4. Menghuraikan Dan Menjelaskan PJ

Post on 12-Jan-2016

253 views 0 download

description

fdfd

Transcript of 4. Menghuraikan Dan Menjelaskan PJ

INSTITUT PERGURUAN GAYAINSTITUT PERGURUAN GAYA

NAMA : SCHOLASTICA ANN MOSESNO. MATRIK :

IPG/KPLSPM/BM/PJ/PSV/2008/07/017MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN

JASMANI DAN KESIHATANPENSYARAH : EN. RAVI a/l MARGAPANDU

TAJUK :TAJUK :

Menghuraikan dan menjelaskan PENDIDIKAN JASMANI

DEFINISIDEFINISI

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti-aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.

Oleh itu,pendidikan jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor,pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik memperoleh pengetahuan,dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Oleh itu,pendidikan jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor,pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik memperoleh pengetahuan,dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Falsafah Pendidikan Falsafah Pendidikan KebangsaanKebangsaan

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut digubal dan di umumkan secara rasmi pada tahun 1988.

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kemakmuran masyarakat dan Negara’.

MATLAMAT…MATLAMAT…Bertujuan melahirkan insan yang baik

dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna.

Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada TuhanBerilmu pengetahuanBerakhlak muliaBertanggungjawab kepada

diri,masyarakat, agama dan negara

Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

MELALUI PENDIDIKAN…MELALUI PENDIDIKAN…

Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.

Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada Negara.

Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun Negara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.