Post on 30-Jul-2015
RANCANGAN PENGAJARANPeringkat/ Jumlah Pelajar
Menengah 3 (Ekspres)
12 orang pelajar, (3 HA), (6 MA), (3 LA)
Kerencaman dari segi kebolehan menerangkan dan menjelaskan secara lisan. Terdapat pelajar
yang baik dalam penulisan dan cekap secara lisan, ada yang lebih baik dari segi penulisan
berbanding lisan. Juga kerencaman kemahiran pelbagai. Kebanyakan yang visual dan aural
berbanding kinestetik.
Tarikh/Masa3/ # 2013, 45 minit (1 masa)
Tajuk Pengajaran watak dan perwatakan.
Kemahiran (Berfikir) Sepanjang pengajaran, guru juga akan menanyakan soalan jika para pelajar mempunyai soalan
bukan sahaja untuk memastikan pemahaman pada masa yang sama ingin menggalakkan
pemikiran.
Permainan Kad Siapaitu? bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kebolehan
Interpersonal pelajar sewaktu perbincangan antara ahli-ahli kumpulan.
Lembaran Kerja yang berbentuk penyusun grafik di akhir pembelajaran bertujuan untuk menguji
pemahaman pelajar terhadap keseluruhan pengajaran.
Memahami: pelajar menjelaskan aspek watak perwatakan yang terdapat dalam teks Jalan
Sempit.
Menilai: pelajar mewajarkan sesuatu jawapan dan menghakimi sesuatu idea dan penerangan
yang diberikan oleh rakan sebaya sewaktu aktiviti permainan kad Siapaitu?
Objektif Pelajaran 1. Pelajar dapat mengenal pasti aspek watak perwatakan dalam teks Jalan Sempit .
2. Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga watak dan perwatakan dalam
teks.
3. Pelajar dapat membuat telahan atau inferens terhadap tindakan watak dan peristiwa
berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Pengetahuan Sedia Ada (Dimilki/Dikuasai)
1. Telah memiliki pengetahuan mencerakin bagi teks Jalan Sempit .
2. Telah melalui pra-aktiviti dan induksi bagi teks ini pada 2 masa sebelum ini.
3. Telah pernah melakukan kerja secara berkumpulan dan didedahkan dengan konsep
permainan kad.
Penilaian Menilai pemahaman teks melalui watak dan perwatakan.
Bahan Pengajaran 1. Kad Permainan Siapaitu?
2. Panduan Cara Permainan Siapaitu?
3. Lembaran Kerja
Andaian Guru Dua pengajaran telah dijalankan berkenaan teks ini sebelum pengajaran ini dijalankan untuk
mencerakin aspek-aspek seperti tema, persoalan dan latar.
Melalui profil dan pengetahuan sedia ada pelajar, guru boleh menentukan kerencaman pelajar
(tahap HA, MA dan LA) dalam kerja berkumpulan, bahan dan aktiviti yang bakal dijalankan
sewaktu pengajaran tersebut.
LangkahJangka
masaAktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan
Set Induksi
–
Langkah 1
5 minit 1. Guru akan memberitahu pelajar bahawa aktiviti yang bakal dilakukan itu berkaitan dengan aspek watak perwatakan yang terkandung dalam teks Jalan Sempit.
a. Ini untuk memastikan bahawa pelajar mendapat gambaran secara keseluruhan tentang aktiviti yang bakal dijalankan nanti.
2. Guru akan meminta pelajar menamakan kesemua watak-watak yang terkandung dalam teks Jalan Sempit.
a. Guru akan mendapatkan respons daripada dua orang pelajar secara rambang untuk memulakan pengongsian itu.
b. Guru akan mencatatnya di papan tanda. Ini untuk memastikan pemahaman pelajar sebelum meneruskan aktiviti.
1. Pelajar akan berikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
2. Dua pelajar akan diajak untuk berkongsi.
3. Pelajar yang lain akan diingatkan bahawa mereka boleh memberi pendapat yang bernas dan membangun terhadap jawapan yang telah dikongsi oleh rakan sebaya yang lain.
Langkah 2
Permainan
kad
Siapaitu?
20
minit
1. Guru akan memulakan dengan memberi penjelasan tentang cara permainan kad Siapaitu? yang bakal dijalankan kepada para pelajar secara lisan dan fizikal.
2. Guru telah menyiapkan satu dek kad yang diberi nama Siapaitu?
a. Ia terdiri daripada potongan gambar-gambar yang melambangkan watak dan perwatakan dalam teks drama ‘Jalan Sempit’.
b. Secara keseluruhannya, terdapat 16 kad bergambar (termasuk 2 kad bebas yang bergambarkan jalan sempit) dan 8 kad bermisi.
3. Guru turut akan memberikan setiap kumpulan sekeping panduan bagi cara pemainan kad tersebut.
4. Guru akan mengingatkan pelajar bahawa mereka dikehendaki untuk memberi penerangan yang sesuai dan bernas. Selain memastikan bahawa semua pelajar turut serta dalam aktiviti kumpulan mereka.
5. Ketika aktiviti permainan kad Siapaitu? dijalankan, guru akan memainkan
1. Secara berkumpulan, pelajar akan diterangkan mengenai permainan kad Siapaitu?
2. Kad tersebut merupakan potongan gambar-gambar yang melambangkan watak dan perwatakan dalam teks drama ‘Jalan Sempit’.
3. Setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk menghuraikan watak perwatakan yang diberikan.
4. Pelajar akan diberikan empat kad bergambar dan mereka dikehendaki untuk membuat kaitan dengan kad bermisi (mempunyai maklumat yang berkaitan dengan watak perwatakan dalam teks drama Jalan Sempit) yang telah diberikan.
5. Pelajar harus cuba mewajarkan sesuatu
Bahan:1. Kad Permainan
Siapaitu?2. Panduan cara
permainan kad Siapaitu?
MI:
Interpersonal:
Pelajar dapat
meningkatkan
kebolehan
Interpersonal
sewaktu
perbincangan antara
ahli-ahli kumpulan.
Arif Budiman:
Aktiviti perbincangan
secara berkumpulan
juga memberi
peluang kepada
pelajar untuk
berkongsi pendapat
mereka yang
peranan sebagai pemudah cara dan bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.
6. Guru akan memberikan pertolongan kepada kumpulan yang memerlukan.
jawapan dan menghakimi sesuatu idea dan penerangan yang diberikan oleh rakan sebaya sewaktu aktiviti permainan kad Siapaitu?
pelbagai. Ini selari
dengan minda
Beretika (the
Respectful Mind).
Langkah 3
Catatan
Lembaran
Kerja
15
minit
1. Guru secara sepintas lalu
merumuskan setiap watak dan
perwatakan. Jika terdapat
kemusykilan, guru akan
menjelaskannya.
2. Guru kemudiannya meminta pelajar
mengisi lembaran kerja yang
berbentuk penyusun grafik bagi
pembelajaran hari itu.
3. Guru bertindak sebagai pemudah cara
dan memastikan pelajar memahami
apa yang dikehendaki bagi aktiviti
tersebut.
1. Pelajar akan diberikan lembaran kerja yang merupakan lakaran watak dan perwatakan dalam teks drama Jalan Sempit.
a. Mereka dikehendaki mencungkil huraian dari teks untuk menyokong jawapan mereka.
2. Ini turut bertindak sebagai salah satu bahan penilaian bagi menilai perkembangan dan pemahaman mereka.
Bahan:1. Lembaran Kerja
yang berbentuk Penyusun Grafik.
Penutup
(Pelajar)
5 minit 1. Sekali lagi, guru akan mendapatkan respons dari pelajar mengenai aspek watak dan perwatakan yang telah
1. Pelajar dikehendaki merumuskan dan memberi maklum balas
dipelajari. a. Ini bertujuan untuk
memperkukuhkan isi dan objektif pengajaran.
2. Dengan cara ini, guru dapat menilai tahap pemahaman para pelajar dengan mendapat respons dan maklum balas daripada mereka.
mengenai kad permainan Siapaitu? dan apa yang dipelajari dalam pengajaran pada hari itu secara lisan.
Renungan
Guru
Masa bagi setiap aktiviti boleh tergegas bergantung dengan huraian yang diberikan oleh pelajar sewaktu
permainan kad Siapaitu? Jika guru tidak memainkan peranan untuk menjaga masa, aktiviti-aktiviti akan
menjadi terlalu tergegas. Pada masa yang sama, jika para pelajar menghadapi kesukaran dalam aktiviti
permainan kad Siapaitu? , guru harus meluangkan sedikit masa untuk menjelaskan cara permainan aktiviti
tersebut. Adalah penting bagi guru menjaga masa agar setiap aktiviti dijalankan dan difahami dengan baik
dan teratur.
Tahap Aktiviti Penilaian Aspek MI Taksonomi CCE
3 Set Induksi, Kad Permainan Siapaitu?, Catatan Lembaran Kerja individu dan
Penaksiran Formatif InFormal
Watak dan perwatakan
Kinestetic, Spatial, Intepersonal
Memahami, Menilai
Interpersonal
Penutup