0.58 seunit (mengikut harga jualan
sekarang)
Jumlah Pelaburan yang dibayar = RM 100,000Jumlah pegangan unit = RM 100,000 / RM 0.58 seunit
= 172,414 unit
Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 April 2004 = 15 unit bagi setiap 100 unitHarga baru unit Dana XXX pada 5 April 2004 = RM 0.50 seunitJumlah pegangan unit baru = 198,274 unit
Nilai Pelaburan sekarang = 198,274 unit x RM 0.50 seunit= RM 99,137
Anda sebenarnya sudah kerugian RM 863 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8
April 2004 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan
tadi. Untuk mendapat untung, maka anda terpaksa menunggu apabila harga saham tersebut
naik semula kepada paras RM 0.55 ke atas.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG?Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana
pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk
mendapatkan keuntungan yang maksima.
Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah BELI SEMASA HARGA MURAH
DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana
pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas
patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.BELI SEMASA HARGA MURAH
7/30/2019 Adakah Untung Dalam Unit Trust
3/3
Contoh Illustrasi
Melabur RM 100,000 pada bulan 30 Mac 2003 ke dalam Dana KLSI Pacific Mutual dengan
matlamat mencari keuntungan dalam masa singkat.Dana Islamik KLSI Pacific Mutual Fund (Kuala Lumpur Syariah Index Fund)
Jumlah duit yang dilaburkan = RM 100,000
Tarikh Dana dilancarkan = 25 Mac 2003Profail Dana = Agresif - 95% di dalam Ekuiti Lulusan Syariah,
5% dalam bon Islam
Harga jualan pada 30 Mac 2003 = RM 0.50 seunit
Service Charge & Annual Fee = 5% service charge & 1% annual fee (antara
yuran termurah)
Jumlah pegangan unit yang diterima = 200,000 unit
JUAL SEMASA HARGA MAHALHarga unit saham pada 27 Feb 2004 = RM 0.6015 /unit
Nilai Pelaburan sekarang = RM 120,300
Jumlah Keuntungan (Profit) = RM 20,300
Peratusan keuntungan (%) = 20.3 %
Berbanding pelaburan ASB yang memberi pulangan sebanyak 9.25% pada 2003, walaupun
tempoh pelaburanbelum genap setahun, pulangan Unit Trust Dana KLSI ternyata lebih
banyak (20.3%), jika ia dibuat dengan cara yang betul.
Nota :
Harga unit saham Dana KLSI yang dinyatakan di atas adalah dari harga sebenar unit
saham di pasaran.Untuk nasihat pelaburan yang boleh-diharap (reliable), sila hubungi saya di 012-2011-555