Post on 20-Jan-2016
Laporan Program Penandaarasan NPQEL
Oleh :
NAJDAH BT ISMAIL 64032065622
KUMPULAN : SM 4 ( 1/2012)
Laporan Program Penandaarasan
Diserahkan kepada Institut Aminuddin Baki sebagai memenuhi keperluan
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
BIODATA DIRI
Nama : Najdah bt Ismail
No. Kad Pengenalan : 640323065622
Jantina : Perempuan
Umur : 48 tahun
Tempat Bertugas : SM Vokasional SHAS
Alamat : SMV Sultan Hj.Ahmad Shah Al-Mustain Billah
27200 KUALA LIPIS
Pahang
No Telefon : 09-3227955
Nama Sekolah Penandaarasan : SMK Clifford
27200 KUALA LIPIS
Pahang
No Telefon : 09-3101242
Kumpulan NPQEL : SM 4
Tarikh Penandaarasan : 26 Mac ~ 06 April 2012
Pendidikan :
1986 –Kesusasteraan Melayu (BA. Hons),
Universiti Malaya.
1987 ~Diploma Pendidikan,UM
iv
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa hasil karya ini adalah asli dan sumber-sumber yang digunakan ada dinyatakan ---------------------------------------------------- (NAJDAH BT ISMAIL) Perserta Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pendidikan Kepengetuaan (NPQEL) Kohort 1 / 2012 ------------------------------------------------------------- (EN.ABDUL RAZAK B MANAF (Penyelia Peserta NPQEL 1/2012) IAB
Kandungan
Penghargaan … 6
Abstrak … 7
BAB 1 : PENDAHULUAN
1. Latar Belakang Sekolah
1.1 Sejarah SMK Clifford … 8
1.2 Motto Sekolah … 14
1.3 Visi dan Misi … 14
1.4 Objektif … 14
1.5 Falsafah dan Nilai … 15
1.6 Piagam Pelanggan … 16
1.7 Lencana Sekolah … 17
1.8 Struktur Organisasi … 18
1.9 Pelan Lokasi … 18
1.10 Kemudahan Fizikal … 19
1.11 PIBG … 20
BAB 2 : HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
2. Statistik
2.1 Enrolmen murid … 23
2.2 Bilangan staf … 24
2.3 Pencapaian Akademik / Kokurikulum … 26
2.4 Kejayaan sekolah hingga kini … 27
BAB 3 : PROGRAM KILAUAN JAUHARI
3.1 Rasional Pemilihan Projek … 30
3.2 Situasi dan latar belakang projek … 32
3.3 Peluang dan cabaran … 44
3.4 Penglibatan kepimpinan sekolah … 48
3.5 Stail kepimpinan … 51
3.6 Pujian dan pengiktirafan … 55
3.7 Tindak ikut … 57
BAB 4 : REFLEKSI
4.1 Faktor kritikal dan penting dalam kejayaan projek /
Perubahan di sekolah ... 61
4.2 Hubungan di antara aspek teori dengan amalan
pengurusan dan kepimpinan yang dipamerkan ... 64
4.3 Ruang penambahbaikan / pengubahsuaian yang perlu
dilakukan jika projek ini ingin dijalankan di sekolah
Sandaran nanti … 68
4.4 Pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinan
yang diperolehi ... 70
BAB 5 : RUMUSAN
Menyepadukan aspek-aspek yang diperolehi ... 73
6. Bibliografi ... 75
7. Lampiran ... 76
8. Log catatan harian
6
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T atas limpah kurnianya saya dapat mengikuti
Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NPQEL) pada tahun 2012. Seterusnya saya juga amat bersyukur kerana dapat
menjalani program penandaarasan serta menyiapkan laporan ini dengan
jayanya. Ribuan terima kasih buat penyelia program Encik Abdul Razak b Manaf
yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang program
penandaarasan terutama dalam menyempurnakan laporan ini. Juga semua
pensyarah IAB ,
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada Tuan Pengetua Encik Haidzir
bin Hussin yang sanggup meluangkan masa kualitinya untuk membimbing serta
memberi tunjuk ajar kepada saya melaksanakan program ini di sekolah beliau.
Kepada semua guru penolong kanan, ketua-ketua bidang, guru-guru, dan staf
sokongan serta pelajar-pelajar SMK Clifford yang telah banyak membantu
terutamanya dalam mendapatkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang ada
saya amat berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih
Akhir sekali penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua, rakan GPK serta
guru-guru dan satf sokongan di SMV SHAS yang sentiasa memberikan
sokongan dan kerjasama membantu pengurusan di sekolah semasa saya
menjalani program ini. Juga ribuaan terima kasih kepada Pn.Nilawati dan suami
yang banyak membantu. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua yang terlibat khasnya keluarga saya .
NAJDAH BT ISMAIL
Peserta Pelatih NPGEL
Kumplan SM 4 (1/2012)
Institut Aminuddin Baki
7
ABSTRAK
Laporan penandaaras ini merupakan laporan untuk memenuhi keperluan
kursus NPQEL 1/2012. Sekolah yang dipilih dalam laporan ini ialah SMK Clifford
dan projek yang dipilih untuk dikaji ialah Projek Kilauan Jauhari. Projek Kilauan
Jauhari ialah satu projek kecemerlangan pelajar untuk mendapat straight A yang
dikendalikankan oleh jawatan kuasa Guru Cemerlang. Kelompok pelajar yang
disasarkan ialah seramai 21 orang yang terdiri daripada pelajat Tingkatan 5.
Huraian data dan dokumentasi menunjukkan pentadbir telah berjaya menjadikan
projek ini sebagai projek contoh sekolah. Amalan-amalan pengurusan pengetua
juga dibuat pemerhatian dan kaitannya dengan teori dan gaya kepimpinan.
8
1. Latar belakang sekolah
1.1 Sejarah SMK Clifford
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford atau nama ringkasnya SMKC
merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 1 Jalan
Lipis-Raub. Sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada tahun 1913 dengan
nama Sekolah Kerajaan Inggeris. Asalnya sekolah ini merupakan sebuah
sekolah kayu beratap nipah yang terletak di Jalan Besar Bandar Kuala Lipis dan
didirikan di atas tanah kepunyaan seorang Saudagar Cina yang terkenal pada
masa itu, iaitu Cheam Tow Luan. Di tapak ini juga didirikan bangunan Syarikat
Cheam See Loo Bros.
Encik V.N.Bartlett yang berasal dari Sri Langka merupakan guru pertama
yang dipertanggungjawab untuk menguruskan sekolah ini. Dalam ertikata lain
beliau juga merupakan pengelola (pengetua) pertama sekolah ini. Pada awal
penubuhannya, enrolmen pelajar hanyalah kira-kira dua belas orang yang
merangkumi semua kaum, iaitu Melayu, Cina dan India. Pada tahun 1914 ,
sebuah bangunan baharu sekolah ini telah dibina di Jalan Batu Kurap bagi
menampung enrolmen murid yang semakin meningkat dan bangunan ini dapat
memuatkan seramai 100 orang murid. Namun bangunan baru tersebut agak jauh
dari lokasi asal sekolah yang ada sekarang. Pada tahun 1919 sebuah lagi
bangunan baru telah dibina di lokasi sekolah yang ada sekarang iaitu di Km 1
Jalan Lipis-Raub. Bangunan baru ini dapat menampung lebih kurang 200 orang
pelajar.
Pada penghujung tahun 1926, banjir besar telah melanda seluruh bandar
Lipis. Akibat kejadian banjir ini bangunan baru yang dibina telah mengalami
kerosakan teruk. Namun, keadaan ini tidak menjejaskan usaha pihak sekolah
untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan hasilnya sekolah ini terus
beroperasi dalam keadaan serba kekurangan terutama dari segi kemudahan
fizikal. Bagi mengatasi masalah kemudahan yang begitu terhad, sebuah
bangunan sementara dibina dengan segera. Namun bangunan tersebut tidak
dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Seterusnya pihak sekolah
9
mengambil inisiatif dengan mengadakan sekolah dua sesi iaitu sesi pagi dan
petang. Seterusnya pada tahun 1928 sebuah bangunan baru dua tingkat telah
dibina oleh pihak kerajaan Inggeris bagi meningkatkan lagi kemudahan
prasarana sekolah. Bangunan ini dikenali sebagai Blok E kerana reka bentuknya
seperti huruf E. Blok ini mengandungi 8 buah bilik darjah dan empat buah bilik
yang lain. Tuan Gabenor Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-
negeri Bersekutu pada masa itu, iaitu Sir Hugh Clifford telah membuka
bangunan itu dengan rasminya pada hari Isnin 9 September 1929. Bermula
daripada tarikh tersebut nama Sekolah Kerajaan Inggeris ditukarkan dengan
rasminya kepada nama Sekolah Clifford Kuala Lipis mengambil sempena nama
tuan Gabnor Sir Hugh Clifford. (Rujuk Lampiran 1 dan 2 : Senarai nama dan
Foto-foto peneraju /pengetua SMK Clifford)
Dalam lipatan sejarah, sekolah ini juga pernah dijadikan markas tentera
Jepun (Kempital) semasa Perang Dunia Kedua (1945). Seterusnya buat pertama
kali, pada tahun 1946, Sekolah Clifford berjaya mengeluarkan calon pertama Sijil
Pelajaran Cambridge dengan peratus kelulusan sebanyak 94.4 %i iaitu antara
peratus kelulusan terbaik pada waktu itu. Pada peringkat awalnya sekolah ini
menampung pelajar dari kedua-dua peringkat iaitu peringkat rendah dan
menengah. Namun, pada tahun 1959 pelajar Sekolah Clifford dipisahkan kepada
dua lokasi yang berbeza iaitu pelajar rendahnya (darjah 1 hingga 6) di tempatkan
di bangunan baru yang dikenali sekarang sebagai Sekolah Rendah Clifford
(SRC) yang terletak berhampiran dengan Jalan Pekeliling Kuala Lipis. Manakala
pelajar peringkat menengah (Tingkatan 1 – 6) di tempatkan di Sekolah Clifford
yang sedia ada.
Kejayaan masa lalu dan masa kini telah menjadikan sekolah ini sebagai
sebuah sekolah yang sentiasa menjadi perhatian pihak Kementerian Pelajaran.
Pada tahun 1996 SMK Clifford telah diisytiharkan sebagai salah sebuah sekolah
premier di Malaysia. Seterusnya pada tahun 1997 sekolah ini telah dipilih
darpada 4 buah sekolah di Pahang untuk menjadi sekolah rintis bagi Sekolah
Model Khas (Sekolah Indera Shahbandar Pahang atau singkatannya SISP).
Sekolah model khas SISP ini ialah hasil cetusan idea Dato Seri Najib b Tun
10
Abdul Razak semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran bagi memberi peluang
kepada pelajar yang cemerlang tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke
Sekolah Berasrama Penuh. Kehadiran sekolah SISP ini telah menjadikan SMK
Clifford , satu-satunya sekolah di daerah Lipis yang mempunyai pelajar dari
Tahun 4 sehinggalah ke Tngkatan 6. SMK Clifford juga merupakan satu-satunya
sekolah yang melalui keempat-empat peperiksaaan awam iaitu UPSR, PMR,
SPM dan STPM. Tahun 2003 sekali lagi Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memilih SMK Clifford sebagai sekolah angkat untuk program KPM-Intel. Pada
tahun 2009 SMK Clifford diberi penarafan sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan. Tahun 2010 pula SMK Clifford sekali lagi diberi penghormatan
dengan diiktiraf sebagai Sekolah Warisan Sejarah, malahan bangunan Blok E
di sekolah tersebut telah didaftarkan sebagai Bangunan Warisan Negara.
Pengiktirafan ini menjadikan SMK Clifford sebagai salah satu lokasi lawatan
pelancong ke daerah Lipis Penerimaan pelbagai status dan penarafan ini
menjadikan SMK Clifford berada dalam kelompok sekolah yang tersendiri dan
unik lagi istimewa.
Foto 1 : SMK Clifford mengekalkan bangunan Kolonial British
11
Foto 2 : Bangunan SMK Clfford pada tahun 1929
12
Foto 3 : Bangunan SMK Clifford pada tahun 2012
Berteraskan kepada ad-sapientiam (Ke arah kearfan) sekolah ini telah
berjaya melahirkan ex-cliffordian yang berjaya dalam pelbagai lapangan di
seluruh negara. Antaranya ialah KDYMM Sultan Haji Ahmad Syah iaitu Sultan
Pahang. Selain itu, negarawan Tun Muhammad Ghazali bin Shafie dan Ishak
Haji Mohammad atau Pak Sako. Tokoh politik yang pernah menuntut di sini ialah
YB Datuk M.Kayveas di samping ADUN lain yang berkhidmat di Kawasan Lipis
ini hampir kesemuanya merupakan bekas pelajar SMKC. Sekolah ini juga
berjaya melahirkan tokoh-tokoh korporat seperti Ybhg Tan Sri Radin Soenarno
Al-Haj (Renong/Plus), YH Dato’ Mohd Ali Hassan (RHB Bank) dan YH Dato’
Mohd Ismail (Pembinaan Jayabumi Sarawak) malah penyanyi nombor satu
negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza juga merupakan bekas pelajar sekolah ini.
Foto 4 : Ex- Cliffordian 1
Nama Tokoh : KDYMM Sultan Hj.Ahmad Shah
Jawatan : Sultan Pahang
13
Foto 5 : Ex-Cliffordian 2
Nama Tokoh : Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako)
Pekerjaan : Wartawan / Penulis / Aktivis Politik.
Foto 6 : Ex –Cliffordian 3
Nama Tokoh : Datuk Siti Norhaliza Tairuddin
Pekerjaan : Penyanyi / Ahli Perniagaan.
14
1.2 Motto Sekolah
AD SAPIENTIAM
Bermaksud :
Ke Arah Kearifan
Motto ini tertera pada lencana sekolah. Gajah sebagai haiwan maskot yang
melambangkan binatang yang arif dan berani.
1.3 Visi dan Misi
VISI
SMK Clifford Kuala Lipis Pahang Berhasrat Menjadi Sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Gemilang
Menjelang Tahun 2013
MISI
SMK CLIFFORD KUALA LIPIS PAHANG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
BERKEYAKINAN VISI TERSEBUT DAPAT DICAPAI MELALUI :
1. Pencapaian 100 % dalam Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
2. Peningkatan Gred Purata sekolah (GPS) 3. Peningkatan Kuantiti Pelajar Cemerlang Semua A 4. Peningkatan Kecemerlangan Sahsiah Dan Kemenjadian
Murid 5. Peningkatan Kecemerlangan Kokurikulum
1.4 Objektif
Objektif yang digariskan oleh sekolah ialah :
o Mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum
o Mewujudkan semangat patriotisme dan jati diri pada setiap pelajar
o Menyemai semangat setia kawan ke arah kecemerlangan diri, sekolah
dan masyarakat
15
1.5 Falsafah dan Nilai
Falsafah yang dipegang oleh SMK Clifford adalah :
Pengurusan Berkualiti
Falsafah ini menekankan kepada 8 Prinsip Pengurusan Berkualiti yang perlu ada
dan diamalkan oleh setiap warga sekolah seperti berikut ;
1. Tumpuan kepada pelanggan
Pelanggan merupakan sebabnya wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu
organsasi perlu dapat melebihi ekspektasi pelanggan 2. Kepimpinan
Pengurusan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan ianya masih sesuai dan berkesan.
3. Penglibatan anggota organisasi Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi.
Penglibatan dan kompetensi anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.
4. Pendekatan proses Pendekatan proses bermakna input, proses trasformasi input-input ini dan output kepada proses trasformasi itu dikenal pasti. Hasil yang dihasratkan, iaitu output daripada proses trasformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat diuruskan mengikut pendekatan proses.
5. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubungkait dikenal pasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.
6. Penambahbaikan secara berterusan Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif tetap organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskan dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hadil audit penganalisisan ke atas data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.
7. Pendekatan membuat keputusan berdasarkan fakta Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya keputusan-keputusan ini lebih berkesan.
8. Hubungan dengan pelanggan untuk faedah bersama Organisasi dan pelanggannya saling bergantungan antara satu sama lain. Hubungan yang baik akan membawa faedah dan meningkatan prestasi kedua-dua belah pihak.
16
Nilai Lima Nilai Budaya yang hendak diamalkan dan diterapkan oleh Sekolah Iaitu :
Hormat-Menghormati, Kasih Mengasihani Bertoleransi Belajar Sepanjang Hayat Berketerampilan Dan Kemas Amalan Kebersihan Kesopanan
1.6 Piagam Pelanggan
SMK Clifford menjanji kepuasan kepada pelanggan dengan berpegang kepada
Piagam Pelanggannya seperti berikut.
Bagi mencapai matlamat menjadikan SMK Clifford sebagai sebuah sekolah
gemilang, kami dengan penuh azam dan iltizam berikrar akan menyempurnakan
hak-hak pelanggan kami seperti berikut:
Mendapat pendidikan sempurna dan seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek
Mengikuti dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara
berkualiti serta profesional
Mendapat peluang mengembangkan bakat dan potensi diri dengan
mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum
Menikmati suasana dan prasarana kondusif untuk membolehkan
mereka belajar dengan sempurna dan aktif dalam aktiviti-aktiviti
sekolah
Mendapat kasih sayang yang sewajarnya sebagai pelajar yang
diamanahkan oleh ibu bapa/penjaga
Mendapat perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini
Mendapat layanan mesra dan perkhidmatan yang berkualiti apabila
berurusan dengan pihak sekolah
Bersedia memberi penerangan dan maklumat yang tepat dan jitu
berasaskan data yang terkini
17
1.7 Lencana Sekolah
Bemula pada tahun 1913 sehingga kini lencana SMK Clifford telah mengalami
tiga kali perubahan rekabentuk. Walaupun terdapat perubahan dari segi
rekabentuk dan warna namun ciri-ciri asal lencana seperti lambang gajah , pelita
dan motto ad-sapentiam masih dikekalkan.
Rajah 1 : Bentuk Lencana SMKC dan perinciannya.
ERA PENUBUHAN HINGGA TAHUN 70an
80an - KINI
LAMBANGLAMBANG MAKSUDMAKSUD
Gajah Kekuatan
Pelita menyala Sinar Pembelajaran
7 batang tonggak Kebijaksanaan
Warna Kuning Taat kepada Raja
Warna Biru Penyayang
Warna Putih dan Hitam Warna Bendera Negeri
Ad Sapientiam Ke Arah Kearifan
LAMBANGLAMBANG MAKSUDMAKSUD
Gajah Kekuatan
Pelita menyala Sinar Pembelajaran
7 batang tonggak Kebijaksanaan
Warna Kuning Taat kepada Raja
Warna Biru Penyayang
Warna Putih dan Hitam Warna Bendera Negeri
Ad Sapientiam Ke Arah Kearifan
18
1.8 Struktur Organisasi
Struktur organisasi pentadbiran SMK Clifford bawah pimpinan pengetua yang ke
27 iaitu En.Haidzir b Hussin , dapat dirujuk pada Lampiran 3 dan 6
1.9 Pelan Lokasi
SMK Clifford terletak 1 KM dari bandar Lipis dan 2 KM dari Pejabat Pelajaran
Daerah Lipis. Sekolah ini, dilingkari oleh sungai Lipis di bahagian timur dan
utara. Oleh itu, tidak hairanlah sekolah ini kerap kali dilanda banjir dalam sejarah
silammya. (Lampiran 4)
Foto 7 : Lokasi SMK Clifford pandangan dari udara.
Rajah 2 : Peta lokasi SMK Clifford
19
1.10 Kemudahan Fizikal
Dengan keluasan kawasan yang terhad iaitu berjumlah 12 ekar (4.86 hektar), serta keadaan persekitaran yang berhampiran dengan sungai SMK Clifford masih mempunyai kemudahan fizikal yang baik serta kondusif untuk ditawarkan kepada warga sekolah dan komuniti sekitarnya. Jadual berikut ialah kemudahan-kemudahan yang ada di SMK Clifford. ( Lampiran 11)
JADUAL 2 : Senarai Kemudahan yang ditawarkan oleh SMKC
Bil Kemudahan fizikal Jumlah
1. Bilik Darjah 39
2. Makmal Biologi 1
3. Makmal Fizik 1
4. Makmal Kimia 1
5. Makmal Sains (Am) 2
6. Makmal Komputer 2
7. Makmal Bahasa 1
8. Pusat Akses 1
9. Bilik Ekonomi Rumahtangga 2
10. Bengkel Kemahiran Hidup 2
11. Bengkel Teknologi Kejuruteraan 1
12. Bilik Lukisan Kejuruteraan 1
13. Bilik Pusat Sumber/Perpustakaan 3
20
14. Bilik Cetak 1
15. Surau 1
16. Bilik APD 1
17. Bilik Muzik 1
18. Bilik Pendidikan Seni 2
19. Bilik Matematik 1
20. Bilik / Kedai Koperasi 1
21. Bilik Bimbingan dan Kaunseling 2
22. Bilik Skim Pinjaman Buku Teks 1
23. Bilik Mesyuarat 1
24. Bilik Stor Sekolah 1
25. Bilik Sakit 1
26. Bilik Kesihatan / Pergigian 1
27. Dewan Sekolah 2
28. Bilik Kebal 1
29. Pondok Pengawal 2
30. Bilik Pejabat Am 1
31. Bilik Ketua Bidang / Guru Kanan 1
32. Bilik Guru 1
33. Bilik Pengawas 1
34. Bas 1
35. Gelenggag Bola Sepak 1
36. Gelanggang Bola Jaring 1
37. Asrama 2
1.11 Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)
PIBG SMK Clifford ditubuhkan pada tahun 1973 dan didaftarkan pada 15
Februari 1974. Pemilihan keanggotaan jawatankuasa PIBG sekolah ini dibuat
dua tahun sekali. Oleh itu, pada tahun 2012 ahli jawatankuasanya kekal tanpa
perubahan selepas pemilihan yang dibuat pada 9 April 2011. Tuan Hj.Ismail b
Yunus yang kekal sebagai YDP PIBG telah diamanahkan untuk memikul tugas
21
dan tanggungjawab membantu pihak sekolah sama ada dalam bentuk material
maupun khidmat nasihat bersama-sama 23 ahli jawatankuasa yang lain yang
terdiri daripada 12 orang ibu bapa dan 12 orang ahli guru. Rujuk Lampiran 5.
Sebagai persatuan yang aktif pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh
PIBG SMK Clifford. Jadual 3 memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan
bermula pada 9 April 2011 sehinggan 27 April 2012.
Jadual 3 : Aktiviti PIBG
Bil Aktiviti Tahun 2011
1. Majlis solat hajat, bacaan yasin UPSR,PMR,SPM dan STPM
2. Majlis Restu Kasih UPSR,PMR,SPM dan STPM.
3. Majlis Sambutan Maulidur Rasul
4. Jamuan Sempena Majlis Ibadah Korban
5. Majlis Tahlil Arwah Bapa YDP : Tn.Hj.Ismail b Yunus.
6. Pelancaran derma Ramadhan untuk tabung surau sekolah.
7. Hari Kualiti dan Graduasi
Bil Aktiviti Tahun 2012 Tarikh
1, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 18 Feb 2012
2. Mesyuarat Agung PIBG 25 Feb 2012
3. Majlis Restu Kasih 27 April 2012
22
Foto 8 : Aktiiti PIBG “Majlis Restu Kasih “
Perjumpaan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksan pada tahun
2012 dengan ibu bapa dan guru.
23
BAB 2
2. Statistik
2.1 Enrolmen murid
Kebanyakan pelajar SMK Clifford datangnya dari sekolah-sekolah di sekitar
daerah Lipis. Namun, sebagai sekolah kawalan dalam daerah, SMKC hanya
menerima pelajar-pelajar yang berkualiti dan mempunyai pencapaian yang baik
sama ada dalam keputusan UPSR, PMR dan SPM. Contohnya, kemasukan ke
tingkatan 1 memerlukan pelajar memperolehi sekurang-kurangnya 3A2B dalam
keputusan UPSR manakala kemasukan ke Tingkatan 4 pelajar sekurang-
kurangnya mencapai keputusan minima 3A dalam PMR. Syarat kemasukan yang
ketat ke SMKC ini ternyata telah berjaya mengekalkan kedudukan SMKC
sebagai sekolah terbaik daerah Lipis dalam kebanyakan peperiksaan awamnya
serta menjadi sekolah pilihan pertama ibu bapa di daerah Lipis ini.Enrolmen
murid mengikut tingkatan, jantina dan bilangan kelas dapat dirumuskan seperti
Jadual 5 di bawah :
24
JADUAL 4: Emolumen Pelajar mengikut tingkatan, jantina dan kelas
TAHUN / TINGKATAN L P JUM JUM KELAS
TAHAP 2 TAHUN 4 18 22 40 2
TAHAP 2 TAHUN 5 17 30 47 2
TAHAP 2 TAHUN 6 20 19 39 2
TING 1 31 50 81 3
TING 1 AGAMA 12 31 43 2
TING 2 32 51 83 3
TING 2 AGAMA 16 38 54 2
TING 3 32 38 70 3
TING 3 AGAMA 4 37 41 2
TING 4 KEMANUSIAAN 13 9 22 1
TING 4 SAINS 25 56 81 3
TING 5 KEMANUSIAAN 10 14 24 1
TING 5 SAINS 24 64 88 3
TING 6 BAWAH SAINS 0 0 0 1
TING 6 BAWAH SASTERA 0 0 0 4
TING 6 ATAS SAINS 3 2 5 1
TING 6 ATAS SASTERA 28 51 79 4
JUMLAH 285 512 797 *34
* Jumlah kelas tidak termasuk kelas Tingkatan 6 Bawah yang masih belum
mendaftar masuk.
2.2 Bilangan staf
Sumber manusia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan
sesebuah organisasi. Sebagai sebuah organisasi yang besar, SMK Clifford
mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi untuk melaksanakan
segala tanggungjawab yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. En. Haidzir Bin Hussin selaku pengetua cemerlang DG54 telah dapat
25
melaksanakan urustadbir organisasi dengan baik hasil daripada sokongan
sumber manusia yang ada di sekolah iaitu terdiri daripada 94 orang guru dan 26
orang staf sokongan. Namun , sebagaimana dikebanyakan sekolah harian biasa
bilangan guru dan staf sokongan wanita masih mengatasi bilangan guru dan staf
sokongan lelaki. Jadual 6 di bawah menunjukkan bilangan guru dan staf
sokongan berdasarkan jantina.
JADUAL 5 : Bilangan guru dan staf sokongan mengikut jantina.
Lelaki Perempuan Jumlah
GURU 32 62 94
BUKAN GURU 10 16 26
JUMLAH 42 78 120
Selain itu, kejayaan sesebuah sekolah juga bergantung kepada tahap
kompentensi pegawai-pegawainya dalam bidang masing-masing. Sebagai
sebuah sekolah yang cemerlang, SMKC mempunyai guru-guru yang cukup
terlatih dalam bidang masing-masing berdasarkan gred jawatan yang
disandang.Sebahagian besar guru-guru di sekolah ini berada dalam gred
jawatan DG44 dan DG 41. Kedudukan gred guru –guru di sekolah ini, dapat
dilihat pada jadual 6 di bawah.
JADUAL 6 : Kedudukan guru mengikut Gred
GRED DG54 DG52 DG48 DG44 DG41 DC41 DGA32 JUM
BIL 1 1 9 37 42 1 3 94
Seterusnya SMKC juga mempunyai kelompok guru cemerlang yang agak ramai
bilangannnya. Kekuatan kepakaran guru cemerlang ini sedikit sebanyak telah
26
berjaya menyumbangkan kemajuan kepada sekolah ini. Jadual 7 menunjukkan
bilangan guru cemerlang di SMKC berdasarkan bidang masing-masing.
JADUAL 7 : Kedudukan Guru Cemerlang di SMKC
Nama guru Bidang Gred
Rozline bt Mohd Rosmi Bimbingan dan Kaunsling DG 44
Ashawani bt Che Ahmad Sejarah DG44
Halimatun bt Mohd Nor Bahasa Melayu DG44
Mazlienor b Daud Fizik DG44
Badrul Hisham b Noh Kejuruteraan Awam (LK) DG44
Raja Shukri b Raja Jusoh Geografi DG44
Zamailah bt Zahari Kimia DG44
2.3 Pencapaian Akademik / Kokurikulum
SMK Clifford merupakan sekolah yang sentiasa mencapai kejayaan cemerlang
dalam bidang akademik maupun kokurikulum. Sebagai sebuah sekolah yang
memegang status Sekolah Kluster Kecemerlangan sudah semestinya kekuataan
sekolah ini terletak pada pencapaian akademiknya. Keadaan ini jelas terbukti
apabila SMK Clifford diletakkan dalam kelompok kluster tahap 1 iaitu kelompok
yang mewajibkan sekolah-sekolah dalam kelompok tersebut berada dalam band
1 atau 2. Visi sekolah untuk menjadi Sekolah Kluster Gemilang (Sekolah
Berprestasi Tinggi) menjelang tahun 2013 menjadi semakin jelas berdasarkan
pencapaian yang semakain meningkat terutamanya pada tahun 2011.
Pencapaian UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2011 adalah merupakan
pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah semenjak tahun 2007. Sebagai
sebuah sekolah cemerlang SMK Clifford bukan saja berjaya mengekalkan
pencapaian terbaik peringkat daerah dalam keempat-empat peperiksaan awam,
malahan pernah berada pada ranking teratas daripada 46 buah sekolah
27
menegah di Pahang dan ketiga di peringkat kebangsaan dalam peperiksaan
STPM pada tahun 2009. Jadual 8 di bawah menunjukkan pencapaian SMK
Clifford dalam keempat-empat peperiksaan awan dari tahun 2007 hingga 2011.
Jadual 8 : Pencapaian UPSR,PMR,SPM, STPM Tahun 2007 -2011
PEP/
TAHUN
2007 2008 2009 2010 2011
% (L) GPS %(L) GPS %(L) GPS %(L) GPS %(L) GPS
UPSR 100 1.34 100 1.37 100 1.20 100 1.27 100 1.17
PMR 95.52 1.47 98.06 1.54 100 1.62 97.66 1.55 100 1.36
SPM 100 3.60 100 3.62 100 3.56 100 3.59 100 3.54
STPM 87.50 2.52 92.86 2.92 98.08 2.99 72.37 2.55 100 2.57
SMK Clifford bukan saja berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik malahan berjaya juga dalam bidang kokurikulum. Pada peringkat
daerah SMK Clifford sentiasa menjadi pilihan, untuk mewakili daerah dalam
bidang sukan, persatuan maupun unit beruniform sama ada ke peringkat negeri
maupun kebangsaan. Lampiran 8 menunjukkan pencapaian terbaik
kokurikulum dalam tempoh dua tahun terakhir (2011 -2012) dalam bidang
Sukan. Persatuan dan Unit Beruniform.
2.4 Kejayaan sekolah hingga kini
Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh sekolah semenjak tahun 1913
hingga kini. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh
sekolah ini. Antara kejayaan yang pernah diperoleh oleh sekolah dapat
dilihat dalam jadual berikut.
28
Jadual 9 : Senarai pengiktirafan yang pernah diterima sekolah
Nama Anugerah Tahun Pemberi Anugerah
Anugerah Sekolah
Selamat
1995
Kementerian Pelajaran
Malaysia
Sekolah Primer
1996
Kementerian Pelajaran
Malaysia
Sekolah Model Khas
1997
Kementerian Pelajaran
Malaysia
Anugerah Sekolah
Kluster Kecemerlangan
2009
Kementerian Pelajaran
Malaysia
Sekolah Warisan Negara
2010
Kementerian Pelajaran
Malaysia
Kejayaan-kejayaan ini menjadikan SMK Clifford sentiasa menjadi tumpuan
penanda arasan kepada sekolah di dalam daerah Lipis maupun di negeri
Pahang malahan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Sekolah ini juga sering
menerima lawatan-lawatan kerja daripada pihak Kementeriaan Pelajaran dan
agesi-agensi luar untuk berkongsi kecemerlangannya dalam pelbagai bidang.
29
Foto 9 (i) : Galeri SMKC- Koleksi Anugerah
Foto 9(ii) : Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke SMKC
pada 7 Feb 2012
30
BAB 3
3. Penandaarasan
3.1 Rasional Pemilihan Projek
Dua elemen penting dalam pengiraan skor komposit sekolah ialah
pencapaian gred purata sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan skor
markah daripada penarafan kendiri sekolah yang menggunakan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM). Kaedah pengiraan skor komposit yang meletakkan
wajaran 30 peratus skor berdasarkan SKPM dan 70 peratus skor berdasarkan
GPS telah membuka era baru dalam penentuan kecemerlangan dan kehebatan
sesebuah sekolah. Pemberatan 70 peratus berdasarkan GPS telah mencetuskan
satu fenomena baru sekolah-sekolah di Malaysia apabila semua pemimpin
sekolah berusaha untuk memastikan pencapaian A pelajar dalam setiap mata
pelajaran bertambah. Penghasilan pelajar yang mendapat Straight A di
31
sesebuah sekolah bukan saja dapat menghasilkan GPS yang berkualiti malahan
sebagai satu penandaarasan kehebatan sekolah kepada masayarakt kini.
Sebagai pemimpin sekolah yang mempunyai wawasan yang jelas, iaitu
ingin menjadikan SMK Clifford Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang
2013, penghasilan pelajar yang cemerlang agar dapat melanjutkan pelajaran di
institusi pendidikan terbaik dunia amatlah penting. Personaliti unggul pelajar
yang dapat bersaing dalam semua bidang yang diceburi perlulah dipupuk dan
dibentuk dari peringkat awal lagi. Justru, sebagai sekolah yang sentiasa diberi
kepercayaan oleh pelbagai pihak untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang
dan unggul, SMK Clifford sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak stick
holdernya. Selain daripada keperluan untuk meningkatkan atau mengekalkan
pencapaian skor komposit sekolah agar berada pada tahap cemerlang pihak
sekolah juga bertanggugjawab menghasilkan pelajar straight A sebagai tanda
kemenjadian pelajar sekolah ini dalam bidang akademik.
Keputusan yang kurang memberansangkan dalam pencapaian
peperiksaan awam tahun 2010 juga telah menguatkan lagi semangat pihak
pengurusan sekolah agar mencari satu strategi yang sesuai bagi mengekalkan
kecemerlanagn pencapaian akademik sekolah. Sebagai sebuah sekolah yang
menduduki keempat-empat peperiksaan awam (UPSR,PMR,SPM,STPM),
pemberat 70 peratus GPS untuk menentukan skor komposit tentu saja
memerlukan pencapaian terbaik dalam keempat-empat peperiksaan awam.
Malangnya pada tahun 2010 , pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang
memuaskan dengan peratus lulus 100 peratus,GPS 3.59 serta tidak ada seorang
calonpun yang mendapat straight A. Kemerosotam pencapaian ini berrbanding
tahun 2009 sedikit sebanyak telah menjejaskan skor kompsit sekolah, kerana
SPM menyumbang sebanyak 40 peratus penentu GPS sekolah.
Berdasar kepada faktor-faktor di ataslah, maka pihak sekolah telah
memilih satu program khas untuk menjana lebih ramai pelajar straight A dengan
harapan dapat membantu meningkatkan kualiti pencapaian akademik sekolah
seterusnya mencapai hasrat sekolah untuk menjadi SBT menjelang 2013.
32
Program Kilauan Jauhari dipilih berdasarkan keperluan sekolah untuk
melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti cemerlang dalam Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia seterusnya menyumbang kepada kualiti gred purata sekolah
(GPS). Objektif lainnya adalah untuk melatih dan membimbing pelajar yang
dikenalpasti amat cemerlang agar kosisten dalam pencapaiannya, Selain itu,
program ini juga diharap dapat mendedahkan kepada pelajar-pelajar yang
terlibat agar menguasai budaya belajar yang betul dan efektif. Di samping itu,
pihak sekolah juga berharap program ini dapat membentuk semangat kerja
berpasukan dalam kalangan guru-guru demi kecemerlangan pelajar.
Majlis Guru Cemerlang sekolah telah diberi kepercayaan untuk menerajui
program ini yang melibatkan pelajar-pelajar target sekolah seramai dua puluh
dua orang pelajar Tingkatan 5 dari semua aliran. Program ini berfokus kepada
kawalan budaya belajar yang lebih bersistem dan efektif dalam kalangan pelajar-
pelajar target cemerlang sekolah. Selain itu, program ini juga menitikberatkan
sistem belajar secara personal coaching. Kesimpulannya, program ini lebih
terarah kepada memberi kesedaran kendiri (self-awareness) dalam diri pelajar
agar meningkatkan pencapaian masing-masing dengan berkesan..
3.2 Situasi dan latar belakang projek
Pengumuman keputusan peperiksaan SPM pada 22 Mac 2010 begitu
mengejutkan warga SMK Clifford. Sekolah yang sentiasa menjadi perhatian
Pejabat Pelajaran Daerah Lipis dan Jabatan Pelajaran Pahang gagal
menghasilkan pelajar straight A dan lebih mendukacitakan lagi nilai gred purata
sekolah (GPS) mengalami kemerosotan berbanding tahun 2009. Pada tahun
2009 GPS ialah 3.56 manakala pada tahun 2010 GPS ialah 3.59. Kemerosotan
sebanyak 0.03 ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa
kelompok pelajar yang mendapat A dalam mata pelajaran merosot. Bertitik tolak
dari tarikh keputusan SPM diumumkan, pihak pengurusan sekolah telah
mengambil tindakan proaktif untuk mencari strategi yang berkesan bagi
memastikan keputusan seperti SPM 2010 tidak berulang lagi. Pada akhir bulan
Mac 2011 pihak pengurusan tertinggi sekolah yang terdiri daripada pengetua,
33
semua penolong kanan, guru kanan dan kaunselor telah mencapai kata sepakat
untuk melaksanakan satu program yang sesuai bagi meningkatkan pencapaian
A dalam kalangan pelajar iaitu Program Kilauan Jauhari.
Pada 5 April 2011 mesyuarat pertama telah dilaksanakan bagi melantik
ahli jawatakuasa seterusnya menentukan senarai kelompok pelajar serta guru
yang terlibat. Tarikh 12 April 2011 senarai nama pelajar yang terlibat dalam
program telah dikemukakan kepada jawatankuasa dan perjumpaan pertama
antara kelompok pelajar yang terpilih dengan pihak pentadbir dan guru telah
dilaksanakan pada 23 April 2011. Seterusnya tempoh aktiviti yang dirancang dari
11 April sehingga hari peperiksaan SPM 2011 pada bulan November
dilaksanakan dengan jayanya.
Selaku pemimpin yang berpengalaman En.Haidzir b Hussin telah
mencetuskan idea untuk melaksanakan program ini. Isu kemerosotan dalam
pencapaian SPM bagi beliau bukan satu masalah tetapi cabaran yang perlu
dihadapi dengan pemilihan strategi yang tepat dan berkesan. Konsep pemikiran
reflektif yang digunakan telah membantu beliau mengenalpasti dengan jelas
punca masalah sebenar yang dihadapi dan cara untuk menyelesaikannya. Beliau
berpendapat mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca masalah amat
penting dilaksanakan selain memberikan garis panduan yang menjadi kriteria
jalan penyelesaian masalah kepada kumpulan guru yang dipertanggungjawab
untuk melaksanakan program ini. Hasil temubual, beliau memaklumkan bahawa
kelompok guru yang paling tepat untuk memikul tanggungjawab ini ialah
kelompok guru cemerlang yang diketuai oleh En.Mazlenor b Daud. Menurut
beliau, guru cemerlang berperanan membantu pihak sekolah dengan program
yang berkualiti kerana mereka adalah kelompok guru yang diiktiraf kepakarannya
oleh Kementerian Pelajaran di samping guru-guru mata pelajaran yang lain.
Menurut En.Haidzir b Hussin program ini dipilih oleh pihak sekolah
berdasarkan kepada beberapa faktor. Antara faktornya ialah kemerosotan dalam
pencapaian keputusan SPM 2010 yang menyaksikan kemerosotan GPS dari
3.56 pada tahun 2009 kepada 3.59 dalam tahun 2010. Malahan pada tahun 2010
juga SMK Clifford gagal melahirkan pelajar straight A berbanding dalam tahun
34
2009 pelajar straight A ialah seramai 2 orang. Selain itu, meskipun ada empat
peperiksaan awam yang perlu ditempuhi oleh pihak sekolah namun, SPM adalah
penyumbang peratus terbanyak dalam GPS bagi pengiraan skor komposit
sekolah. SPM menyumbang sebanyak 40 peratus berbanding UPSR (30%),
PMR (25%) dan STPM (5%). Hal ini menyebabkan pihak sekolah perlu membuat
sesuatu agar GPS SPM berada pada tahap yang lebih baik, seterusnya
menyumbang kepada penarafan sekolah yang lebih baik memandang SMK
Clifford berada dalam kelompok sekolah kluster. Sebagai sekolah kluster
penurunan band sekolah dari band 2 pada tahun 2009 kepada band 3 pada
tahun 2010 memberikan impak yang besar kepada pihak sekolah lebih-lebih lagi
dalam usaha pihak sekolah untuk mencapai visi menjadi Sekolah Berprestasi
Tnggi menjelang tahun 2013. Oleh itu, untuk memperoleh GPS yang lebih baik
peratus pencapaian A pelajar perlulah ditingkatkan.
Faktor seterusnya, SMK Cifford juga merupakan sekolah kawalan,
bermakna pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah ini dipilih
dalam kalangan mereka yang mendapat sekurang-kurangnya 3A2B dalam
UPSR dan 4A atau 5A dalam PMR. Oleh itu, adalah tidak wajar jika pihak
sekolah gagal menghasilkan pelajar yang berkualiti dalam peperiksaan SPM.
Persaingan yang sengit antara daerah di negeri Pahang juga menyebabkan
pihak pelajaran daerah meletakkan harapan yang tinggi kepada SMK Clifford
untuk membantu daerah dari segi pencapaiannya. Sekolah juga mempunyai
sumber manusia yang mencukupi untuk melaksanakan pelbagai program
peningkatan kualiti pelajar bahkan sebahagian besar daripada guru-guru SMK
Clifford menjadi pakar rujuk dalam mata pelajaran tertentu pada peringkat
daerah seperti subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Fizik dan beberapa subjek lain
lagi. Oleh itu kegagalan pelajar untuk mendapat A dalam subjek –subjek killer
seperti Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan tentu saja boleh diatasi dengan
mudah jika satu strategi bersepadu dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Dalam membina strategi yang sesuai, kelompok yang terlibat secara
langsung dalam merancang program ini tentulah pihak pengurusan tertinggi
sekolah yang terdiri daripada pengetua, penolong kanan , guru kanan dan
35
kaunselor. Pada peringkat ini pengetua selaku pemimpin sekolah telah membuat
‘wake-up call’ kepada kumpulan ting tang ini agar sama-sama mencari jalan
penyelesaian yang cepat dan berkesan bagi memastikan pencapaian A pelajar
dalam SPM 2011 meningkat. Satu perjumpaan profesional dengan kelompok ting
tang telah dilakukan oleh pengetua dengan fokus perbincangan berdasarkan
cadangan beliau untuk melaksanakan program khas bagi pelajar-pelajar
cemerlang sekolah. Dalam perbincangan ini, kelompok ting tang sekolah
bersetuju sebulat suara untuk memberikan tanggungjawab melaksanakan
program ini kepada Majlis Guru Cemerlang sekolah.
Seterusnya pada 5 April 2011, mesyuarat jawatan kuasa Program Kilauan
Jauhari telah dilaksanakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh
pengetua. Dalam mesyuarat ini, pengetua menjelaskan tentang hala tuju sekolah
dan target yang ingin dicapai pada tahun 2011. Seterusnya pengetua
memberikan kepercayaan kepada pengarah projek iaitu En.Mazlenor b Daud
(Pengerusi Majlis Guru Cemerlang SMKC) untuk membentangkan kertas kerja
program. Pembentangan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua ahli
jawatankuasa tentang objektif program, agihan dan bidang tugas , kos ,
kumpulan sasaran serta jadual pelaksanaan program. Makluman program
kepada semua ahli jawatankuasa ini penting bagi memastikan semua ahli
jawatankuasa yang terlibat faham dan jelas tentang bidang tugas yang perlu
dilaksanakan serta komitmen yang perlu diberikan.
Dalam mesyuarat ini juga senarai nama 21 orang pelajar yang terlibat
telah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa. Jawatankuasa juga bersetuju
untuk memilih 11 orang pelajar daripada kelompok 21 orang tersebut sebagai
pelajar yang disasarkan mendapat straight A+ dalam semua subjek yang diambil
manakala 10 lagi mendapat straight A..Senarai nama serta foto pelajar yang
terlibat dipamerkan di papan kenyataan sekolah sebagai satu promosi dan
motivasi bahawa pihak sekolah khasnya pengetua begitu serius dalam usaha
untuk meningkatkan pencapaian pelajarnya. Selain itu, tindakan ini juga
bertujuan untuk mendedahkan kepada semua warga sekolah agar menyokong
program yang dilaksanakan. Seterusnya, kos pengendalian program seperti
36
bayaran cetakan bahan, bayaran guru-guru kelas tambahan serta lain-lain kos,
pihak sekolah telah mendapatkan kerjasama sepenuhnya daripada pihak PIBG
yang sanggup untuk menampung kos program ini. Jadual 10 menunjukan
perjalanan Program Kilauan Jauhari yang dilaksanakan.
Jadual 10 : Pelaksanan Program Kilauan Jauhari.
Bil Perkara/ Aktiviti Tarikh/Tempoh Tindakan / Catatan
1. Mesyuarat Pengurusan Mac 2011 Pengetua
2. Mesyuarat J/K Kerja 5 April 2011 En.Mazlenor
3. Pemilihan mentee (pelajar) ,
mentor dan fasilatator (guru)
1- 5 April 2011 GPK/J/K
Peperiksaan/
Kaunselor/
4. Majlis Akujanji dan penyerahan
mentee kepada mentor
23 April 2011 J/K Kilauan Jauhari
Pelajar target
Guru m/pelajaran
5. Perjumpaan mentor dan mantee
(Laporan perjumpaan direkod)
1 x seminggu (hari
Jumaat -10 minit)
Pelajar (mentee)
Guru (mentor)
6. Kelas bersama fasilitator
(Modul khas disediakan)
Setiap hari
(April –Nov 2011)
Guru fasilitator (m/p
kritikal pelajar)
37
Foto 10 : Mesyuarat J/Kkerja Kilauan Jauhari yang dipengerusikan
En.Mazlenor b Daud
Foto 11 : Kumpulan guru dan pelajar program Kilauan Jauhari
Foto 12 : Majlis penyerahan fail mantee oleh pengetua En.Haidzir b Hussin
38
Foto 13 : Mentor (guru) bersama mantee (pelajar)
Foto 14 : Akujanji dibuat oleh kumpulan pelajar Kilauan Jauhari
39
Foto 15 : Aktiviti bersama fasilitator pada waktu malam.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai kejayaan yang
cemerlang baik dari segi perancangan, pelaksanaan dan pencapaiannya. Dari
segi perancangan, didapati pengetua dan jawatan kuasa kerja telah
melaksanakan perancangan dengan begitu teliti , ini termasuklah dari segi
penyediaan kertas kerja yang lengkap serta jadual kerja yang ditetapkan.
Mesyuarat perancangan dan letak kerja juga dilaksanakan dengan sistematik.
Selain itu, proses pelaksanaan juga dijalankan dengan kemas dan teliti apabila
majlis pelancaran dilaksanakan dan setiap pelajar dibekalkan dengan
dokumentasi yang lengkap. Tugas-tugas pemantauan program turut
dilaksanakan oleh pihak pengetua dengan dibantu oleh penolong kanan serta
guru kanan. Laporan berkala juga dilaksanakan pada setiap kali post-mortem
peperiksaan dan perjumpaan mentor dengan mantee.
Dapatan daripada keputusan SPM 2011 juga membuktikan bahawa
program ini telah berjaya mencapai target yang diletakkan oleh pihak sekolah
40
iaitu menghasilkan pelajar straight A walaupun gagal mencapai sasaran program
yang meletakkan 11 orang calon untuk mendapat straight A+. Namun,
pencapaian SPM 2011 yang diperoleh sudah cukup membanggakan bahawa
program Kilauan Jauhari telah berhasil mencapai objektifnya. Jadual di bawah
menunjukkan perbandingan pencapaian SPM dari tahun 2007 hingga 2011.
Jadual 11 : Perbandingan pencapaian SPM 2007 - 2011
Tahun/ Item 2007 2008 2009 2010 2011
% Lulus 100 100 100 100 100
GPS 3.60 3.62 3.56 3.59 3.54
Straight A 3 0 2 0 6
Nota : 1 pelajar mendapat straight A+ (10 A+)
Jadual 12 : Keputusan SPM 2011 pelajar program Kilauan Jauhari
Bil Nama Pelajar TOV SPM 2011
1. Kwong Kien Yi 3A+5A2B 10 A+
2. Amir Arif b Azhar 6A3B1G 10 A
3. Chew Jern Ken 6A1B1C1D 10A
4. Nurfarain bt Mustafa 3A3B3C1D 10A
5. Muhamad Syazwan b Md Som 4A3B2C 9A
6. Mustaffa Kamal b Abd Rahim 2A6B1D 9A
7. Tan Yi Sing 3A4B2G 9A2B
8. Norsafwan b Nordin 4A2B1G 9A1B
9. Siti Anis Adiba Mustafa Kamar 4A4B1C 9A1B
10. Nor Zafirah bt Abd Rahman 4A3B2C 8A2B
11. Wan Norfaizaton Wan Zameri 3A3B2C2D 7A2B1C
12. Mas Awanis Mohd Shah Budin 3A4B1C1D 7A2B
41
13. Noor Shakirah bt Mohd Rosli 3A4B2C 7A2B
14. Nor Izzati Fikrah bt Aris 2A2B4C1G 7A2B
15. Nur Liyana bt Rozikin 1A4B1C3D 7A2B
16. Nor Ain Hidayah Abd Wahab 2A4B1C2D 7A1B1C
17. Fatin Amirah Nurulien Hata 2A3B3C1D 7A1B1C
18. Syuhada bt Hassan 2A4B3C 6A3B
19. Nur Hanis Bazarudin 3A3B3C 6A3B
20. Norfaizira bt Baharudin 2A4B2C1D 6A2B1C1D
21. Nur Balqis Idayu Mahmad
Raseh
2A3B2C2D 5A3B1C
Jadual 11 menunjukkan pencapaian SPM 2011 ialah pencapaian terbaik
semenjak tahun 2007 sama ada dari segi GPS maupun jumlah jumlah pelajar
yang mendapat straight A. Demikian juga dalam jadual 12 memaparkan
pencapaian pelajar-pelajar program Kilauan Jauhari yang mepunyai jumlah A
lebih baik berbanding dengan TOV. 28 peratus atau 6 orang pelajar telah bejaya
mendapat straight A berbanding 0% pada SPM 2010 manakala 100 peratus
pelajar program ini mendapat sekurang-kurangnya 5 A ke atas. Skor komposit
sekolah pada tahun 2011 juga menunjukkan peningkatan yang ketara
berbanding dengan pencapaian skor komposit pada 2010. Peningkatan
sebanyak 6.69 secara tidak langsung melayakkan SMK Clifford dicalonkan untuk
menerima ‘new deal’ pada tahun 2012. . Jadual 12 menunjukkan skor komposit
yang diperoleh pada tahun 2011 berbanding 2010. Peningkatan jumlah A yang
diperoleh oleh pelajar terutama pelajar dalam kelompok cemerlang telah
meingkatkan skor 40 peratus GPS (SPM) dalan pengiraan skor koposit iaitu dari
24 % pada tahun 2010 kepada 24.28 % pada tahun 2011 (Rujuk jadual 14)
Jadual 13 : Skor komposit 2010 -2011 SMK Clifford
PERKARA 2010 2011
42
SKPM 95.00 96.00
(30%) 28.50 28.80
GPS 69.80 78.97
(70%) 48.89 55.28
Skor
Komposit
77.39 84.08
Jadual 14: Agihan peratus skor GPS mengikut peperiksaan
Kesimpulannya, program Kilauan Jauhari telah berjaya menaikkan
kembali nama sekolah, secara tidak langsung menyerlahkan kebijaksanan
pengetua selaku pemimpin dalam mengatur strategi yang tepat dan sesuai
dengan permasalahan atau cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Foto 16 : Pelajar straight A+ bergambar bersama pengetua dan penjaga
selepas keputusan SPM diumumkan.
UPSR (30%) 1.27 27.90 1.17 28.73
PMR (25%) 1.55 21.50 1.36 22.75
SPM (40%) 3.59 24.00 3.54 24.28
STPM (5%) 2.55 3.20 2.57 3.22
43
Foto 17 : Kumulan pelajar cemerlang dalam program Kilauan Jauhari
bergambar bersama pengetua selepas keputusan SPM diumumkan.
KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN :
Berita kejayaan pelajar straight A+ (Kwong Kiew Yi)
44
45
3.3 Peluang dan cabaran
Pelaksanaan program Kilauan Jauhari sememangnya dilaksanakan
dengan penuh komitmen oleh semua pihak yang terlibat, Keupayaan pengetua
memotivasikan sama ada guru, pelajar maupun warga sekolah yang lain
memang tidak dinafikan. Keadaan ini jelas dapat dilihat apabila pengetua
sebagai tonggak kepimpinan sekolah berjaya menterjemahkan visi sekolah
dengan tepat melalui pelbagai cara kepada semua warga sekolah. Visi dan misi
sekolah dihayati bersama oleh warga sekolah apabila sering diperkatakan di
ruang-ruang yang ada seperti semasa perhimpunan rasmi, perjumpaan
mingguan bersama staf sokongan dan juga guru. Kesungguhan pengetua dalam
memastikan visi menjadi sumber inspirasi kepada semua pihak untuk
menyumbang dan berkerja sebagai satu pasukan amatlah bermakna bagi
kejayaan program ini. Selain itu, sikap pengetua yang sentiasa menghargai
sumbangan semua pihak juga ,menjadi pemangkin kepada kejayaan projek ini
Keterbukaan pengetua menerima cadangan dan pandangan pelbagai pihak
tentang kelemahan pelaksanaan program-program kecemerlangan pelajar pada
masa lalu memberikan peluang kepada guru menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Selain itu, warga sekolah juga sedar bahawa mereka bertangungjawab
untuk menjaga nama baik sekolah. Status sekolah kluster dan sekolah model
khas ini mendorong guru-guru serta pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek ini
lebih bertanggungjawab kerana harapan semua warga sekolah diletakkan
kepada mereka selepas kegagalan sekolah dalam SPM tahun 2010. Komitmen
pihak PIBG juga memberi impak besar kepada warga sekolah untuk
melaksanakan projek ini. Sumbangan PIBG dalam menanggung kos pencetakan
dan bayaran saguhati untuk tenaga pengajar dalam projek ini, telah berjaya
menaikkan semangat guru untuk terus menjalankan tugasan yang diberi dengan
bersungguh-sungguh.
Unsur karisma yang ada pada diri pengetua , secara tidak langsung
memudahkan beliau mendapat sokongan daripada warga sekolah bagi
melaksanakan projek ini. Kepakaran dan pengalaman beliau sebagai pengetua
selama lebih sepuluh tahun berjaya meraih kepercayaan seluruh warga sekolah
46
agar menyokong projek ini. Kepakaran beliau dalam merancang pengurusan
projek seperti membentuk jawatakuasa bertindak seterusnya, memberikan idea
cara pelaksanaan dan bantuan sumber kewangan mewujudkan suasana yang
lebih mudah kepada guru-guru yang mengendalikan projek ini. Ciri-ciri peribadi
pengetua yang sentiasa murah dengan penghargaan juga berjaya
mempengaruhi semua pihak yang terlibat dalam projek ini untuk terus berusaha
walaupun tempoh pelaksanaan projek ini agak lama. Menurut Ainon Mohd
(2006) “ manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang pandai
memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah
menerima pengiktirafan, pujian dan penghargaan daripada seseorang akan
bersikap lebih terbuka dan mudah menerima nasihat atau arahan yang
diberikan”.
Penggunaan kata-kata positif pengetua semasa membincangkan
kegagalan sekolah dalam SPM 2010 serta pencapaian TOV 2011 yang tidak
membanggakan juga membuat guru dan pelajar tidak berasa disalahkan. Rasa
dan emosi guru dijaga agar tidak wujud rasa tidak puas hati ataupun kecewa,
kerana rasa sakit hati atau kecewa boleh menimbulkan konflik seterusnya
mengagalkan projek yang akan dilaksanakan. Pengetua juga beruntung kerana
mempunyai barisan guru yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada
kepimpinan sekolah serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan apa-apa
jua projek sekolah. Keadaan ini mungkin disebabkan SMK Clifford telah
menerima puluhan pemimpin dan telah menjadi budaya sekolah agar
menyokong sesiapa yang menerajui sekolah demi kemajuan dan kecemerlangan
sekolah. Budaya kerja berpasukan juga telah lama wujud di sekolah ini kerana
setiap guru terlibat dalam banyak tugas sampingan, oleh itu wujud sikap bantu
membantu antara satu sama lain termasuklah dalam melaksanakan projek
Kilauan Jauhari ini.
Projek Kilauan Jauhari ini memang menjadi harapan pengetua agar
berjaya membawa perubahan kepada masa depan pelajar, guru dan sekolah.
Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada barisan guru cemerlang sekolah
agar dapat menggunakan segala kepakaran dan kemahiran untuk membantu
47
guru dan pelajar meningkatkan kemampuan masing-masing. Peluang dan
kepercayaan yang diberikan kepada barisan guru cemerlang sekolah ini diharap
tidak dipersia-siakan kerana kredibiliti mereka akan terserlah apabila projek ini
berjaya dilaksanakan. Selain itu, pengetua juga menaruh harapan yang tinggi
kepada barisan pelajar cemerlang yang dipilih oleh pihak sekolah. Sebagai orang
yang mencetuskan idea ini, beliau amat berharap keputusan SPM 2011 menjadi
keputusan yang terbaik dalam tempoh lima tahun. Harapan beliau agar ada
pelajar yang mendapat straight A memandangkan kualiti pelajar PMR yang
masuk ke SMK Clifford adalah dalam kalangan pelajar cemerlang.
Tahun 2010 ialah tahun pertama beliau menerajui SMK Clifford, oleh itu
masih agak sukar untuk beliau membuat tranformasi sama ada dari segi idea
maupun pelaksanaan program. Namun, tahun 2011 merupakan tahun beliau
menguji kemampuannya untuk membuat tranformasi demi mengekalkan
kecemerlangan sekolah dalam semua aspek. Oleh itu, projek Kilauan Jauhari
dianggap sebagai projek sulung beliau untuk membuat satu lonjakan saujana
dalam kecemerlangan sekolah. Beliau juga berharap agar projek Kilauan Jauhari
ini terus diusahakan oleh pihak sekolah dan dibuat penambahbaikan dari
semasa ke semasa. Pihak PIBG juga diharap dapat terus memberi sumbangan
sama ada dalam bentuk wang maupun khidmat nasihat bagi projek ini.
Bagi menjayakan projek Kilauan Jauhari ini, pihak kepimpinan sekolah
sentiasa memberi sokongan moral. Sebagai contoh, semua penolong kanan
mempunyai mantee masing-masing. Kepimpinan sekolah berjaya membenuk
budaya kerjasama tanpa mengira status jawatan masing-masing. Keadaan ini
berjaya memotivasikan para guru kerana beban tugas dikongsi bersama.
Demikian juga dalam agihan pelajar kepada guru-guru mentor, pemilihan mentor
tidak berdasarkan latar belakang bangsa pelajar tetapi sebaliknya berdasarkan
kekuatan dan kelemahan pelajar dalam satu-satu subjek. Hal ini, membentuk
satu unsur kesepaduan dalam kalangan warga sekolah kerana diberi
tanggungjawab berdasarkan kepakaran masing-masing secara tidak langsung
memotivasikan mereka untuk melaksanakan projek tersebut. Sistem agihan
tugas juga dilaksanakan dengan saksama. Seorang guru hanya mempunyai
48
seorang mentee untuk dijaga, manakala bebanan subjek kritikal dikongsi pula
dengan fasiltator yang dilantik. Suasana budaya kerja berpasukan ini banyak
membantu meringankan beban tugas guru yang terlibat dalam projek ini.
Tekanan dan bebanan tugas menjaga seorang pelajar cemerlang dikongsi
bersama dan berjaya membina motivasi pasukan yang diberi tanggungjawab.
Pengetua juga berusaha memotivasikan para guru dan pelajar yang
terlibat dalam program ini dengan cara memberi penghargaan dalam bentuk
pengiktirafan. Pelajar-pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan
dalaman sekolah diberi penghormatan dengan anugerah sijil kecemerlangan
semasa perhimpunan rasmi sekolah. Usaha-usaha guru juga dihargai dengan
cara pengetua turut serta dalam program-program yang dilaksanakan oleh guru
seperti kelas tambahan pada waktu malam. Kehadiran pengetua pada waktu-
waktu yang tidak dijangkakan oleh guru sedikit sebanyak menaikkan semangat
mereka untuk terus berusaha kerana rasa bangga dan hormat kepada ketua
yang begitu komited. Pengetua juga berjaya meyakinkan pihak pelajaran daerah
yang program Kilauan Jauhari merupakan program yang baik. Oleh itu, pihak
PPD telah membawa projek ini untuk dilaksanakan di peringkat daerah dengan
nama Kilauan Emas. Kejayaan pihak sekolah menjadikan program ini sebagai
program contoh di daerah Lipis sekali lagi memotivasikan guru dan pelajar yang
terlibat agar memastikan program ini benar-benar berjaya.
Perubahan yang ketara apabila projek ini dilaksanakan ialah pelajar yang
dipilih dalam kelompok Kilauan Jauhari menjadi lebih bertanggungjawab dalam
membentuk budaya belajar yang berkesan. Mereka lebih peka dengan hala tuju
dan keupayaan masing-masing untuk mencapai kejayaan. Keadaan ini dapat
dilihat apabila pelajar mula tahu untuk meletakkan target masing-masing dalam
setiap ujian yang akan diduduki. Perubahan seterusnya ialah, semangat bersaing
secara sihat dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Setiap pelajar
berusaha untuk mengatasi satu sama lain dan budaya belajar secara
berkumpulan mula berkembang dalam kelompok pelajar ini. Dapatan ini
berdasarkan laporan mentor tentang budaya belajat mantee masing-masing.
49
Risiko yang dihadapi pula ialah, kekangan masa yang dihadapi oleh guru
yang bertindak sebagai mentor dan fasilitator. Setiap guru mempunyai komitmen
yang banyak terutama guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan. Seringkali
mereka tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada mantee masing-
masing. Jumlah waktu yang terhad untuk sesi perjumpaan antara mentor dan
mantee juga menghalang pelajar mendapat bimbingan yang sepenuhnya
daripada mentor mereka. Halangan ini walau bagaimanapun dapat diatasi
dengan cara mentee mencari waktu-waktu tertentu untuk bersama mentor iaiitu
tidak terikat dengan jadual pelaksanaan yang disediakan oleh jawatankuasa
Kilauan Jauhari. Selain itu, ada juga dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam
program ini tidak hadir dalam kelas-kelas khas yang dikendalikan oleh fasilitator.
Keadaan ini menyukarkan para fasilitator untuk mengawasi perkembangan
pencapaian pelajar dalam subjek kritikal mereka secara berkala. Namun,
jawatankuasa Kilauan Jauhari mengambil jalan yang lebih proaktif dengan
menyediakan modul-modul latihan yang sesuai dengan kemampuan pelajar.
Pelajar-pelajar bebas untuk berjumpa dengan fasilitator masing-masing
sekiranya bermasalah dalam menjawab latihan yang disediakan dalam modul
tersebut. Sikap pengetua yang memberi kepercayaan kepada jawatankuasa
projek untuk mengubahsuai jadual pelaksanaan berdasarkan situasi membantu
menjadikan projek ini terus dapat dilaksanakan sehingga bulan November 2011.
3.4 Penglibatan kepimpinan sekolah
Komitmen pengetua dalam projek ini amat ketara sekali. Beliau sendiri
yang mencetuskan Idea untuk menjalankan projek ini. Beberapa mesyuarat
jawatankuasa bagi membincangkan perjalanan projek telah dipengerusikan oleh
beliau sendiri. Beliau bertindak sebagai pembimbing dan penasihat. Malah atas
minat yang mendalam pengetua sering menghadirkan diri dalam aktiviti-aktivti
projek ini. Antara aktiviti yang dihadiri ialah pada majlis penyerahan mentee dan
akujanji. Selain itu, pengetua juga turut memantau guru-guru yang melaksanakan
kelas malam dan berbincang dengan guru-guru secara santai di kantin. Beliau
juga turut mengeluarkan arahan agar pihak kantin sekolah menjalankan
50
perniagaan sehingga pukul 10 malam bagi memberi kemudahan kepada guru
dan pelajar yang terlibat dalam program Kilauan Jauhari menjamu selera
sekiranya lapar. Selain itu, pengetua juga bertindak sebagai pemudahcara
kepada guru-guru yang melaksanakan program ini dengan menyediakan garis
panduan untuk memotivasikan pelajar seperti mencadangkan penghargaan
kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka pada
setiap kali ujian. Komitmen beliau dalam menjayakan projek ini juga dapat dilihat
apabila beliau menggunakan kuasa sebagai pengetua untuk memberi laluan
kepada perjumpaan guru mentor dan mantee pada setiap hari Jumaat setiap
minggu. Keadaan ini memudahkan guru untuk melaksanakan program tanpa
sebarang konflik atau dijadikan isu oleh guru mata pelajaran lain.
Kepimpinan sekolah juga berjaya membina semangat kerja berpasukan
dengan cara meletakkan matamat yang jelas. Objektif pasukan yang jelas iaitu
untuk meningkatkan pencapaian straight A dalam kalangan pelajar cemerlang
telah membina sumber inspirasi kepada semua pasukan yang terlibat dalam
projek ini. Matlamat yang dirangka dalam projek Kilauan Jauhari iaitu untuk
meningkatkan pencapaian SPM 2011 telah dapat memotivasi guru secara
menyeluruh kerana ahli-ahli mempunyai kebolehpercayaan kepada matlamat itu
yang amat berkait rapat dengan visi sekolah. Kebolehpercayaan bahawa
matlamat ini boleh dicapai sekiranya setiap individu memberi sumbangan.
Pengetua juga berjaya membina semangat kerja berpasukan dengan cara
membina struktur kerja berdasarkan kebolehan dan potensi setiap individu.
Pengetua berjaya mengenalpasti serta menggunakan kepakaran guru cemerlang
untuk menguruskan projek ini. Kepakaran dan kredibiliti yang ada pada guru
cemerlang tentunya memberi kepercayaan kepada lain-lain guru untuk turut
menyumbang dalam projek ini. Setiap ahli dalam jawatankuasa pelaksana juga
diberi maklumat yang secukupnya supaya setiap ahli pasukan dapat
melaksanakan tugas dengan cekap dan tidak menyusahkan ahli yang lain.
Seterusnya pengetua juga memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang
telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek tersebut.
Sebagai contoh, kejayaan dalam SPM 2011 diraikan bersama oleh pengetua
51
dengan semua warga sekolah. Pengiktirafan yang diberikan oleh pengetua ini
amat bermakna untuk membina semangat berpasukan dalam kalangan warga
sekolah. Pengetua bukan saja menghargai komitmen pasukan yang terlibat
malahan mengenalpasti keperluan mereka. Beliau bertindak menjaga kebajikan
ahli pasukan dengan memastikan guru-guru yang terlibat dalam projek ini
mendapat kemudahan yang diperlukan seperti kemudahan pencetakan, fail, sijil
dan sebagainya. Keprihatinan ini mencetusnya rasa kesepunyaan dalam
kalangan ahli sepasukan.
Guru-guru juga diberi peluang untuk membuat keputusan. Contohnya ,
dalam mesyuarat perancangan, ahli jawatankuasa diberi kebebasan untuk
menetapkan jadual pelaksanaan kerja. Guru-guru juga diberi peluang untuk
sama-sama memilih pelajar yang terlibat dalam program ini. Guru-guru diberi
pilihan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam projek Kilauan Jauhari
berdasarkan kesesuaian masa masing-masing. Contohnya , sesi perjumpaan
antara fasilitator dengan pelajar-pelajar dalam kumpulannya boleh dibuat pada
waktu petang, malam ataupun hujung minggu.
Selain itu, kepimpinan sekolah juga dapat mewujudkan semangat
kerjasama dan saling menghormati dalam kalangan ahli pasukan apabila setiap
ahli pasukan diberikan tugas berdasarkan kemampuan dan potensi diri masing-
masing. Contohnya, kaunselor diamanahkan untuk menyediakan khidmat nasihat
tentang budaya belajar yang betul, Maklumat ini perlu diberikan kepada guru
yang bertindak sebagai mentor pelajar agar pemasalahan pelajar dalam budaya
belajar dapat diuruskan dengan berkesan. Semangat kerjasama dapat
diwujudkan di sini apabila tugas kaunselor dapat dikongsi bersama guru-guru
lain. Demikian juga dalam permasalahan subjek kritikal, guru-guru mata
pelajaran yang dilantik sebagai fasilitator dapat berkongsi masalah dengan
fasilitator yang lain. Contohnya, seorang pelajar akan mempunyai beberapa
orang fasilitator bergantung kepada jumlah subjek kritikalnya. Setiap fasilitaor ini
boleh saling membantu agar pelajar yang dijaga berjaya dengan cemerlang.
52
3.5 Stail kepimpinan
Kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi
organisasi sekolah kejayaannya adalah tenggungjawab pengetua sekolah itu.
Pengetua bertanggungjawab terhadap prestasi dirinya, pekerja dan pelajar
sekolahnya. Edmond (1978) menyatakan “Principals can make a difference”
yang bermaksud boleh mengubah dan perubahan hasil daripada kepimpinan
pengetua. Sebagai pengetua yang ke 27 di SMK Clifford En.Haidzir b Hussin
bertindak sebagai perancang strategi yang berkesan. Beliau berupaya
mengemblengkan segala sumber yang ada di sekolah secara maksimum dan
bertindak pantas menangani kekurangan dan kekangan yang akan mengagalkan
pencapaian visi. Keadaan ini jelas terbukti apabila beliau mengambil langkah
yang cepat menyusun strategi untuk mengatasi kemerosotan dalam peperiksaan
SPM 2010 dengan mencetuskan idea melaksanakan projek Kilauan Jauhari.
Sebagai pemimpin transformasi En.Haidzir b Hussin dapat memberikan
motivasi yang amat tinggi kepada orang yang dipimpinnya. Beliau berkeupayaan
menerangkan dengan jelas visi serta misi sekolah agar perjuangan beliau untuk
menjadikan SMK Clifford sekolah berprestasi tinggi tercapai. Kemampuan beliau
memberikan ransangan intelektual kepada warga sekolah telah menjadikan guru-
guru yang terlibat dalam projek ini mampu mengenalpasti pelbagai cabaran dan
halangan yang wajib dipikul serta menjadikan mereka lebih berani menghadapi
dan menyelesaikannya dengan kaedah yang lebih inovatif dan kreatif.
Stail kepimpinan partisipatif yang ditunjukkan beliau juga memberi
peluang kepada jawatankuasa yang dipimpin untuk berkongsi kuasa dan
tanggungjawab membuat keputusan. Semua keputusan untuk melaksanakan
projek Kilauan Jauhari ini dibuat secara kolektif dalam setiap mesyuarat
perancangan yang dilaksanakan. Satu lagi gaya kepimpinan beliau yang turut
membantu dalam menjayakan projek ini ialah gaya orentasi pencapaian. Ainon
Mohd (2003) menyatakan pemimpin yang mengamalkan gaya ini banyak
memberi target yang mencabar untuk dicapai oleh orang yang dipimpinnya,
dengan tujuan setiap orang sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki prestasi
53
masing-masing. Beliau meletakkan target setiap pelajar yang terlibat dalam
program ini agar sentiasa meningkat. Setiap peningkatan akan diberi ganjaran
berupa sijil penghargaan dalam perhimpunan rasmi selepas setiap kali
ujian.Sebagai pemimpin instruksional beliau amat menitikberatkan peningkatan
pelajar dalam pencapaian akademik (Lampiran7) .Sweeney, (1982) menyatakan
bahawa ada enam ciri kepimpinan pengetua yang berkait rapat dengan
kepimpinan pengajaran di sekolah . Ciri-ciri itu ialah ;
1.Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang
akademik.
2.Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.
3.Menyedia dan membekalkan suasana yang kondusif di sekolah,
iaitu iklim sekolah.
4.Kerap menilai pencapaian akademik murid-murid.
5.Menyelaras program pengajaran.
6.Membantu dan memberi semangat kepada guru-guru.
Pengetua juga mempunyai ciri-ciri seorang pengurus yang baik.
Menurut Mohd Hizam,Zahir (2003) keberkesanan dan kecekapan pengurus
organisasi adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang pengurus
memainkan peranannya. Kebijaksanaan ini termasuklah dalam membuat
perancangan, pengorganisasian dan pengawalan. Dalam aspek
perancangan pengetua telah menetapkan matlamatnya untuk mendapatkan
pelajar straight A dan meningkatkan pencapaian GPS SPM sekolah pada
tahun 2011. Perancangan telah dilaksanakan dengan kepimpinan sekolah
mengkaji dan menilai persekitaran dalaman dan luaran berkaitan dengan
projek ini. Keadaan persekitaran seperti masalah yang mungkin timbul ,
kekangan dan peluang yang ada juga diambilkira. Pemilihan strategi yang
sesuai dibuat serta dibentangkan kepada kelompok yang bertanggunjawab
untuk melaksanakannya. Dalam pembentangan ini faktor-faktor seperti
kumpulan sasaran, tempoh projek, kos dan kaedah pelaksanaan
dibincangkan serta dicari kata sepakat untuk memudahkan pelaksanaannya.
54
Hal ini jelas terbukti dalam mesyuarat jawatankuasa induk yang
dipengerusikan oleh pengetua, perbincangan lebih berfokus kepada mencari
dan menyusun strategi yang sesuai berdasarkan kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman yang ada selepas keputusan SPM 2010 diumumkan.
Dalam aspek pengorganisasian atau pengelolan, pihak pengurus
sekolah telah mengabungkan sumber-sumber manusia yang ada supaya
dapat berkerja secara berstruktur untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Pengorganisasian ini juga melibatkan proses penyusunan dan
penetapan tugas, kuasa dan sumber fizikal yang ada agar jawatankuasa
yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan jayanya. Pengetua
menggerakkan jawatankuasa yang diterajui oleh barisan guru cemerlang
untuk bertindak berdasarkan agihan kerja serta bidang tugas yang
ditetapkan. Pengetua juga membantu mengenalpasti kelayakan dan
kepakaran guru untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
dalam projek tersebut. Ketika mengelola, beliau membincangkan skop kuasa
guru-guru dan sejauh mana tanggungjawab yang dikehendaki oleh pemimpin
sekolah Pengetua juga membantu jawatakuasa yang terlibat mengelola
aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan turut memberikan pendapat dan
sokongan moral apabila turut hadir dalam setiap perjumpaan induk yang
dilaksanakan oleh jawatankuasa.
Penyeliaan atau pemantauan projek dilaksanakan secara berterusan
oleh pengetua. Penyeliaan awal dibuat semasa perancangan projek, iaitu
dasar-dasar kementerian dan pekeliling-pekeliling dijadikan garis panduan
agar dipatuhi. Penyeliaan awal ini dilaksanakan sebagai usaha-usaha
pencegahan untuk mengelakkan masalah timbul semasa operasi projek
dilaksanakan. Seterusnya penyeliaan semasa operasi atau aktiviti
dilaksanakan. Bentuk-bentuk penyeliaan seperti rekod perjumpaan antara
mentor dan mentee dikawal selia oleh jawatankuasa khas seterusnya
laporan lengkap diserahkan kepada pengetua pada setiap bulan (Rujuk
Lampiran 11). Pelaksanaan mesyuarat bagi membincangkan isu-isu
berbangkit sepanjang pelaksanaan program juga turut dihadiri oleh
55
pengetua. Pengetua juga turut terlibat memantau atau mengawal selia
perjalanan aktiviti yang dilaksanakan seperti turut hadir pada waktu kelas-
kelas malam diadakan. Selain itu, beliau turut membantu memberikan
pandangan dan nasihat kepada kelompok-kelompok pelajar yang terlibat
agar lebih bersungguh dalam mengikuti projek tersebut pada setiap kali
perjumpaan pada hari Jumaat setiap minggu.. Hasil temubual dengan guru-
guru yang terlibat dalam projek ini, mereka juga rasa bangga kerana
sepanjang projek dilaksanakan pengetua bertindak sebagai penyelia yang
berkesan dan memudahkan mereka melaksanakan projek tersebut kerana
sokongan kuat datangnya daripada pengetua sendiri.
Penilaian atau keberkesanan projek dibuat secara berkala. Penilaian
dibuat dalam dua cara iaitu melalui kaedah pemerhatian perubahan tingkah
laku pelajar dalam menguruskan budaya belajar. Penilaian dibuat oleh
mentor pada setiap kali pertemuan dengan mantee dengan mengambilkira
kesempurnaa pelaksanaan tugas atau latihan yang diberikan kepada pelajar.
Satu lagi cara penilaian keberkesanan projek dilaksanakan melalui program
post-mortem pada setiap kali selepas ujian atau peperiksaan. Dalam post-
mortem ini, peningkatan prestasi pelajar dinilai dan sebarang permasalahan
yang timbul akan dibentang serta dibincangkan jalan penyelesaiannya.
Cadangan tindakan pembetulan akan dilaksanakan oleh jawatankuasa
yang terlibat. Sebagai pengetua, En.Haidzir turut mempengerusikan
mesyuarat post-mortem dan secara tidak langsung penlaian secara
menyeluruh dari semua aspek dapat dilaksanakan oleh beliau terhadap
projek ini.
Pengetua telah menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan
apabila beliau merancang, mengelola, memimpin dan mengawal projek ini di
sekolah. Beliau juga tahu menggunakan kekuatan dan kelemahan yang ada
pada guru-gurunya. Kesimpulannya, kemahiran komunikasi dan hubungan
interpersonal yang ada pada beliau banyak membantu mengerakkan guru-
gurunya dan memberi impak yang besar kepada kejayaan projek ini.
56
3.6 Pujian dan pengiktirafan
Menurut Sabhita Marican dan Mahmoor Nazar (19950), salah satu
faktor kepuasaan berkerja ialah faktor pendorong. Faktor ini berkaitan
dengan perasaan positif terhadap kerja dan perkara-perkara yang berhubung
dengan kerja termasuklah pencapaian, pengiktirafan, pekerjaan yang
bermakna, penghormatan, perkembangan dan pertumbuhan individu itu
sendiri. Oleh itu, pujian dan pengiktirafan daripada ketua terhadap
pekerjanya dianggap sebagai faktor pendorong bagi memastikan pekerja
berasa gembira seterusnya meningkatkan prestasi kerja mereka. Ostroff
(1992), berpendapat bahawa kepuasaan bekerja mempunyai perkaitan yang
signifikan positif dengan pencapaian akademik dan prestasi pentadbir.
Faktor kejayaan pelajar dalam peperiksan SPM 2011 juga berkait
rapat dengan cara pengetua memberikan penghargaan sepanjang tempoh
program atau projek dilaksanakan. Setiap kali mesyuarat pengetua tidak
pernah lupa mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak.
Pengetua juga sering memberikan perhargaan kepada pelajar pada setiap
kali ujian. Sehubungan itu, apabila keputusan SPM 2011 diumumkan, guru
pelajar SMK Clifford telah diraikan dengan penuh gembira oleh pengetua.
Guru serta pelajar berkumpul di dewan dan pengumuman kejayaan sekolah
dibuat oleh pengetua sambil mengucapkan tahniah kepada semua pihak
yang terlibat. Pengetua juga merakam kebanggaan beliau apabila semua
warga sekolah dapat sama-sama meraikan kejayaan yang telah mereka
usahakan. Berita kejayaan sekolah juga disebarkan melalui face book
sekolah sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah
bertungkus lumus melaksanakan projek tersebut. Pengetua juga mengambil
ruangan di face book untuk menyampaikan perhargaan dan ucapan tahniah
kepada warga sekolah.
Selain itu, pengetua juga merancang meraikan kejayaan dengan cara
mengadakan kenduri kesyukuran yang melibatkan seluruh warga sekolah
termasuklah PIBG pada 21 April 2012. Hebahan kejayaan sekolah juga
dibuat dengan menyediakan banner ucapan tahniah oleh pengetua kepada
57
semua pihak atas kejayaan yang dicapai. Selain itu, pihak media seperti
Sinar Harian juga dijemput untuk membuat liputan tentang kejayaan yang
dicapai oleh sekolah. Sebagai pengetua beliau juga, menyampaikan ucapan
tahniah kepada para guru secara peribadi melalui sistem pesanan ringkas
atau SMS.
Foto 18: Pengetua meraikan kejayaan sekolah selepas keputusan
SPM 2011 diumumkan.
58
3.7 Tindak ikut
Kejayaan projek ini selepas keputusan SPM 2011 diumumkan
betul-betul mengembirakan semua ahli pasukan yang terlibat, lebih-lebih lagi
pengetua sebagai pencetus idea kepada projek ini. Projek ini didapati
memberikan manfaat yang besar kepada pihak sekolah, bukan sahaja
kepada pelajar-pelajar cemerlang tetapi juga kepada semua warga sekolah
kerana kejayaan projek ini secara tidak langsung mengharumkan semula
nama sekolah. Kejayaan projek ini boleh menjadi penandaaras oleh pihak
pengurusan sekolah sebagai program kecemerlangan pelajar yang berkualiti
dan berkesan. Sehubungan itu, dalam Majlis Tautan Kasih yang
dilaksanakan bersama ibu bapa pada 7 Mac 2012, pengetua telah
memaklumkan kejayaan projek ini kepada penjaga dan berharap mendapat
sokongan penuh daripada pihak PIBG agar projek ini dapat diteruskan pada
tahun 2012.
Dalam mesyuarat guru, pengetua mengumumkan akan
menjadikan kejayaan SPM 2011 sebagai titik mula untuk sekolah bangkit
kembali selepas kejatuhan pada tahun 2010. Oleh itu, dalam perjumpaan
tersebut ada dibincangkan untuk mengekalkan program-program
kecemerlangan yang membantu kejayaan sekolah. Salah satu program yang
dicadangkan ialah program Kilauan Jauhari. Hasil temubual bersama
pengetua, beberapa maklumat diperoleh tentang penambahbaikan untuk
projek tersebut. Penambahbaikan ini dibuat berdasarkan cabaran dan
halangan yang berlaku semasa projek ini dilaksanakan sepanjang tahun
2011.
Antara cabaran utama yang dikenalpasti ialah kekangan masa
tenaga pengajar untuk melaksanakan program ini dengan lebih berkesan.
Cabaran kedua ialah, pengurusan dokumentasi yang kurang cekap sehingga
banyak maklumat tentang program ini tidak didokumenkan dengan lengkap.
Ketiga kekurangan kos untuk memberikan lebih keselesaan kepada guru dan
pelajar yang terlibat dalam program pada sepanjang tahun 2010. Oleh itu,
59
beberapa cadangan penambahbaikan perlu dilaksanakan agar progaram
atau projek ini terus dapat memberikan sumbangan kepada sekolah.
Pengetua telah mengemukakan beberapa cadangan
penambahbaikan untuk program ini antaranya ialah perancangan program
perlu dibuat dengan lebih teliti, terutama jumlah guru dan pelajar yang
terlibat dalam program ini. Maklum balas yang diterima daripada guru yang
terlibat dalam program ini menyatakan bahawa mereka mempunyai masa
yang terhad untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajar yang
terlibat dalam projek ini. Oleh itu, sebagai penambahbaikan jumlah guru
yang terlibat perlulah ditambah terutama dalam kalangan guru-guru yang
berpengalaman. Selain itu, pengurusan dokumentasi dan bahan –bahan
cetakan untuk program ini difailkan dengan kemas dan teliti. Hal ini, penting
kerana program ini boleh dijadikan rujukan untuk membantu sekolah-sekolah
lain yang bermasalah. Bahan-bahan seperti modul latihan, perlulah dijilid dan
dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar lain yang tidak terlibat dalam projek
ini di samping mengiktiraf hasil usaha guru yang berjaya menghasilkan
modul latihan yang baik. Rekod dokumentasi pelajar yang terlibat sebagai
mantee perlulah dibuat dengan teliti agar semua komentar dan cadangan
pembaikan dapat dimanfaat sepenuh oleh pelajar yang terlibat.
Seterusnya,kos pelaksanaan projek perlulah ditambah dan diperoleh
daripada sumber-sumber lain selain daripada PIBG. Rasional tambahan kos
ini berdasarkan jumlah aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam projek Kilauan
Jauhari ini banyak dan tempoh pelaksanaan projek ini juga begitu lama,
secara tidak lansung memerlukan peruntuan kos yang lebih tinggi. Selain itu,
persediaan kepada projek yang akan datang perlu dibuat seawal yang
mungkin. Jawatankuasa bertindak dan pelan tindakan perlu dirancang dan
disediakan lebih awal. Dengan cara ini, guru-guru akan sentiasa bersiap
sedia dan memastikan projek yang akan datang dapat diurus dengan lancar.
60
Kesimpulannya , hasil daripada penilitian dan temubual yang dibuat
bersama-sama pengetua dan guru-guru yang terlibat dalam projek ini secara
langsung didapati projek ini amat baik untuk dijadikan sebagai projek contoh
bagi guru-guru di SMK Clifford. Pengetua sebagai pencetus idea kepada
projek ini dilihat begitu komited untuk memastikan projek ini berjaya. Jelas
sekali, dari awal hingga akhir pengetua sendiri sanggup terlibat sama secara
sepenuhnya memantau pelaksanaan projek ini terutama dalam mendapat
sokongan guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek ini.
Sekiranya projek ini akan saya jalankan di sekolah sandaran kelak, saya
akan cuba melaksanakannya dengan lebih terancang serta dengan sedikit
pengubahsuaian bersesuaian dengan latar belakang budaya sekolah yang
berbeza.
61
BAB 4
62
4. Refleksi
4.1 Faktor kritikal dan penting dalam kejayaan projek /
Perubahan di sekolah
Hasil daripada kajian melalui kutipan data serta pemerhatian selama
dua minggu di SMK Clifford didapati terdapat pelbagai faktor penting dalam
kejayaan projek ini. Antara faktornya adalah seperti berikut :
4.1.1 Faktor kepimpinan.
Seorang pemimpin perlu disukai oleh orang bawahannya. Ciri-ciri
mudah disukai oleh orang bawahan adalah perkara penting kerana
seseorang pemimpin itu hanya dapat mempengaruhi mereka yang
dipimpinnya supaya mengubah sikap, pemikiran dan tingkah laku apabila
mereka menyukai pemimpin. Ciri inilah yang ada pada pengetua sekolah ini
meskipun baru setahun beliau memegang tampok kepimpinan sekolah ini.
Ciri disukai dan dikagumi ini memperlihatkan ciri-ciri pemimpin yang
berkarisma telah memudahkan usaha pengetua untuk merancang
perubahan seterusnya menguruskan perubahan tanpa banyak halangan
kerana segala perubahan telah mendapat sokongan padu warga sekolah.
Kepimpinan beliau disokong pula oleh barisan orang bawahan yang amat
setia dan berkemahiran dalam bidang masing-masing. Kebijaksanaan beliau
merancang perubahan sistem pengurusan di sekolah secara bermuafakat
dilihat satu kejayaan besar yang dilakukan apabila barisan pemimpin
bawahan ini berupaya menterjermahkan visi dan misi sekolah dengan baik
dan berkesan serta menjadi ‘penyokong’ kepada keberkesanan projek yang
dilaksanakan.
4.1.2 Sumber Manusia
Sumber manusia seharusnya berkebolehan untuk melaksanakan
tugas dengan cekap dan berkesan serta membantu mencapai objektif
organisasi secara keseluruhannya. Sesebuah organisasi itu amat beruntung
63
jika mempunyai tiga kategori kemahiran pada sumber manusianya. Kategori
kemahiran pertama ialah kemahiran teknikal. Kemahiran ini berkait rapat
dengan kemahiran menguasai ilmu terutama dalam kemahiran ICT dan lain-
lain kemahiran yang berkaitan. Kategori kemahiran yang kedua ialah
kemahiran interpersonal. Kemahiran interpersonal ini ialah kemahiran
berinteraksi secara efektif dengan persekitaran kerjanya. Kemahiran ini amat
penting dalam sesebuah organisasi bagi mengelakkan atau mengurangkan
konflik . Kategori ketiga ialah, kemahiran menyelesaikan masalah. Sesebuah
organisasi amat memerlukan sumber manusianya mempunyai kemahiran ini
kerana kemahiran ini membantu setiap pekerja mencari jalan penyelesaian
secara strategik dalam masalah-masalah yang dihadapi dalam tugas
masing-masing seterusnya membuat keputusan dengan bijak. SMK Clifford
merupakan satu organisasi yang mempunyai sumber manusia yang 90
peratus mempunyai ketiga-tiga kategori kemahiran ini. Oleh itu, tugas
pengetua untuk membentuk semangat kerja berpasukan agak mudah di
sekolah ini. Kebijaksanaan pengetua mengembelengkan kepakaran sumber
manusianya dengan bidang tugas yang tepat secara tidak langsung
memudahkan projek yang dipilih dilaksanakan. Faktor yang lebih penting
ialah keupayaan mewujudkan ‘suasana kepuasaan bekerja’ dalam ahli
organisasinya adalah resipi utama kejayaan sekolah ini dalam peperiksaan
SPM 2011 .
4.1.3. Iklim dan budaya sekolah
Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim
pengurusan yang baik. Setiap seko lah per lu membina budaya dan
i k l im yang berses ua ian dengan mat lamat dan persekitaran
sekolah tersebut. SMK Clifford membina budayanya berasaskan
prinsip pengurusan berkualiti .Salah satu daripada lapan prinsip
pengurusan berkualiti yang diamalkan ialah tumpuan kepada
pelanggan. Seluruh organisasi sekolah perlu memahami kehendak
64
semasa dan masa depan pelanggan. Perkara yang penting ialah
organisasi perlu dapat melebihi ekspektasi pelanggan.
Keupayaan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya, hasil komitmen yang tinggi daripada seluruh
keluarga sekolah. Hal ini,dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang
datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang tumpuan kepada
kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan
kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Keadaan inilah
yang menghasilkan kejayaan projek Kilauan Jauhari. Guru-guru yang
mempunyai komitmen yang tinggi ini juga sentiasa dapat mematuhi dan
menepati norma-norma organisasi atau masyarakat terhadap sekolah ini.
Budaya dan iklim sekolah juga, amat menitikberatkan penambah
baikan secara berterusan. Usaha-usaha ini menjadi sebahagian daripada
objektif sekolah ini. Oleh itu, sebagai pemimpin organisasi, pengetua telah
merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan ke
atas sistem pengurusan kualitinya, Tindakan pembetulan telah beliau
lakukan apabila memulakan projek Kilauan Jauhari dengan tujuan untuk
membuat penambahbaikan pencapaian pelajar straight A dan secara tidak
langsung telah menghasilkan kelansungan kecemerlangan SMK Clifford
dalam peperiksaan awamnya. Guru-guru yang terlibat dalam projek ini
penuh yakin dengan kejayaan projek ini. Mereka bersedia menerima
cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif .
4.1.4 Hubungan komuniti
Pemuafakatan yang wujud antara PIBG dengan pihak sekolah telah
banyak membantu usaha-usaha yang dilaksanakan untuk memacu kejayaan
sekolah. Kerjasama ini dapat dilihat dengan kegigihan pihak PIBG
menghulurkan sokongan dalam bentuk kewangan bagi menampung kos
pelaksanaan pelbagai aktiviti di sekolah, termasuklah program Kilauan
Jauhari. Kekuatan sokongan pihak PIBG ini secara tidak langsung
65
memudahkan pihak guru untuk mengendalikan pelbagai aktiviti apabila
setiap aktiviti yang dilaksanakan mendapat sokongan dan kebenaran
daripada pihak ibu bapa. Selain itu, kehebatan ex-cliffordian juga menjadi
pemangkin kepada pihak sekolah untuk terus berusaha meningkatkan
pencapaian sekolah. Bantuan sama ada dari segi kewangan, sokonan moral
maupun khidmat nasihat daripada ex-cliffordian sentiasa menjadikan SMK
Clifford sebuah organisasi yang berdayasaing di peringkat negeri maupun
kebangsaan. Pengetua didapati telah berjaya membina rangkaian hubungan
komuniti yang kukuh serta saling berkejasama ini dengan cekap dan
berkesan.
4.1.5 Kemudahan fizikal sekolah
Kelebihan fizikal dan prasarana di SMK Clifford sudah pasti memberi
kemudahan kepada pihak sekolah untuk merencanakan sesuatu bagi
mencapai matlamatnya. Kemudahan-kemudahan seperti bilik darjah,
asrama, kantin, bilik guru secara tidak langsung telah memudahkan kerja-
kerja guru untuk merancang aktiviti. Contohnya, dalam projek Kilauan
Jauhari kemudahan asrama yang ada di sekolah membolehkan aktiviti
pelajar bersama fasilitator dilaksanakan pada waktu malam. Kemudahan
pengurusan pencetakan juga membolehkan modul-modul pembelajaran
dicetak dengan cepat bagi kegunaan pelajar. Pengetua selaku ketua
organisasi dilihat berjaya menggunakan segala kemudahan sekolah ke tahap
maksimum demi mencapai visi dan misi sekolah.
4.2 Hubungan di antara aspek teori dengan amalan pengurusan dan
kepimpinan yang dipamerkan
Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk
tahap kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin akan
menentukan arah tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi
oleh para pemimpin ialah mencari cara untuk mempengaruhi individu-individu
66
yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang
digubalnya itu. Menuruts Bennis dan Nanus (1985), para pemimpin adalah
individu-individu yang membuat perkara-perkara yang betul saja. Menurut
Burns(1978(, dalam Ainon dan Abdullah (2003) , seseorang pemimpin itu telah
mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah
sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan
kepentingan peribadi diri sendiri kepada mementingkan kelompok.Perubahan ini
terjadi apabila mereka dengan sukarela bekerja dan berjuang demi mencapai
tujuan dan matlamat organisasi. En. Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pembuka bicara program Bicara
Kepimpinan Pragmatis menyatakan “Kepimpinan Transformasi merupakan
kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah
dengan mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan
perubahan dengan berkesan seterusnya perubahan yang dibawa akan memberi
kepuasan dan meningkatkan motivasi dalam kalangan orang bawahannya”
Sebagai pengetua, En.Haidzir b Hussin mempunyai ciri-ciri kepimpinan
transformasi berdasarkan kepada sifat-sifat beliau yang berkarisma, prihatin dan
intelektual. Hal ini jelas berdasarkan temubual dengan beliau yang amat
menekankan perubahan pada arah tuju organisasinya dan melakukan
perubahan bagi memastikan organisasi sentiasa cekap dan berupaya menangani
sebarang ketidaktentuan.Lampiran Beliau telah melakukan perubahan kepada
visi dan misi sekolah sebaik saja mula mengambilalih tampok kepimpinan
sekolah tersebut. Selain itu, beliau juga berusaha untuk membina budaya kerja
sepasukan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan pengurusan yang sama-
sama memikul amanah visi dan misi sekolah dengan berkesan. Situasi ini dapat
dilihat berdasarkan rutin perjumpaan beliau dengan kumpulan-kumpulan warga
sekolah pada setiap minggu iaitu dengan kelompok pelajar (perhimpunan rasmi
sekolah) staf sokongan (mornning prayer) guru (afternoon prayer).
Beliau juga berusaha meningkatkan identiti pasukan dengan
melaksanakan perubahan-perubahan dari segi struktur organisasi pengurusan
sekolah. Selain itu, beliau juga menampilkan pakaian koporat dalam kalangan
67
guru dan staf serta pelajar tingkatan 6 sebagai membentuk identiti yang unik
dalam kelompok mereka. Iklim sekolah dibina dalam bentuk yang lebih ‘terbuka’
dan mengutamakan budaya iinovatif. Sifat keterbukaan beliau banyak membantu
beliau mendapatkan sokongan daripada warga sekolah malahan komuniti luar.
Sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam pengurusan dan pemegang
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu / Pengajian Islam, beliau menggunakan
teknik nasihat dan mengamalkan pengurusan berkesan dalam kepimpinannya.
Amalan-amalan yang murni sentiasa dijalankan dan sekolah ini mengamalkan
kekeluargaan yang mesra pada semua peringkat. Beliau menggunakan kuasa,
budi bicara, pertimbangan dan perhatian kepada ketepatan membuat keputusan.
Keperibadian beliau yang sentiasa bersikap terbuka, bersedia mendengar
pandangan dan tidak bersikap defensif amat disenangi oleh orang bawahannya.
Perundingan biasanya dilakukan dengan penuh hemah, berdiplomasi dan
dilakukan dalam suasana harmonis. Penjenamaan semula identiti pemimpin
serta iklim sekolah telah melonjakkan nama SMK Clifford sebagai sebuah
sekolah yang mempunyai karekter dan kehebatan tersendiri.
Sebagai pemimpin transformasi beliau juga berjaya meningkatkan
kepercayaan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah. Semua perkara
sama ada semasa susah atau senang dikongsi bersama. Jelas sekali pada tahun
2010 apabila keputusan sebahagian besar peperiksaan awam SMK Clifford tidak
begitu memuaskan, beliau selaku pemimpin berusaha membina semula
semangat juang dalam kalangan orang-orang bawahannya. Rasa kekitaan
diwujudkan dalam setiap warga sekolah sehingga jika berlaku sebarang isu,
maka isu tersebut adalah dianggap isu bersama. Matlamat dan wawasan untuk
bangkit kembali dibina dengan kukuh dalam setiap warga sekolah. Kejayaan
usaha beliau ini jelas terbukti apabila keempat-empat peperiksaan awam pada
tahun 2011 melonjakkan semula nama SMK Clifford.
Beliau juga telah berjaya menjana perubahan dalam kebanyakan
aspek pengurusan di sekolah. Dalam aspek pentadbiran beberapa
jawatankuasa dibuat penambahbaikan seperti jawatankuasa peperiksaan
yang lebih kemas dan mantap. Bilik-bilik operasi atau gerakan demi
68
kemudahan dan keselesaan guru untuk bekerja diwujudkan. Antaranya bilik
gerakan peperiksaan, bilik kaunsling, pengelompokkan bilik guru serta bilik-
bilik penolong kanan. Selain itu, penambahbaikan dalam pengurusan
asrama. Perubahan struktur dan peraturan-peraturan pengurusan
dilaksanakan. Pelajar-pelajar dijanakan dengan konsep penyayang dan
kebertanggungjawaban. Seterusnya dalam bidang kurikulum,
pengubahsuaian program-program kecemerlangan pelajar diberi keutamaan.
Kesedaran beliau yang tinggi terhadap kehendak stik holder, telah
mencetuskan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Sebagai pemimpin transformasi, beliau cuba
sedaya upaya membangunkan etos sekolah dalam kokurikulum terutamanya
pasukan nasyid, catur dan persatuan seni serta sejarah. Kejayaan
meletakkan bangunan lama di SMK Clifford sebagai bangunan warisan
sejarah amatlah bermakna kepada beliau yang ingin melihat perubahan
dalam pelbagai aspek pengurusannya. Selain itu, beliau juga dihormati oleh
semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar. Banyak program yang
dijalankan di sekolah mendapat perhatian sama ada oleh pihak media
mahupun Jabatan Pendidikan dan pihak swasta.
Beliau juga merupakan seorang pemimpin instruksional. Menurut
Findley & Findley (1992) , ‘ if a school is to be an effective one, it will be
because of the instructional leadership of the principal ‘ Sebagai pemimpin
instruksional beliau berjaya memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk
pembelajaran. Semua masalah di bilik darjah dipantau oleh pengetua
melalui lawatan berkala yang dilakukan. Rujuk lampiran 8 , foto lawatan
pemantauan pengetua ke kelas-kelas pembelajaran. Seterusnya sebagai
pemimpin instruksional, beliau juga telah menjalankan kajian tindakan pada
masalah pengajaran. Projek Kilauan Jauhari yang diperkenalkan untuk
membantu pelajar cemerlang adalah hasil daripada kajian yang dilaksanakan
dan cetusan idea beliau sebagai pemimpin instruksional.
Menurut Hallinger & Murphy (1985), kepimpinan instruksional adalah
sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah bagi
69
meningkatkan kejayaan proses pembelajaran dan pengajaran serta
pembangunan sekolah. Sebagai pentadbir, En.Haidzir b Hussin amat
mengambil berat akan pencapaian akademik pelajar dengan melindungi
waktu pengajaran, mengintergrasikan kurikullum seperti melaksanakan
program CEnT bagi memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar., memantau kemajuan pelajar, memastikan matlamat sekolah untuk
menjadi Sekolah Berprestasi tinggi dihayati oleh semua warga sekolah.
Jelaslah beliau juga, berusaha untuk memberi insentif kepada guru dengan
pelbagai cara seperti seperti kelayakan mendapat ‘new deal’ , selain
mengadakan pembanguanan profesional staf dan guru.
4.3 Ruang penambahbaikan / pengubahsuaian yang perlu dilakukan
jika projek ini ingin dijalankan di sekolah sandaran nanti
Pada pendapat saya beberapa penambahbaikan yang perlu
dilaksanakan jika projek ini dilaksanakan di sekolah sandaran kelak ialah:
a. Sasaran pelajar yang dipilih
b. Prosedur pelaksanaan
c. Bahan modul yang sesuai.
d. Tempoh pelaksanaan
e. Cara penilaian dan pemantauan
f. Kos.
Projek Kilauan Jauhari merupakan projek yang dirancang untuk
pelajar cemerlang di SMK Clifford yang merupakan sekolah kawalan. Hal ini
bermakna pelajar yang disasarkan merupakan pelajar-pelajar yang berada
dalam kelompok amat berpotensi untuk mendapat skor straight A +. Situasi
ini mungkin agak sukar untuk dilaksanakan di sekolah sandaran kelak,
kerana sekolah tersebut bukan sekolah kawalan malahan merupakan
sekolah yang mengelompokkan 80 peratus pelajar serdahana dan 20
peratus pelajar lemah. Namun, sasaran pelajar akan dipilih daripada 50
70
orang pelajar terbaik sekolah berdasarkan ranking pencapaian daripada
peperiksaan 1 atau Ujian 1. 50 orang pelajar terbaik ini akan dipecahkan
pula kepada tiga kelompok iaitu kelompok Terbilang, Gemilang dan
Cemerlang. Pelajar sasaran ini diharap dapat diberi fokus yang berbeza iaitu
kelompok terbilang (Straight A+) kelompok Gemilang (straight A) dan
kelompok Cemerlang (Straight A-)
Selain itu, prosedur pelaksanaan juga akan diubahsuai iaitu jadual
perjumpaan akan disuaipadan dengan jadual perhimpunan rasmi mentor
mantee sekolah. Hal ini, untuk mengelakkan waktu P & P pelajar terganggu
serta untuk mengurangkan rasa tidak selesa guru mata pelajaran pelajar
berkenaan apabila pelajar yang terlibat tiada pada waktu P & P kerana
menghadiri perjumpaan projek berkaitan. Seterusnya, penyediaan modul
juga akan diseragamkan oleh panitia mata pelajaran berdasarkan beza tara
markah pelajar iaitu tahap serdahana, lemah dan kritikal. Keadaan ini agak
berbeza dengan projek Kilauan Jauhari di sekolah penandaaras kerana
perbezaan markah pelajar dalam subjek kritikal tidak begitu jauh jaraknya
antara satu sama lain. Oleh itu, pembinaan modul latihan lebih tertumou
pada satu tahap saja berbanding di sekolah sandaran yang mungkin perlu
menyediakan modul latihan dalam tiga tahap iaitu, serdahana,lemah dan
kritikal.
Tempoh pelaksanaan juga akan dibuat dalam tiga fasa iaitu fasa
pertama (Mei – Jun) tempoh program sandaraan. Seterusnya fasa kedua
(Julai – Ogos) tempoh sebelum peperiksaan percubaan dan fasa ketiga (Sep
–Nov) tempoh selepas percubaan. Tempoh pelaksanaan dibuat secara
berfasa adalah untuk memudahkan pemantauan dilaksanakan kerana
sasaran pelajar bukan seperti pelajar di sekolah kawalan. Dalam setiap fasa
penambahbaikan program akan dibuat berdasar isu atau permasalahan yang
timbul. Berbeza di sekolah penanda aras, pelaksanaan dibuat dalam satu
fasa untuk tempoh April hingga November.
Bentuk pemantauan pula masih mengikut model yang dibuat di
sekolah sandaran yang menggunakan fail peribadi pelajar dan semua
71
maklumat perjumpaan dicatatkan di dalam fail tersebut. Kaedah ini dianggap
paling sesuai dan berkesan serta lebih mudah untuk dilaksanakan. Penilaian
juga berdasarkan pencapaian tiga peperiksaan dalaman iaitu peperiksaan 1,
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan. Sedikit
penambahbaikan akan dibuat terutama bagi memastikan masalah subjek
kritikal dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Peperiksaan selepas
percubaan hanya untuk subjek kritial akan diadakan pada setiap minggu
(cadangan awal)
Dari segi kos pula, cadangan untuk mendapatkan peruntukan
daripada sumber-sumber yang pelbagai akan dibuat selain daripada
peruntukan PIBG. Sumber-sumber kewangan yang disenaraikan untuk
membantu projek ini termasuklah sumbangan pendidikan koperasi,
sumbangan Wang Lebihan Makan Asrama, sumbangan individu, sumbangan
peruntukan kaunsling (motivasi), dan lain –lain sumber yang dirasakan boleh
membantu. Penambahan aktiviti yang akan dilaksanakan masih
menggunakan model aktiviti sekolah penandaaras dengan sedikit
pengubahsuaian berdasarkan kemampuan tenaga pengajar dan masa yang
ada.
4.4 Pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinan yang diperoleh
Hasil daripada program penandaarasan selama dua minggu yang
dilaksanakan di SMK Clifford, beberapa pengajaran dan teladan dapat diperoleh
daripada pengetua. Antara pengajaran dan teladan pengurusan yang diperoleh
ialah pengetua merupakan seorang pengurus yang baik. Sebagai pengurus
beliau berjaya membuat perancangan yang berkesan berdasarkan misi dan visi
sekolah. Agihan tugas berdasarkan perancangan juga dibuat berdasarkan
kesesuaian dan kepakaran sumber manusia yang ada di sekolah. Komunikasi
berkesan yang dibuat melalui perjumpaan mingguan, hebahan melalui face book
dan papan kenyataan membolehkan warga sekolah menghayati visi, misi serta
tugas masing-masing dengan berkesan.
72
Selain itu, sebagai pengurus beliau juga menggunakan kaedah kawalan
dan pemantauan dengan berkesan. Kaedah kawalan seperti kehadiran guru
yang menggunakan sistem punch card di pejabat pentadbiran memudahkan
pemantauan oleh beliau sendiri. Penempatan mesin punch card di hadapan
pejabat beliau juga membantu kehadiran guru dan staf tepat pada masanya.
Beliau juga menggunakan kaedah secara bermusyarah pada setiap minggu
untuk mendapatkan makluman tentang program-program sepanjang minggu
melalui perjumpaan mingguan dengan pengurusan tertinggi, guru dan staf
sokongan. Beliau juga merupakan pengetua yang mengamalkan kaedah
‘managing by walking around’’ iaitu pemantauan berdasarkan lawatan-lawatan di
sekitar kawasan sekolah pada setiap pagi. Hasil daripada pemantuan tersebut
kebanyakan masalah terutama persekitaran fizikal sekolah dapat ditangani
dengan lebih cepat dan berkesan.
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua mempunyai personaliti yang
berbeza mengikut situasi. Ada masanya beliau menggunakan perwatakan yang
lembut dan mesra ketika berbual dengan pelajar, manakala dalam situasi
tertentu beliau kelihatan garang dan tegas , terutama ketika menegur sikap
pelajar yang tidak berdisiplin. Penggunaan personaliti yang berbeza mengikut
situasi ini merupakan teladan yang boleh dijadikan panduan ketika
melaksanakan tugas sebagai pemimpin kelak. Seseorang pemimpin itu , perlu
juga mempunyai elemen-elemen perwatakan yang dikenali sebagai ‘the right
stuff’. Sebagai pengetua beliau juga berperanan menjaga penampilan diri atau
personaliti yang sesuai sebagai pengetua. Etika berpakaian ketika majlis rasmi
seperti ketika menghadiri mesyuarat dan perhimpunan rasmi sekolah menjadi
panduan kepada barisan penolong kanan dan guru kanan serta guru-guru di
SMK Clifford. Sebagai contoh, pada setiap kali perhimpunan rasmi semua
barisan pentadbir diwajibkan memakai blazer manakala pada hari rabu semua
guru diwajibkan memakai pakaian unit beruniform. Penampilan diri yang kemas ,
tutur kata yang beretika serta ‘mannerism’ selaku pengetua sekolah boleh
dijadikan panduan bagi membentuk personaliti pemimpin pada masa ini yang
lebih bersifat ‘the goog packaging’.
73
BAB 5
74
5. Rumusan : Menyepadukan aspek-aspek yang diperolehi
Kesimpulannya, kepimpinan tidak boleh dilihat dari segi ‘aktornya’
saja, malahan perlu juga dilihat dari segi ‘pentasnya’. Keberkesanan
kepimpinan pengetua di sesebuah sekolah dibentuk oleh situasi persekitaran
sekolahnya . Maksudnya pengetua membentuk iklim sekolahnya dan iklim
sekolah juga membentuk pengetua. Walaupun seorang pengetua mampu
melakukan sesuatu pembaharuan, keberkesanan yang terjelma sebenarnya
ditentukan oleh setakat mana guru dan pelajar di sekelilingnya menerima
pembaharuan yang dikemukakan.
Oleh itu, penerimaan warga sekolah terhadap setiap perubahan yang
dibuat oleh En.Haidzir selaku pengetua sebahagian besarnya bergantung
kepada pelbagai faktor. Antaranya, faktor komunikasi berkesan yang
diamalkan oleh beliau. Setiap kali perubahan ingin dilaksanakan beliau akan
mengadakan perjumpaan dengan warga sekolah memaklumkan tentang
kebaikan matlamat perubahan yang akan dilakukan. Selain itu, pengelibatan
warga sekolah dalam memberi idea kepada perubahan juga sering
dilakukan. Kaedah rundingan dengan kelompok yang akan terlibat dengan
perubahan juga diberi perhatian. Langkah terakhir yang digunakan untuk
mengendalikan perubahan ialah kuasa. Selaku agen perubahan pengetua
mempunyai kuasa bertindak ke atas kakitangan seperti melalui pemberian
markah prestasi. Sebagai pemimpin tansformasi semua kaedah ini
digunakan dengan amat berkesan oleh En.Haidzir bagi membentuk
perubahan di SMK Clifford demi mencapai visi dan misi sekolah.
. Pengetua juga telah berjaya membentuk satu pasukan kerja atau
‘task force’ yang amat kreatif dan inovatif bagi melakukan perubahan drastik
kepada program kecemerlangan pelajar yang sedia ada. Sokongan kuat
semua pihak sama ada pihak pelajar, guru maupun pekerja telah memberi
ruang yang luas kepada pengetua untuk membentuk satu perubahan dalam
cara berfikir dan memotivasi pihak-pihak yang terlibat. Kemampuan beliau
menjangkakan keupayaan pasukan kerja untuk mengelolakan projek Kilauan
75
Jauhari juga penting kerana kelancaran program ini memerlukan pasukan
kerja yang boleh membuat perancangan, pengurusan struktur tugas ,
pemantauan dan penilaian dengan cekap dan berkesan. Akhir sekali,
berpandu kepada semua data dan maklumat yang diperoleh diakui
En.Haidzir selaku pengetua yang ke 27 telah berjaya mengembalikan
zaman kegemilangan SMK Clifford untuk terus maju pada masa hadapan.
76
Bibliografi :
Jaafar Muhamad (2000). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur Leeds Publikation
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1982). Laporan Jawatan Kuasa Mengkaji
Taraf Pelajaran Di sekolah-sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd.Hizam, Zahir Mohd Makhbul (2003). Pengurusan Organisasi :
Malaysia : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd..
Sweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership.
Educational Leadership, 39 ( 5 ) ( m.s. 346-352 ).
Ainon Mohd (2005), Teori dan Teknik Kepimpinan. Panduan Aplikasi Di
Tempat Kerja: Kuala Lumpur : PTS Profesional
77
LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PENGETUA-PENGETUA
SMK CLIFFORD
BIL NAMA TEMPOH
1 V.N. BARTLETT 1913 - 1933
2 A. RAMALINGAN 1934 - 1938
3 D.B.J AMBLER 1939 - 1940
4 W.H.W. LITTLE 1940 -1941
5 A.S. JERMYN 1941 - 1945
6 V. RASIAH 1945 - 1946
7 C.H. COATS 1946
8 L.A. Mc CORKINDALE 1947 - 1949
9 G.E.D. LEWIS 1949 - 1951
10 G. F. JACKSON 1951 - 1954
11 J. R. DAVIDSON 1954 - 1956
12 S.K. NAYAGAM 1956 - 1961
13 LIM TANG SENG 1961 - 1963
14 CHEW TOW YOW 1963 - 1964
15 CHUA KIM LEONG 1964
16 SEOW BIN HAK 1965 - 1967
17 K. G. KOSHY 1967 - 1969
18 J. G. PUTHUCHEARY 1970 - 1972
19 YUSOF BIN JAAFAR 1972 - 1982
20 IBRAHIM BIN MAT ISA 1982 - 1984
21 ISMAIL SAJAD BIN SAJAD 1986 - 1989
22 HJ YAZAN BIN AHMAD 1989 - 1992
23 ZAKARIA BIN JAP 1992 - 1995
24 W. MUSTAMA BIN W. ABD HAYAT 1995 - 1999
25 HJ SOBIRIN BIN HAJI DULI 1999 - 2001
26 DATIN HJH RAGAYAH BT HJ OMAR 2001 - 2010
27 HAIDZIR BIN HUSSIN 2010
78
LAMPIRAN 2
WAJAH-WAJAH PEMIMPIN (1967~2011)
Ragayah Bt Hj Omar
Pengetua Ke-26
2001-2010
Haidzir Bin Hussin
Pengetua Ke-27
2010
79
LAMPIRAN 3
CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN DAN TUGAS-TUGAS KHAS 2012
PEPE
PENGERUSI (PENGETUA DG54) En. Haidzir Hussin
TIMBALAN PENGERUSI (GPK PENTADBIRAN DG44)
En Tafri Bin Mohd Amin NAIB PENGERUSI 3
GPK PRA-U DG 48
Pn. Nilawati Mohamaed Noori
NAIB PENGERUSI 4 PK (RENDAH)
Pn Sarimah Abd Razak
NAIB PENGERUSI 1 (GPK HAL EHWAL MURID
DG44) En Sapie Talif
NAIB PENGERUSI 2 (GPK KOKURIKULUM DG44)
Pn. Salamiah Hamat
SETIAUSAHA Pn. Nor Rani Abdul Hamid
Cik Najdah Ismail
JK PENYELENGGARAAN
En. Sabri Muadi
JK ALUMNI SEKOLAH
En Zamridin
JK PENGURUSAN TERTINGGI / LEMBAGA
TATATERTIB En. Tafri (GPK 1)
JK PERANCANG Pn. Nor Rani A. Hamid
JK PENERBITAN & DOKUMENTASI
Pn Arowati Abdul Rashid
JK PENGURUSAN KEWANGAN Pn. Noriah
JK KAJIAN TINDAKAN DAN
INOVASI
Pn Tan Mwee
JK KELAB KELUARGA
?
JK DATA SEKOLAH
En. Syamsul Rizal
JK PENARAFAN SEKOLAH
En. Mustapha Kamal
JK LATIHAN & KEMAJUAN STAF
En Mohd Syukri JK PENGURUSAN ASET ALIH
En Badrul Hisham Noh
JK MAJLIS GURU CEMERLANG Pn. Halimaton
JK KEBITARAAN SEKOLAH
En.Mazlienor Daud
JURUAUDIT DALAMAN
Puan Siti Zulipah JK MESYUARAT & TAKLIMAT GURU
Pn. Siti Rogayah
JK DESTINASI PILIHAN WARISAN
BERSEJARAH En Amran Ismail JK PENGURUSAN
STAF
Pn. Noriah
JK PKKP
Pn. Norhafizah
JK TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)
En. Amru JK BILIK
KHAS
Pn Suria
PIBG En. Nazaruddin
JK SBT
Pn. Norazlina
Azlina JK PENGURUSAN
MAJLIS RASMI
En. Sabaruddin JK MANUAL
PENGURUSAN Pn. Norlela LUdin
80
LOKASI BANGUNAN SMK CLIFFORD LAMPIRAN 4
81
LAMPIRAN 5
JAWATANKUASA PIBG SESI 2011/2013
IBU BAPA
Yang Dipertua : Tuan Haji Ismail Bin Yunus
Naib Yang Dipertua : En. Shaharuddin Bin Harun
AJK ~ : En. Mohd Ariffin Bin Ismail
: En. Roslin Bin Kamaruddin
: Pn. Hanum Binti Hassan
: En. Rosmi Bin Din
: En. Mohamad Hanif Loo Bin Abdullah
: Pn. Pravathi
: En. Zainal Bin Kamarudin
: Pn. Zarina Binti Manja
Pemeriksa Kira-kira : Pn. Razimah Binti Mohamed
GURU-GURU
Setiausaha : En. Badrol Hisham Bin Ismail
Pen. Setiausaha : Pn. Tina Hadzimah Sayati Bt Ahmad
Bendahari : Pn. Noor Asmani Bt Md. Zain
Pen. Bendahari : Cik Azlina Bt Azmi
AJK ~ : En. Shabaruddin Bin Mohd Noor
: Pn. Rohana Bt Ismail
: Pn. Nor Amalia Bt Zakaria
: Pn. Salamiah Bt Hamat
: Cik Alia Bt Mohd Salim
: Cik Norhaida Bt Abu Hassan
: En. Zamridin Bin Pairin
: Pn. Norazlina Bt Abdullah
82
LAMPIRAN 6
BIOGRAFI PENGETUA
Nama : HAIDZIR BIN HUSSIN
No K.P : 620217-06-5241
Jantina : Lelaki
Umur : 49 Tahun
Pendidikan : 1985 ~ PENG. MELAYU/PENG. ISLAM (BA Hons), UM
2001 ~ IJAZAH SARJANA LANJUTAN (M.A), UPM
1988 ~ DIPLOMA PENDIDIKAN, UM
Pengalaman : 1988 ~ SMK ABD. RAHMAN TALIB KUANTAN, GURU
1996 ~ SMK MERAPOH, PENGETUA
2004 ~ SMT SHAS KUALA LIPIS, PENGETUA
2010 ~ SMT SETAPAK KUALA LUMPUR, PENGETUA
2010 ~ SMK CLIFFORD, PENGETUA
83
Antara cabaran utama dan KPI untuk dilaksanakan pada tahun 2012 adalah seperti berikut: OBJEKTIF TAKTIKAL 2012 KPI
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.0 Tindakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Programme) 1.1 Pencapaian Sekolah yang Cemerlang dan memenuhi ”Expectations”
1.1.1 Memantapkan Semua Elemen SKPM terutamanya Standard 4 (P&P di Bilik Darjah)
1.1.2 Memantapkan sistem analisis data/analisis topikal/analisis item 1.1.3 Memantapkan program tindak ikut data yang diperolehi
1.2 Pembangunan Fizikal, Kemudahan dan Keceriaan Sekolah sebagai Keselesaan/ Motivasi/ Imej/ Ketrampilan/”Schools on parade”
1.2.1 Penyenggaraan 1.2.2 Ubahsuai/naik taraf 1.2.3 Projek baru
1.3 Pembangunan Sistem Sekolah 1.3.1 Memantapkan Sistem Pengurusan Kewangan
- Mengamalkan ketelusan dan pengurusan bersama - Mengemaskini sistem pembelian dan perolehan - Mengemaskini sistem dokumentasi kewangan
1.3.2 Memantapkan Sistem Pengurusan Pentadbiran - Mengemaskini sistem kehadiran (Kad Perakam Waktu)
1.3.3 Memantapkan Aspek Kepemimpinan - Latihan sebagai bakal pemimpin akan datang
1.3.4 Memantapkan Program Kemenjadian dan Ketrampilan diri dengan penerapan dan pelaksanaan nilai-nilai murni (Jasmani/Emosi/Rohani) di kalangan Guru/Staf Sokongan/Pelajar/Warga Sekolah
- Etika berpakaian dan kekemasan diri Penjawat Awam/Guru/Staf - Kepatuhan peraturan memakai Tanda Nama/Pengenalan Diri - Kepatuhan peraturan dan sistem keluar masuk waktu kerja/belajar - Mengamalkan Prinsip-prinsip Nilai Murni KPM terutamanya Amalan
Kebersihan 1.3.5 Memantapkan kerjasama dan komitmen sepasukan
- Peranan Kelab Guru/Keluarga 1.3.6 Memantapkan sistem Pengurusan Masa
- Pergerakan ke kelas/bilik khas/menghadiri program sekolah 1.3.7 Memantapkan Sistem Pengurusan Mesyuarat
- Melaksanakan Mesyuarat Berkesan berdasarkan PKPA 2/1991 1.3.8 Memantapkan aspek Hubungan Manusia Dalaman dan Luaran
- Mengutamakan Pelanggan
Usaha-usaha ke arah pencapaian sekolah yang cemerlang dijalankan dengan teratur dan berkesan, antaranya:Pelaksanaan P&P dan Pencerapan serta program lain berjalan lancar seperti yang dijadualkan di dalam Manual Pengurusan Analisis Topikal dilaksanakan selepas setiap peperiksaan / ujian. Program Tindak Ikut dilaksanakan dengan teratur seperti Pelan Taktikal Unit Kerja-kerja pembaikan, ubahsuai dan naik taraf dilaksanakan dengan teratur mengikut keutamaan untuk keselesaan warga sekolah meliputi kawasan/bangunan sekolah/asrama (Rujuk senarai Projek Cadangan 2012) Mesyuarat JK Kew dilaksanakan seperti arahan Pekeliling Kew : 4 X setahun (Apr/Jul/Okt/Jan)Bajet Tahunan sekolah dibentangkan di dalam Manual Pengurusan dan dibincangkan bersama Penggunaan Nota Minta diwajibkan Pemantauan Catatan Dokumen Kewangan diperketatkan Penggunaan Sistem Kad Perakam Waktu diperkemaskan. Sistem Keluar/Masuk waktu kerja diperkemaskan dan wajib mengisi borang khas Kepimpinan Pelapis Sekolah (GPK/GK) diberi pendedahan dan pengupayaan. Lebih banyak ”Empowerment” dilaksanakan. Aktiviti penerapan Nilai Murni seperti kempen bertema, kawasan angkat, baner dan poster dilaksanakan dengan lebih kerap dan teratur. Semua Warga sekolah mematuhi etika berpakaian seperti pekeliling semasa. Guru dan staf sentiasa memakai Tanda Nama Penjawat Awam semasa bertugas. Sistem Guru Ganti (Relif) dan Nota Arahan Kerja Ganti kepada kelas yang ditinggalkan dilaksanakan dengan teratur Kelab Guru dan Staf berjaya memainkan peranan yang lebih mantap terutama berkaitan aspek keraian dan kebajikan ahli. Warga sekolah mengamalkan ciri-ciri megutamakan masa dan sentiasa bergerak/bertindak pantas Mesyuarat diadakan dengan cekap, teratur dan tidak meleret-leret serta mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa Semua pelanggan yang berurusan di sekolah berpuas hati atas layanan yang diberikan
84
1.3.9 Memantapkan aspek Kebajikan
- Amalan Petua Seronok Bekerja - Ruang Perbincangan Isu-Isu Utama
1.3.10 Memantapkan Sistem Pemantauan - Amalan sistem pemantauan rakan sekerja
1.3.11 Memantapkan Program Perkongsian Ilmu Pengetahuan dan Pengalaman - Benchmarking/Smart Partnership/Linkeges
1.3.12 Memantapkan Sistem Dokumentasi dan Laporan Program/Aktiviti - Laporan Wajib kepada Jabatan sebagai keutamaan - Bilik Gapura sebagai Galeri Dokumentasi
2.0 Pengurusan Program Sejarah/Warisan Sekolah sebagai Daya Tarikan 2.1 Peranan berkesan Jawatankuasa Warisan Sekolah dan Kebitaran Sejarah 2.2 Usaha menarik kedatangan Pelancong Tempatan dan Antarabangsa ke sekolah 3.0 Pelaksanaan berkesan Dasar-dasar Jabatan: 3.1 Memperkasa Program Pra Universiti/SRK/KAA 3.2 Memperkasa Program SISP 3.3 Melaksanakan Program MBM/MBI (Memartabat BM/Memperkukuh BI) 3.4 Melaksanakan SKPM Format Baru 3.5 Mematuhi Piawaian Standard Guru Malaysia 4.0 Pelaksanaan Dasar Pengurangan Bajet/Penjimatan Perbelanjaan 4.1 Pengurangan Peruntukan Pengurusan 4.2 Pengurangan Peruntukan Bantuan Makan Asrama 4.3 Pengurangan Peruntukan Utiliti (Air, Elektrik)
AKADEMIK/KURIKULUM 1.0 Pencapaian keputusan Peperiksaan UPSR/PMR/ SPM dan STPM yang cemerlang HAL EHWAL MURID 1.0 Pelaksanaan program HEM yang Cemerlang dalam semua bidang. 3 fokus utama bagi tahun 2012: 1.1 Buli 1.2 Ponteng Sekolah/Ponteng Kelas 1.3 Keceriaan KOKURIKULUM 1.0 Pencapaian yang cemerlang dalam semua penyertaan dan pertandingan PROGRAM KHAS KOMUNITI 1.0 Persediaan Program Sambutan 100 tahun sekolah (2013) 1.1 ALUMNI 1.2 Jawatankuasa Pelaksana
Guru dan staf seronok bekerja sementara pelajar-pelajar seronok belajar. Isu-isu utama dibincang dan diputuskan secara demokratik dan mengambilkira kehendak majoriti Program Kerja Sepasukan seperti ”Team Teaching” dilaksanakan dengan mantap dan berkesan Lawatan ”Benchmarking” dari luar diterima dan diberi layanan yang sewajarnya. Lawatan ”Benchmarking” ke luar dilaksanakan dengan jayanya sekurang-kurangnya 2 X Semua Pengurus/Penyelaras/Setiausaha program menyiapkan dan menghantar Laporan Bertulis yang lengkap kepada Pengetua/Jabatan dalam tempoh 2 minggu. Sistem Fail Sekolah berada dalam keadaan terkini untuk Fail Rasmi Pengurusan Sekolah. Bilik Gapura berada dalam keadaan terkini untuk Fail Kerja semua unit. Jawatankuasa Warisan Sekolah berjaya memainkan peranan dengan sewajarnya Sekolah menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa Program memperkasa Pra-U/SRK/KAA berjalan dengan lancar dan teratur. Program Memperkasa SISP berjalan dengan lancar dan mendapat keutamaan Program MBM/MBI berjalan lancar. SKPM Format Baru berjalan lancar dan Piawaian Standard Guru Malaysia dipatuhi Dasar berjimat cermat dilaksanakan secara teratur dan dihayati oleh semua warga sekolah meliputi penggunaan elektrik,air,kertas,peralatan dan kemudahan sekolah Berlaku peningkatan Kuantiti (%) dan Kualiti (GPS/Semua A) dari tahun sebelum Tiada sebarang kejadian Buli berlaku Bilangan kes ponteng dikurangkan di bawah 5 % Suasana sekolah kondusif dan memenangi anugerah 3 K, Sekolah Lestari dan seumpamanya Keberkesanan Buku Kawalan Kelas dipertingkatkan. Berlaku peningkatan pencapaian berbanding tahun sebelum ALUMNI berjaya didaftarkan dan bergerak secara rasmi/sempurna Keahlian ALUMNI dan sukarelawan disenaraikan dengan lengkap Jawatankuasa Pelaksana Program Sambutan 100 tahun
85
bergerak dengan teratur dan ”Countdown” pada bulan JUN 2012 dilancarkan
Cabaran-cabaran utama tersebut perlulah kita hadapi dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas serta komitmen dan semangat sepasukan yang tinggi. Marilah kita menzahirkan rasa syukur kepada peluang yang diberikan kepada kita untuk berada di sekolah ini dengan melipatgandakan lagi usaha kita dan meningkatkan keprihatinan kita kepada prinsip ”Sekolah Kita Adalah Tanggungjawab Kita Bersama” . Marilah juga kita menjadikan profesyen kita ini satu profesyen yang menarik, seronok serta diberkati oleh Allah SWT. Akhirnya, marilah kita bersama-sama berdoa agar tahun 2012 ini akan menjadi tahun Gemilang bagi SMK Clifford yang disayangi ini. Sekian, terima kasih. (HAIDZIR BIN HUSSIN, SMP.,) 1 Disember 2011
Foto menunjukkan pengetua sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan pengurusan tertinggi sekolah
86
LAMPIRAN 7
Foto menunjukkan pengetua sebagai pemimpin instruksional membuat pemantauan ke kelas P & P
Foto menunjukkan keprihatinan pengetua sebagai pemimpin instruksional
87
LAMPIRAN 8
PENCAPAIAN KOKURIKULUM SMK CLIFFORD (2006-2012)
A. Sukan & Permainan
Tahun Aktiviti Pencapaian Peringkat
2006 Bola Sepak L16 Johan Daerah
Badminton P18 Johan Daerah
Tenis P15 Bergu Tenis P15 Perseorangan
Johan Johan
Daerah Daerah
Hoki Johan Daerah
Bola Jaring (Rendah) Sukan Asrama Johan Daerah
2007 Ragbi (Sukan Premier) Penyertaan Zon Timur
Catur (P18) Johan Negeri
Silat Olahraga (P18) Emas Negeri
Kejohanan Olahraga (1500m L18) Ketiga Negeri
Kejohanan Tenis MSSM Pahang (Bergu 15L)
Ketiga Negeri
Kejohanan Hoki MSSD Lipis (Bwh 15 L) Johan Daerah
2008 Ragbi Naib Johan Daerah
Ragbi Johan Plate Negeri
Hoki Menengah Ke-3 Daerah
Hoki Rendah Naib Johan Daerah
Olahraga Ke-6 Negeri
Pentaque Ke-3 Daerah
Bola Tampar Ke-3 Daerah
Badminton Ke-3 Daerah
Bola Jaring Johan Daerah
Bola Sepak Bawah 15 Tahun Johan Daerah
Bola Sepak Bawah 18 Tahun Naib Johan Daerah
Sepak Takraw Ketiga Daerah
Bola tampar perempuan Ketiga Daerah
Bola Jaring Johan Daerah
2009 Catur Naib Johan Daerah
Ping Pong Johan Daerah
Merentas desa Ke-3 Daerah
Ke-15 Negeri
Olahraga Ke-2 Daerah
Bola Jaring Ke-4 Daerah
88
Sepak Takraw Suku akhir Daerah
Bola Tampar Naib Johan Daerah
Bola Baling J/kumpulan Daerah
Sukan Remaja Pahang (olahraga) Gangsa Negeri
Sukan Primier (Bola sepak) Ke-3 Negeri
(Bola jaring) Naib johan Negeri
2010 Sepak takraw penyertaan Daerah
Bola Jaring Penyertaan Daerah
Hoki (L) Penyertaan Daerah
Hoki (P) Ke-3 Daerah
Bola Tampar Ke-3 Daerah
Olahraga Ke-2 Daerah
Merentas Desa Penyertaan Daerah
Badminton Penyertaan Daerah
2011 Olahraga Johan Daerah
Silat Ke-4 Negeri
Tekwando Johan & 3 Negeri
2012 Catur Johan B12 Negeri
Ragbi Johan Daerah
B. Badan Beruniform
Tahun Aktiviti Pencapaian Peringkat
2006 Perkhemahan Kadet Polis a) Kawad Kaki b) Pandu Arah (P) c) Menembak d) Jalan Lasak e) Rempuh Halangan
Keempat Johan Keempat Johan Johan
Negeri Negeri Negeri Negeri Negeri
Perkhemahan Kadet Bomba Johan Keseluruhan
Daerah Daerah
2007 Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Pengakap Adi Pradana di Indonesia (seorang guru dan seorang pelajar)
Penyertaan Antarabangsa
Perkhemahan Kadet Bomba (seorang) Penyertaan Kebangsaan
Nadwah Kepimpinan Pelajar (Puteri Islam) Penyertaan Kebangsaan
Perkhemahan Kadet Polis Kebangsaan (seorang)
Penyertaan Kebangsaan
Kawad Kaki Pandu Puteri Naib Johan Negeri
Ketua Platun Terbaik Pandu Puteri Pertama Negeri
Kawad Kaki KRS Ketiga Negeri
Ketua Platun Terbaik KRS Ketiga Negeri
Perkhemahan Kadet Polis Ketiga Negeri
89
2008 Perkhemahan Kadet Polis Ke-3 Negeri
Perkhemahan Pandu Puteri Johan Negeri
2009 Perkhemahan Pengakap Ketiga Daerah
Perkhemahan Pandu puteri Pertama Daerah
Perkhemahan Pandu Puteri Ketiga Negeri
2010 Perkhemahan Pandu puteri Johan Negeri
Hari puteri Islam Penyertaan Negeri
Jambori pengakap Jeram Besu Penyertaan Antarabangsa
Perkhemahan PBSM Penyertaan Antarabangsa
2011 Perkhemahan KRS Penyertaan Daerah
Perkhemahan Bomba Penyertaan Daerah
2012 Perkhemahan Bomba Penyertaan Daerah
Perkhemahan Kadet Polis Penyertaan Daerah
C. Kelab dan Persatuan
Tahun Aktiviti Pencapaian Peringkat
2006 Kuiz Pelancongan Johan Ketiga Penyertaan
Daerah Negeri Kebangsaan
Bahas Ala Parlimen Johan Daerah
Pidato Diraja Johan Daerah
Pidato LHDN Johan Daerah
Debate BInggeris Johan Daerah
Public Speaking Johan Daerah
Tilawah Johan Daerah
Hafazan N.Johan Daerah
Kuiz Agama N. Johan Daerah
Nasyid N. Johan Daerah
Melukis Poster Anti Dadah Johan Daerah
Program Cegah Jenayah Johan Daerah
Roket Kreatif Johan Daerah
2007 Menyertai Program Homestay ke Brisbane Australia
Penyertaan Antarabangsa
Penulisan Sastera Remaja Penyertaan Kebangsaan
Pertandingan Melukis Poster Karnival Pencegahan Dadah
Johan Saguhati
Negeri Kebangsaan
Penulisan Esei Sejarah Saguhati Kebangsaan
Pidato Bahasa Melayu SRK Ketiga Negeri
Public Speaking Ketiga Negeri
English Camp Peserta Negeri
90
Terbaik
Penulisan Jawi (SISP) Johan Negeri
Kuiz Hari Tanpa Tembakau Naib Johan Negeri
Perkhemahan Kem Tunas Bestari Johan Negeri
Kuiz Ekonomi Ting. Enam Naib Johan Negeri
Forum Remaja Johan Daerah
Kuiz Agama Naib Johan Daerah
Nasyid Johan Daerah
Hafazan (rendah) Johan Daerah
2008 Public Speaking Ketiga Negeri
Kuiz Pengguna Naib Johan Daerah
Sainstis Muda Naib johan Daerah
Karnival Asrama Ke-3 Negeri
Pancaragam Sek Rendah Ke-3 Daerah
Nasyid Menengah Ke-2 Daerah
Nasyid Rendah Ke-2 Daerah
Seni Budaya Penyertaan Daerah
Persatuan Agama Islam Ke-3 Daerah
Bahas ala Parlimen Ke-3 Negeri
Karnival SRK Public Speaking ICT
Ke-3 Naib Johan
Negeri Negeri
2009 Pidato Pila DiRaja Johan Daerah
Bahas Ala Parlimen Ke dua Daerah
Forum remaja Ke tiga Daerah
Syarahan Agama Lelaki Johan Daerah
Syarahan Agama perempuan Naib johan Daerah
Syarahan B. Arab Perempuan johan Daerah
Tilawah Al-Quran Naib Johan Daerah
Berzanji dan Marhaban Ke 4 Negeri
Kompang selawat Ke 4 Negeri
Public Speaking Ke 3 Daerah
Debate Johan Daerah
Choral Speaking Ke 3 Daerah
Debate Suku akhir Negeri
2010 Public Speaking sempena hari guru Naib johan Kebangsaan
Karnival Pra U Penyertaan Negeri
Pertandingan membina blog pengguna Johan Kebangsaan
2011 Kitar semula pengguna Johan Negeri
Ke-2 Kebangsaan
91
Bahas BM penyertaan Negeri
Public Speaking Ke-3 Negeri
2012 Nasyid Daerah Johan
Bahas Penyertaan Negeri
92
LAMPIRAN 9 PENCAPAIAN KURIKULUM
SMK CLIFFORD
BIL ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN PERINGKAT ANUGERAH
TAHUN
1 Anugerah Sekolah Cemerlang (GPS) SPM 2003 PPD 2004
2 Anugerah Keputusan 100% lulus SPM 2003 PPD 2004
3 Anugerah sekolah Cemerlang (GPS) PMR 2003 PPD 2004
4 Keputusan yang Cemerlang PMR JPNP 2004
5 Prestasi Cemerlang Mata Pelajaran Sains JPNP 2004
6 Cemerlang dalam Mata Pelajaran Matematik PMR
2004
JPNP 2004
7 Anugerah Peningkatan Kualiti dan Peratus Lulus
SPM 2003
PPD 2004
8 Anugerah khas Peningkatan Kualiti dan Peratus
Lulus SPM 2003
PPD 2004
9 100% Layak Mendapat Sijil (SPM 2003) JPNP 2004
10 Penghargaan atas Penyertaan Pertandingan Public
Speaking antara Sekolah-sekolah Menengah
Kebangsaan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2004
KPM 2004
11 Johan Pertandingan Public Speaking Peringkat
Negeri 2004
JPNP 2004
12 Juara Ragbi Piala Pengarah Pelajaran Pahang JPNP 2004
13 Anugerah Guru Inovatif (Berkumpulan) Sekolah
Menengah
PPD 2005
14 Anugerah Sekolah Cemerlang(GPS) PMR PPD 2005
15 Anugerah Khas 100% Lulus SPM PPD 2005
16 Anugerah sekolah Cemerlang (GPS) PMR PPD 2005
17 Anugerah sekolah Cemerlang (GPS) UPSR PPD 2005
18 Mencapai 100% Menguasai Semua Mata
Pelajaran
PPD 2005
19 Cemerlang gred Purata Sekolah peningkatan calon
Cemerlang
JPP 2005
20 Anugerah sekolah Cemerlang GPS (STPM) PPD 2006
21 Anugerah Kualiti dan Peratus Lulus (SPM) PPD 2006
22 Anugerah 100% Lulus (SPM) PPD 2006
23 Anugerah Sekolah Cemerlang GPS (SPM) PPD 2006
24 Anugerah Kualiti dan Peratus Lulus (PMR) PPD 2006
25 Anugerah Sekolah Cemerlang GPS (PMR) PPD 2006
26 Anugerah Sekolah Cemerlang GPS (UPSR) PPD 2006
27 Anugerah Kualiti dan Peratus Lulus (UPSR) PPD 2006
Terlibat dalam Kajian Keberkesanan Penggunaan KPM 2006
93
28 Buku Panduan Guru dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 2006
29 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (matematik 100% )
PPD 2007
30 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Sains 100%)
PPD 2007
31 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Kemahiran Hidup 1 100%)
JPNP 20007
32 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Kemahiran hidup 2 100%)
PPD 2007
33 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Pendidikan Islam 100%)
PPD 2007
34 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Geografi 100%)
PPD 2007
35 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Sejarah 100%)
PPD 2007
36 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Bahasa Inggeris 100%)
PPD 2007
37 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Bahasa Melayu 100%)
PPD 2007
38 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Pelajar cemerlang 24 Orang)
PPD 2007
39 Anugerah Kecemerlangan PMR 2007 Daerah
Lipis (Dengan Kualiti GPS 1.47)
PPD 2007
40 Pencapaian Gemilang mata Pelajaran Sains UPSR
2007
JPNP 2007
41 Peningkatan Cemerlang 5A/7A Melebihi 10%
Dalam UPSR 2007
JPNP 2007
42 Kecemerlangan 5A/7A Melebihi 15% dalam
UPSR
JPNP 2007
43 Pencapaian Cemerlang 7A/9A Melebihi 10%
PMR
JPNP 2007
44 Pencapaian 100% menguasai semua Mata
Pelajaran Dalam UPSR 2007
JPNP 2007
45
Majlis Penganugerahan Bintang Adi Perdana,
Bintang Tertinggi Negara Republik Indonesia dan
Bintang Tunas Kencana Bintang Tertinggi
Gerakan Pramuka Indonesia
Kerajaan Malaysia dan
Republik Indonesia
2007
46 Penyertaan Lawatan Sambil Belajar Ke Australia KPM 2007
47. Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM 2009
48 Anugerah Gading Bersilang M/P Yayasan Pahang 2010
49 Anugerah Menteri Besar Pahang Yayasan Pahang 2010
50 Anugerah Kecemerlangan Lulus 100 %
PMR/SPM
PPD 2011
94
LAMPIRAN 10
Foto menunjukkan fail pelajar (mantee), biodata mentor dan modul untuk projek Kilauan Jauhari
95
LAMPIRAN 11
Blok Bilik Darjah
Blok Asrama Lelaki
Kemudahan surau pelajar
96