Post on 25-May-2015
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En.
Zaidi B. Azhari kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan
tugasan ini.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM
Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi
galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.
Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.
1
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Pengenalan
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.
- Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.
- Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.
- Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan
yang sama.
Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem.
Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau
lebih. Contoh :
‘saya’ 1 morfem : saya
‘berpeluh’ 2 morfem : ber+peluh
‘berkakikan” 3 morfem : ber+kaki+kan
Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud
bersama-sama morfem lain). Contoh :
- Morfem bebas – ‘saya’
- Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi
membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’
Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna.
Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya,
perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi,
dapur dan meja.
2
Morfem Perkataan
1. Konsep
Bebas Terikat
2. Bentuk Kata
Tunggal Terbitan Majmuk Ganda
3. Proses Pembentukan Kata
Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan
4. Golongan Kata
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas
Akar Dasar
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem
yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat
bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri
daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.
Konsep Morfologi
3
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Soalan Tugasan
Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut
terdapat pelbagai kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata,
penggunaan kata dan penggolongan kata. Sebagai pendidik anda harus bijak
memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek tatabahasa untuk
digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila
buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut.
Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat
rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.
Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.
a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh
yang sesuai.
b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan
bahasa yang betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang
menarik.
4
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Soalan 1
a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila
buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut.
Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat
rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.
5
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Hang Tuah Berbangsa Cina
oleh : Shahabudeen Jalil
Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu
menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat
sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang
disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.
Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan
kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-
banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah di Melayukan untuk tujuan kemegahan
semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.
Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah
atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan
serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah
menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.
Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang
pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula
dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang
Tuah.
Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah
menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara
hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan
‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan
kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang
cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.
Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat
disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan
dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperoleh jawapan tentang
asal-usul Hang Tuah sebenarnya.
6
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan
Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi,
Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan
‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula
dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul
keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa
bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja – Raja Melayu juga tiada
asasnya.
Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan
Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma
menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi
gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar
dan Mandulika.
Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing
House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih,
iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya
seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan
telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama
Paduka Mamat.
Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri
Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan
Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka
Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama
‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya.
Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya
bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka
dan dari wilayah tertentu asal mereka.
Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah
berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang
Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew.
Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya
7
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku
kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada
berbaur loghat bahasa Melayu.
Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.
Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak
cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.
Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4
orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang
kekal.
Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat
tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang
Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.
Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan
Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan
tempat kediaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-
dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna
golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih
memeluk agama asal mereka.
Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.
Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk
agama Islam.
Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah
keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam
tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-
sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
8
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat
sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama
sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang
‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya
telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh
Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.
Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh
pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang
serta pakar sejarah lampau.
Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya
secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana
ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.
Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan
semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah
secara lebih detail.
Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah
mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah
menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan
daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang
melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut
kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah di Melayukan demi
untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana
hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.
Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang
datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah
Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan
ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka. Pengislaman
Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang
Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat
dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga
9
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan
yang abadi.
Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka
menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima
kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu
telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada di kalangan istana atau orang-
orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.
Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu
telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti
saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal
daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang
pahlawan legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian
orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan.
Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada
Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.
10
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Analisis golongan kata
berdasarkan petikan teks
11
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
GOLONGAN KATA
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.
Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif / Sifat
Kata Tugas
Kata Nama
Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama
perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi
binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda
atau konsep.
Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama
12
Golongan Kata
Kata Nama Kata Kerja Kata TugasKata Adjektif
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Kata Nama Am
Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan
ciri makna perkataannya, iaitu :
Hidup atau tak hidup
Manusia atau bukan manusia
Institusi atau bukan institusi
Konkrit atau abstrak
Berbilang atau tak berbilang
Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :
Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan
sebagainya.
Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
Hidup (manusia dan bukan manusia)
Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak
berbilang)
13
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Analisis penggolongan kata berdasarkan teks
Kata nama am Contoh
Kata nama am hidup Orang-orang Melayu
Pahlawan
Bangsa
Manusia
Raja-raja
Bendahara
Paduka Raja
Termengung
Laksamana
Syahbandar
Mandulika
Dayang
Puteri
Anak
Putera
Cucu
Rakan
Pengarang
Sultan
Kata nama am tak hidup Bilik darjah
Dewan kuliah
Seminar
Wilayah
Kaum
Buku
Agama
Istana
Bahasa
Kata Nama Khas
14
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :
Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas tak hidup
Kata nama khas Contoh
Kata Nama Khas Hidup Manusia. Hang Tuah
Hang Jebat
Hang Lekir
Hang Kasturi
Hang Lekiu
Robin Hood
Mohd Yunus Ibrahim
W.G. Shellabear
Tun Pepatih Putih
Sultan Mansur Shah
Puteri Hang Li Po
Paduka Mamat
Ong Hak Ching
Hang Too Ah
Hang Jee Fatt
Hang Lee Kiew
Hang Lee Ker
Biduanda Cina
Sultan Melaka
Kata Nama Khas Hidup Bukan
Manusia
(tiada dalam teks)
Kata Nama Khas Tidak Hidup. Bukit Cina
Jabatan Sejarah UKM
Sejarah Melayu
15
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Malaya Publishing
China
Loghat Cina
Melayu
Loghat bahasa Melayu
Islam
Hikayat Hang Tuah
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama terbahagi kepada :
i) Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi
menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua
kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh,
dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.
Kata ganti nama tunjuk Ini
Itu
ii) Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti
sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri
terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi
menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga
bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk
orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana
yang merujuk benda dan orang.
16
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Kata ganti nama diri tanya (tiada dalam teks)
Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk
kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu
orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.
Kata ganti nama diri orang Contoh
Pertama Kita
Kedua (tiada dalam teks)
Ketiga Mereka
Beliau
-nya
ia
Kata Kerja
Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu
keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang
disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja
transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja
17
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i-. Kata kerja
transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau
perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata kerja transitif Contoh
Aktif Mengikut
Membawa
Memeluk
Menuduh
Menderhaka
Menggelar
Menganggap
Menghasilkan
Mengekalkan
Menggariskan
Menggunakan
Memberikan
Membuktikan
Mempengaruhi
Menyelamatkan
Pasif Dianugerahkan
Dilindungi
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh
pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata
kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak
transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
Kata kerja tak transitif Contoh
Berpelengkap Mengikut
18
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Menghasilkan
Membawa
Memberikan
Memeluk
Mengekalkan
Menuduh
Menggunakan
Menggariskan
Membuktikan
Mempengaruhi
Menggelar
Menyelamatkan
Menganggap
Disandarkan
Dijalankan
Diberi
Menyentuh
Tak berpelengkap Berkahwin
Berkhidmat
Mengamuk
Menderhaka
Kata Adjektif
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan
frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja
dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat
menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat
dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.
Kata adjektif Contoh
Kata adjektif sifat/ keadaan Kebijaksanaan
19
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Kesetiaan
Ketaatan
Baik
Menderhaka
Masyhur
Kata adjektif warna (tiada dalam teks)
Kata adjektif ukuran Luas
Kata adjektif bentuk (tiada dalam teks)
Kata adjektif pancaindera (tiada dalam teks)
Kata adjektif waktu (tiada dalam teks)
Kata adjektif cara Rapat
Sukar
Cepat
Kata adjektif perasaan Terkeliru
Tertipu
Kemegahan
Di bangga-bangga
Keraguan
Bangga
Kata adjektif arah (tiada dalam teks)
Kata Tugas
Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa
endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam
ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama
ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.
Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut :
20
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
1. Kata hubung
2. Kata seru
3. Kata tanya
4. Kata perintah
5. Kata pangkal ayat
6. Kata bantu
7. Kata penguat
8. Kata penegas
9. Kata nafi
10.Kata pemeri
11.Kata sendi nama
12.Kata arah
13.Kata bilangan
14.Kata adverba
15.Kata pembenar
16.Kata penekan
17.Kata pembenda
Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata
tugas boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu:
Kata penyambung ayat
o Kata hubung gabungan
o Kata hubung pancangan
Keterangan
Komplemen
Relatif
21
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Kata praklausa
o Kata seru
o Kata tanya
o Kata perintah
o Kata pembenar
o Kata pangkal ayat
Kata prafrasa dan pascafrasa
o Kata bantu
o Kata penguat
o Kata penegas
o Kata nafi
o Kata pemeri
o Kata sendi nama
o Kata arah
o Kata bilangan
o Kata adverba
Kata pascakata
o Kata penekan
o Kata pembenda
Kata tugas Contoh
Kata penyambung ayat
-kata hubung gabungan Atau
Dan
Tetapi
Kemudian
22
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
-kata hubung pancangan
-keterangan
-komplemen
-relatif
Untuk
Semasa
Kerana
Walaupun
Apabila
Bahawa
Yang
Kata praklausa
-kata seru
-kata tanya
-kata perintah
-kata pembenar
-kata pangkal ayat
Tiada dalam petikan
Kata tugas Contoh
Kata prafrasa
-kata bantu
-kata penguat
-kata penegas
Telah (kata bantu)
Di
Ke
Dari
Kepada
23
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
-kata nafi
-kata pemeri
-kata sendi nama
-kata arah
-kata bilangan
-kata adverba
Pada kata sendi nama
Tentang
Dengan
Antara
Oleh
Atas ( kata arah)
Ramai
Semua kata bilangan
Banyak
Adalah ( kata pemeri)
Bukan (kata nafi)
Kata pascakata
-kata penekan
-kata pembenda
Terutamanya
Sebenarnya
Ringkasnya penekan
Biasanya
Contohnya
Memberikannya
Namanya
Asasnya
Bersamanya pembenda
Dayang-dayangnya
Rakan karibnya
Soalan 2
Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.
a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh
yang sesuai.
24
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Proses pembentukan kata
Proses pembentukan kata terdiri daripada jenis-jenis berikut :
Bentuk kata tunggal
Bentuk kata terbitan
Bentuk kata majmuk
Bentuk kata ganda
25
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Berdasarkan soalan yang diberikan, hanya jenis-jenis berikut sahaja yang perlu
dihuraikan setiap prosesnya dalam bentuk grafik dan disertakan dengan contohnya,
iaitu :
Pengimbuhan
Pemajmukan
Penggandaan
Pengakroniman
Pengimbuhan
Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses pengimbuhan. Ini
dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.
Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh
terdiri daripada morfem bebas atau terikat, atau satu perkataan terbitan hasil
daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
26
Tunggal Terbitan Majmuk Ganda
Bentuk Kata
Proses Pembentukan Kata
Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan Penggandaaan
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri.
Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri
daripada awalan, akhiran, sisipan, dan apitan menurut kedudukannya dengan
bentuk dasar. Awalan dicantumkan pada pangkal kata dasar, akhiran pula
dicantumkan pada akhir kata dasar, sisipan disisip biasanya selepas konsonan
pertama kata dasar, dan apitan dicantumkan pada pangkal dan akhir kata dasar
serentak.
Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan
Kata nama peN-
(pe-, pem-,
pen-, peng-)
Contohnya :
-an
Contohnya :
Kritik – kritikan
Laut – lautan
peN-...-an
Contohnya :
Lari – pelarian
Baca – pemasakan
-el-
Contohnya :
Tapak – telapak
Kupas – kelupas
27
Pengimbuhan
Awalan Akhiran Apitan Sisipan
Awalan kata nama
Awalan kata kerja
Awalan kata adjektif
Akhiran kata nama
Akhiran kata kerja
Apitan kata nama
Apitan kata kerja
Apitan kata adjektif
Sisipan dalam kata nama
Sisipan dalam kata adjektif
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
masak – pemasak
baca – pembaca
dapat – pendapat
ukur – pengukur
pe-
Contohnya :
guam – peguam
labur – pelabur
peR-
Contohnya :
asap – perasap
bara – perbara
ke-
Contohnya :
tua – ketua
kasih – kekasih
hendak - kehendak
juru-
Contohnya :
wang – juruwang
bahasa – jurubahasa
Ratus – ratusan
Batu – batuan
Dapat – pendapatan
Ukur – pengukuran
pe-...-an
Contohnya :
Sisir – pesisiran
Dalam – pedalaman
peR-...-an
Contohnya :
Satu – persatuan
Kubur – perkuburan
Air – perairan
Bara – perbaraan
ke-...-an
Contohnya :
Datang – kedatangan
Raja – kerajaan
Tunjuk – telunjuk
-er-
Contohnya :
Gigi – gerigi
Suling – seruling
Kuping - keruping
-em-
Contohnya :
Kuning –kemuning
Gerlap – gemerlap
Kuncup-kemuncup
28
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan
Kata kerja meN-
(me-, mem-,
men-, meng-
Contohnya :
Masak – memasak
Pesan – memesan
Beri – memberi
Cari – mencari
Ambil – mengambil
beR-
Contohnya :
Ekor – berekor
Baju – berbaju
teR-
Contohnya :
Ikat – terikat
Pakai – terpakai
di-
Contohnya :
Sapu – disapu
Tulis – ditulis
-kan
Contohnya :
Cari – carikan
Tidur – tidurkan
-i
Contohnya :
Duduk – duduki
Ikut – ikuti
meN-...-kan
Contohnya :
baca – membacakan
beri – memberikan
diri – mendirikan
gaya - menggayakan
beR-...-kan
Contohnya :
alas – beralaskan
bekal – berbekalkan
beR-...-an
Contohnya :
Tabur – bertaburan
Rentet – berentetan
di-...-kan
Contohnya :
Beri – diberikan
Nafi – dinafikan
29
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
mempeR-
Contohnya :
Alat – memperalat
Isteri – memperisteri
dipeR-
Contohnya :
oleh – diperoleh
Cepat – dipercepat
meN-...-i
Contohnya :
Waris – mewarisi
Baik – membaiki
Jumpa – menjumpai
Ubat – mengubati
di-...-i
Contohnya :
Kotor – dikotori
Yakin – diyakini
mempeR-...-
kan
Contohnya :
Lihat –
memperlihatkan
Bahas –
memperbahaskan
mempeR-...-i
Contohnya :
Ingat – memperingati
30
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
ke-...-an
Contohnya:
Curi – kecurian
Lihat - kelihatan
dipeR-...-kan
Contohnya :
Lihat – diperlihatkan
Dengar –
diperdengarkan
dipeR-...-i
Contohnya :
Ingat – diperingati
Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan
Kata adjektif ter-
Contohnya :
Kecil – terkecil
Muda – termuda
ke-...-an
contohnya :
barat – kebaratan
cina - kecinaan
-em-
Contohnya :
Guruh – gemuruh
Ketot – kemetot
31
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Panjang – terpanjang
se-
Contohnya :
Tinggi – setinggi
Buruk – seburuk
Besar – sebesar
Melayu – kemelayuan Gilang – gemilang
-el-
Contohnya :
Serak – selerak
Geman – geleman
Gembung –
gelembung
-er-
Contohnya :
Godak – gerodak
Kelip – kerlip
-in-
Contohnya :
Sambung –
sinambung
Penggandaan
Penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata
dasar. Ada empat jenis penggandaan menurut Abdullah Hassan (2006),
Gandaan penuh
Gandaan separa
Gandaan rentak
32
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Gandaan bebas
Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar.
Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan
bunyi tertentu.
Contoh-contohnya :
Penggandaan
Penuh Separa Berentak Bebas
33
Penggandaan
Penuh Separa Rentak Bebas
Menggandakan keseleluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan atau pun tidak
Menggandakan sebahagian kata dasar.
Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar
Berentak pengulangan vocal
Berentak pengulangan konsonan
Bentuk kata dasar ada tetapi gandaannya wujub dalam bentuk penggandaan sahaja
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Kata nama
Contohnya :
Pokok-pokok
Meja-meja
Kata kerja
Contohnya :
Main-main
Lari-lari
Kata adjektif
Contohnya :
Cantik-cantik
Pandai-pandai
Kata adverba
Contohnya :
Tiba-tiba
Lama-lama
Kata terbitan
Contohnya :
Pemain-pemain
Pengetua-pengetua
Kata nama
Contohnya :
Laki – lelaki
Langit – lelangit
Kata kerja
Contohnya :
Lari – lelari
Tengok – tetengok
Kata adjektif
Contohnya :
Sedap – sesedap
Merah – memerah
Kata adverba
Contohnya :
Cepat – cecepat
Laju – lelaju
Rentak suku kata
awal
Contohnya :
Batu – batu-batan
Bukit – bukit-bukau
Sampah – sampah-sarap
Rentak suku kata
akhir
Contohnya :
Anak – anak-pinak
Kuih – kuih-muih
Lauk – lauk-pauk
Rentak bunyi
vokal
Contohnya :
Gunung-ganang
Guruh-garah
Suku-sakat
Cucu-cicit
Contohnya :
Ipar-duai
Ipar-lamai
Mentua-taya
Patah-riuk
Pinang-lanang
Pemajmukan
Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap
kata tersebut terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan
bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri-ciri
kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makan seperti satu
perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.
34
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Menurut Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu HBML2103 (2008),
kata majmuk ialah bentuk yang lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang ter hasil membawa makna
tertentu.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Apabila kata-kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa
Melayu, iaitu yang diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan
binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk
sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca, ilmu bahasa, sebar luas, dan lain-lain.
Dalam kata majmuk kaji cuaca, kata kaji ialah inti yang diterangkan, dan cuaca
penerangnya. Begitulah dengan ilmu bahasa dan sebar luas. Apabila kata majmuk
itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk
35
Pemajmukan
Rangkaian kata bebas
Istilah khusus Maksud kiasan
nasi minyak
bom tangan
meja tulis
Raja Muda
Perdana Menteri
Model linear
Garis pusat
Segi tiga
Lut sinar
Urus setia
Kaki ayam
Duit kopi
Pilih kasih
Bulan madu
Anak emas
Bentuk yang mantap
Antarabangsa
Kakitangan
Matahari
Setiausaha
Sukarela
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera,
mahasiswa, perdana menteri, dan lain-lain.
Dalam kata majmuk bumiputera, kata bumi ialah penerang, dan putera ialah inti
yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD, iaitu yang
menerangkan mendahului inti yang diterangkan.
Pengakroniman
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu
rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.
Akronim juga merupakan singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan
cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu.
36
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Lihat beberapa perkataan yang di bawah ini hasil daripada pembentukan kata
melalui akronim:
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
pawagam – panggung wayang gambar
proton – Perushaan Otomobil Negara
kugiran – kumpulan gitar rancak
Uniputra-Universiti Putra Malaysia.
Perkara menarik yang hendak diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa
Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan
akronim.
Cikgu
Awas
Bah
Kata `cikgu’ dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan `Encik
guru?’ Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka terhasillah gelaran atau
panggilan `cikgu’. Selain itu, kata `awas’ yang bermaksud `berhati-hati’ juga
merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan `Anda Waspada Anda
Selamat. Kita juga pernah menggunakan perkataan `bah’ yang bermaksud `banjir’.
Perkataan ini sebenarnya berasal daripada ungkapan `Bencana Air Hujan’.
Kita juga pernah mendengar perkataan `Tonto’ yang merujuk kepada sekumpulan
gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak
berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan `Tolong
Orang Nak Tipu Orang’.Demikianlah beberapa kata yang terdapat dalam bahasa
Melayu yang terbentuk melalui akronim.
Kata akronim boleh ditulis dengan empat cara, bergantung pada cara pembentukan
akronim tersebut. Antaranya ialah:
37
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.
2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.
3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama
dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
Akronim
Huruf awal
perkataan
Huruf dan suku
kata perkataan
Suku kata awal
perkataan
Bahagian awal
perkataan dengan
bahagian lain
perkataan
ADUN –
Ahli Dewan
Undangan Negeri
ABIM –
Angkatan Belia
Islam Malaysia
IPSMB –
Institut Perguruan
Sultan Mizan Besut
Perhilitan –
Perlindungan
Hidupan Liar dan
Taman Negara
Proton –
Perusahaan
Otomobil Nasional
Mara –
Majlis Amanah
Rakyat
Bernama –
Berita Nasional
Malaysia
Kugiran –
Kumpulan gitar
rancak
Cerpen –
Cerita pendek
Asbut –
Asap kabut
Jentolak –
Jentera tolak
Jenama –
jenis nama
Purata –
Pukul rata
Bibiliografi
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.
38
MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603
Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari.
(2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu.
Selangor : Open University Malaysia.
http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html .
Diakses pada 16.3.2009.
http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009
http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada
16.3.2008
Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
39