Post on 26-Jul-2015
PRAKTIKAL 2
TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN
Tujuan :
Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.
Teori :
Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka
bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai
tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian,
organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan
ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan
hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun
dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan
atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus
atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada
tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian
ekosistem.
Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza
iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama
dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana
individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama.
Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat
1
tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang
pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi
pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai
nama-nama spesis.
Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih
kecil dan lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan
kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik.
Pengkelompokan tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa
tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan, tetapi didasarkan juga pada bau, rasa
dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan dan pada waktu yang sama
di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu
kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama sehingga satu
tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka
kemumgkinan besar ia mempunyai ciri – ciri yang sama dengan individu dalam spesies
itu. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang
dinamakan alam. Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.
TUGASAN
Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit yang
diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwan dari permukaan
bulan. Haiwan tersebut telah dibawa balik ke bumi dan akan menjadi sebahagian
2
daripada kandungan buku ‘Biodiversiti Bulan’. Anda diberi tugas membahagikan haiwan
bulan kepada kumpulan (spesis) yang berbeza.
Kumpulan dibahagikan kepada lima. Satu set haiwan dikelaskan mengikut spesis
masing-masing berdasarkan ciri-cirinya dan dicatat bilangannya.
Andaikan mereka semua telah dewasa dan tidak ada perbezaan jantina.
Maklumat mengenai habitat dan kelakuannya tidak diperolehi, dan haiwan
tersebut dikelaskan mengikut ciri-ciri yang boleh dilihat (morfologi).
Adakah terdapat 29 spesis ataupun ada kumpulan individu yang dikelaskan
bersama-sama di dalam sesuatu spesis?
Prosedur :
1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan
‘haiwan’ dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis.
2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang
dan tiada perbezaan dapat dilihat diantara spesis jantan dan betina.
3
Keputusan :
Kump. Spesis
Ciri-ciri Umum‘Moonmorf’
A Memiliki abdomen
yang besar.
Mempunyai kepala,
mata, tangan dan ekor.
1,16,17,24,27
B Memiliki abdomen
badan yang bercorak.
Mempunyai kepala,
mata, tangan, kuku,
abdomen, jari dan kaki.
2,3,4,5,12,18,22,23
C Memiliki tangan yang
bercorak.
Mempunyai kepala,
mata, abdomen, tangan
dan ekor.
6,9,10,11,21
4
D Memiliki abdomen yang
panjang.
Mempunyai kepala,
sesungut dan tangan.
19,20,26,29
E Mempunyai kepala
yang berbentuk.
Mempunyai kepala,
abdomen, tangan dan
ekor.
7,8,13,14,15,25,28
5
HAIWAN BULAN (MOONMORF)
6
Mata bercantum
A B C
1,15
Mata tidak bercantum
17,24,27
Kaki berkuku
Kaki tidak berkuku
Tajam Tumpul
3,12 2,4
Itik Katak
22 5,18,22
Bentuk ekor
Y V
6,11,21 9,10
HAIWAN BULAN (MOONMORF)
7
D E
Sesungut dan ekor
Bercantum dan berekor
panjang
Terpisah dan berekor
pendek
2019,26,29
7
Bentuk kepala
U
25
Pendek Panjang PanjangPendek
8,13,1415 28
Perbincangan :
1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat?
Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?
Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untuk
mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetik
tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corak
pada bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan
juga bentuk ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama
dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan
memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain
seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemua
haiwan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A,
Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E.
2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu sama
lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesis
tersebut?
Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampir
sama. Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar,
bagi spesis B, mereka memiliki perut yang bercorak, spesis C mempunyai
8
tangan yang bercorak, spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan spesis
E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.
3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi individu
yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi
individu yang sangat rendah?
Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan
mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi
yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang
terlalu banyak.
4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu
spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru?
Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan
mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti
untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.
Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis
yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang
dimiliki oleh haiwan tersebut.
5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu?
Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan individu
dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu spesis untuk
9
bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Jika terdapat keperluan
dan peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu
mengeksplotasi sumber yang ada di habitat yang baru. Variasi merangkumi
perbezaan dari segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental. Variasi berlaku
disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh
faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala
variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal.
6. Mengapakah spesis ‘Moonmorf’ ini dipanggil morfospesis?
Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk
kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek
penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur
dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ. Spesis ‘Moonmorf’
dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan
berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis.
Morfospesis merupakan kaedah tradisi yang digunakan sejak dahulu dalam
megelaskan sesuatu spesis. Kaedah ini terbatas kerana maklumat yang
digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu kepada
perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi geografi
selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.
10
7. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal.
Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang
diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina, DNA,
habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan mendalam.
Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat
seperti sifat fizikal.
11