Post on 16-Apr-2017
Modul UNGGUL PRESTASI SEMARAK REALITI
( UPSR )
MATEMATIK
MAKLUMAN:
1. Modul Latihan ini dibina oleh Jurulatih Matematik berpengalaman adalah sebagai suatu panduan kepada pihak sekolah dalam usaha memantapkan kefahaman dalam menggunakan format baharu UPSR 2016.
2. Modul ini mesti dimanfaat sepenuhnya oleh pihak sekolah selain daripada penggunaan modul lain yang dibina di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau hasil binaan guru sendiri.
3. Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan memantau penggunaan modul melalui satu sistem yang akan dimaklumkan.
Selamat maju jaya.
Sektor Pengurusan Akademik
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
1. PENGENALAN
2. PANDUAN PENGGUNAAN MODUL
3. BORANG REKOD PELAKSANAAN MODUL
4. NOMBOR DAN OPERASI
5. PECAHAN
6. PERPULUHAN
7. PERATUS
8. WANG
9. MASA DAN WAKTU
10. PANJANG, JISIM DAN ISIPADU
11. RUANG
12. KOORDINAT
13. NISBAH DAN KADARAN
14. PENGURUSAN DATA
15. KEBOLEHJADIAN
ISI KANDUNGAN
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), maka format Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun
2016 bagi kertas Matematik 015 (SK), 025 (SJKC) dan 035 (SJKT) telah ditambahbaik
berbanding dengan format kertas Matematik sedia ada.
Format Baru UPSR 2016 berbentuk ujian bertulis bagi mata pelajaran Matematik
dilaksanakan bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid dengan mematuhi
standard yang ditetapkan. Format baharu ini lebih menguji tentang kemahiran asas,
kemahiran mengira dan kemahiran mengaplikasi murid-murid dalam pembelajaran
Matematik. Berikut merupakan perubahan dan format baharu UPSR mata pelajaran
Matematik bagi tahun 2016:
BIL PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2
1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif
2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan Objektif pelbagai bentuk
Respons terhad
3 Bilangan Soalan 40 15 soalan
4 Jumlah Markah 40 60
5 Tempoh Masa 1 jam 1 jam
6 Konstruk
Mengetahui
Memahami
Mengaplikasi
Mengetahui
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta
Menyelesai Masalah
CAKUPAN KONTEKS
7 Kaedah penskoran Dikotumus Analitikal
PENGENALAN
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Kandungan yang terdapat dalam kertas Matematik 015 (SK), 025 (SJKC) dan 035 (SJKT):
Kertas 1 ( 015 / 01, 025 / 01, 035 / 01 )
Kertas 2 ( 015 / 02, 025 / 02, 035 / 02 )
MATEMATIK KERTAS 1 ( 015 / 01, 025 / 01 , 035 / 01 )
Matematik Kertas 1 mengandungi 40 soalan berbentuk objektif. Pada dasarnya ia menyamai
format yang lama cuma berlaku sedikit perubahan mengenai konstruk yang diuji. Antara
konstruk yang diberi penekanan dalam Matematik Kertas 1 ini adalah kemahiran Mengetahui
dan Memahami, kemahiran Mengira dan kemahiran Mengaplikasi. Konstruk Mengaplikasi
yang diuji hanyalah pada aras mudah sahaja. Namun begitu cakupan soalan merangkumi
semua tajuk yang dipelajari oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta menepati objektif
mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah.
Wajaran yang diperolehi calon daripada kertas ini ialah 40 markah di mana markah penuh
bagi satu soalan ialah 1 markah dan markah keseluruhan pula adalah sebanyak 40 %.
Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan Kertas 1 adalah selama 1 jam.
MATEMATIK KERTAS 2 ( 015 / 02, 025 / 02 , 035 / 02 )
Matematik Kertas 2 pula mengalami perubahan yang besar jika dibandingkan dengan format
sebelum ini. Soalan Matematik Kertas 2 berbentuk subjektif dan bilangan soalan yang
terdapat dalam kertas ini adalah sebanyak 15 soalan. Terdapat soalan yang mempunyai
pecahan soalan atau soalan berstruktur.
Wajaran yang diperolehi calon daripada 15 soalan dalam Kertas 2 ini ialah 60 markah dan
markah keseluruhan pula adalah sebanyak 60%.
Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan Kertas 1 adalah selama 1 jam.
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
MODUL LATIH TUBI
UNGGUL PRESTASI SEMARAK REALITI (UPSR) 2016
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016 merupakan bahan latih tubi tambahan
berbentuk topikal yang dibina bagi membantu murid-murid Tahun 6 menguasai kemahiran-
kemahiran asas Matematik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang perlu dikuasai
oleh murid-murid sekolah rendah bersesuaian dengan format baru UPSR 2016.
Modul UPSR ini berfokus kepada soalan-soalan objektif sebagai latihan kepada murid-murid
untuk menjawab soalan Matematik Kertas 2.
Panel-panel penggubal modul ini terdiri daripada Guru-Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama
Matematik Negeri Perak. Modul ini juga dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan ianya digunakan oleh murid-murid berprestasi cemerlang dan
sederhana. Murid-murid berpotensi lulus juga boleh menggunakan modul ini agar dapat
menguasai kemahiran asas Matematik.
OBJEKTIF:
Diharapkan agar guru:
1. Dapat membantu dan membimbing murid mendapatkan jawapan dengan menggunakan
kaedah yang termudah (bagi murid lemah/berpotensi lulus)
2. Dapat menjadikan modul ini sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran
3. Dapat menjadikan modul ini sebagai panduan untuk mempelbagaikan bentuk-bentuk
soalan ujian dan peperiksaan
4. Dapat menggunakan modul ini seoptimum mungkin sebelum Peperiksaan Percubaan
UPSR 2016.
5. Dapat mengisi borang BORANG REKOD PELAKSANAAN MODUL UNGGUL
PRESTASI SEMARAK REALITI (UPSR) MATEMATIK UPSR 2016 secara berkala
untuk tujuan pemantauan oleh pegawai JPN/PPD
Diharapkan agar murid:
1. Dapat membuat persediaan menghadapi soalan-soalan yang menjurus ke arah format baru
UPSR 2016
2. Dapat mengukuhkan pemahaman murid melalui latih tubi yang sistematik
3. Dapat memberi keyakinan diri kepada murid untuk menjawab soalan-soalan format baru
UPSR
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
SENARAI NAMA PANEL-PANEL PENGGUBAL MODUL
UNGGUL PRESTASI SEMARAK REALITI (UPSR) 2016
PENYELARAS (JPN)
PN. ROHAYA BINTI MEOR AHMAD (PEGAWAI CEMERLANG) – MATEMATIK
PANEL-PANEL PENGGUBAL:
1. HJ. ROSLI BIN MAUN
SK TITI GANTONG, BOTA
2. HJH. ROHANA BINTI ZAKARIA
SK GOPENG, GOPENG, (TMN. GOPENG BARU)
3. ZAITON BINTI AHMAD
SK METHODIST, PARIT BUNTAR
4. ZUREIDA BINTI HJ. HURI
SK ISKANDAR PERDANA, SERI ISKANDAR
5. HJ. MAHADI KAMIL BIN MOKHTAR
SK SIMPANG EMPAT, HUTAN MELINTANG
6. ROHAYANEE BINTI AMRAN
SK PASUKAN POLIS HUTAN, ULU KINTA
7. MIS’AINI BINTI SELIMAN
SK GUGUSAN LEKIR, SITIAWAN
8. IZWAN BIN ABDUL RASHID
SK DATIN KHADIJAH, KUALA KANGSAR
9. NOR HISHAM BIN AYOB
SK ISKANDAR PERDANA, SERI ISKANDAR
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL
Penerimaan CD Modul
Penghayatan dan Penelitian Modul
Modul ini mengandungi soalan-soalan latih tubi berbentuk topikal . Oleh itu
guru boleh menggunakan modul ini selepas selesai melaksanakan P&P
berkaitan sesuatu tajuk dan membimbing murid-murid menjawab soalan-
soalan latihan mengikut format baru UPSR
Perbanyakkan Modul (Cetak ikut tajuk)
Edarkan Modul (Bahan Cetakan) kepada murid
Penggunaan modul adalah secara berkala (mengikut tajuk) / mengikut
kesesuaian serta boleh diulangi sehingga murid dapat mengusai kemahiran
Panduan Penggunaan Digunakan sebagai bahan tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran
Digalakkan guru menggunakan modul setelah menghabiskan sesuatu
tajuk yang diajar atau sebagai bahan pentaksiran
Guru bertindak sebagai fasilitator semasa murid menggunakan modul ini
dan membimbing murid mendapatkan jawapan serta langkah kerja yang
terbaik / bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
Guru perlu membimbing murid yang lemah sehingga dapat menguasai
kemahiran yang diajar
Sekiranya perlu, guru boleh mengubahsuai soalan untuk disesuaikan
dengan pelbagai kebolehan murid
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : NOMBOR DAN OPERASI
1. Rajah menunjukkan sekeping kad angka.
i. Tukarkan nombor itu kepada nombor bulat.
( 1 markah )
ii. Bundarkan nombor itu kepada ratus ribu yang terdekat.
( 1 markah )
2. Rajah menunjukkan sekeping kad angka.
i. Apakah nilai tempat bagi digit yang digariskan?
( 1 markah )
ii. Cerakinkan nombor itu mengikut nilai digit yang betul.
( 1 markah )
3. Rajah menunjukkan satu pola nombor.
Berdasarkan pola nombor di atas:
i. Apakah pola nombor itu?
( 1 markah )
ii. Daripada pola nombor itu nyatakan bilangan nombor perdana di antara
nombor 80 hingga 90.
( 1 markah )
0.43juta
689 345
80 81 82 83 84 85
86 87 88 89 90
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
4. Rajah menunjukkan sekeping kad angka.
i. Tuliskan nombor itu dalam nombor bulat.
( 1 markah )
ii. Tukarkan nombor itu dalam perpuluhan juta.
( 1 markah )
5. Rajah menunjukkan dua keping kad angka.
i. Apakah hasil tambah kedua – dua nombor itu?
( 1 markah )
ii. Berapakah beza nilai di antara dua nombor itu?
( 1 markah )
6. Halim ada sebakul buah mangga. Dia membungkus 300 biji mangga ke dalam setiap
kotak. Selepas membungkus sama banyak kesemua mangga itu ke dalam 30 buah
kotak, dia masih ada 15 biji mangga yang tinggal.
i. Berapakah biji mangga yang ada di dalam bakul itu pada mulanya?
( 1 markah )
ii. Hitungkan jumlah kotak yang diperlukan oleh Halim sekiranya setiap kotak
mengandungi kurang 20 biji daripada setiap bungkusan yang awal.
( 2 markah )
75
2 juta
4 700 000 0.48 juta
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
7. Jadual yang tidak lengkap ini menunjukkan bilangan murid dalam tiga buah kelas.
Kelas Seroja mempunyai 5 orang murid lelaki lebih daripada Kelas Teratai . Jumlah
murid dalam 3 kelas itu ialah 134 orang.
i. Hitungkan beza bilangan murid 6 Seroja dengan 6 Teratai.
( 2 markah )
ii. Hitungkan jumlah bilangan murid lelaki.
( 2 markah )
8. Jadual menunjukkan bilangan penduduk di empat buah bandar .
Bandar Populasi Penduduk
Bandar R 4.2 juta
Bandar S Kurang
4
1 juta daripada populasi Bandar R
Bandar T Lebih 2. 6 juta orang daripada Bandar S
Bandar P Lebih 345 000 orang daripada jumlah
populasi Bandar S dan Bandar T
i. Berapakah jumlah penduduk di Bandar S?
( 1 markah )
ii. Berapakah beza penduduk Bandar R dengan Bandar P?
( 1 markah )
iii. Sekiranya semua bandar mengalami pertambahan populasi sebanyak
0.3 juta orang, hitungkan jumlah semua penduduk .
( 3 markah )
Kelas Lelaki Perempuan
Melor 16 25
Seroja 16
Teratai 22
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
9. Berikut adalah perbualan antara seorang guru dengan empat orang muridnya tentang
bilangan tin minuman yang dikumpul oleh mereka dalam Program Kitar Semula yang
dianjurkan oleh sekolah mereka bersempena Pesta Pantai yang diadakan selama
sebulan.
Berdasarkan perbualan di atas:
a) Hitung bilangan tin minuman yang dikumpul oleh Musa.
(1 markah)
b) Hitung jumlah bilangan tin minuman yang dikumpul oleh kesemua murid itu.
(2 markah)
Guru: Berapa bilangan tin minuman yang dikumpul oleh kamu, Rahim?
Rahim: Saya mengumpul 400 tin minuman, cikgu.
Guru: Kamu pula, Kamal?
Kamal: Setengah daripada jumlah yang diperoleh Rahim, cikgu.
Guru: Bagaimana pula dengan kamu, Musa?
Musa: 14
1 kali bilangan tin minuman yang dikumpul oleh Rahim, cikgu.
Guru: Kamu, Iman?
Iman: Saya mengumpul sebanyak 180 tin lebih daripada kutipan Musa.
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : PECAHAN
1. Rajah menunjukkan sekeping kad nombor.
i. Selesaikan. ( 1 markah )
ii. Darabkan jawapan (i) dengan 9
5
( 1 markah )
2. Rajah menunjukkan satu tugasan yang telah dibuat oleh Saiful.
Buktikan ayat matematik yang diberi adalah benar.
( 2 markah )
34
1 x
5
4 =
22
1 x 5 = 12
2
1
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Rajah menunjukkan sekeping kad nombor.
i. Selesaikan. ( 1 markah )
ii. Bahagikan jawapan (i) dengan 4.
( 1 markah )
4. Rajah menunjukkan hasil kerja Arman menyelesaikan soalan matematik yang diberi
oleh Cikgu Rashdan
Cikgu Rashdan menyatakan jawapan yang ditunjukkan oleh Arman adalah salah.
i. Buktikan.
( 2 markah )
ii. Lukis dan lorekkan pecahan yang mewakili jawapan (i).
( 2 markah )
5
3 ÷
5
4 =
6 10
3 ÷ 1
5
4 =
10
7
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Fatin mempunyai sebiji kek . Ia memberi 8
3 daripada kek itu kepada kawannya dan
6
1 daripada baki kek itu kepada jirannya.
i. Apakah pecahan kek yang tinggal sebelum diberikan kepada jirannya?
( 1 markah )
ii. Hitungkan baki keknya.
( 3 markah )
6. Ah Seng ada dua buah rak buku. Setiap rak mempunyai 40 buah buku. 5
1 daripada
bilangan buku dalam rak pertama dan 8
3 daripada bilangan buku dalam rak kedua
dimakan anai-anai.
i. Hitungkan bilangan buku yang rosak di dalam rak pertama.
( 1 markah )
ii. Hitungkan bilangan buku yang elok di dalam rak kedua.
( 1 markah )
iii. Hitungkan bilangan buku yang elok di dalam kedua-dua rak.
( 2 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
7. Encik Amir membeli buah manggis , buah duku dan buah rambutan. Jisim buah
manggis ialah 5 8
5 kg dan jisim buah duku ialah 1
4
1 kg kurang daripada buah
manggis. Jisim buah rambutan ialah 22
1 kg kurang daripada buah duku.
i. Hitungkan jisim buah duku yang dibeli oleh Encik Amir.
( 1 markah )
ii. Cari jisim buah rambutan yang dibeli oleh Encik Amir.
( 3 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : PERPULUHAN
1. Rajah menunjukkan panjang seutas tali.
i. Encik Sariman membeli 7 gulung tali yang sama.
Hitungkan jumlah panjang tali semuanya.
( 1 markah )
ii. Semua tali itu dipotong kepada beberapa bahagian yang sama panjang dan
setiap bahagian panjangnya adalah 7.36m.
Hitungkan jumlah potongan tali yang diperolehi Encik Sariman.
( 3 markah )
2. Rajah di bawah menunjukkan dua keping kad nombor.
i. Darabkan nilai digit 8 dengan nilai digit 4 bagi kad nombor itu.
( 1 markah )
ii. Bahagikan hasil jawapan (i) dengan 4.
( 2 markah )
73.6m
8.706 9.245
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Rajah menunjukkan satu kad ayat matematik yang tidak lengkap.
i. Selesaikan.
( 2 markah )
ii. Bundarkan jawapan kepada dua tempat perpuluhan.
( 1 markah )
4. Jadual di bawah menunjukkan jisim bagi dua buah buku.
i. Hitung jisim dalam kg, buku B.
( 1 markah )
ii. Isma membeli 12 buah buku A dan 26 buah buku B .
Hitungkan jumlah jisim buku yang dibeli oleh Isma.
( 3 markah )
Buku Jisim
Buku A 5.05 kg
Buku B 0∙4 kg lebih ringan dari buku A
12.54 ÷ 4 x 0.2 =
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Rajah menunjukkan satu garis nombor. Nilai R dan nilai S tidak ditunjukkan.
i. Tuliskan nilai bagi:
R: ( 1 markah )
S: ( 1 markah )
ii. Hasil darab R dan S dibahagi dengan 4.
Berikan jawapan kepada 1 tempat perpuluhan.
( 2 markah )
6. Rajah menunjukkan isipadu air dalam sebuah bekas.
Bala menuangkan kesemua air itu ke dalam 4 buah bekas pada kadar yang sama.
Isipadu bagi 2 buah bekas dimasukkkan ke dalam sebuah tong air untuk dibuat
minuman.
i. Hitungkan isipadu air dalam setiap bekas.
( 1 markah )
ii. Berapakah jumlah isipadu air, dalam mℓ, yang terdapat dalam tong itu
sekarang?
( 2 markah )
6.6 7 R 7.8 S
48∙32ℓ
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
7. 15·03 + 6·97 = × 100.
i. Apakah nombor yang patut diisi dalam petak P itu?
( 1 markah )
ii. Hitungkan nombor dalam jika dibahagi dengan 7.
( 2 markah )
P
Di
bah
agi
den
gan
P
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : PERATUS
1. Rajah menunjukkan jumlah wang simpanan Rin pada bulan Disember 2015.
Pada akhir bulan Disember 2015 pihak bank telah memberikan dividen sebanyak 15 %
daripada jumlah wang simpanannya.
i. Berapakah jumlah dividen yang diperolehinya?
( 1 markah )
ii. Pada awal bulan Januari 2016 Rin telah mengeluarkan wang simpanannya
sebanyak 20 % daripada jumlah wangnya pada akhir bulan Disember 2015.
Berapakah baki wang Rin sehingga akhir bulan Januari 2016?
( 3 markah )
2. Rajah menunjukkan harga jual sebuah rumah banglow di Ipoh .
Setiap pembeli bumiputera diberikan diskaun sebanyak 10 % daripada harga rumah
tersebut.
i. Hitungkan jumlah diskaun itu.
( 1 markah )
ii. Encik Saiful membeli rumah itu dengan mendapat tambahan diskaun
sebanyak 5 % lagi.
Hitungkan harga baru rumah itu setelah mendapat tambahan diskaun
daripada harga asal rumah itu.
( 2 markah )
RM 95 860
RM 429 150
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Rajah menunjukkan wang kepunyaan Alex sebelum dan selepas mendapat faedah
daripada simpanannya.
i. Hitungkan peratus faedah yang diterima oleh Alex ke atas wang simpanannya.
( 2 markah )
ii. Dalam tempoh tersebut dia menambah simpanannya sebanyak RM5 000.
Hitungkan jumlah wang simpanannya dengan kadar faedah yang sama.
( 3 markah )
4. Carta pai menunjukkan peratusan jenis pekerjaan bagi 600 orang penduduk di Taman
Gemilang.
i. Berapakah peratusan pekerjaan sebagai guru daripada seluruh penduduk di
taman itu?
( 1 markah )
ii. Berapakah beza bilangan guru dengan bilangan pekerja buruh?
( 2 markah )
RM20 000 RM21 600
Bekerja
sendiri
15% Buruh
35%
Pekerja Kilang
30%
Guru
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Rajah menunjukkan dua jenis barang yang dibeli oleh Puan Rozi.
Puan Rozi membeli sepasang kasut dan sebuah pembakar roti dan mendapat diskaun
sebanyak 30 % bagi setiap barang.
i. Berapakah harga sepasang kasut selepas diskaun?
( 1 markah )
ii. Dia membayar RM257.80 untuk kedua-dua barang tersebut.
Hitungkan harga asal pembakar roti itu.
( 3 markah )
6. Encik Ikram menjual motosikalnya dengan kadar 30% lebih daripada harga asal.
Dia mendapat keuntungan sebanyak RM1 440.
i. Berapakah harga jual motor itu?
( 2 markah )
ii. Hitungkan harga kos motor itu .
( 2 markah )
RM360
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
7. Jadual di bawah menunjukkan bilangan akhbar yang dijual oleh empat buah kedai.
Kedai M Kedai N Kedai P Kedai Q
45 670 16 902 15 694 35 678
75 % daripada jumlah akhbar yang dijual oleh empat kedai itu adalah
akhbar Bahasa Melayu.
i. Hitungkan jumlah akhbar Bahasa Melayu yang telah dijual.
( 2 markah )
ii. Sebanyak 75% akhbar bukan Bahasa Melayu telah dijual .
Hitungkan bilangan akhbar bukan Bahasa Melayu yang belum dijual .
( 3 markah )
8. Rajah menunjukkan harga jual sebuah komputer riba.
Syarikat Haikal mendapat keuntungan RM1 710 selepas menjual 3 buah
komputer riba tersebut.
i. Hitungkan peratusan keuntungan sebuah komputer.
( 2 markah )
ii. Berapakah harga kos sebuah komputer riba?
( 2 markah )
RM3 800
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : WANG
1. Jadual menunjukkan senarai harga dua jenis barangan komputer.
Izdihar membeli sebuah skrin dan 4 buah pencetak.
i. Hitungkan jumlah harga bagi 4 buah pencetak.
( 2 markah )
ii. Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar oleh Izdihar?
( 2 markah )
iii. Berapakah jumlah baki yang diterima sekiranya Izdihar membayar dengan
menggunakan wang berjumlah RM 2 500?
( 1 markah )
2. Jadual menunjukkan harga bagi dua jenis buah anggur.
i. Berapakah harga bagi 1kg anggur hitam?
( 1 markah )
ii. Berapakah jumlah harga bagi 1.5kg anggur merah dan 4kg anggur hitam?
( 2 markah )
iii. Izyan mempunyai wang sebanyak RM 51. Dia hendak membeli anggur merah.
Hitungkan jisim, dalam kg yang terdekat, anggur merah yang dapat dibelinya.
( 2 markah )
Barang Harga seunit
Skrin RM790.90
Pencetak RM425.90
Anggur Harga (setiap 100g)
Merah RM2.80
Hitam RM3.60
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Rajah menunjukkan harga dua jenis barang.
Razi mempunyai 65 keping wang kertas RM100 dan 45 keping wang kertas RM50.
Dia hendak membeli barang-barang seperti ditunjukkan.
i. Hitungkan wang yang Razi ada.
( 1 markah )
ii. Adakah ia mempunyai baki wang? Jika ya, hitungkan bakinya.
( 3markah )
4. Jadual menunjukkan harga bagi dua jenis air minuman.
i) Hitungkan harga setin jus jambu merah.
( 2 markah )
ii) Hitungkan jumlah harga, dalam RM, bagi setin jus oren dan 2 tin jus jambu
merah.
( 2 markah )
Jus Harga Setin
Oren 75 sen
Jambu merah 3 kali harga jus oren
RM850.60
RM6 435.90
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Rajah menunjukkan harga sehelai baju yang diimport. Harga beg tidak ditunjukkan.
Sebuah pasar raya memberikan potongan harga ke atas barangan yang dibeli.
Iwani ada RM590. Dia menggunakan 50% daripada wang tersebut untuk
membeli sehelai baju dan 5
3
daripada baki wangnya digunakan untuk membeli
sebuah beg.
i. Hitung harga baju yang dibeli oleh Iwani.
( 1 markah )
ii. Berapakah harga sebuah beg?
( 2 markah )
iii. Berapakah harga kedua-dua item itu selepas menerima diskaun?
( 2 markah )
RM 357
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
6. Jadual menunjukkan senarai barang yang dibeli oleh Pn. Yusnira.
Kuantiti
Item
Harga Semeter Harga
8 m Kain RM24.60 RM196.80
4 m Kain renda
JUMLAH
Pn. Yusnira membayar dengan menggunakan 9 keping wang kertas RM50 dan
mendapat baki sebanyak RM 5.90.
i. Hitungkan jumlah wang Pn. Yusnira.
( 1 markah )
ii. Berapakah jumlah 1 m kain renda yang dibeli oleh Pn. Yusnira.
( 3 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : MASA DAN WAKTU
1. Rajah menunjukkan waktu Lina tiba di rumah pada waktu malam.
i. Nyatakan waktu Lina tiba di rumahnya dalam sistem 12 jam.
( 1 markah )
ii. Nyatakan 45 minit selepas waktu yang ditunjukkan dalam sistem 24 jam.
( 1 markah )
2. i. 9 tahun 6 bulan + 7 tahun 9 bulan = ……… dekad …….. tahun.
( 1 markah )
ii. 6 abad 78 tahun + 8 abad 88 tahun =
Berikan jawapan dalam dekad dan tahun .
( 2 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Rajah menunjukkan waktu Faten memulakan perjalanan dari rumahnya
ke rumah abangnya pada suatu petang.
Dia mengambil masa 3 jam 45 minit untuk sampai ke rumah abangnya.
i. Pada pukul berapakah ia sampai di rumah abangnya?
( 1 markah )
ii. Faten berada dirumah abangnya selama 4
110 jam.
Pada pukul berapakah dia memulakan perjalanannya untuk pulang ke rumah?
( 2 markah )
4. Umur Encik Adam adalah 3 dekad 9 tahun. Umur Encik Fahmi 4 dekad 7 tahun
manakala umur Encik Hadi pula 2 dekad 4 tahun lebih tua daripada Encik Adam .
i. Hitungkan, dalam tahun, umur Encik Hadi.
( 1 markah )
ii. Hitungkan, dalam tahun, min umur mereka.
( 2 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Jadual menunjukkan masa yang diambil oleh Auni untuk melakukan empat jenis
aktiviti.
i. Hitungkan tempoh masa Auni menyapu lantai.
( 1 markah )
ii. Hitungkan jumlah masa aktiviti yang diambil oleh Auni untuk menyiapkan
semua aktiviti.
( 2 markah )
6. Tempoh masa perjalanan Hana dari Kuala Lumpur ke Taiping ialah 4 jam 30 minit.
Perjalanan dari Taiping ke rumahnya mengambil masa 5
3 jam.
Hana tiba di rumahnya pada pukul 3.15 p.m.
i. Nyatakan waktu Hana tiba di rumahnya dalam sistem 24 jam.
( 1 markah )
ii. Nyatakan waktu Hana bertolak dari kuala Lumpur.
( 2 markah )
iii. Sekiranya dalam perjalanan Hana berhenti rehat selama 0.5 jam di Hentian
Rehat Tapah , pada pukul berapakah ia akan tiba dirumahnya?
( 2 markah )
Aktiviti Masa
Cuci baju 7.30 a.m. – 8.35 a.m.
Sapu lantai 8.40 a.m. – 9.10 a.m.
Lap tingkap 9.30 a.m. – 10.10 a.m.
Cuci kereta 10.15 a.m. – 11.30 p.m.
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
7. Rajah menunjukkan waktu mula suatu pertandingan memasak.
Tempoh masa pertandingan ialah 2
11 jam. Puan Uzma berjaya menyiapkan
masakannya dalam tempoh kurang 25 minit daripada waktu sebenar pertandingan itu.
i. Hitungkan masa yang digunakan oleh Puan Uzma untuk menyiapkan
masakannya.
( 2 markah )
ii. Pada pukul berapakah pertandingan memasak itu tamat?
( 2 markah )
8. Rajah menunjukkan waktu mula suatu mesyuarat pada suatu pagi .
Mesyuarat berlangsung selama 1 jam 30 minit . Hisham meninggalkan bilik
mesyuarat 4
3 jam lebih awal.
i. Nyatakan waktu mula mesyuarat itu dalam sistem 24 jam.
( 1 markah )
ii. Pukul berapakah Hisham meninggalkan mesyuarat itu?
( 2 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : PANJANG, JISIM DAN ISIPADU
1. Jadual menunjukkan ketinggian tiga orang murid.
MURID
TINGGI
Nurul
147cm
Balqis
0.3m lebih rendah daripada Nurul
Zulaika
5
1 m lebih tinggi daripada Balqis
i. Hitungkan dalam cm, ketinggian Balqis.
( 1 markah )
ii. Berapakah beza, dalam cm, tinggi di antara Nurul dengan Zulaika?
( 1 markah )
iii. Hitungkan jumlah, dalam m, ketinggian mereka.
( 2 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
2. Rajah menunjukkan peta jalan bagi empat buah bandar M , N , O dan P.
Jarak dari OP = MN
Jarak dari N ke O adalah kurang 8.06 km daripada jarak MN.
i. Hitungkan jarak, dalam km, dari N ke O.
(1 markah )
ii. Hitungkan jarak, dalam m, dari M ke P.
( 2 markah )
3. Rajah menunjukkan jarak bagi sebuah hospital dan sebuah kompleks kerajaan dari
pusat bandar melalui jalan yang sama.
i. Berapakah jarak, dalam m , dari pusat bandar ke hospital.
( 1 markah )
ii. Berapakah jarak, dalam m, dari kompleks kerajaan ke hospital?
( 2 markah )
M P O
N
35km
Hospital : 3∙5km
Kompleks : 950m
Kerajaan
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
4. Rajah menunjukkan jisim 5 paket susu dan seekor ayam.
i. Nyatakan bacaan, dalam g , penimbang itu.
( 1 markah )
ii. Jisim seekor ayam ialah 1.7kg . Setiap paket susu mempunyai jisim yang sama.
Hitung jisim, dalam g, sepaket susu.
( 2 markah )
5. Jadual menunjukkan sebuah bil yang tidak lengkap.
Kuantiti
Item
Harga seunit Harga
5 kg Bawang
4 kg Sotong RM38.40
3 kg Daging RM29.50
Jumlah RM 261.10
i. Berapakah jumlah harga bagi sotong dan bawang?
( 1 markah )
ii. Berapakah harga 3 kg bawang?
( 2 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
6. Rajah menunjukkan jisim sebuah kotak X dan jisim pemberat Y.
Berapakah jisim, dalam g, pemberat yang perlu ditambah kepada Y supaya penimbang
itu seimbang?
( 2 markah )
7. Rajah menunjukkan isipadu jus anggur dalam bekas M dan N.
Hitung isipadu jus anggur, dalam mℓ, yang dituang dari bekas M ke bekas N supaya
kedua-dua bekas mengandungi isipadu jus anggur yang sama banyak.
( 3 markah )
3∙4 kg
500 g
X
Y
M N
1∙2 ℓ 500 mℓ
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : RUANG
1. Rajah menunjukkan dua poligon sekata R dan S.
Berdasarkan pada poligon itu namakan:
Poligon R :
( 1 markah )
Poligon S :
( 1 markah )
2. Rajah menunjukkan sebuah segi empat sama KLMN dan
sebuah segi tiga LMQ. NMQ ialah garis lurus.
Panjang NM ialah 5
3daripada panjang NQ.
i. Hitungkan panjang NM.
( 1 markah )
ii. Kira luas , dalam cm², seluruh rajah.
( 2 markah )
R S
6 cm
K L
N M Q
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Rajah menunjukkan segiempat tepat KLMN dan segiempat sama PQRM.
LPM dan NMR ialah garis lurus. Panjang LP = PM.
Perimeter seluruh rajah ialah 42 cm.
i. Hitungkan panjang KL.
( 2 markah )
ii. Hitungkan , dalam cm 2 , luas seluruh rajah.
( 2 markah )
4. Rajah menunjukkan sebuah kuboid.
Isipadu bagi kuboid itu adalah 162 cm3.
i. Hitungkan tinggi kuboid itu .
( 2 markah )
ii. Sekiranya panjang bagi setiap sisi ditambah sebanyak 3 cm,
hitungkan isipadu baru kuboid itu.
( 2 markah )
K L
N M
Q P
R
2 cm
9 cm
3 cm
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Rajah menunjukkan sebuah bekas berbentuk kuboid yang berisi air.
Air itu memenuhi 5
2 daripada isipadu bekas itu.
i. Berapakah tinggi, dalam cm, kuboid itu?
( 2 markah )
ii. Berapakah isi padu, dalam cm3, bekas itu?
( 2 markah )
6. Rajah menunjukkan dua buah kubus S dan T.
Isipadu kubus S ialah 343 cm³ . Panjang sisi T adalah 2cm lebih daripada sisi S.
i. Nyatakan panjang sisi bagi kubus S.
( 1 markah )
ii. Hitung isipadu, dalam cm³, kubus T.
( 2 markah )
5 cm
4 cm
6 cm
S
T
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
7. Rajah menunjukkan kuboid R dan kubus S.
i. Hitungkan luas semua permukaan kuboid R.
( 2 markah )
ii. Berapakah bilangan kubus S yang diperlukan untuk
mengisi 2
1 daripada isipadu kuboid R?
( 3 markah )
8. Rajah menunjukkan sebuah segi tiga sama kaki WSQ dan dua segi empat sama,
QRUV dan RSTU yang sama.
Panjang WR ialah 2
1 daripada panjang RU .
Hitungkan luas, dalam cm2,
kawasan yang berlorek.
( 3 markah )
10 cm 8 cm
4 cm
R S
2 cm
R
Q
U
W
S
T V
16 cm
R
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : KOORDINAT
1. Rajah menunjukkan kedudukan empat orang murid pada satah Cartes.
Berdasarkan kedudukan 4 orang murid pada satah Cartes:
i. Nyatakan koordinat bagi kedudukan Azura dan Ranjit.
( 2 markah )
ii. Hitungkan jarak Alia dari kedudukan Azura melalui Haikal.
------------ unit mengufuk.
------------ unit mencancang.
( 2 markah )
4 1 2 3 5 6 7 8 9 10
1
2
3
4
5
6
7
8
Azura
Alia
Ranjit
Haikal
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
2. Rajah menunjukkan satah Cartes.
i. Plotkan kedudukan Rahimah pada koordinat (3,7) dan kedudukan Yusnira pada
koordinat (7, 0 ).
( 2 markah )
i. Hitungkan jarak kedudukan Yusnira dengan Rahimah melalui koordinat ( 3, 0 ).
------------ unit mengufuk.
------------ unit mencancang.
( 2 markah )
4 1 2 3 5 6 7 8 9 10
1
2
3
4
5
6
7
8
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3 .Rajah menunjukkan kedudukan lima orang murid pada satah Cartes.
Berdasarkan kedudukan 5 orang murid pada satah Cartes:
i. Nyatakan koordinat kedudukan bagi Lim dan Danizh.
( 2 markah )
ii. Rachel berada pada kedudukan 5 unit pada paksi mengufuk dan 7 unit paksi
mencancang dari koordinat ( 4, 1 ).
Plotkan kedudukan Rachel pada satah Cartes di atas.
( 2 markah )
4 1 2 3 5 6 7 8 9 10
1
2
3
4
5
6
7
8
Danizh
Saiful
Lim
Farah
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
4 . Rajah menunjukkan satah Cartes.
i. Plotkan kedudukan Chan pada koordinat ( 6 , 2 ) dan kedudukan Suzie pada
koordinat ( 8 , 0 ).
( 2 markah )
ii. Zack berada pada kedudukan asalan . Dia bergerak dua petak ke kanan dan 4 petak
ke atas. Seterusnya dia bergerak lagi 3 petak ke kanan . Pada satah Cartes di atas
plotkan kedudukan akhir Zack.
( 2 markah )
4 1 2 3 5 6 7 8 9 10
1
2
3
4
5
6
7
8
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
Pelancong A
Pelancong A
Pelancong B
Pelancong B
5. Berikut merupakan perbualan di antara dua orang pelancong yang baru tiba di sebuah
bandar.
Berdasarkan pada perbualan di atas, plotkan kesemua kedudukan tempat-tempat yang
dinyatakan pada satah Cartes yang disediakan.
( 2 markah )
Selepas itu saya hendak menuju ke hotel yang berada di koordinat
(3, 5).
Oh! Tempat tinggal saya hanya 5 unit ke kanan dari hotel awak.
Nanti kita jumpa di sana .
Saya hendak pergi ke taman rekreasi yang berada pada koordinat ( 7 , 5 ).
Saya pula hendak pergi ke pejabat pos pada koordinat ( 8, 0 ).
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
4 1 2 3 5 6 7 8 9 10
1
2
3
4
5
6
7
8
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : NISBAH DAN KADARAN
1. Rajah menunjukkan jisim dua bekas gula.
i. Nyatakan nisbah jisim gula bekas P kepada jisim gula bekas Q.
( 1 markah )
ii. Berdasarkan kepada nisbah di 1(i), sekiranya jisim bekas P ditambah sebanyak
12 kg lagi, berapakah nisbah jisim gula bekas P berbanding jumlah jisim
semua gula.
( 2 markah )
2. Rajah menunjukkan harga bagi 3 jenis kain yang berlainan.
i. Nyatakan nisbah harga kain berwarna biru kepada harga kain berwarna
kuning.
( 1 markah )
ii. Nyatakan nisbah bagi harga kain berwarna hijau kepada jumlah harga
kain semuanya.
( 1 markah )
RM 180
k
RM 540 RM 810
16 kg 3 kg
P
Biru Kuning Hijau
Q
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Rajah menunjukkan harga bagi 3 longgok durian.
Berdasarkan di atas:
i. Berapakah harga bagi 18 biji durian yang sama?
( 1 markah )
ii. Maimunah membayar sebanyak RM 50.00 kepada penjual durian itu.
Hitungkan bilangan durian yang diperolehinya .
( 2 markah )
4. Jadual menunjukkan kadar penggunaan minyak petrol bagi sebuah kereta
tempatan.
Berdasarkan kenyataan di atas :
i. Berapa liter petrol yang diperlukan untuk jarak perjalanan sejauh 125km?
( 1 markah )
ii. Harga bagi 1 liter petrol adalah bersamaan dengan RM 2.10 .
Berapakah jumlah harga bagi perjalanan di (i)
( 2 markah )
1 liter petrol = 12.5km
RM 20
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Rajah menunjukkan tawaran harga untuk setiap pembelian cermin hiasan sempena
hari raya.
Harga asal setiap cermin hiasan ialah RM35.
Kedai Murni telah menawarkan setiap pembelian 3 buah cermin pada kadar
RM 100.00 akan mendapat sebuah cermin percuma.
i. Berapakah bilangan cermin yang akan diperolehi Puan Alia jika dia membayar
sebanyak RM500?
( 1 markah )
ii. Berapakah penjimatan yang diperolehi Puan Alia jika dia hendak membeli sebanyak
12 buah cermin pada masa tawaran berbanding dengan tanpa tawaran?
( 3 markah )
BELI 3 PERCUMA 1
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : PENGURUSAN DATA
1. Piktograf menunjukkan jumlah pungutan mata bagi tiga rumah sukan. Jumlah
pungutan mata bagi Rumah Hijau tidak ditunjukkan.
☺ mewakili 50 mata
Rumah Hijau mendapat jumlah pungutan mata tertinggi. Bilangan pungutan mata
Rumah Hijau adalah 150 lebih daripada rumah yang kedua tertinggi.
i. Berapakah jumlah mata bagi Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.
( 2 markah )
ii. Nyatakan bilangan ☺ yang perlu diisi untuk Rumah Hijau.
( 2 markah )
2. Carta Palang menunjukkan bilangan buku yang dijual dalam tempoh empat bulan.
i. Nyatakan mod bilangan buku yang telah dijual.
( 1 markah )
ii. Hitungkan min bagi jualan buku setiap bulan.
( 2 markah )
Rumah Merah ☺☺☺☺☺☺
Rumah Kuning ☺☺☺☺
Rumah Biru ☺☺☺☺☺
Rumah Hijau
0
100
200
300
400
500
600
700
SEPT OKT NOV DIS
800
900
Bulan
Bulan
Bil
angan
Buk
u
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Jadual menunjukkan markah bagi empat orang murid dalam satu ujian Matematik.
Nama Murid Markah
Leong 70
Nasir 75
Siva 57
Amin 90
i. Hitungkan julat markah mereka.
( 1 markah )
ii. Hitungkan min markah bagi setiap murid.
( 2 markah )
4. Piktograf menunjukkan jualan kereta bagi tempoh 4 bulan.
Januari
Febuari
Mac
April
i. Nyatakan mod jualan kereta bagi tempoh 4 bulan itu.
( 1 markah )
ii. Berapakah beza bilangan jualan bulan Januari berbanding dengan min jualan
4 bulan tersebut?
( 3 markah )
Mewakili 5 buah kereta
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
5. Carta palang menunjukkan bilangan pekerja di pejabat P, Q, R, S dan T.
5
2
daripada jumlah pekerja adalah lelaki.
Hitung jumlah kesemua bilangan pekerja perempuan.
( 2 markah )
6. Carta Pai menunjukkan taburan calon UPSR di kalangan lima buah sekolah K, L, M,
N dan O.
Jumlah calon di kelima-lima buah sekolah tersebut ialah 8 600.
Berapakah bilangan calon di sekolah N?
( 2 markah )
500
100
200
300
400
Bilangan Pekerja
Pejabat P Q R S T
L
10%
M
30%
K
25%
O
15%
N
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
TOPIK : KEBOLEHJADIAN
1. Rajah menunjukkan sebuah bekas yang mengandungi 35 biji bola berwarna hitam dan
sebiji bola berwarna putih.
Iman hendak mengambil sebiji bola yang berwarna putih daripada bekas itu .
i. Tandakan (√ ) kemungkinan peristiwa dia mendapat bola berwarna putih.
ii. Tandakan (√ ) kemungkinan peristiwa dia mendapat bola berwarna hijau.
Sama kemungkinan Mustahil ( 1 markah ) Pasti
Mustahil Besar kemungkinan ( 1 markah ) Kecil kemungkinan
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
2. Rajah menunjukkan sebuah bekas yang berisi seekor ikan keli dan seekor ikan patin.
i. Tandakan (√ ) apakah kemungkinan peristiwa ikan yang diambil oleh seorang
peniaga adalah ikan keli.
ii. Tandakan (√ ) apakah kemungkinan peristiwa ikan yang diambil oleh seorang
peniaga adalah ikan talapia.
Sama kemungkinan Besar kemungkinan
Kecil kemungkinan Besar kemungkinan
( 1 markah )
( 1 markah )
Pasti
Mustahil
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
3. Tandakan ( / ) pada petak yang menunjukkan kebolehjadian sesuatu peristiwa itu akan
berlaku.
Peristiwa
Kebolehjadian
Mustahil Kecil
kemungkinan
Sama
kemungkinan
Besar
kemungkinan
Pasti
Satu hari 30 jam
Selepas bulan
Januari adalah
bulan Feb
Melambung
syiling dan
mendapat
‘kepala’ atau
‘ekor’
Melambung dadu
untuk mendapat
nombor 1
Bilangan
permukaan bagi
sebuah kubus
adalah 6
( 5 markah )
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
BORANG
REKOD PELAKSANAAN
MODUL UNGGUL PRESTASI SEMARAK REALITI (UPSR)
MATEMATIK UPSR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
TAHUN 2016
NAMA GURU : ……………………………………
TAHUN : ……………………………………
CATATAN :
Borang ini WAJIB DIREKODKAN dari masa ke semasa oleh guru mata pelajaran
Matematik TETAPI tidak perlu dihantar ke JPN/PPD. Ianya bertujuan untuk merekodkan
perancangan dan pelaksanaan oleh guru dan memudahkan guru mengisi Instrumen
Pengesanan Pelaksanaan Dan Penggunaan Modul-Modul Intervensi JPN yang perlu dihantar
ke JPN secara berkala – 2 kali setahun (Mei, Ogos).
BORANG REKOD PELAKSANAAN MODUL UPSR ini perlu ditunjukkan kepada para
pemantau JPN/PPD apabila diminta. Borang ini disyorkan disimpan dalam fail ataupun dalam
poket BUKU REKOD MENGAJAR HARIAN.
BIL.
TOPIK TARIKH-TARIKH
PELAKSANAAN
CATATAN
1 NOMBOR DAN
OPERASI
2 PECAHAN
3 PERPULUHAN
4 PERATUS
5 WANG
6 MASA DAN WAKTU
7 PANJANG, JISIM
DAN ISIPADU
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html
BIL.
TOPIK TARIKH-TARIKH
PELAKSANAAN
CATATAN:
8 RUANG
9 KORDINAT
10 NISBAH DAN
KADARAN
11 PENGURUSAN DATA
12 KEBOLEHJADIAN
http://www.maths-catch.com/soalanpercubaan.html