Post on 21-May-2015
description
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 1
7 TEKNIK VIRAL
Teknik-teknik VIRAL yang saya
gunakan untuk tingkatkan LIKE
dan Talking About This tanpa fb
ads dan fb apps
Oleh:
Wazeen Azizan FBViralism.com
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 2
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
Teknik 1: Roda Impian
Teknik
2:
Image Tag
Teknik
3:
Teka Gambar
Teknik
4:
Makanan Terakhir
Anda
Teknik
5:
Padang Pasir
Teknik
6:
Voting
Teknik
7:
Meme Viral
Penutup
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 3
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam hormat. Nama saya Wazeen Azizan dan pertama
sekali saya ingin ucapkan terima kasih dan tahniah atas pembelian anda
terhadap e-book berkualiti ini.
Saya merupakan Internet Marketer yang memfokuskan tentang pemasaran di
Facebook dan kebanyakan pendapatan saya hasilkan hanya melalui laman
social ini sejak beberapa tahun lepas.
Saban hari saya mencari peluang dan mencari alternative bagaimana nak
hasilkan jualan yang banyak hanya melalui Facebook sahaja dan saya belajar
bagaimana nak menarik perhatian prospek tentang perniagaan saya.
Jadi,melalui ebook ini, saya ingin kongsikan 7 teknik simple yang saya
gunakan untuk meningkatkan viral marketing dan sentiasa mencari
pelanggan baru.
Apa yang saya akan fokuskan kat ebook ini adalah tentang menaikkan LIKE
di fanpage dengan menggunakan teknik-teknik ringkas tanpa kerja-kerja
teknikal. Saya yakin 90% orang yang baca ebook ini tidak mengaplikasikan
teknik-teknik yang dikongsikan dan saya tidak mahu anda berada dalam
kumpulan tersebut.
Jadi,apa yang dikongsikan ini adalah merujuk kepada penambahan bilangan
LIKE dan juga peningkatan Talking About This (TAT) di Fanpage Facebook
dan juga pada Akaun Peribadi Facebook. Saya harap anda ikut apa yang
dikongsikan di dalam ebook ini. Terima kasih.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 4
PERKARA YANG PERLU ANDA
KETAHUI
Di dalam teknik-teknik yang bakal anda ketahui ini adalah melibatkan
bagaimana anda ingin mendapatkan „engagement‟ daripada orang ramai
dengan Fanpage anda mahupun Personal Page anda.
Di dalam Facebook, „Engagement‟ merupakan kunci untuk buat duit. Oleh
sebab itu, saya amat tekankan tentang perkara ini dan ia juga dinamakan
„Edgerank‟.
Edgerank merupakan suatu yang penting dalam Facebook untuk
meningkatkan post-post anda melalui fanpage atau personal page berada di
newsfeed orang ramai. Biasanya, Semakin tinggi „edgerank‟ post anda
semakin banyak orang yang akan dapat lihat post anda di newsfeed mereka.
(Semakin tinggilah trafik yang akan anda dapat)
Saya harap anda faham dengan edgerank yang saya terangkan di atas.
Tahukah anda, kebiasaan contohnya Fanpage anda mempunyai 10ribu LIKE
atau FANS tetapi setiap kali anda post status, tidak kesemua orang yang LIKE
itu akan Nampak post anda. Hanya 10% sahaja yang akan nampak post
tersebut. Jadi,sebab itulah EDGERANK ini sangat penting untuk mem‟viralkan
lagi post anda.
Kita perlukan interaksi antara fans yang ada dengan fanpage kita. Lagi
banyak interaksi berlaku, lagi tinggilah edgerank kita. Oleh itu, teknik-teknik
yang bakal dikongsikan ini adalah untuk menarik lebih ramai fans
berinteraksi dengan fanpage kita dan dalam masa yang sama LIKE atau FANS
fanpage anda akan berkembang secara tidak sedar.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 5
TEKNIK 1: Roda Impian
Pernah tak anda dengar tentang rancangan TV Roda Impian suatu ketika
dahulu? Ia adalah suatu rancangan games yang dihoskan oleh Halim
Othman iaitu game bukak kotak untuk huruf-huruf yang diperlukan. Jadi,kita
boleh aplikasikan game tersebut pada fanpage kita. Lihat gambar di bawah:
Kebaikan Teknik Ini
Ramai orang tahu dengan game ini dan ia sangat mudah untuk kita
anjurkan. Fans yang sedia ada anda akan bermain dengan game ini
terutamanya jika anda sediakan sedikit hadiah dan ia akan wujudkan
interaksi antara anda sebagai admin dengan fans anda. Jadi, dengan
peningkatan interaksi ini, edgerank akan meningkat dan Facebook akan
naikkan post anda pada kebanyakan newsfeed fans anda.
Teknik ini sangat senang untuk anda lakukan dan anda tidak perlu fikirkan
untuk kerja teknikal.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 6
TEKNIK 2: Image Tag
Teknik ini sangat POWER untuk meningkatkan LIKE dan TAT fanpage anda
secara mendadak. Anda perlu buat satu gambar seperti gambar rajah di
bawah.
Teknik ini amat sesuai jika anda mempunyai promosi percuma untuk jualan
produk anda atau memberi hadiah berupa wang tunai kepada fans anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberikan mereka satu file
gamba seperti di bawah untuk mereka download dan kemudian upload di
wall mereka sendiri dengan Tag fanpage anda pada logo anda, kemudian
Tag diri mereka sendiri di tengah, kemudian Tag 5 rakan mereka pada
simbol orang yang lain.
Dengan cara ini, dalam beberapa jam, anda akan dapat lihat ramai fans anda
akan download dan post kembali pada wall mereka dengan tagging nama
Fanpage anda dan 5 rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung, Brand
anda akan popular dan pertambahan LIKE akan meningkat secara mendadak.
Tapi untuk memudahkan fans anda melakukan langkah ini adalah dengan
„Share‟ kan gambar yang anda post di wall post fanpage anda, kemudian,
tagkan 5 nama kawan mereka.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 7
Contoh ayat yang perlu anda tulis bersama upload gambar tersebut adalah:
Ayat Contoh yang lain:
KEBAIKAN TEKNIK INI
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 8
Kesimpulannya, fans akan buat langkah yang anda tentukan itu untuk
dapatkan hadiah yang anda tawarkan. Mereka juga ingin menunjukkan rasa
„caring‟ mereka kepada rakan-rakan untuk dapatkan FREE gift bersama. Dan
secara tak langsung, rakan-rakan kepada fans anda tadi akan buat perkara
yang sama untuk memberi peluang kepada rakan-rakan mereka yang lain
pula. Inilah yang dikatakan the power of viral! Dengan sedikit usaha dan
duit, anda dapat tingkat LIKE dan TAT anda secara mendadak.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 9
TEKNIK 3: Teka Gambar
Teknik teka gambar adalah teknik yang yang popular masa kini. Terdapat
banyak jenis gambar yang boleh dijadikan teka-teki. Contohnya upload satu
gambar yang blur, atau satu gambar yang konfius, kemudian minta fans
anda teka gambar apa yang terpapar di wall fanpage anda tersebut. Di sini,
teknik „Call to Action‟ memainkan peranan yang penting dalam berinteraksi
dengan fans yang ada.
Ada beberapa jenis lagi teknik yang lebih kurang dengan teknik ke-3 ini.
Contohnya anda upload apa-apa sahaja gambar pelik atau gambar yang
dapat tarik orang ramai untuk tengok, kemudian anda suruh fans anda buat
sesuatu tindakan untuk lihat perubahan pada gambar tersebut selepas
mereka membuat tindakan yang disuruh. Contohnya:
KEBAIKAN TEKNIK INI
Manusia mempunyai sifat semulajadi „Ingin Tahu‟ yang tinggi. Jadi,ambil
kesempatan ini untuk tingkatkan interaksi fans dengan fanpage anda.
So,dengan cara ini, mereka akan buat apa yang disuruh oleh anda. Untuk
teka gambar,fans akan berusaha untuk teka gambar tersebut sehingga
mereka dapat jawapan. Dalam makna kata lain, mereka akan berlumba-
lumba untuk memberi jawapan yang tepat. Dan untuk teknik yang lebih
kurang sama dengan teka gambar, fans anda akan buat tindakan yang anda
suruh lakukan untuk ketahui perubahan yang berlaku pada gambar yang
anda post. Jika ada rezeki, akan ada antara fans page anda akan sharekan
gambar yang dipost itu supaya rakan-rakan mereka yang lain dapat
jawabkan sekali bersama. Dengan cara ini, interaksi akan meningkat dan
edgerank akan meningkat.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 10
TEKNIK 4: Makanan Terakhir Anda
Jangan risau, bukan saya nak suruh anda post gmbar makanan . Tapi saya
namakan teknik ini adalah „Makanan Terakhir Anda‟. Untuk pengetahuan,
manusia suka bercakap tentang diri sendiri. Mereka sangat suka untuk
„express‟ kan perasaan mereka. Jadi, anda boleh anjurkan satu game santai
iaitu „Makanan Terakhir Anda‟.
Contoh game ini adalah seperti di bawah:
“
Kebaikan Teknik Ini
Teknik ini merupakan teknik yang sangat meberansangkan untuk tingkatkan
lagi LIKE dan post di newsfeed. Anda akan dapat banyak komen pada
ruangan komen post anda dan ini menunjukkan kesan positif berlaku.
Dengan cara ini, fans anda akan tag nama kawan baik mereka pada komen
tersebut untuk menunjukkan mereka „caring‟ dengan rakannya itu. Jadi,
dengan menggunakan teknik ini, ia secara langsung akan meningkatkan LIKE
page anda kerana kawan-kawan kepada fans anda tadi akan tahu dengan
kewujudan page anda.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 11
TEKNIK 5: Padang Pasir
Ini merupakan teknik yang lebih kurang sama dengan teknik “Makanan
Terakhir Anda” tadi. Maka,jika anda sudah kuasai teknik ini, anda akan dapat
idea yang pelbagai lagi untuk dipostkan pada wall fanpage anda.
Contoh teknik Padang Pasir adalah:
“Jika anda berada di padang pasir yang sangat luas, apakah 3 barang yang
anda mahu ada dan siapakah rakan anda yang anda ingin bersama? (tag 3
orang rakan anda)”.
Kebaikan Teknik Ini
Ya,kebaikannya adalah sama dengan teknik sebelum ini. Posting seperti ini
adalah untuk menggalakkan fans anda memberi ekspresi sendiri dengan
menyatakan 3 barang yang mereka perlukan dan 3 orang rakan yang mereka
ingin bersama ketika berada di padang pasir. Daripada situ, rakan fans anda
akan dapat notification daripada fanpage anda dan LIKE akan meningkat
kerana mereka juga akan berminat dengan fanpage anda.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 12
TEKNIK 6: Voting
Teknik voting juga merupakan teknik yang popular pada masa kini
terutamanya niche politik dan niche bola sepak atau selebriti.
Contoh:
“Pada pilihanraya akan datang, Parti apa yang akan anda undi? Kerajaan atau
Pembangkang?”
Anda juga boleh gunakan fungsi Question di Fanpage anda. Iaitu pada
butang Offer,Event+. Settingkan soalan dan anda akan dapat lihat soalan itu
akan menjadi VIRAL.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 13
Contoh Voting Bergambar:
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 14
Contoh Lain Voting Bergambar:
Kebaikan Teknik Ini
Dengan menggunakan teknik ini, anda akan dapat banyak komen sebab
kebanyakan orang-orang kita berminat dengan politik, bola sepak dan
selebriti pada masa kini. Jadi,gunakan kesempatan ini untuk membuat satu
post berkaitan dengan undian. Gunakan fungsi butang Question untuk
m‟viralkan post anda.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 15
TEKNIK 7: Meme Viral
Meme merupakan jenis gambar yang popular pada masa kini. Ramai orang
berminat dengan gambar meme kerana kebiasaan gambar Meme adalah
gambar-gambar yang kelakar dan secara tak langsung, fans fanpage anda
akan share gambar Meme yang anda upload di fanpage anda. Keyword di
sini adalah „FUNNY MEME‟. Cari gambar Meme yang kelakar, kemudian
postkan di wall fanpage anda. Anda juga boleh buat ayat sendiri pada
gambar Meme tersebut. Lihat gambar di bawah. Contoh gambar Meme:
Anda boleh buat sendiri Gambar Meme ini di website ini secara percuma.
http://memesly.com/meme-maker
http://memegenerator.net/
Kelebihan menggunakan gambar Meme ini adalah untuk senang tarik
pengguna Facebook untuk lihat gambar ini dan kemudian mereka akan
sharekan gambar meme kita kepada rakan-rakan mereka atau di wall
mereka. Gambar Meme memang mendapat perhatian ramai kerana
kebanyakan gambar Meme adalah gambar yang kelakar.
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 16
PENUTUP
Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya pada kali ini iaitu 7 TEKNIK
VIRAL. Anda perlu tahu, untuk bermula teknik ini, fanpage anda seharusnya
mempunyai beberapa fans/Likes terlebih dahulu. 100 hingga 1000 likes
sudah memadai untuk anda bermula. Cari LIKE awal terlebih dahulu
kemudian barulah mulakan teknik-teknik yang dikongsikan di atas. Anda
hendaklah konsisten melakukan teknik-teknik ini dan saya percaya anda
akan dapat Fans yang banyak dalam masa terdekat.
Untuk pengetahuan, sebelum anda post sesuatu pada wall fanpage anda,
anda perlu tahu tentang „Money Times‟. Apa tu?
Money Times merupakan masa-masa yang tertentu dan sesuai untuk anda
post sesuatu pada wall anda. Kebiasaanya masa yang sesuai ini adalah pada
pukul 8 pagi, 11.30 pagi, 2.30 petang dan 8 malam. Ini adalah waktu-waktu
terbaik untuk anda postkan sesuatu pada wall fanpage anda. Anda akan
dapat respon yang tinggi berbanding waktu-waktu lain. Semoga dengan
perkongsian ini, ia memberi banyak manfaat kepada anda. Nampak SIMPLE
tapi POWER!
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Wazeen Azizan
( http://www.bforbiz.com )
Hakcipta Terpelihara Wazeen Azizan 2012 – www.bforbiz.com Page 17
TAWARAN MENARIK!!
Nak Jadikan Iklan Anda Viral di FB Secara
Automatik? Produk Terbaru Wazeen Azizan
Kini Dilancarkan! Klik Di Bawah:
FBViralism.com