Post on 22-Sep-2019
62
4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN PREMIUM
MALAYSIA DI CHINA
SUHANA SAFARI
4.1 PENDAHULUAN
China merupakan pasaran eksport kedua terbesar bagi buah-buahan Malaysia
selepas Singapura. Pada tahun 2016, jumlah keseluruhan eksport Malaysia
adalah sebanyak RM 1.1 billion. China (termasuk Hong Kong) menyumbang
sebanyak 11.7% berjumlah RM 129 juta. Eksport buah-buahan ke China
meningkat dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.9% bagi tahun 2015. China
merupakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di dunia
dengan jumlah populasi 1.37 billion (2015) dan dijangka mencapai 1.42 billion
menjelang tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi yang cepat dan maju, menjadikan
China sebagai negara yang mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat di Asia
pada masa kini. Malaysia merupakan salah satu pengeksport utama buah-buahan
tropika termasuk manggis, rambutan, tembikai dan durian ke negara China
(Malaysia External Trade Development Corporation [MATRADE], 2016). Buah
durian Malaysia menjadi antara buah yang dipilih kerana rasanya yang lebih
digemari oleh pengguna di negara tersebut.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya saing buah-
buahan premium terpilih Malaysia di pasaran China disamping mendapatkan
maklumat sosioekonomi pengguna. Dapatan kajian ini akan membantu dalam
menyediakan maklumat pasaran eksport untuk merangka strategi pemasaran
yang lebih berkesan. Selain itu, ia dapat digunakan sebagai asas dalam
pembangunan varieti baru yang dapat memenuhi citarasa dan pemilihan
pengguna di pasaran negara China.
4.2 LATAR BELAKANG
Perluasan pasaran eksport buah-buahan tempatan bagi mengurangkan
lambakan bekalan terutama pada musim buah menjadi strategi kerajaan dalam
membangunkan industri buah-buahan tempatan negara. Malaysia merupakan
salah satu pengeluar utama buah-buahan tropika di Asia. Pasaran tradisional
buah-buahan tropika Malaysia adalah Singapura, Hong Kong dan Asia Tenggara.
Kebanyakan destinasi eksport memerlukan keperluan fitosanitari
kecuali bagi pasaran ke Eropah (EU), Hong Kong, negara timur tengah dan
Singapura. Manakala bagi pasaran lain, Rundingan bagi mendapatkan laluan
pasaran adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan sanitasi dan fitosanitari
(SPS) ketat yang diamalkan oleh negara-negara pengimport. Bagi memastikan
63
pengeksportan buah-buahan mematuhi syarat yang ditetapkan, Jabatan
Pertanian Malaysia bertanggungjawab memastikan pengeluaran buah di
peringkat ladang mendapat akreditasi myGAP, memantau pembungkusan dan
pemprosesan bagi pensijilan GMP atau HACCP dan menyediakan serta
mengesahkan dokumentasi eksport yang memenuhi syarat dan peraturan yang
ditetapkan.
China juga merupakan pengeluar buah-buahan termasuk buah tropika
(di bahagian Selatan China), namun permintaan yang tinggi menyebabkan
bekalan buah tidak mencukupi . Oleh itu, China mengimport buah-buahan dari
negara terdekat termasuk Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Nilai import buah-buahan bagi negara China dijangka meningkat dengan purata
sebanyak 9.9% setahun bagi tempoh 5 tahun akan datang sehingga 2020
(MATRADE, 2017).
Penggunaan per kapita buah-buahan di China adalah sebanyak 46 kg
pada 2016. Dari tahun 2008 hingga 2015, pasaran buah-buahan China
meningkat sebanyak 24% setahun, menunjukkan peningkatan terhadap
permintaan Tren ini menunjukkan pengambilan buah-buahan pengguna di
negara China semakin meningkat. Faktor ini juga ditambah dengan kesedaran
terhadap kesihatan, keselamatan makanan dan corak kehidupan urbanisasi
masyarakat bandar (China Ag, 2017).
Secara rasmi, Malaysia telah mendapat tujuh (7) laluan pasaran eksport
ke China bagi buah-buahan tempatan sama ada secara segar, diproses minima,
kering atau diproses. Laluan untuk mengeksport buah nenas segar baharu sahaja
diluluskan pada Mei 2017. Berikut adalah jenis buah-buahan mengikut HS kod
berserta keperluan fitosanitari bagi pengeksportan ke negara China.
64
Jadual 4.1: Buah-buahan yang mendapat kelulusan eksport ke China serta keperluan
fitosanitari Bil. Jenis Buah Kategori
Produk
Eksport
HS Kod Keperluan Fitosanitari
1. Kelapa
Cocos nucifera
Segar 08011990
1. Mendapat Sijil Fitosanitari
2. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi
mesti bebas dari jangkitan penyakit dan
perosak
3. Tempat pembungkusan mesti berdaftar
dengan DOA
2. Durian
Durio zibethinus
Murr.
Kering (freeze
dried)
08119090
1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan
mengistihar hasilan freeze-dry
2. Produk memenuhi standard AQSIQ
Sejuk beku
(frozen)
1. Mendapat Sijil Fitosanitari
2. Sijil Kesihatan (dikeluarkan oleh MOH
Malaysia)
3. Isi buah (loose pulp) dibekukan pada -
300C selama 30 minit, disimpan dan
dieksport dengan suhu ≤ -180C
4. Sumber buah dari ladang yang didaftar
di DOA dan di audit oleh AQSIQ China
5. Ladang di akreditasi MyGAP dan
mengamalkan Integrated Pest
Management (IPM) to kawalan perosak
dan serangga
6. Buah diproses di fasiliti pemprosesan
yang berdaftar dengan DOA dan di audit
oleh AQSIQ China. Fasiliti mestilah
mendapat akreditasi GMP dari MOH
Malaysia .
Isi (paste) 1. Mendapat Sijil Fitosanitari
2. Sijil Kesihatan (dikeluarkan oleh MOH
Malaysia
3. Sumber buah dari ladang yang didaftar
di DOA dan mendapat akreditasi
MyGAP.
4. Buah diproses di fasiliti pemprosesan
yang berdaftar dengan DOA dan di audit
oleh AQSIQ China. Fasiliti mestilah
mendapat akreditasi MeSTI dari MOH
Malaysia .
65
3. Tembikai
Citrullus lanatus
(Thunb.) Mansf.
Segar (fresh) 08071100
1. Mendapat Sijil Fitosanitari
2. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi
mesti bebas dari jangkitan penyakit dan
perosak
3. Lubang pengudaraan di kotak
pembungkusan mestilah ditutup dengan
jaring mesh wire (saiz 32)
1. Tempat pembungkusan mesti berdaftar
dengan DOA
4. Nangka
Artocarpus
heterophyllus Lam
Kering (freeze
dried)
081090130 1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan
mengistihar hasilan freeze-dry
2. Produk memenuhi standard AQSIQ
5. Manggis
Garcinia
mangostana L.
Kering (freeze
dried)
08045030
1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan
mengistihar hasilan freeze-dry
2. Produk memenuhi standard AQSIQ
Segar (fresh) 1. Mendapat Sijil Fitosanitari
2. Tempat pembungkusan mesti berdaftar
dengan DOA
3. Lubang pengudaraan di kotak
pembungkusan mestilah ditutup dengan
jaring mesh wire (saiz 32)
4. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi
mesti bebas dari jangkitan penyakit dan
perosak
6. Betik
Carica papaya L.
Segar (fresh) 08072000
1. Mendapat Sijil Fitosanitari
2. Buah mesti bebas dari lalat buah (fruit
fly) di setiap peringkat
3. Sumber buah dari ladang yang didaftar
di DOA, mendapat akreditasi MyGAP
dan di audit oleh AQSIQ China.
4. Buah melalui proses rawatan Hot Water
Treatment (HWT) pada suhu 46.50C
selama 10 minit di pusat rawatan yang
berdaftar dengan DOA dan disah oleh
AQSIQ China.
5. Lubang pengudaraan di kotak
pembungkusan mestilah ditutup dengan
jaring mesh wire (saiz 32)
7. Rambutan
Nephelium
lappaceum L.
Segar (fresh) 08109040
2. Mendapat Sijil Fitosanitari
3. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi
mesti bebas dari jangkitan penyakit dan
perosak
4. Lubang pengudaraan di kotak
pembungkusan mestilah ditutup dengan
jaring mesh wire (saiz 32)
1. Tempat pembungkusan mesti berdaftar
dengan DOA
Kering (freeze
dried)
1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan
mengistihar hasilan freeze-dry
2. Produk memenuhi standard AQSIQ
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2016)
66
4.2.1 Objektif
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat pasaran eksport
buah-buahan dan faktor sosioekonomi pengguna China. Objektif
khusus adalah seperti berikut:
Untuk mengenal pasti trend perdagangan buah-buahan
premium terpilih Malaysia di pasaran China.
Untuk mengenal pasti maklumat pesaing pasaran buah-
buahan Malaysia di pasaran China.
Untuk mengenal pasti faktor sosioekonomi pengguna China
terhadap buah-buahan premium terpilih.
4.2.2 Kepentingan kajian
Beberapa negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia,
Myanmar dan Vietnam merupakan negara pesaing bagi buah-
buahan Malaysia di pasaran China. Justeru itu, adalah wajar untuk
mengenal pasti kedudukan daya saing Malaysia berbanding negara
pesaing untuk melihat potensi dan memperbaiki kedudukan buah-
buahan Malaysia di pasaran China. Daya saing yang positif
menunjukkan Malaysia berada di kedudukan yang betul di pasaran
eksport manakala daya saing yang negatif menunjukkan indikator
sebaliknya. Namun, Malaysia boleh menjadikan negara pesaing
yang lebih tinggi sebagai tanda aras dalam meningkatkan industri
buah-buahan negara.
Maklumat kecenderungan dan cita rasa pengguna
mempunyai hubungan dengan faktor sosioekonomi dan persepsi
terhadap buah-buahan. Maklumat yang diperoleh akan membantu
pengeluar dan pemasar mengenal pasti ciri-ciri yang dikehendaki
oleh pengguna sasaran di pasaran China. Secara tidak langsung,
maklumat yang tepat berdasarkan ciri buah yang digemari
pengguna dapat disediakan kepada pengeluar, penggubal dasar
dan penyelidik.
4.3 METODOLOGI KAJIAN
Pengumpulan data diperoleh dari kedua-dua sumber iaitu primer dan sekunder.
Data sekunder yang digunakan adalah perdagangan dan pengeluaran. Data
perdagangan diperoleh dari Global Trade Information System (GTIS) manakala
data pengeluaran diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Jabatan
67
Pertanian Malaysia (DOA) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA). Data primer dikumpul melalui kaedah survei bersemuka menggunakan
soal-selidik berstruktur. Pengunjung warga China ke Malaysia telah dipilih
sebagai sampel pengguna bagi negara China. Kaedah ini diguna pakai kerana
sumber manusia dan kos yang terhad bagi menjalankan survei diperingkat
pengguna di pasaran China. Seramai 584 responden telah dipilih secara rawak
bagi survei terhadap tiga (3) jenis buah, iaitu buah tembikai, durian dan betik.
Pemilihan buah berdasarkan tren data perdagangan buah-buahan yang telah
mendapat laluan pasaran eksport ke China serta mempunyai permintaan tinggi
di pasaran negara tersebut. Maklumat utama yang diperoleh termasuk maklumat
demografi, tahap kegemaran, kekerapan pengambilan, kesanggupan membayar
dan ciri buah yang digemari bagi setiap jenis buah yang dipilih. Survei lapangan
dijalankan dengan kerjasama agen pelancongan dan Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia. Kaedah persampelan yang dipilih adalah
persampelan rawak mudah. Borang soal selidik berbahasa Mandarin dan
Inggeris digunakan disamping dibantu oleh penterjermah bertauliah semasa soal
selidik dijalankan.
Konsep kelebihan bandingan (comparative advantage) dan daya saing
(competitiveness) telah digunakan secara meluas dalam banyak kajian ekonomi
untuk menilai corak perdagangan dan pengkhususan negara dalam komoditi
yang mereka mempunyai daya saing (Erkan & Saricoban, 2014). Di peringkat
antarabangsa, daya saing didefinisikan sebagai kemampuan suatu ekonomi
untuk menarik pelaburan bagi meningkatkan eksport dan menambah bekalan
permintaan. Secara tidak langsung akan meningkatkan norma sosial yang
mengakibatkan peningkatan dalam taraf hidup warga yang lebih baik (Bobirca
dan Miclaus, 2011). Aktiviti eksport merupakan salah satu kaedah dalam menilai
daya saing sesuatu negara. Teorinya, peningkatan dalam prestasi eksport
menunjukkan peningkatan dalam daya saing sesebuah negara. Namun,
pengukuran daya saing ini tidak boleh dinilai dengan mudah, ia perlu dilihat dari
aspek mikro dan makro ekonomi, regulasi dan institusi yang mempengaruhi
produktiviti sesebuah negara. Analisis Comparative Export Performance (CEP)
digunakan untuk mengukur tahap daya saing sesuatu negara. Nilai CEP indeks
yang melebihi 1 menunjukkan daya saing yang tinggi di sesuatu pasaran
manakala indeks di bawah 1 menunjukkan impak sebaliknya. Bagi menilai
hubungan antara pemboleh ubah faktor sosioekonomi pengguna, analisis varians
dan faktor analisis dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS). Analisis ini digunakan untuk menilai hubungan antara
faktor demografi dengan kekerapan pengambilan buah-buahan. Seterusnya,
analisis deskriptif dan keperihalan digunakan untuk mengetahui ciri kegemaran
pengguna terhadap buah terpilih iaitu tembikai, durian dan betik.
68
4.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.4.1 Perdagangan import dan eksport buah-buahan negara China
Jadual 4.2 menunjukkan status import dan eksport China bagi
tahun 2015. China mengeksport hampir 3.06 juta metrik tan buah-
buahan dengan peningkatan sebanyak 5.9% berbanding tahun
sebelumnya (2014) dengan nilai eksport sebanyak USD 5.21
billion. Antara buah-buahan eksport tertinggi China adalah epal,
limau mandarin dan buah pir. Bagi trend import, data
menunjukkan peratusan peningkatan sebanyak 12%, iaitu
berjumlah 4.34 juta tan metrik atau US$ 6.01 billion.
Jadual 4.2 : Status Import dan Eksport buah-buahan bagi negara China, 2015 Perdagangan Kuantiti (juta mt) % pertumbuhan Nilai (USD billion) % pertumbuhan
Export 3,061 5.9 5.21 20.68
Import 4,341 12.01 6.0 17.10
Sumber : MATRADE, 2017
Negara pengeksport utama buah-buahan ke negara China
termasuklah Thailand, Chile, Vietnam, Filipina, United States, Peru,
South Africa, Australia dan New Zealand. Malaysia menduduki
tangga ke 16 dengan peratus marginal 0.27% dalam senarai
negara pengeksport ke pasaran China (Rajah 4.1).
Rajah4.1 : Negara pengeksport buah-buahan ke pasaran China, 2015 Sumber : Global Trade Information System (GTIS), 2017
4.4.3 Eksport buah-buahan Malaysia ke China
Rajah 3 menunjukkan trend eksport buah-buahan Malaysia ke
China bagi tempoh 16 tahun dari tahun 2000 hingga 2016 dalam
bentuk kuantiti (kg) dan nilai dagangan (USD). Dengan
69
menggunakan analisis Mann-Kendall, tren menunjukkan kuantiti
eksport Malaysia menurun secara signifikan sebanyak 1.7 juta
kg/tahun (p=0.02, jika p<0.05 menunjukkan hubungan yang
signifikan). Namun, tren nilai dagangan menunjukkan peningkatan
tetapi tidak signifikan (p=0.84) dengan peningkatan sebanyak USD
331 juta setahun. Walaupun kuantiti eksport menununjukkan
penurunan tetapi jumlah nilai menunjukkan peningkatan. Ini
menunjukkan bahawa harga jualan semakin mahal walaupun
jumlah eksport dalam bentuk kuantiti adalah semakin berkurang.
Penurunan nilai matawang negara (RM) juga merupakan faktor
pengaruh dalam peningkatan nilai eksport tersebut.
Di antara tujuh jenis buah yang mendapat laluan eksport ke
negara China, buah durian dan manggis merupakan buah yang
tertinggi diimport dari Malaysia dan menyumbang peratus
terbesar eksport ke China. Durian Malaysia dieksport dalam
bentuk kering, sejuk beku (frozen) dan diproses (paste), manakala
manggis dieksport dalam bentuk kering (freeze dried) dan segar.
Buah tembikai, kelapa dan betik menyumbang kurang dari 1% dari
jumlah keseluruhan eksport. Secara keseluruhan, jumlah eksport
buah-buahan Malaysia ke pasaran China meningkat sebanyak
0.98% daripada US$ 43.02 juta pada tahun 2015 kepada US$ 43.45
juta pada tahun 2016.
Rajah 4.2 : Eksport buah-buahan tempatan Malaysia ke pasaran China, 2000-2016* *Mann-Kendal analisis bagi tren eksport dalam bentuk kuantiti, p=0.02; *Wujud perbezaan signifikan, p = <0.05
Sumber : Global Trade Information System , 2017
70
Jadual 4.3: Jumlah import buah-buahan tropika dari Malaysia, 2015 – 2016
Nama buah
Jumlah Import China
(USD ‘000) % sumbangan
2015 2016 2015 2016
Buah dan Kekacang 43.02 43.45 0.08 0.09
Durian 24.98 18.59 58.07 42.78
Manggis 17.41 22.87 40.47 52.64
Tembikai 0.0700 0.1400 0.17 0.32
Kelapa 0.0400 0.1500 0.09 0.35
Betik 0.0245 0.0035 0.06 0.08
Sumber : Kementerian Pertanian Malaysia, 2017
4.4.4 Analisis daya saing buah betik, tembikai dan durian Malaysia dan
negara pesaing lain di pasaran China
Bagi menilai kedudukan negara Malaysia dan pesaingnya di
pasaran China, analisis kedudukan digunakan untuk melihat
kedudukan Malaysia dan negara pesaing. Rajah 4.3 menunjukkan
kedudukan Malaysia dengan negara pesaing bagi pasaran eksport
buah-buahan pada tahun 2016. Secara amnya, Malaysia berada di
5 tangga teratas bagi eksport buah-buahan tropika. Thailand
merupakan pesaing utama bagi eksport durian, betik, manggis dan
nanas. Durian yang dieskport oleh Thailand adalah dalam bentuk
segar, dan separa proses, namun bagi Malaysia, eksport hanya
terhad kepada durian separa proses sejuk beku samada dalam
bentuk isi atau puri (pes). Bagi nangka dan nanas, Malaysia
mendapat akses eksport dalam bentuk sediaan kering. Malaysia
berada di tangga pertama bagi eksport nangka dan tangga ke
empat bagi nanas. Filipina, Thailand dan Taiwan merupakan
negara pesaing bagi eksport nangka ke China. Bagi betik dan
tembikai segar, Malaysia, masing-masing berada di tangga ke-3
dan ke-5. Vietnam dan Myanmar adalah pesaing utama bagi
eksport tembikai segar manakala Filipina, Taiwan, Thailand dan
USA pesaing bagi eksport betik. .
71
0
1
2
3
4
5
Durian Sejuk Beku Tembikai Segar Betik Segar Manggis Segar Nanas Kering Nangka Kering
Ke
du
du
kan
Mal
aysi
a
Export Buah Malaysia ke China
Pesaing : Thailand
Pesaing : Vietnam, Myanmar,
Pesaing : Philippines,
Taiwan, Thailand,
USA
Pesaing : Thailland
Pesaing : -
Pesaing : Philippines,
Taiwan, Thailand
Rajah 4.3: Kedudukan Malaysia dan negara pesaing lain bagi pasaran eksport buah-
buahan ke China tahun 2016
Penilaian indeks daya saing Malaysia dan negara pesaing
telah dianalisis menggunakan Comparative Export Performance
(CEP). CEP index adalah versi yang telah diubahsuai dari formula
Balassa iaitu Revealed Comparative Advantage (RCA) (Chubashini
et al, 2011). Index ini digunakan untuk menilai kedudukan daya
saing antara negara di pasaran terpilih. Nilai index yang positif
(≥+1) menunjukkan bahawa negara tersebut mempunyai nilai
daya saing yang tinggi manakala nilai yang negative (≤-1)
menunjukkan daya saing yang rendah. Nilai positif yang lebih
tinggi menunjukkan daya saing yang lebih tinggi manakala nilai
negatif yang lebih tinggi menunjukkan daya saing yang lebih
rendah. Data perdagangan eksport bagi buah betik segar dan
tembikai segar dinilai dari sumber pangkalan data langganan
Global Trade International System (GTIS) bagi tahun 2012 hingga
2016 mengikut Harmonized System kod enam digit. Berdasarkan
Bobirca dan Miclaus (2011), formula CEP adalah seperti berikut :
CEP= ln (XiB/ XB) / (XiA / XA)
Dimana:
1. Xi B : Eksport negara B bagi pengeluaran i ke negara A 2. XB : Eksport negara B bagi keseluruhan pengeluaran
pertanian ke negara A 3. Xi A : Eksport negara A bagi pengeluaran i 4. XA : Eksport negara A bagi keseluruhan pengeluaran
pertanian
72
Jadual 4.4: Nilai CEP Malaysia dan negara pesaing bagi eksport buah-buahan di pasaran
China Komoditi 2012 2013 2014 2015 2016
Buah-buahan dan kekacang
Malaysia 0.67 0.77 1.06 0.93 1.00
Thailand 2.12 2.16 2.14 2.18 2.14
Vietnam 3.29 3.15 3.23 3.32 n.a
Filipina 2.25 2.58 3.04 2.26 2.51
Myanmar 2.43 n.a 3.01 2.53 2.62
Tembikai
Malaysia -1.75 -3.35 -3.04 n.a -2.53
Thailand -9.8 -11.25 -7.52 n.a -11.2
Vietnam n.a -1.00 1.54 n.a 4.42
Filipina n.a n.a -2.38 n.a n.a
Myanmar 6.58 n.a 6.78 7.11 7.12
Betik
Malaysia -1.65 -2.26 1.67 0.03 -2.00
Thailand -2.15 -1.31 -0.25 -1.27 -1.17
Vietnam n.a -2.78 n.a n.a n.a
Filipina 1.99 4.05 3.32 2.45 3.40
Myanmar n.a n.a n.a n.a n.a
Secara keseluruhannya, nilai CEP indeks bagi kelima-lima
negara pengeluar buah-buahan dan kekacang yang mengeksport
ke pasaran China menunjukkan nilai positif dari tahun 2014
hingga 2016 (Jadual 4.4). Ini menunjukkan bahawa kesemua
negara berdaya saing di pasaran eksport China. Namun, CEP
indeks bagi Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara
pesaing seperti Thailand, Vietnam, Filipina dan Myanmar. Bagi
nilai CEP buah tembikai segar, Myanmar menunjukkan nilai positif
melebihi 1 antara tahun 2012 hingga 2016 dan semakin
meningkat. Manakala bagi negara Malaysia dan Thailand, CEP
indeks menunjukkan nilai yang negatif. Ini membuktikan bahawa
antara ketiga-tiga negara, Myanmar lebih berdaya saing dalam
mengeksport tembikai segar ke pasaran China berbanding
Vietnam, Malaysia dan Thailand. Faktor geografi terutamanya
faktor jarak dan lokasi yang bersebelahan dengan tanah besar
China menjadikan Myanmar berkelebihan mengeksport buah
tembikai ke sana. Vietnam juga menunjukkan nilai daya saing
positif pada tahun 2014 (1.54) dan 2016 (4.42).
Nilai CEP indeks Malaysia bagi komoditi betik pada tahun
2014 dan 2015 menunjukkan nilai positif dan kembali negatif pada
73
tahun 2016. Ini menunjukkan bahawa Malaysia boleh berdaya
saing dengan konsisten bagi eksport betik ke negara China jika
kuantiti dan kualiti eksport ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Secara keseluruhan, Filipina menunjukkan tren CEP yang positif
bagi pasaran eksport betik dengan Malaysia dan Thailand indeks
tertinggi, 4.05 pada tahun 2013. Syarikat Dole di Filipina menjadi
pengesksport terbesar betik ke pasaran China. Berdasarkan data
dari Administration of Quality Supervision, Inspection and
Quarantine China (AQSIQ), Filipina mengeksport sebanyak 340
metrik tan betik ke negara China dan jumlah ini meningkat
sebanyak 65% kepada 605 metrik tan pada tahun 2017 (Jing,
2017). Selain itu, Dole Philippines Inc. merupakan pemain industri
terbesar di pasaran Asia bagi buah-buahan tropika termasuk betik
yang sebahagian besar kawasan penanamannya adalah di negara
tersebut.
4.4.5 Faktor sosioekonomi dan kecenderungan pengguna China terhadap pembelian buah tembikai, betik dan durian
Faktor sosioekonomi dan kecenderungan terhadap buah-buahan
tropika diperoleh bagi mengenal pasti maklumat pasaran,
penerimaan dan daya saing di peringkat pengguna. Maklumat ini
penting kepada pengeksport dan pengeluar buah-buahan yang
dipasarkan ke negara China mengikut ciri-ciri kesukaan pengguna.
Maklumat demografi pengguna ditunjukkan di Jadual 4.5. Majoriti
responden adalah pengguna perempuan iaitu seramai 367 orang
(62.8%) dan selebihnya lelaki (37.2%). Bagi umur responden
pula, majoriti responden adalah di kalangan warga muda di antara
25 hingga 45 tahun (48.0%) dan bekerja sama ada dengan syarikat
swasta, kerajaan atau bekerja sendiri (59.5%).
Pendapatan isi rumah tertinggi adalah bernilai kurang dari
Yuan (¥) 10,000 (44.2%) atau Ringgit Malaysia (RM) 6,200.00.
Menurut laporan Statistik (2017) pengiraan terkini pendapatan
per kapita rakyat negara China di kawasan bandar adalah
sebanyak ¥ 33,616.2 pada tahun 2016 dan kawasan luar bandar
bernilai ¥12,363.4. Di setengah-setengah kawasan membangun
seperti Shanghai, Beijing dan Zheijiang, pendapatan per kapita
adalah lebih tinggi iaitu lebih dari ¥40,000 sebulan. Secara tidak
langsung ini menunjukkan pengunjung yang datang ke negara ini
adalah dari golongan pertengahan dan ke bawah yang juga
mewakili 20% populasi rakyat China iaitu 145.2 juta dari 1.38
bilion pada tahun 2017.
74
Majoriti responden mempunyai pengetahuan di kelas sijil
profesional dan ke atas dengan bilangan isi rumah antara 1-3
orang (56.7%). Purata bilangan isi rumah negara China adalah 3.1
orang per isi rumah, yang terdiri daripada ibu bapa dan seorang
anak. Saiz isi rumah ini berkemungkinan berkaitan dengan dasar
kontroversial satu kanak-kanak yang diperkenalkan pada tahun
1979 (Statista, 2017).
Jadual 4.5: Demografi pengguna buah-buahan bagi pasaran China Perkara Elemen Frekuensi %
Jantina Perempuan 367 62.8
Lelaki 217 37.2
Umur 25-53 tahun 140 24.0
36-45 140 24.0
< 24 tahun 112 19.2
46-55 97 16.6
>56 95 16.3
Pendapatan Isi
Rumah
<¥ 10,000 258 44.2
¥ 10,001- ¥ 20,000 149 25.5
¥ 20,001- ¥ 30,000 56 9.6
¥ 30,001- ¥40,000 55 9.4
¥ 40,001- ¥ 50,000 27 4.6
>¥ 50,001 39 6.7
Pekerjaan Bekerja dengan Syarikat Swasta atau Kerajaan 238 40.8
Pesara 113 19.3
Bekerja Sendiri 109 18.7
Pelajar 74 12.7
Tidak bekerja 50 8.6
Pendidikan Sekolah tinggi dan kurang 169 28.9
Sijil Professional dan Diploma 227 38.9
Ijazah Sarjana Muda 159 27.2
Ijazah Sarjana dan lebih 29 5.0
Bilangan Isi Rumah 1-3 orang 331 56.7
4-6 orang 240 41.1
>7 orang 13 2.2
(pertukaran nilai mata wang = ¥1.00 bersamaan RM 0.62)
4.4.6 Kekerapan dan faktor yang mempengaruhi dalam pembelian buah-buahan
Analisis varians antara demografi dan kekerapan membeli buah-
buahan telah dijalankan. Pendapatan isi rumah memberikan
petunjuk yang signifikan (p=0.002) seperti di Jadual 4.6.
Perbandingan min menunjukkan kumpulan pendapatan tinggi
merupakan golongan pengguna yang paling kerap membeli buah-
75
buahan dalam perbelanjaan mereka. Dapatan ini adalah berkaitan
secara langsung dengan teori pendapatan dan permintaan, dimana
peningkatan pendapatan akan menyebabkan peningkatan dalam
permintaan. Seiring dengan peningkatan taraf hidup negara
membangun seperti China, kesedaran terhadap makanan sihat
adalah tinggi terutama bagi golongan berpendapatan tinggi
(MATRADE, 2016) dan pengambilan buah-buahan menjadi pilihan
utama dalam menu harian. Oleh itu, dari aspek pemasaran,
golongan ini perlu menjadi kumpulan pengguna sasaran dan buah-
buahan yang dipasarkan haruslah berkualiti kerana kuasa
membeli bagi golongan ini adalah lebih tinggi.
Jadual 4.6: Analisis ANOVA; pendapatan isi rumah dan kekerapan membeli buah-
buahan Kumpulan pendapatan N Mean F Sig.
<¥ 10,000 258 1.92 3.865 .002
¥ 10,001- ¥ 20,000 149 1.81
¥ 20,001- ¥ 30,000 56 1.98
¥ 30,001- ¥40,000 55 2.05
¥ 40,001- ¥ 50,000 27 2.74
>¥ 50,001 39 2.10
Antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pembelian
buah-buahan dinyatakan dalam analisis faktor (Jadual 4.7). Empat
faktor utama telah dikenalpasti berdasarkan nilai eigen value dan
prosedur putaran Varimax (Rotated Component Matrix). Keempat-
empat faktor menunjukkan 59.42 peratus varians secara
keseluruhan bagi “Faktor mempengaruhi keputusan pembelian
buah-buahan’ (faktor 1 = 18.80 peratus; faktor 2 = 15.1 peratus,
faktor 3 =13.01; faktor 4 =12.56) selepas putaran Varimax
dilaksanakan. Nilai dalam Rotated Component Varimax
menunjukkan bahawa faktor 1 terdiri daripada 6 item dan
dikonstruk sebagai faktor intrinsik (faktor dalaman buah-buahan
seperti kesegaran, kualiti, tekstur, aroma dan rasa), item-item di
bawah faktor 2 di konstruk di bawah faktor kesihatan dan
pensijilan (terdiri daripada 5 item iaitu item baik untuk diet dan
kesihatan, nutrisi, penggunaan racun, organik dan pensijilan). Bagi
faktor ke-3, item dikonstruk di bawah faktor penggunaan dan
pemasaran (terdiri daripada 4 item terdiri daripada kegunaan
masakan, unik, harga dan pembungkusan). Faktor ke-4
berdasarkan faktor ekstrinsik (faktor luaran yang terdiri daripada
6 item iaitu saiz buah, bentuk buah, warna buah, warna isi buah,
ketebalan isi buah dan kuantiti biji. Kempat-empat faktor (faktor
intrinsik, kesihatan dan pensijilan, penggunaan dan pemasaran
76
dan ekstrinsik) merupakan empat faktor yang digunakan oleh
pengguna China sebelum membuat pembelian buah-buahan
Malaysia di pasaran China. Di dalam kajian ini juga, tempat
pembelian yang paling banyak dilawati oleh pengguna dikenalpasti
iaitu di pasar basah (18.74%), pasar borong (17.99%), pasar
malam (17.97%), kedai runcit (13.24%) dan hypermarket
(13.24%). Secara tidak langsung menerangkan bahawa pengguna
China lebih cenderung ke pasar segar untuk mendapatkan bekalan
barangan segar mereka.
Jadual 4.7: Rotated Component Matrix; faktor mempengaruhi keputusan pembelian
buah-buahan
Component 1 2 3 4
Kesegaran .816
Kualiti Buah .784
Tekstur Isi Buah .782
Aroma .573
Rasa .488
Baik untuk Diet dan Kesihatan
.772
Pensijilan
.740
Nutrisi
.729
Penggunaan Racun
.726
Organik
.614
Kegunaan Masakan
.790
Unik
.677
Harga
.569
Pembungkusan
.539
Saiz Buah
.791
Bentuk Buah
.789
Warna Buah
.681
Warna Isi Buah
.642
Ketebalan Isi Buah
.539
Kuantiti Biji
.432
Component / Factor Eigenvalues Variance explained (%) Cumulative variance
explained (%)
1 7.580 18.795 18.795
2 3.019 15.059 33.854
3 2.342 13.005 46.859
4 1.318 12.556 59.415
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy .902
Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square 6899.983
df 276
Sig. .000
77
4.4.7 Ciri kegemaran bagi buah tembikai, durian dan betik segar
Maklumat citarasa pengguna di analisis berdasarkan cirri buah
terpilih iaitu tembikai, durian dan betik. Buah-buahan ini dipilih
berdasarkan kelulusan protokol oleh pihak berkuasa di negara
China. Jadual 4.8, 4.9 dan 4.10 menerangkan ciri yang digemari
bagi buah tembikai, durian dan betik. Berdasarkan dapatan kajian,
ciri buah tembikai yang menjadi pilihan utama pengguna China
adalah bersaiz sederhana, anggaran saiz antara 1 kg – 4kg dan
berbentuk bulat. Faktor ini adalah berkait rapat dengan buah
tembikai biasa yang berada di pasaran iaitu berwarna merah,
berjalur hijau gelap dan berkulit nipis. Bagi sifat intrinsik pula,
pilihan pengguna menyukai tekstur buah yang sederhana rangup,
manis dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Bagi saiz dan
kuantiti biji pula, pilihan pengguna adalah yang kecil dan
sederhana banyak. Secara umumnya pilihan pengguna China
menyamai ciri buah tembikai yang telah dieksport Malaysia ke
China. Varieti hybrid yang banyak digunakan oleh petani Malaysia
untuk pasaran eksport pada masa kini adalah varieti New Dragon
dan Super Dragon yang berasal dari Taiwan (Rasmuna et al, 2016).
Dapatan ini konsisten dengan data sekunder yang menunjukkan
China adalah negara kedua tertinggi mengimport tembikai
Malaysia (33%) selepas Singapura (62%).
78
Jadual 4.8 : Ciri kegemaran pengguna china terhadap buah tembikai Ciri Ciri Pilihan Pengguna China Ciri Umum Tembikai di Pasaran
Saiz buah Sederhana (1kg – 4kg) Besar (>4kg)
Sederhana (1kg – 4kg)
Kecil (<1kg)
Bentuk buah Bulat Bulat
Oblong
Warna kulit Berjalur Hijau Gelap
Berjalur Hijau Gelap
Berjalur Hijau Kekuningan
Warna isi buah Merah Merah
Kuning
Ketebalan kulit Nipis Nipis
Sederhana
Tebal
Tekstur Sederhana Rangup Lembut
Sederhana Rangup
Rangup
Rasa Manis Manis
Kurang Manis
Saiz biji Kecil Kecil
Besar
Kuantiti biji Sederhana Banyak Banyak
Sederhana Banyak
Besar
Kandungan air Tinggi Tinggi
Sederhana
Rendah
Durian Malaysia telah mendapat kelulusan eskport ke China
dalam bentuk sejuk beku (frozen) dan pes (paste). Varieti popular
bagi durian yang dieksport adalah Musang King dan D24. Antara
ciri durian yang dipilih oleh pengguna China adalah warna isi yang
kuning, ketebalan isi yang sederhana dan tekstur buah yang
sederhana. Bagi nilai intrinsik, ciri yang digemari adalah rasa yang
manis, saiz ulas buah sederhana banyak (5 hingga 6 ulas bagi sebiji
buah bersaiz sederhana 1.5 kg hingga 2.0 kg). Prospek permintaan
durian Malaysia adalah positif dan menunjukkan daya saing
Malaysia adalah tinggi, harga buah durian seperti Musang King
dan D24 lebih mahal daripada jenis durian lain seperti “Golden
Pillow” dari Thailand. Oleh itu, kelebihan daya saing durian
Malaysia adalah dianggap berkualiti tinggi (dan lebih baik)
daripada durian Thailand (China Ag, 2016). Malaysia perlu
meningkatkan pengeluaran buah durian secara lebih konsisten
kerana permintaan dari pasaran China yang memberangsangkan.
Pada masa ini, eksport buah segar (dalam bentuk biji) masih
79
belum mendapat kelulusan dari pihak kerajaan China walaupun
terdapat permintaan untuk mendapatkan durian segar Malaysia.
Oleh itu, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia telah menyediakan program untuk membawa pelancong
dari negara China ke kebun durian di beberapa lokasi negara.
Program ini dianggap berkesan kerana bilangan pengunjung yang
hadir semakin meningkat setiap tahun (Eiylla, 2017). Selain itu,
program ini merupakan satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan
pendapatan pekebun durian dan juga menyumbang kepada
ekonomi negara.
Jadual 4.9: Ciri kegemaran pengguna China terhadap buah durian Ciri Pilihan Pengguna China Ciri Umum Durian Sejuk Beku
di Pasaran
Warna isi buah Kuning Kuning
Kuning jingga
Krim
Ketebalan isi buah Sederhana Nipis
Sederhana
Tebal
Tekstur Sederhana lembut Lembut
Sederhana lembut
Keras
Rasa Manis Manis
Sederhana Manis
Kurang Manis
Saiz biji Sederhana Kecil
Sederhana
Besar
Kandungan air Sederhana Rendah
Sederhana
Tinggi
Eksport buah betik pada penghujung tahun 80 an sehingga
tahun 2000 an sangat memberangsangkan lebih-lebih lagi selepas
pelancaran variety Eksotika dan mencapai kemuncak sehingga
tahun 2004 dan pernah menjadi pengeksport utama dunia selepas
Mexico (Mohd Anim, 2011). Jumlah eksport betik mula merosot
apabila tanaman betik tempatan menurun akibat penyakit mati
rosot betik bermula tahun 2012. Dianggarkan sebanyak 800
hektar, iaitu 2/3 kawasan penanaman betik di negara ini terpaksa
dimusnahkan. Walau bagaimanapun, permintaan betik sentiasa
meningkat dan eksport ke pasaran China menunjukkan kadar
pertumbuhan yang positif sejak tiga tahun terkini (Jadual 4.2).
Pengeluaran betik yang memenuhi ciri-ciri permintaan pengguna
dapat membantu daya saing di pasaran eksport. Ciri pilihan
80
pengguna China bagi buah betik adalah buah bersaiz sederhana
(antara 1kg-4kg), berbentuk sederhana bujur, kulit berwarna
kuning, warna isi jingga kemerahan, rasa yang manis, saiz biji dan
kuantiti biji yang sederhana.
Jadual 4.10: Ciri kegemaran pengguna China terhadap buah betik Ciri Pilihan Pengguna China Ciri Umum Betik di Pasaran
Saiz buah Sederhana (1kg-5kg) Besar (>5kg)
Sederhana (1kg-5kg)
Kecil (<1kg)
Bentuk buah Sederhana bujur Bujur
Sederhana Bujur
Bujur Panjang
Warna kulit Kuning Kuning Hijau
Kuning
Warna isi buah Jingga kemerahan Jingga Kemerahan
Merah
Kuning
Ketebalan kulit Sederhana Nipis Nipis
Sederhana Nipis
Tekstur Sederhana Lembut
Sederhana lembut
Keras
Rasa Manis Manis
Sederhana Manis
Kurang Manis
Saiz biji Sederhana Kecil
Sederhana
Besar
Kuantiti biji Sederhana Rendah
Sederhana
Tinggi
Kandungan air Sederhana Rendah
Sederhana
Tinggi
4.5 SARANAN
Saranan bagi meningkatkan daya saing pasaran eksport buah-buahan tempatan
Malaysia adalah seperti berikut:
1) Meningkatkan jumlah dan kualiti eksport produk berdaya saing
Melalui analisis yang ditunjukkan, kedudukan Malaysia bagi pasaran
eksport buah durian dan manggis adalah baik dimana Thailand sahaja
menjadi pesaing bagi komoditi ini. Ini menunjukkan kelebihan kepada
negara sebagai pengeksport utama buah ini di pasaran China. Dengan
peningkatan jumlah dan jaminan kualiti buah yang dieksport, Malaysia
mampu menandingi negara pesaing. Justeru itu, galakkan untuk menanam
81
lebih banyak pokok durian dan manggis berkualiti adalah perlu.
Hubungan kerjasama antara negara Malaysia dan China digesa bagi
mempercepatkan kelulusan laluan terhadap sediaan eksport seperti buah
durian segar (bersama kulit).
2) Pemasaran produk premium di pasaran sasaran
Dapatan kajian menunjukkan faktor pendapatan adalah signifikan
terhadap pembelian buah-buahan. Justeru itu, bagi meningkatkan jualan
dan permintaan eksport, jualan runcit premium di pasaran terpilih adalah
digalakkan. Sebagai contoh buah-buahan di bungkus dengan bungkusan
yang istimewa dan unik serta dijual di pasaraya terpilih. Jualan produk
premium seperti ini akan menambah nilai jualan dan keuntungan kepada
peniaga.
4.6 RUMUSAN
Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan eksport buah-buahan Malaysia
ke pasaran China berdaya saing sederhana. Bagi komoditi durian, dan manggis,
daya saing Malaysia adalah menyamai atau lebih baik dari negara pesaing iaitu
Thailand. Antara beberapa faktor yang perlu diberi penekanan ialah faktor
intrinsik (terdiri daripada kesegaran, kualiti, tekstur, aroma dan rasa), faktor
kesihatan dan pensijilan (diet untuk kesihatan, nutrisi, penggunaan racun,
organik dan pensijilan), faktor penggunaan dan pemasaran (kegunaan untuk
masakan, keunikan, harga dan pembungkusan), dan faktor ekstrinsik (saiz buah,
bentuk buah, warna buah, warna isi buah, ketebalan isi buah dan kuantiti biji).
Analisis varians menunjukkan pendapatan isi rumah adalah signifikan.
Pertambahan pendapatan isi rumah mendorong pengguna membeli buah-
buahan. Selain itu, ia juga didorong oleh faktor kesedaran terhadap kesihatan
dan makanan berkhasiat di kalangan golongan berpendapatan tinggi. Tempat
pembelian juga menunjukkan pengguna China cenderung untuk membeli buah-
buahan di pasar segar, ini termasuklah pasar segar, dan pasar malam. Dari aspek
ciri pilihan buah-buahan yang disukai terhadap 3 jenis buah iaitu tembikai,
durian dan betik, tiada perbezaan yang ketara antara pilihan pengguna dan ciri
buah di pasaran. Justeru itu, bagi mendominasi syer pasaran di China, buah-
buahan tropika Malaysia perlu mematuhi keperluan negara pengimport,
termasuk protokol kelulusan eksport dan keperluan fitosanitari.
4.7 RUJUKAN
Mohd Anim, H. (2011). Betik [Blog post]. Diperoleh dari
http://animhosnan.blogspot.my/2011/02/betik.html.
82
Annual per capita income of urban household in China from 1990 to 2016 (in
yuan) (Diperoleh pada 5 Januari 2018 dari
https://www.statista.com/statistics/278698/annual-per-capita-
income-of-households-in-china/
Bobirca, A. & Miclaus, P.G.,(2011). A Multilevel Comparative Assessment
Approach to International Services Trade Competitiveness: The Case of
Romania and Bulgaria. International Journal of Humanities and Social
Sciences. Vol:1. No:1. 3, 1-6
China Ag (2017). Chinese Market for Malaysian Durian. Commodity Report.China
: China Agriculture
Chubashini, S., Tengku Mohd Ariff, T.A., Abu Kasim, Ali., Rawaida, R., dan
Noorlidawati, A. H., (2011). Competitiveness of Malaysia’s fruits in the
global agricultural and selected export market : Analyses of Revealed
Comparative Advantage (RCA) and Comparative Export Performance
(CEP). Economic and Technology Management Review, 6(2011):1-17
Eiylla, S. (2017, 27 Julai). Musang King memang sedap tapi ada 100 lagi jenis
durian anda patut cuba. Rojak Daily. Diperoleh dari
http://www.rojakdaily.com/skop/article/3055/musang-king-memang-
sedap-tapi-ada-100-lagi-jenis-durian-anda-patut-cuba
Erkan, B.,. dan Saricoban, K.,(2014). Comparative Analysis of the
Competitiveness in the Export of Science-Based Goods Regarding Turkey
and the EU+13 Countries. Vol 5. No 8 (1)
Forbes. (2016) : 2106 Forbes China Rich List (Full List). Diperoleh pada 20
Disember 2017 dari
https://www.forbes.com/sites/russellflannery/2016/10/29/2016-
forbes-china-rich-list-full-list/#68b41ba02bae
Jing, Z., (2018). DOLE: Chinese Consumers Can Say No to GMO Papayas.
Diperoleh pada 5 Januari 2018 dari
http://www.producereport.com/article/dole-chinese-consumers-can-
say-no-gmo-papayas
Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). (2016).
Laporan berkala -: China’s Fruits Market – MATRADE BEIJING
Nik Rozana, N.M., Suntharalingam, C., Mohd Khairul, M., Nor Amna A’liah, M.N.
dan Mohd Fairuz, O. (2015). Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA) dan kesannya ke atas pengeluaran, perdagangan, dan
pelaburan sektor pertanian di Malaysia. Laporan Projek Sosioekonomi
2015, Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI
Rasmuna, M.M, Hairazi, R., Mohd Zaffrie, M.A., Syahrin, S., Nor Amna A’liah,
M.N., Nik Rozana, N.M. (2016). Kajian penilaian tahap penggunaan
teknologi moden di sepanjang rantaian nilai aktiviti pengeluaran
tembikai/melon di Malaysia. Laporan Projek Sosioekonomi 2016, Pusat
Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI