Post on 06-Feb-2018
46
8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan
mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian
tindakan ini, saya menganalisis semua data yang telah dikumpulkan seperti ujian,
soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk
kualitatif dan kuantitatif telah dianalisis secara pola, kandungan atau dalam bentuk
graf. Setelah menganalisis kesemua data, saya telah mengintepretasi setiap data
dengan jelas untuk menjawab semua soalan kajian yang telah dikemukakan.
8.1 Ujian
Bagi ujian pra dan ujian pasca, soalan telah disediakan dalam bentuk
subjektif. Terdapat empat jadual sifir darab yang perlu dilengkapkan oleh murid
seperti sifir darab 2 hingga 5. Jumlah bilangan soalan daripada empat jadual sifir
adalah empat puluh soalan. Berdasarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul,
satu formula digunakan untuk mengira markah peserta dan menentukan pencapaian
secara jelas.
𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙
40 × 100% =
Oleh itu, bilangan jawapan soalan yang betul telah dikira dalam bentuk
peratusan (%) dan gred. Perbandingan peratusan (%) dan gred bagi ujian pra dan
ujian pasca turut dilakukan untuk membuat perbandingan antara perkembangan
murid dalam penguasaan kemahiran sifir 2-5 melalui teknik ENIS. Hasil dapatan
47
bagi kedua-dua ujian tersebut telah dianalisis dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel. Jadi, keseluruhan markah ujian pra dan pasca bagi empat orang
peserta telah dalam bentuk jadual dan graf.
Selepas saya menjalankan ujian pra dan pasca, saya telah merekod markah
ujian peserta dalam borang permarkahan. Gred ditentukan berdasarkan markah yang
diperoleh. Panduan penentuan gred dan interpretasi ditunjukkan di dalam Jadual 4.
Jadual 4
Panduan Penentuan Gred dan Intepretasi
Markah Gred Intepretasi
80 - 100 A Cemerlang, berjaya menguasai
65 - 79 B Baik, boleh menguasai
45 - 64 C Memuaskan, kurang menguasai
25 - 44 D Lemah, masih belum menguasai
0 - 24 E Sangat lemah, tidak menguasai
Tujuan saya berpandukan kepada Jadual 4 adalah untuk melihat sama ada
peserta berjaya atau tidak dalam menguasai sifir 2 hingga 5 pada sebelum dan
selepas teknik ENIS diperkenalkan. Markah keputusan yang diperolehi oleh peserta
dapat menonjolkan keupayaan murid menguasai sifir darab secara jelas.
Jadual 5 dan Jadual 6 pula menunjukkan pencapaian empat orang peserta
dalam ujian pra dan ujian pasca.
Jadual 5
Pencapaian Empat Orang Peserta dalam Ujian Pra
Nama
Peserta
Sifir 2 Sifir 3 Sifir 4 Sifir 5 Jumlah bilangan soalan
yang betul, (%)
Gred
Janet 2/10 0/10 0/10 2/10 4/40 (10.0%) E
Zoey 0/10 0/10 0/10 0/10 0/40 (0%) E
Alex 1/10 0/10 0/10 0/10 1/40 (2.5%) E
Brian 2/10 0/10 0/10 1/10 3/40 (7.5%) E
48
Berpandukan kepada Jadual 5, setiap peserta didapati memang lemah dalam
menguasai sifir 2 hingga 5 dengan hanya memperoleh markah peratusan di antara 0%
hingga 11%. Terutamanya, Zoey gagal menjawab soalan dan mendapat 0% markah
dalam ujian pra ini. Manakala, Alex hanya dapat menjawab satu soalan yang betul
dan memperolehi 2.5% sahaja. Janet dan Brian masing-masing dapat menjawab
empat dan tiga soalan daripada empat puluh soalan dan mendapat skor 10.5% dan
7.5%. Setiap peserta juga telah menunjukkan prestasi yang amat ketara lemah dalam
menguasai sifir 3 dan 4. Keempat-empat orang peserta telah memperoleh gred E
dalam ujian pra. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa murid masih tidak
menguasai sifir darab 2 hingga 5.
Jadual 6
Pencapaian Bagi Empat Orang Peserta dalam Ujian Pasca
Nama
Peserta
Sifir 2 Sifir 3 Sifir 4 Sifir 5 Jumlah bilangan soalan
yang betul, (%)
Gred
Janet 10/10 10/10 9/10 10/10 39/40 (97.5%) A
Zoey 10/10 10/10 10/10 10/10 40/40 (100%) A
Alex 10/10 10/10 10/10 10/10 40/40 (100%) A
Brian 10/10 10/10 10/10 10/10 40/40 (100%) A
Daripada Jadual 6, ia menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian yang
sangat tinggi dalam ujian pasca ini. Terdapat tiga orang peserta iaitu Zoey, Alex dan
Brian telah berjaya menjawab empat puluh soalan dan melengkapkan empat jadual
sifir dengan betul. Mereka juga memperoleh markah 100% dalam ujian pasca.
Manakala, Janet hanya menjawab satu soalan dengan salah untuk jadual sifir 4 dan
telah memperoleh 97.5% dalam ujian ini. Kesilapan Janet disebabkan kecuaian
dalam membilang jumlah bilangan kumpulan objek semasa dia menjawab soalan
ujian. Namun begitu, Janet masih berjaya menjawab sifir 2, 3 dan 5 dengan betul.
Keempat-empat orang murid juga memperoleh gred A dalam ujian pasca. Ini
49
Janet Zoey Alex Brian
Ujian Pra 10 0 2.5 7.5
Ujian Pasca 97.5 100 100 100
Peningkatan 87.5 100 97.5 92.5
0
20
40
60
80
100
120
Ma
rka
h U
jia
n (
%)
bermakna peserta telah berjaya menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5 dengan
baik. Secara keseluruhan, ia jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknik ENIS
telah berjaya membantu mereka menguasai kemahiran sifir 2-5.
Selain itu, saya juga telah membuat satu perbandingan markah peserta bagi
ujian pra dan ujian pasca. Tujuannya adalah untuk menganalisis peningkatan yang
wujud di antara ujian pra dan ujian pasca. Rajah 10 menunjukkan perbandingan
markah peserta bagi ujian pra dan ujian pasca.
Rajah 10. Perbandingan markah peserta dalam ujian pra dan ujian pasca.
Daripada Rajah 10, kita dapat melihat bahawa Zoey merupakan peserta kajian
yang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi. Dari keputusan ujian pranya, dia
memperoleh 0% dan gagal menguasai sifir 2 – 5 sebelum teknik ENIS diperkenalkan.
Setelah Zoey menguasai teknik ENIS, dia dapat berjaya melengkapkan semua sifir
dan mendapat 100% dalam ujian pasca. Oleh itu, keputusan Zoey telah membuktikan
bahawa dia telah menunjukkan kemajuan yang sangat baik dalam sepanjang proses
pembelajaran sifir melalui teknik ENIS.
50
Di samping itu, Alex dan Brian juga menunjukkan peningkatan yang baik
dalam ujian pasca ini seperti 97.5% dan 92.5%. Sebelum mempelajari sifir melalui
teknik ENIS, Alex dan Brian gagal menguasai sifir 3 dan 4 serta memperoleh markah
yang terendah dalam kelas. Setelah mereka belajar sifir secara berperingkat, mereka
telah berjaya menguasai sifir tersebut. Kini, hasil peningkatan mereka telah
menunjukkan bahawa mereka menguasai kemahiran sifir 2-5 dengan baik.
Walaupun Janet telah menunjukkan peningkatan yang rendah berbanding
dengan peserta lain iaitu 87.5%, dia tetap berjaya melengkapkan semua jadual sifir
dengan baik. Hanya disebabkan sifat kecuaian menyebabkan Janet tidak dapat
memperolehi 100% dalam ujian pasca. Kesimpulannya, prestasi pencapaian yang
baik bagi keempat-empat orang murid telah menunjukkan bahawa teknik ENIS
berjaya membantu mereka menguasai kemahiran sifir 2-5.
8.2 Dokumen (Lembaran Kerja)
Setelah saya mengumpulkan dokumen yang dihasil oleh peserta, saya telah
membuat analisis yang jelas dalam bentuk jadual. Tujuan saya menganalisis hasil
lembaran kerja adalah untuk membanding beza perkembangan murid menguasai
kemahiran sifir darab 2-5. Hasil analisis dokumen dapat membantu saya menilai
kesesuaian teknik ENIS dalam membantu murid menguasai kemahiran sifir darab
dan kefahaman konsep pendaraban.
Dalam proses menganalisis hasil lembaran kerja murid, saya telah mendapati
beberapa jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh empat orang murid.
Kemudiannya, saya mengkategorikan jenis-jenis kesilapan dalam kategori tertentu.
Saya juga telah meringkaskan jenis-jenis kesilapan dalam bentuk jadual untuk
51
memudahkan saya lebih menumpukan perhatian terhadap masalah kesilapan yang
sering dihadapi oleh murid.
Jadual 7
Jenis-jenis Kesilapan Murid
Jenis-jenis Kesilapan Janet Zoey Alex Brian Jumlah
1. Tidak membilang jumlah
kumpulan objek dengan betul
- 3
2. Tidak faham konsep
kumpulan
- - - 1
3. Cuai
Tersilap pandang
nombor pada soalan
Tersilap melihat
nombor soalan
Tulis nombor terbalik
- - 2
Berdasarkan kepada Jadual 7 telah menunjukkan bahawa terdapat tiga orang
murid iaitu Janet, Zoey dan Brian sering melakukan kesilapan membilang jumlah
kumpulan objek. Kesilapan ini telah menyebabkan murid tidak dapat memberi
jawapan yang betul semasa membuat latihan. Manakala, jenis kesilapan 2 sering
dilakukan oleh Janet dan Alex iaitu cuai dalam tersilap pandang nombor soalan atau
menulis nombor secara terbalik. Kesilapan yang jarang berlaku dalam hasil kerja
rumah murid iaitu terlebih melukis konsep kumpulan. Kesilapan ini telah didapati
daripada hasil kuiz Zoey. Saya juga telah mengenal pasti sebab Zoey terlebih
melukis bentuk kumpulan semasa menjawab soalan kerana dia ingin menjawab
soalan dengan cepat tanpa membuat semakan semula. Contoh-contoh jenis kesilapan
ditunjukkan dalam bentuk Rajah 11.
52
Rajah 11. Contoh jenis kesilapan murid (1).
Berdasarkan Rajah 11, ia jelas menunjukkan bahawa Zoey dapat melukis
perwakilan rajah dengan kemas dan cantik tetapi dia terlebih melukis konsep
kumpulan dan menyebabkan dia tidak dapat memberi jawapan yang betul. Manakala
Gambar (a) dan (b) telah menunjukkan kesilapan yang telah dilakukan oleh Janet
seperti yang ditunjukkan di Rajah 12.
ukkan di Rajah 12.
Rajah 12. Contoh kesilapan murid (2).
Berpandukan Rajah 12, gambar (a) dan (b) telah menunjukkan Janet tidak
membilang jumlah kumpulan objek dengan betul. Daripada hasil kerja Janet, dia
Zoey dapat melukis perwakilan
rajah tetapi dia terlebih melukis
konsep kumpulan dan tidak
dapat memberi jawapan yang
betul.
Gambar (a)
Gambar (b)
Janet berupaya menulis
ayat matematik bagi
kumpulan darab dengan
ahli bilangan dalam
setiap kumpulan tetapi
dia tidak dapat memberi
jawapan yang betul.
Janet tidak membilang
jumlah kumpulan objek
dengan betul.
53
berupaya menulis ayat matematik dengan bentuk tetapi disebabkan tidak membilang
jumlah bilangan kumpulan objek yang betul dan menyebabkan dia gagal menjawab
soalan dengan betul.
Akan tetapi, setelah memberi bimbingan kepada murid pada setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid memberi perhatian dan bersikap cermat
melakukan pengiraan. Hasil peningkatan menjawab soalan lembaran kerja juga dapat
ditunjukkan dalam Jadual 8.
Jadual 8
Hasil Peningkatan Menjawab Soalan Lembaran Kerja bagi Empat Orang Peserta
Jumlah Bilangan Soalan Yang Dijawab Dengan Betul
Nama Peserta Lembaran Kerja
1
Lembaran Kerja
2
Lembaran Kerja
3
Janet 6/10 8/10 10/10
Zoey 3/10 7/10 10/10
Alex 8/10 10/10 10/10
Brian 5/10 8/10 9/10
Daripada Jadual 8, saya mendapati setiap orang peserta menunjukkan
peningkatan dalam penguasaan konsep mendarab dan kemahiran sifir 2-5. Melalui
teknik ENIS yang diperkenalkan, setiap peserta telah memberi usaha untuk
menggunakan teknik melukis untuk melakarkan perwakilan rajah berpandukan
soalan yang diberi. Merujuk kepada lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2, murid
dikehendaki melatih diri menggunakan teknik melukis untuk melukis konsep
kumpulan objek bagi menguasai kemahiran sifir. Hasil telah menunjukkan bahawa
Alex mampu menggunakan teknik melukis untuk menjawab semua soalan yang betul
pada lembaran kerja 2. Hal ini disebabkan lukisan konsep pendaraban yang
dihasilkan oleh Alex telah membantunya mendapat jumlah hasil jawapan yang betul.
Oleh itu, teknik ENIS dapat membantu murid menguasai konsep mendarab dengan
baik melalui teknik melukis. Bagi peserta yang lain, mereka juga menunjukkan
54
peningkatan tetapi sering melakukan kesilapan semasa menjawab soalan disebabkan
cuai dan sifat keinginan menjawab soalan cepat.
Manakala bagi lembaran kerja 3, ia adalah latihan yang mengukuhkan
kemahiran murid menulis ayat matematik dengan tepat. Dalam lembaran kerja 3 ini,
Janet, Zoey dan Alex telah berjaya menulis ayat matematik dengan betul. Namun,
Brian hanya menjawab satu soalan yang salah kerana cuai dalam membilang jumlah
kumpulan objek melalui perwakilan rajah yang diberi. Oleh itu, Brian hanya
menjawab sembilan soalan daripada sepuluh soalan dengan betul.
Secara jelasnya, saya dapat merumuskan bahawa keempat-empat orang
peserta berjaya menguasai kefahaman konsep sifir atas sebab peningkatan yang jelas
daripada lembaran satu ke lembaran kerja ketiga. Kesimpulannya, hasil tersebut
menunjukkan bahawa keempat-empat orang murid mampu menguasai kefahaman
konsep pendaraban dengan baik.
8.3 Borang Pemerhatian
Bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan,
saya telah menganalisis semua gerak balas peserta terhadap penguasaan kemahiran
dan konsep sifir melalui teknik ENIS melalui borang pemerhatian. Data-data yang
diperoleh dalam borang pemerhatian telah dianalisis secara jelas berdasarkan tingkah
laku dan perkembangan peserta serta refleksi diri terhadap kesesuaian teknik ENIS
ini digunakan dalam kajian ini. Rajah 13 menunjukkan contoh cara menganalisis
borang pemerhatian.
55
Rajah 13. Contoh cara menganalisis borang pemerhatian.
Berpandukan kepada Rajah 13, cara saya menganalisis kandungan borang
pemerhatian iaitu membaca teliti kandungan pemerhatian, fokus kepada aspek yang
hendak diketahui, analisis kandungan dengan menghitamkan dan membulatkan isi-isi
penting atau maklumat yang berhubung dengan soalan kajian tindakan ini. Setelah
saya menganalisis kesemua kandungan borang pemerhatian, saya merujuk semula
maklumat yang ditandakan dan tentukan maklumat tersebut dalam kategori yang
sesuai.Setiap aspek telah diberi satu tema dan kod namanya.
Bagi peringkat yang 1, saya telah mengkategorikan kandungan pemerhatian
kepada beberapa tema. Kemudiannya, tema dianalisis secara ringkas dalam bentuk
huraian untuk memudahkan saya menginterpretasikan setiap aspek dengan berkesan.
Jadual 9 menunjukkan pembinaan kategori tema-tema untuk peringkat enaktif.
56
Jadual 9
Pembinaan Kategori Tema-tema untuk Peringkat Enaktif
Tema (Kod) Huraian
Mentor (M) Meminta bantuan kawan mengajar.
Berbincang dengan kawan.
Menerangkan konsep pendaraban kepada rakan.
Minat (MT) Meminta latihan tambahan daripada guru.
Terlibat secara aktif dalam aktiviti hands-on dan minds-on.
Suka belajar dengan menggunakan bahan konkrit iaitu
Joyboard.
Berusaha membilang butang yang disusun di atas Joyboard.
Seronok (SK) Meluahkan perasaan gembira dan seronok apabila dapat
menyusun konsep. pendaraban dan mendapat jawapan betul.
Menyatakan bahawa teknik ENIS adalah sangat mudah untuk
belajar sifir.
Boleh belajar sambil bermain.
Kecerdasan
Pelbagai (KP)
Visual spatial :Jawapan boleh dilihat secara jelas di Joyboard.
Kinestetik: boleh menguasai cara menyusun konsep
pendaraban di Joyboard.
Matematik-logikal : Mencari jawapan dengan menggunakan
Joyboard lebih senang berbanding menghafal sifir.
Menguasai
Konsep (MP)
Penjelasan tentang strategi menyusun konsep di Joyboard
adalah tepat.
Murid dapat menyusun konsep pendaraban dengan mengikut
kumpulan dan bilangan ahli dalam setiap kumpulan.
Murid menggunakan dua jenis warna butang untuk
membezakan konsep kumpulan dan bilangan ahli dalam
setiap kumpulan.
Menguasai
Kemahiran
(MK)
Murid dapat memberi jawapan dengan pantas dan betul.
Murid dapat menunjukkan cara pengiraan jumlah bilangan
butang yang betul.
Murid dapat menjawab semua soalan dengan betul dalam
lembaran kerja.
57
Pemikiran
Konstruktivis
(PK)
Semasa menyusun konsep di Joyboard, murid mendapati sifir
darab adalah asas bentuk daripada penambahan secara
berulangan.
Sifir darab boleh disusun dalam pelbagai bentuk untuk
mendapat jawapan yang sama.
Daripada Jadual 9 telah menghuraikan tema-tema secara ringkas tentang
perkembangan dan tingkah laku murid belajar sifir darab dalam sepanjang masa
peringkat Enaktif ini dijalankan. Melalui peringkat enaktif, murid telah menguasai
cara menyusun butang di Joyboard dengan berpandukan kepada konsep pendaraban.
Ada dua orang murid telah memainkan peranan sebagai mentor untuk menerangkan
setiap langkah penyusunan konsep dengan jelas kepada rakannya. Hasil permerhatian
ini telah menunjukkan bahawa teknik ENIS membantu murid menguasai konsep
pendaraban dan mempunyai kemampuan untuk menerangkan konsep pendaraban
kepada rakannya.
Daripada permerhatian saya, penggunaan teknik ENIS juga mewujudkan
suatu semangat koperatif dan kolaborasi dalam kalangan murid. Murid suka
berkongsi ilmu dengan rakan dan sentiasa bersedia untuk membantu rakannya
apabila mereka tidak tahu menyelesaikan soalan sifir. Sehubungan dengan ini, murid
berkebolehan berfikir secara konstruktivis untuk menyusun jawapan di Joyboard
serta menjawab soalan sifir dengan cepat dan tepat. Keseluruhan suasana
pembelajaran menjadi aktif, seronok dan berjaya menimbulkan minat murid serta
membantu murid boleh belajar sambil bermain untuk menerokai konsep pendaraban
dengan menggunakan teknik ENIS.
Bagi peringkat 2 pula, saya juga mengkategorikan segala tindakan yang
dilakukan oleh empat peserta semasa belajar sifir darab melalui teknik melukis
58
konsep pendaraban. Jadual 10 menunjukkan pengkategorian tema-tema untuk
peringkat Ikonik.
Jadual 10
Pembinaan Kategori Tema-tema untuk Peringkat Ikonik
Tema (Kod) Huraian
Aktif (A) Memberi gerak balas yang pantas dan tepat.
Asyik mengangkat tangan untuk memberi jawapan.
Minat (MT) Meminta guru memberi contoh soalan.
Tidak berputus asa dalam melukis konsep pendaraban
walaupun melakukan sedikit kesilapan.
Memberi perhatian yang sepenuhnya apabila guru sedang
memberi penjelasan.
Seronok
(SK)
Menunjukkan perasaan gembira apabila dapat melukis konsep
pendaraban dengan betul.
Cara melukis konsep lagi cepat mendapat jawapan berbanding
dengan menyusun butang di Joyboard.
Mendapat jawapan dengan pantas dan mengira dengan tepat.
Koperatif
(K)
Menyemak jawapan bersama-sama dengan rakan.
Berbincang jawapan dengan rakan tanpa meniru.
Menunjukkan cara melukis konsep yang betul kepada rakan.
Pemikiran
Reflektif
(PR)
Membuat pembetulan terhadap soalan yang dibincang.
Mereflek jawapan sendiri dari segi kesilapan membilang
jumlah kumpulan objek.
Berpandukan kepada Jadual 10 telah menunjukkan perkembangan dan
tingkah laku murid yang positif semasa belajar cara melukis konsep pendaraban.
Aspek-aspek yang telah diperhatikan dalam peringkat ikonik ini merangkumi aktif,
minat, seronok, koperatif dan pemikiran reflektif murid. Kesemua aspek ini dapat
membantu menilai kesesuian teknik ENIS ini digunakan untuk menguasai konsep
mendarab dan kemahiran sifir darab 2-5.
59
Secara keseluruhan, murid menunjukkan minat terhadap penggunaan cara
melukis konsep pendaraban serta meminta guru memberi latihan tambahan untuk
mengukuhkan kefahaman konsep pendaraban. Namun begitu, ada seorang murid
sering cuai melakukan kesilapan semasa melukis konsep pendaraban. Antara sebab-
sebabnya ialah membilang jumlah bentuk bulat yang salah dan tersilap melihat
nombor soalan atau nombor yang diberi pada soalan. Impaknya ialah sifat cuai murid
telah menyebabkan dia gagal memberi jawapan yang betul.
Manakala pada peringkat simbolik, murid telah mempelajari cara menulis
ayat matematik berpandukan kepada gambar rajah yang diberikan ataupun susunan
konsep pendaraban di Joyboard. Segala perlakuan tindakan telah dikategorikan
kepada dua tema iaitu menguasai kemahira, konsep dan suka. Jadual 11
menunjukkan pencategorian tema-tema untuk peringkat simbolik.
Jadual 11
Pembinaan Kategori Tema-tema untuk Peringkat Simbolik
Tema (Kod) Huraian
Menguasai
Kemahiran
dan Konsep
(MK/MP)
Boleh menulis ayat matematik dengan tepat.
Dapat memberi jawapan yang tepat.
Mendapat jawapan yang betul dengan memilih cara penyusunan
atau melukis konsep pendaraban.
Dapat menerangkan konsep pendaraban secara spontan.
Tidak berasa takut kerana tidak perlu bergantung kepada
kaedah penghafalan sifir atau nyanyian untuk menjawab soalan
pendaraban.
Suka (S) Suka menjawab soalan sifir dengan bantuan penggunaan
Joyboard.
Tidak pernah belajar sifir dengan menggunakan bahan konkrit.
Menimbulkan perasaan ingin tahu yang kuat untuk menerokai
konsep pendaraban di Joyboard.
Jimatkan masa: menggunakan teknik melukis semasa
menjawab soalan kuiz.
Tidak perlu menghafal sifir.
60
Mudah faham konsep pendaraban.
Daripada Jadual 11, perkembangan murid menguasai konsep mendarab dan
kemahiran sifir semakin meningkat. Melalui pemerhatian saya, murid menjadi lebih
yakin semasa menulis ayat matematik dengan betul. Mereka juga menunjukkan
reaksi bangga diri apabila berjaya menjawab soalan dengan betul. Murid diberi
peluang menggunakan kemahiran menyusun konsep pada Joyboard atau teknik
melukis konsep pendaraban untuk menjawab soalan. Selain itu, murid yang berjaya
menguasai konsep mendarab, mereka mampu menerangkan konsep kepada guru dan
rakan secara spontan. Bagi murid yang telah menguasai kemahiran sifir, mereka
boleh menyiapkan latihan dengan usaha sendiri tanpa dibantu dengan bahan konkrit
dan teknik melukis.
Daripada pemerhatian saya, murid didapati lebih meminati teknik ENIS
kerana mereka tidak pernah diajar dengan menggunakan teknik ini. Berbanding
dengan dahulu, murid hanya diajar dengan menghafal sifir dan menyanyikan sifir,
kaedah ini kurang menegaskan kepada kepentingan pemahaman konsep dan
kemahiran. Dengan adanya penguasaan teknik ENIS, murid tidak berasa bimbang
dan takut kerana mereka tidak perlu bergantung kepada hafalam sifir semata-mata
untuk menjawab soalan.
Selain itu, teknik ENIS yang menggunakan bahan konkrit dapat
menimbulkan perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri seseorang murid. Oleh kerana,
mereka boleh menerokai konsep dan membina kefahaman sendiri dengan menyusun
butang pada Joyboard. Hasil susunan yang dihasilkan oleh murid dapat memudahkan
mereka melihat dan memahami konsep pendaraban dengan baik. Manakala
berbanding dengan kaedah hafalan, ia lebih menumpukan kepada mengingati
nombor yang tidak memberi makna kepada murid.
61
Melalui kaedah analisis permerhatian, ia membantu saya menganalisis dan
mengintepretasi perkembangan dan tingkah laku murid dengan baik semasa
menjalankan kajian tindakan ini. Segala perlakuan yang ditunjukkan oleh murid
dapat membantu saya menjawab soalan kajian dengan baik.
Bagi menjawab soalan kajian ini, saya telah merumuskan analisis
pengkategorian tema-tema untuk setiap peringkat dalam satu bentuk jadual.
Tujuannya adalah membantu pembaca memahami tema-tema yang dihuraikan adalah
berkaitan dengan soalan kajian tindakan ini serta mendapat pemahaman yang dalam
tentang kesesuaian penggunaan teknik ENIS ini. Jadual 12 Rumusan analisis
pembinaan kategori tema-tema untuk menjawab setiap soalan kajian.
Jadual 12
Rumusan Analisis Pembinaan Kategori Tema-Tema untuk Menjawab Setiap Soalan
Kajian
Soalan Kajian Tema/ Kod
1. Adakah teknik ENIS dapat membantu
murid Tahun 3 menguasai kemahiran
sifir darab 2-5?
Menguasai Kemahiran (MK),
Yakin (Y), Pemikiran
Konstruktivis (PK)
2. Adakah teknik ENIS dapat membantu
murid Tahun 3 menguasai kefahaman
konsep pendaraban?
Mentor (M), Menguasai Konsep
(MP), Aktif (A), Yakin (Y)
3. Apakah persepsi murid Tahun 3
terhadap penggunaan teknik ENIS? Minat (MT), Seronok (SK), Aktif
(A), Koperatif (K), Suka (S),
Kecerdasan Pelbagai (KP)
8.4 Soal Selidik
Soal selidik telah dijalankan pada peringkat 4. Tujuan soal selidik dianalisis
adalah untuk menentukan persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS dan
62
kebolehan murid menguasai kemahiran sifir darab 2-5. Hasil data soal selidik telah
dianalisis dari segi minat, perasaan dan pemahaman peserta terhadap penggunaan
teknik ENIS. Seterusnya, pilihan jawapan peserta juga dianalisis sama ada memilih
“Ya” atau “Tidak” untuk menunjukkan pendapat mereka dalam bentuk peratusan (%)
seperti yang ditunjukkan di Jadual 13.
Jadual 13
Hasil Dapatan Analisis Soal Selidik
Bil Item-item Peratusan,
(%)
Kekerapan
(Ya)
Peratusan,
(%)
Kekerapan
(Tidak)
1. Saya faham cara cikgu mengajar.
100%
(4)
0%
-
2. Saya gembira kerana dapat menjawab
soalan operasi darab.
100%
(4)
0%
-
3. Saya suka menggunakan papan Joyboard
untuk mencari jawapan.
100%
(4)
0%
-
4. Saya suka melukis gambar bagi mewakili
konsep pendaraban.
100%
(4)
0%
-
5. Saya boleh menulis ayat Matematik.
100%
(4)
0%
-
6. Saya dapat melengkapkan jadual sifir
darab dengan betul.
100%
(4)
0%
-
7. Cara menyusun butang mengikut
kumpulan objek di papan Joyboard telah
memudahkan saya faham sifir darab 2
hingga 5 dengan baik.
100%
(4)
0%
-
8. Saya yakin apabila menjawab soalan
operasi darab dengan betul melalui teknik
ENIS.
100%
(4)
0%
-
9. Saya seronok dapat belajar sifir melalui
teknik ENIS selain daripada kaedah
hafalan dan nyanyian.
100%
(4)
0%
-
10. Teknik ENIS ini mudah saya faham
sifir darab 2 hinga 5 dengan jelas.
100%
(4)
0%
-
63
Berdasarkan kepada Jadual 13, ia telah membuktikan bahawa empat orang
peserta yang terlibat dalam kajian tindakan ini mempunyai persepsi yang positif dan
baik terhadap teknik ENIS. Setiap item juga memperoleh 100% dan menonjolkan
respon daripada empat orang peserta adalah bersetuju dengan setiap item soal selidk
yang menggambarkan pendapat mereka secara jelas semasa dalam pelaksanaan
tindakan ini.
Dalam menganalisis kandungan data soal selidik yang dikumpul, saya
meneliti setiap item dengan membuat garisan tentang aspek yang penting untuk
menjawab soalan kajian tindakan ini iaitu penggunan teknik ENIS membantu murid
menguasai kemahiran sifir 2-5 dan menentukan persepsi murid terhadap penggunaan
teknik ENIS dalam proses pembelajaran sifir. Oleh itu, kedua-dua aspek ini telah
yang saya analisis sebagai dua tema untuk mengkategorikan item-item soal selidik
dalam satu kumpulan supaya dapat melihat secara jelas tentang pendapat peserta
yang berkaitan dengan soalan kajian tersebut.
Jadual 14
Pengkategorian Item Soal Selidik Mengikut Soal Kajian
Soalan Kajian/Tema Item-item
Soalan Kajian 1:
Teknik ENIS dapat
membantu murid
menguasai kemahiran
sifir darab 2-5
Tema: Menguasai
kemahiran sifir
1. Saya faham cara cikgu mengajar.
2. Saya gembira kerana dapat menjawab soalan
operasi darab.
3. Saya boleh menulis ayat Matematik.
4. Saya dapat melengkapkan jadual sifir darab dengan
betul.
Soalan Kajian 3:
Persepsi murid terhadap
teknik ENIS
Tema : Berminat,
perasaan suka
1. Saya suka menggunakan papan Joyboard untuk
mencari jawapan.
2. Saya suka melukis gambar bagi mewakili konsep
pendaraban.
64
3. Cara menyusun butang mengikut kumpulan objek
di papan Joyboard telah memudahkan saya faham
sifir darab 2 hingga 5 dengan baik.
4. Saya yakin apabila menjawab soalan operasi darab
dengan betul melalui teknik ENIS.
5. Saya seronok dapat belajar sifir melalui teknik
ENIS selain daripada kaedah hafalan dan nyanyian.
6. Teknik ENIS ini mudah saya faham sifir darab 2
hingga 5 dengan jelas.
Berpandukan kepada Jadual 14 menunjukkan item-item soal selidik
dikategorikan adalah bersesuaian mengikut tema-tema yang berkaitan dengan soalan
kajian. Tema yang pertama berkaitan dengan teknik ENIS dapat membantu murid
menguasai sifir 2-5 telah mendapat maklum balas yang aktif daripada empat orang
murid. Mereka menyatakan pendapat bahawa mereka faham cara guru mengajar
dengan menggunakan teknik ENIS dan membantu mereka dapat menjawab soalan
sifir dengan betul. Secara beransur maju, murid dapat menulis ayat matematik dan
melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan berjaya pada peringkat terakhir. Apabila murid
boleh menguasai kemahiran sifir 2-5, mereka menjadi lebih yakin untuk menjawab
soalan pendaraban. Justeru, murid melahirkan perasaan minat belajar sifir dengan
menggunakan teknik ENIS.
Tema yang kedua berkaitan dengan persepsi murid terhadap penggunaan
teknik ENIS. Murid telah memberi respon yang positif dan menyatakan bahawa
mereka suka belajar sifir darab melalui penggunaan Joyboard untuk menyusun
konsep kumpulan dan bilangan ahli serta melukis gambar untuk mewakili konsep
pendaraban. Setelah peserta menguasai teknik ENIS, ia memudahkan mereka
menjawab soalan sifir darab dengan cepat dan tepat. Sehubungan dengan itu, teknik
65
ini berjaya meningkatkan keyakinan peserta semasa membuat lembaran kerja atau
menjawab soalan ujian.
Kesimpulannya, hasil analisis soal selidik menunjukkan keempat-empat
orang murid mempunyai persepsi yang positif dan baik terhadap penggunaan teknik
ENIS.
8.5 Temu Bual
Data yang diperolehi melalui temu bual telah ditukarkan dalam bentuk
transkrip. Tujuan saya menganalisis gerak balas dan maklum balas peserta melalui
transkrip adalah untuk memudahkan saya mengkategorikan isi-isi penting dan
menilai sama ada peserta memberikan gerak balas yang positif atau negatif terhadap
penggunaan teknik ENIS serta kesesuaian teknik ENIS membantu murid menguasai
kefahaman konsep pendaraban. Kemudiannya, saya membaca seluruh transkrip
untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang isi penting yang hendak
disampaikan oleh peserta melalui temu bual. Salah satu cara analisis saya ialah
membaca berulang kali dengan menggariskan dan menghitamkan kata kunci yang
terdapat dalam transkrip tersebut. Apabila saya membaca sekali lagi, saya lebih
menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang hendak dibincang dengan
mengkategorikan maklumat dalam kategori yang tertentu.
Di samping itu, saya membentuk tema yang bersesuaian dengan aspek yang
digariskan. Sekiranya terdapat beberapa tema yang mempunyai maksud yang sama,
saya menggabungkan tema-tema tersebut dalam satu kategori utama selepas saya
semak semula tema-tema yang telah dibuat. Tema-tema yang dikategorikan telah
diberi satu kod nombor khas untuk memudahkan saya mengintepretasi maklumat
dengan jelas. Contoh pembinaan kategori dalam transkripsi temu bual ditunjukkan
66
dalam Lampiran L. Pembinaan kategori dalam setiap transkripsi dapat membantu
menghuraikan isi-isi penting dengan jelas. Terdapat sebanyak sembilan transkripsi
telah dikategorikan dengan kod nombor khas untuk sebagai satu penentuan bagi
setiap tema yang berbeza. Jadual 15 menunjukkan contoh penentuan kod nombor
khas untuk tema-tema yang digariskan.
Jadual 15
Contoh Penentuan Kod Nombor Khas bagi Tema-tema Temu Bual
Kod
Nombor
Khas
Tema Huraian
1 Kefahaman Memberi penerangan yang jelas
tentang konsep pendaraban
Berbincang dengan kawan
2 Menguasai konsep
mendarab
Menunjukkan cara penyusunan
konsep pendaraban di Joyboard
Menunjukkan cara melukis konsep
pendaraban
Menunjukkan cara melengkapkan
jadual sifir
3 Minat Menunjukkan keseronokan belajar
Menyatakan perasaan suka
Menunjukkan persepsi positif
4 Aktif Memberi respon yang positif
Daripada Jadual 15 telah menunjukkan cara menganalisis setiap transkripsi
untuk peringkat bagi memahami pendapat dan perasaan murid terhadap penggunaan
teknik ENIS serta tahap murid dalam penguasaan kemahiran dan konsep pendaraban.
Dalam kajian ini, terdapat sembilan transkrip dianalisis dengan mengikut
temanya sendiri. Jadual 16 adalah ringkasan penentuan tema bagi sembilan
transkripsi temu bual.
67
Jadual 16
Ringkasan Penentuan Tema bagi Sembilan Transkripsi Temu Bual
Tema Jumlah bilangan kod nombor
dikenal pasti dalam
transkripsi temu bual
Menguasai konsep mendarab 8
Minat 6
Perasaan suka 8
Persepsi Positif 8
Kefahaman 8
Gembira 7
Seronok 7
Daripada Jadual 16 telah menunjukkan kekerapan tema yang didapati dalam
kesembilan-sembilan transkripsi yang dihasilkan. Kekerapan tema yang paling
banyak didapati ialah kefahaman, perasaan suka, persepsi positif dan kebolehan
menguasai konsep mendarab. Melalui temu bual dengan murid selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid menyatakan perasaan dan pendapat mereka
terhadap teknik ENIS. Empat orang murid juga bersetuju bahawa mereka amat
menyukai teknik ENIS kerana membantu mereka menguasai konsep mendarab dan
kemahiran sifir dengan baik. Mereka juga membuat perbandingan antara teknik
ENIS dengan kaedah penghafalan dan kaedah nyanyi sifir. Semua murid telah
menyokong bahawa teknik ENIS lebih memudahkan mereka memahami dan
menguasai sifir berbanding mengingati sifir yang melibatkan nombor besar. Oleh itu,
murid lebih suka mengaplikasikan teknik ENIS ini semasa menjawab soalan sifir.
Secara keseluruhannya, kaedah menganalisis semua data yang dikumpul telah
membuka minda saya terhadap kesesuaian penggunaan teknik ENIS ini sesuai
digunakan untuk mengajar murid menguasai kemahiran dan konsep pendaraban.
68
Daripada kesemua hasil analisis ini, teknik ENIS dapat membantu empat
orang murid menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir 2-5 dengan baik serta
mendapat persepsi yang positif terhadap penggunaan teknik ENIS dalam proses
pembelajaran tajuk pendaraban.
Dari segi peningkatan pencapaian murid yang baik dalam ujian pasca, ia jelas
menunjukkan bahawa teknik ENIS membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5
dengan baik. Berbanding dengan dahulu, keempat-empat murid gagal melengkapkan
jadual sifir 2-5. Kini, murid mampu melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan betul dan
baik melalui penggunaan teknik ENIS.
Dari segi keupayaan murid menguasai konsep mendarab telah dinilai melalui
analisis dokumen dan permerhatian. Hasil analisis dokumen juga menunjukkan
perkembangan murid yang maju dalam menjawab soalan serta berkolaborasi dengan
rakan sebaya untuk menyemak jawapan soalan. Murid mampu menggunakan teknik
melukis untuk melukiskan konsep pendaraban semasa menjawab soalan sifir. Hasil
lukisan juga membantu murid menjawab soalan dengan betul. Melalui pemerhatian,
murid dapat menunjukkan strategi menyusun konsep pendaraban di Joyboard dan
menerangkan konsep pendaraban secara spontan kepada guru dan rakan. Ia juga
membuktikan bahawa teknik ENIS dapat membantu murid membina kefahaman
konsep yang betul dan kukuh dalam pemikiran mereka.
Melalui hasil analisis soal selidik, 100% peserta menyatakan bahawa mereka
berminat menggunakan teknik ENIS untuk belajar sifir. Manakala analisis temu bual
telah menunjukkan bahawa semua peserta menunjukkan perasaan suka yang tinggi
terhadap teknik ENIS melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Kesimpulannya,
persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS adalah positif kerana mereka
berjaya menggunakan Joyboard untuk mencari jawapan, melukis gambar bagi
69
mewakili konsep pendaraban serta mampu menulis ayat matematik yang betul dan
melengkapkan jadual sifir 2-5. Ia juga melahirkan perasaan suka, gembira, minat,
seronok, yakin dan aktif dalam kalangan murid semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran sifir.
Justeru, penggunaan teknik ENIS membolehkan murid berinteraksi aktif dan
membentuk pemikiran murid yang kreatif serta memperkembang lagi kecerdasan
pelbagai murid untuk menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir.
70